Jumaat, 17-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada subuh hari Isnin menyerbu kediaman dan menculik beberapa warga Palestin semasa berkempen di Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik tiga bekas tahanan dari bandar Arraba di barat daya Jenin setelah menggeledah kediaman mereka.
Ketiga-tiga tahanan dikenali sebagai Ahmed Adnan, Ja’far Fawzi dan Hassan Ramzi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Rabu, 15-07-2020 – Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak ganas merosakkan pokok Zaitun milik penduduk Palestin berhampiran bandar Sa’ir, timur laut al-Khalil, Tebing Barat.
Sumber media di al-Khalil berkata, berpuluh pendatang Yahudi dari kawasan petempatan haram Kiryat Arba menebang dan memusnahkan kira-kira 700 pokok Zaitun yang berusia lebih 200 tahun di al-Uddeisa, selatan bandar Sa’ir.
Anggota tentera rejim Israel turut terlibat dengan memberi perlindungan kepada pendatang dan bertempur dengan penduduk tempatan yang datang untuk melindungi pokok Zaitun dari terus dirosakkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 15-07-2020 – Presiden Turki Recep Erdogan telah menekankan dia menyelar sekatan berterusan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza dan tindakan haramnya di Palestin, serta menyalahkan masyarakat antarabangsa kerana tidak bertindak menghalang kebiadaban Israel yang semakin menjadi-jadi.
Dalam kenyataan akhbar pada Ahad, Erdogan berkata, tanah Palestin di bawah penjajahan Israel merupakan kawasan yang paling banyak mengalami ketidakadilan di dunia.
“Walau bagaimanapun, rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam oleh polis Israel telah diabaikan oleh media antarabangsa”, presiden Turki itu berkata.
Selasa, 14-07-2020 – Kementerian kesihatan Palestin, Ahad (12/7) memaklumkan bahawa 2 orang pesakit Covid 19 meninggal dunia di Hebron.
Kedua-dua yang meninggal dunia berusia 65 dan 71 tahun, berasal dari kota Hebron dan Bani Naim. Terkini jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat Covid 19 di Palestin adalah 39 orang.
Pada Ahad pagi lalu, kementerian kesihatan Palestin di Ramallah menyatakan terdapat 349 kes positif terbaru dan 5 kes meninggal dunia akibat Covid 19 sepanjang 24 jam sebelumnya serta 408 kes sembuh.
Dalam keterangannya, kes positif Covid 19 mengikut wilayah adalah seperti berikut, Al-Quds 105 kes, Ramallah dan Birah 49 kes, Hebron 166 kes, Tulkarm 6 kes, Betleem 11 kes, dan Nablus 7 kes.
Sejak Covid 19 menyerang wilayah Palestin awal Mac lalu, semua aktiviti ditutup termasuk Masjid Aqsa dan baru sahaja dibuka kembali kepada umum pada akhir Jun.
Penjajah zionis Israel memanfaatkan wabak corona untuk mengambil urusan Masjid Aqsa dengan membenarkan para pendatang Yahudi untuk menyerbu masuk Al-Aqsa, pagi dan petang, untuk tujuan Yahudinisasi Al-Aqsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 14-07-2020 – Seorang tahanan Palestin, Kamal Abu Wa’ar, 46 tahun yang juga pesakit kanser telah diuji dan didapati positif Koronavirus, demikian kata Pesuruhjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, kelmarin.
Kata pesuruhjaya itu lagi, berikutan keadaan kesihatan Abu Wa’ar yang juga penghidap kanser Laryngeal semakin buruk, beliau telah dipindahkan dari Penjara Gilboa Israel ke Pusat Perubatan Afula untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Pada pagi Jumaat, beliau telah dibawa ke Pusat Perubatan Assaf Harofeh dan ujian mendapati dia positif COVID-19.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 14-07-2020 – Jentolak-jentolak Israel pada subuh Selasa memusnahkan tempat perkahwinan milik Palestin di kota Arab Tira atas alasan pembinaannya tidak berlesen.
