Categories
Berita Semasa

IOF menghalang protes terhadap pendatang di Nablus

Khamis,10-06-2021 – Pertelingkahan ganas tercetus pada malam Isnin di antara pemuda Palestin dan tentera rejim zionis (IOF) dekat pusat kawalan pendatang haram di Bukit Sobeih di bandar Beita, selatan Nablus.

Menurut sumber tempatan, pertelingkahan bermula apabila IOF menyerang para pemuda yang mengadakan protes terhadap kehadiran para pendatang Yahudi di Bukit Abu Sobeih di bandar itu.

IOF melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom tangan serta menembak peluru hidup dan peluru getah ke arah para pemuda tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Seru Serbuan Besar-Besaran Masjid Al-Aqsa

Khamis,10-06-2021 – Pertubuhan peneroka meminta penyokong mereka untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa beramai-
ramai pada 10 Jun ini sebagai tindak balas terhadap pembatalan perarakan bendera di Jerusalem.

Otzma Yehudit MK Itamar Ben Gvir dan Likud MK May Golan pada hari Isnin malam mengumumkan tujuan mereka untuk memimpin perarakan provokatif itu dengan memanfaatkan kekebalan parlimen mereka, sebagai tambahan kepada anggota Likud Knesset yang lain walaupun polis secara rasmi telah membatalkan acara itu, menurut saluran TV Israel “Kan 11”.

Ben Gvir, di akaun Twitternya menyeru anggota Knesset untuk bergabung dengannya dan menganggap bahawa penolakan Ketua Polis Negara untuk menganjurkan perarakan itu sebagai “penyerahan” kepada pertikaian Palestin di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi merobohkan kawasan bersejarah di Kota Lama Al-Khalil

Khamis,10-06-2021 – Puak pelampau Yahudi telah merampas dan merobohkan kawasan kejiranan penduduk Palestin yang berhampiran Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil di Tebing Barat.

Pegawai kanan Jawatankuasa Pembinaan al-Khalil, Tawfik Jahshan mengatakan bahawa puak pelampau ini telah mendapat pelindungan ketenteraan untuk melakukan pencerobohan di kawasan tanah seluas 400 meter persegi dengan menggunakan jentolak. Kawasan yang berhampiran dengan Masjid Ibrahimi ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Hosh Qafisha dan Sharif. Kawasan Kota Lama al-Khalil ini telah menjadi sasaran pihak Yahudi untuk memilikinya.

Jahshan menyeru dan meminta masyarakat antarabangsa dan negara anggota UNESCO untuk berjuang melindungi hak, harta benda, barangan antik dan warisan rakyat Palestin yang terdapat di Kota Lama ini daripada pelanggaran Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Polis Israel serbu rumah, tahan warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Khamis,10-06-2021 – Rejim Zionis Israel bertindak ganas menyerbu beberapa buah rumah dan menahan sejumlah warga Palestin termasuk bekas tahanan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.  Kejadian berlaku lewat malam dan awal pagi  hari Isnin, kelmarin.

Menurut sumber tempatan,  anggota polis Israel menyerbu kawasan kediaman  di barat Baitulmaqdis seperti Shuafat, Ras al-Amud, al-Qarmi dan al-Thuri dengan mengeledah masuk ke dalam rumah dan menahan beberapa orang penduduk  Palestin.

Antara yang ditahan dikenali sebagai Abdullah al-Hashlamun, Abdul Rahman Abu Asab, Adam Sab Laban, Mohammed Abu Asab, Ahmed Ruken, Mahdi Salama, Riyad al-Ghazawii, Mohamed Yunis dan Abdul Razak Siyam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

70 Peneroka Haram Cemar Masjidil Aqsa

Rabu,09-06-2021 – Puluhan peneroka haram Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjidil Aqsa di Jerusalem yang diduduki pada pagi Isnin.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 72 orang peneroka memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan menceroboh halamannya.

Masjidil Aqsa terkena pencerobohan setiap hari oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram melengkapkan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.

Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jamaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Polis Israel serang wartawan dan aktivis di Baitulmuqaddis

Rabu,09-06-2021 – Polis rejim Israel menghalang wartawan dan aktivis pada petang Ahad di Baitulmuqaddis lalu mencederakan sejumlah daripada mereka.

Polis rejim menyerang peserta protes di balai polis rejim. Sebahagiannya cedera, kebanyakannya adalah wartawan. Najwan Samri, seorang wartawan Al-Jazeera, telah diserang dengan bom di kakinya dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Tolak Beri Pandangan Pengusiran Sheikh Jarrah.

Rabu,09-06-2021 – Avichai Mendelblit, Peguam Negara Israel memberitahu mahkamah agung pada hari Isnin bahawa beliau tidak akan mengemukakan sebarang cadangan mengenai pengusiran keluarga Palestin dari kediaman mereka di kejiranan Jerusalem di timur Sheikh Jarrah, dalam satu tindakan yang menjadi petanda buruk bagi penduduk tempatan menghadapi perpindahan.

Akhbar Haaretz memetik pegawai di pejabat Mendelblit sebagai berkata bahawa “Mereka percaya kes keluarga berkenaan terlalu lemah dan pandangan perundangan beliau tidak akan dapat menghalang pengusiran mereka yang masih belum selesai.”

Sumber terdekat Mendelblit juga memberitahu Haaretz bahawa kepemimpinan politik menyokong keputusan Peguam Negara itu untuk tidak membuat hujah di hadapan mahkamah bagi pihak pemerintah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik seorang warga Palestin bersama anaknya.

Rabu,09-06-2021 – Rejim Zionis (IOF) mengumpulkan seorang lelaki Palestin dan anaknya di al-Khalil pada hari Isnin. Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera IOF menceroboh masuk rumah Tayseer Abu Sbeih, 52, dan anaknya Mohammed, 32, di kota al-Khalil, menggeledah penempatan mereka dan kemudiannya membawa mereka pergi.

IOF melancarkan serangan setiap hari ke pelbagai kota dan kampung Tebing Barat di mana penangkapan dilakukan setelah penggeledahan yang ganas di rumah warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Yediot: Israel batalkan perarakan bendera di Baitulmuqaddis

Rabu,09-06-2021 – Israel telah membatalkan perarakan bendera yang dijadualkan pada 10 Jun akan datang di bandar Baitulmuqaddis yang diduduki, menurut akhbar Yahudi Yediot Ahronot pada hari Isnin.

Akhbar berkenaan menyatakan bahawa pesuruhjaya polis Israel memberitahu penganjur perarakan tersebut tidak diluluskan.

Menurut saluran berbahasa Ibrani “Kan”, pengajur perarakan tersebut berkata, “polis Israel memberitahu kami tiada kelulusan diberikan untuk perarakan tersebut pada hari Khamis dan ia telah dibatalkan”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis robohkan 10 kediaman di Jericho

Rabu,09-06-2021 – Kira-kira sebanyak 10 buah bangunan kediaman di kawasan Al-Ma’rjat, utara Jericho telah dirobohkan oleh pihak Zionis pada hari Isnin.

Menurut salah seorang aktivis Fares Kaabneh, beliau menyatakan bahawa rejim Zionis turut merobohkan 6 kandang kambing biri-biri dan 4 buah rumah di kawasan Arab al-Kaabneh di al-Ma’rjat tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa kesemua kemudahan dan penempatan ini merupakan milik warga Mahmoud al-Kaabneh dan 3 orang puteranya Odeh, Salem dan Ghaleb. Zionis telah merobohkan bangunan kediaman dan kandang di penempatan ini dengan menggunakan alasan bahawa bangunan tersebut tidak mempunyai lesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Mustafa Abu Arra dinafikan dari mendapat rawatan perubatan.