Menurut sumber tempatan, polis dan unit khas rejim menyerbu kota itu meletakkan sekatan di kawasan tempat perkahwinan itu sebelum jentolak-jentolak memulakan pemusnahan bangunan itu.
Tindakan itu menyebabkan puluhan pemuda tempatan bertelingkah dengan mereka dan menyekat satu jalan menuju ke tempat tersebut. Ramai pembantah terkena gas pemedih mata.
Selasa, 14-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada waktu subuh hari menahan tiga warga Palestin dari kediaman mereka di al-Khalil dan Yerusalem.
Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menahan Issa Abu Aram dan Seraj Abu Hashhash semasa serbuan di rumah keluarga mereka di bandar Yatta dan kem pelarian al-Fawwar di al-Khalil.
IOF kemudian memasang sejumlah halangan sementara di kawasan yang berlainan di al-Khalil, sehingga menyekat pergerakan warga Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 14-7-2020 – Tiga tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan mogok lapar terbuka selama beberapa hari sebagai menunjukkan bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka yang dilakukan tanpa perbicaraan atau dakwaan.
Menurut pihak berkuasa Palestin untuk tahanan dan bekas banduan, tahanan yang paling lama bermogok lapar adalah Uday Shahada yang telah mogok lapar selama kira-kira 20 hari di penjara Ofer. Beliau berasal dari kem pelarian al-Deheisha.
Ia menambah bahawa tahanan lain adalah Fadi Ghunaimat, yang sudah bermogok lapar selama 19 hari di penjara Ofer, dan Mahmoud al-Saadi, mogok lapar selama 12 hari di penjara Hadarim. Kedua-dua mereka masing-masing berasal dari bandar Surif dan kem pelarian Jenin.
Isnin, 13-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) on pada petang Isnin menculik seorang warga Palestin di sempadan Beit Hanoun (Erez) utara Semenanjung Gaza ketika beliau cuba mendapatkan kebenaran untuk pergi ke tanah jajahan 1948.
Warga Gaza tersebut, Abdullah Shaker, berniat untuk pergi ke Israel bagi menderma sumsum tulang kepada abangnya yang sakit di Hospital Hashomer.
IOF menculik ramai warga Gaza, bukannya menghantar mereka pulang Gaza. Mereka yang diculik termasuk para peniaga dan pesakit setelah mereka menyerahkan permohonan untuk bermusafir menyeberangi sempadan Beit Hanoun.
Isnin, 13-07-2020 – Pihak berkuasa penjajah Israel menyerahkan notis penyitaan kepada warga Palestin dalam komuniti Arab al-Mleihat, di barat laut Jericho, untuk menyita 300 dunum tanah milik persendirian.
Penduduk Palestin Arab al-Mleihat mengatakan bahawa mereka telah menyerahkan notis penyitaan oleh seorang pendatang Israel dari penempatan Mevo’ot Yeriho, yang dibina secara haram di tanah Palestin.
Mereka menyatakan bahawa pendatang Mevo’ot Yeriho pada awal bulan Jun berusaha merobohkan tanah yang disasarkan untuk memperluas penempatan mereka, tetapi ratusan penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan dan mencegah jentolak peneroka melaksanakan rancangan itu.
Isnin, 13-07-2020 – Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah merobohkan sebuah rumah dan sebuah kedai di Kota Baitulmaqdis.
Sumber tempatan mengatakan bahawa jentolak Israel merobohkan sebuah kedai di kejiranan Wadi al-Jouz dan sebuah rumah di kejiranan Ain al-Louza di Silwan. Kedua-duanya dimiliki oleh warga Palestin.
Menurut B’Tselem, Pusat Maklumat untuk Hak Asasi Manusia di Wilayah Diduduki Israel, pihak berkuasa Israel telah memusnahkan 31 rumah Palestin dan 11 bangunan bukan kediaman di Baitulmaqdis sejak awal tahun 2020.
Khamis, 09-07-2020 – Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak menyerang kereta penduduk Palestin yang tinggal berdekatan perkampungan Duma, selatan Nablus, Tebing Barat tengah.
Seorang pegawai tempatan berkata, beberapa buah kereta milik warga Palestin dari perkampungan Duma rosak selepas dibaling batu oleh pendatang Yahudi.
Tambah beliau lagi, kebanyakan kenderaan yang rosak itu kepunyaan warga Palestin dari kampung Majdal Bani Fadil di Nablus.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 09-07-2020 – Pertelingkahan ganas tercetus pada pagi Isnin di antara warga Palestin dan tentera rejim Israel setelah mereka meneruskan aktiviti meratakan tanah di utara Nablus bagi membina jalan untuk para pendatang.
Menurut sumber tempatan, tentera rejim memulakan aktiviti meratakan sejumlah besar tanah Palestin, lebih kurang 406 dunums, di bandar Huwara bagi membina jalan pintasan sepanjang tujuh kilometre untuk para pendatang.Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, tentera rejim Israel meratakan dan memusnahkan ladang zaitun dan kawasan pertanian milik warga Palestin dekat kem tentera Huwara, yang mencetuskan pertelingkahan dengan penduduk tempatan.
Khamis, 09-07-2020 – Kesatuan Cendekiawan Muslim Antarabangsa (IUMS) menggambarkan sifat senyap Israel adalah berkaitan dengan rancangan mereka memperluaskan kawasan jajahan ke kawasan luas di Tebing Barat sebagai “pengkhianatan terbaru.”
Dalam pernyataan yang diterbitkan di laman webnya, IUMS memberi amaran bahawa dunia akan kehilangan rasa hormat terhadap badan-badan antarabangsa dan ketetapannya jika Israel berjaya dalam rancangan tanahnya yang terbaru.
Mereka juga berkata, rampasan Israel terhadap tanah Palestin yang lebih banyak akan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan dan keamanan antarabangsa, menekankan perlunya memerangi rancangan Israel tersebut oleh seluruh masyarakat antarabangsa.
Khamis, 09-07-2020 – Rejim Zionis pada malam Isnin dan pada waktu subuh hari Selasa lalu telah menculik beberapa warga Palestin ketika beberapa kempen di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan di Tebing Barat, Rejim Zionis di pusat pemeriksaan Beit Furik telah menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Qusay Shahada dan Mohamed Bahnajawi, kedua-duanya penduduk kem pelarian Balata dekat bandar Nablus.
Rejim Zionis juga telah menyerbu kampung Awarta di selatan Nablus dan menculik seorang pelajar universiti bernama Musaab Awwad setelah menggeledah kediamannya.
Di Tulkarem, rejim Zionis telah menculik tujuh warganegara semasa serbuan di kediaman di bandar utama dan bandar Anabta. Pertembungan dilaporkan berlaku di Anabta antara belia tempatan dan tentera Israel.
Lima warga lain telah ditahan semasa kempen Zionis di bandar Beit Rima, barat laut Ramallah.
Seorang guru bernama Mousa Zahran juga telah diculik dari rumahnya di bandar Deir Abu Masha’al, di barat Ramallah.
Di Qalqilya, rejim Zionis telah menculik tiga pemuda dari rumah mereka di bandar.
Rejim Zionis juga menyerbu kem pelarian al-Fawwar di selatan al-Khalil dan telah menyerbu beberapa rumah kediaman, tetapi tiada penangkapan yang dilaporkan.
Sementara itu, Rejim Zionis telah mendirikan pusat pemeriksaan sementara dan memintas kenderaan Palestin di jalan yang menuju ke bandar al-Khalil dan bandar-bandar Sa’ir dan Halhul.
Di Baitulmaqdis, seorang remaja yang dikenali sebagai Jihad Hashim diculik oleh pegawai polis berpakaian preman dari kejiranan Al Obeid di daerah Issawiya.
Rejim Zionis juga menyerbu kem pelarian Shu’afat di timur Baitulmaqdis, tetapi tiada penangkapan dilaporkan.