Rabu,09-06-2021 – Pegawai Kanan Hamas, Mustafa Abu Arra yang sedang ditahan tanpa bicara lebih tiga minggu telah  dinafikan dari menerima rawatan  dan tidak diberi ubat oleh pihak penjara Israel, demikian kata keluarga beliau

Menurut anak lelakinya,  Zaid,  bapanya yang berumur 60 tahun  telah diculik darri rumahnya di bandar Aqqaba yang terletak di utara Tubas pada pagi 12 Mei, berikutan kempen tangkapan  besar-besaran yang dilakukan  pihak rejim Israel di Tebing Barat ketika pihak rejim  melancarkan serangan udara ke  Semenanjung Gaza.

Zaid berkata bahawa bapanya menderita  pelbagai masalah kesihatan kronik dan perlu mengambil enam jenis ubat setiap hari dan yang paling utama adalah ubat  enzim yang sangat diperlukan berbanding ubat lain kerana sebarang penangguhan dari mengambilnya boleh menyebabkan orgàn limpa membengkak dan platelet dalam darah meningkat yang boleh  menjadi punca utama kepada keadaan kesihatan bapanya jatuh  teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Masjid Aqsa dicemari penjajah Yahudi.

Rabu,09-06-2021 – Peneroka Yahudi telah menyerbu masuk ke Masjid Al-Aqsa pada pagi Ahad melalui gerbang Magharabi di bawah perlindungan polis Israel.

Pusat Maklumat Wadi Al-Hilweh mengatakan dalam satu kenyataan ringkas bahawa seramai 68 orang peneroka Yahudi masuk ke dalam masjid dan melakukan lawatan provokatif di dalam masjid dan kawasan sekitar sebelum meninggalkannya melalui gerbang al-Silsilah.

Rentetan itu, polis Zionis turut mengenakan sekatan kemasukan kepada jamaah Muslim ke dalam masjid Al-Aqsa dan memeriksa kad pengenalan mereka di pintu gerbang utama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 cedera ketika pertelingkahan pada hari Jumaat di Tebing Barat

Selasa,08-06-2021 – Puluhan warga Palestin telah cedera pada Jumaat akibat tembakan peluru hidup dan peluru besi bersalut getah manakala yang lain mengalami kesukaran bernafas ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) dekat Bukit Sobeih, selatan Nablus.

Ahmed Jibril, pengarah ambulans dan kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, menyatakan pasukan perubatan merawat 113 kecederaan.

Jibril menyatakan, kecederaan melibatkan 16 jenis termasuk akibat daripada peluru hidup, 20 oleh peluru besi bersalut getah, empat kesan pukulan oleh tentera IOF, dan 73 susah bernafas.

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Aktivis Jerusalem

Selasa,08-06-2021 – Polis Israel telah menahan aktivis Jerusalem, Muna al-Kurd di rumahnya di Sheikh Jarrah pada
hari Ahad dan mengarahkan abangnya Mohammed hadir untuk siasatan.

Bapa Muna berkata polis Israel menyerbu rumah mereka dan mengambil anak perempuannya setelah menggeledah rumah untuk mencari abangnya, dan menambah bahawa polis mengancam akan menyerbu sekali lagi sekiranya Mohammed tidak menyerah diri.

Pasukan polis yang lain telah masuk ke rumah pemuda Jerusalem, Iyad Abu Snene dan memanggilnya untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Perkhidmatan Penjara Israel Zionis mengembalikan tahanan ke penjara Shatta dari tahanan kurungan pengasingan.

Selasa,08-06-2021 – Perkhidmatan Penjara Zionis Israel mengembalikan tahanan Palestin dari Rabee Abu Nawas ke Penjara Shatta setelah di letakkan selama 16 bulan dalam tahanan kurungan pengasingan, menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin pada petang Sabtu. 

Bantahan dari tahanan-tahanan lain telah memaksa pihak IPS menghantarkan kembali ke penjara biasa.Persatuan itu berkata tahanan berusia 32 tahun dari perkampungan Sinjil di Ramallah telah ditahan dalam kurunganan pengasingan kerana menentang terhadap serbuan pihak Zionis Israel ke atas Penjara Ofer pada bulan Februari 2020. Dia telah cedera ketika serbuan itu dan keluarga beliau di halang dari bertemu dengan beliau ketika tempoh tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad