Pergi minit ke 3:36 untuk rintihan seorang kanak2 terhadap ayahnya yang tidak pulang.

Selasa , 21/07/2009 – Sumber perubatan Palestin melaporkan, seorang kanak-kanak Palestin yang cedera ditembak tentera Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza, petang Ahad lalu mati dalam perjalanan ke Hospital Be’er Sheva’.
Nunu : Kerajaan sokong penentangan.

Selasa , 21/07/2009 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza menegaskan bahawa mereka menyokong konfrontasi terhadap pencerobohan Israel. Kerajaan menyifatkannya sebagai usaha untuk menentang kezaliman dan serangan-serangan oleh pihak Israel terhadap penduduk Gaza.

Assalamualaikum,
Sebagaimana tahun tahun sebelum ini, Pkini akan mengeluarkan tshirt berlatarbelakangkan perjuangan rakyat Palestin. Jadi , jika berminat, sila isi borang pesanan di menu sebelah kanan utk tujuan pesanan.
Terima kasih.
Gunx

Isnin , 20/07/2009 – Dua rakyat Palestin tercedera semasa pertempuran dengan tentera Mahmoud Abbas, bekas ketua Palestin Authority (PA) yang menyerang kem pelarian Jalazone di Ramallah dengan tujuan untuk menculik seorang pemimpin terkemuka Hamas.

Isnin , 20/07/2009 – Penulis dan pengkaji Palestin, Ibrahim Hamami menegaskan bahawa tuduhan Pemimpin Fatah dan Ketua Bahagian Politik Palestinian Liberation Organization (PLO) Faruk Qadumi terhadap Presiden Palestin Mahmud Abbas dan pemimpin kumpulan pengkhianat Fatah, Muhammad Dahlan yang dianggap terlibat dalam pembunuhan Presiden Yasser Arafat, adalah sangat penting.

Isnin , 20/07/2009 – Para tawanan HAMAS dalam penjara Zionis mengutuk tindakan pemburuan dan penyeksaan yang dilakukan secara berterusan oleh militia Abbas terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat. Mereka juga turut mengutuk secara khusus tindakan menculik yang dilakukan oleh militia tersebut terhadap tawanan yang dibebaskan sebelum mereka tiba di rumah mereka.

Jumaat , 17/07/2009 –Pasukan Keselamatan yang setia kepada bekas pemimpin PA dan Fatah, Mahmoud Abbas pada Rabu lalu telah menculik tujuh penduduk yang menyokong Hamas di daerah Tulkarem, Nablus dan Jericho termasuk dua bekas tahanan penjara Israel dan seorang anggota majlis perbandaran.

Jumaat , 17/07/2009 – Sekali lagi Faruq al-Qaddumi, setiausaha agung pergerakan Fatah menegaskan penglibatan Abbas dan Dahlan seorang pemimpin yang khianat dan telah melarikan diri itu dalam konspirasi pembunuhan Presiden Arafat dan para pemimpin pejuang lain. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf kerajaan Palestin di Ramallah.

Khamis , 16/07/2009 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menutup pejabat saluran satelit Al-Jazeera di Tebing Barat selepas ia menyiarkan pertuduhan Farouq Al-Qaddoumi, salah seorang pemimpin kanan Fatah, terhadap Mahmoud Abbas dan Mohamed Dahlan pada hari Selasa lepas.

Khamis , 16/07/2009 – Pada hari Rabu lalu Hamas berkata pengakuan daripada askar Israel (IOF) kepada organisasi Israel Breaking the Silence merupakan keterangan yang jelas dimana askar-askar IOF telah melakukan jenayah perang semasa peperangan terbaru di Semenanjung Gaza.

Rabu , 15/07/2009 – Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas berkata pada hari Selasa lepas bahawa pengumuman Salam Fayyad (PA) bahawa mereka perlu menempatkan lebih banyak anggota keselamatan Palestin di Tebing Barat untuk mencegah serangan pejuang Palestin ke atas pihak Israel itu membuktikan bahawa pihak keselamatan pimpinan Fayyad sememangnya mensasarkan penghapusan penentangan dan seterusnya menghalalkan pencerobohan Israel.

Rabu , 15/07/2009 – Penjara Israel Di Hadarim telah mengurangkan dua pertiga makanan kepada tahanan Palestin, demikian didakwa Kelab Tahanan Palestin pada hari Selasa.

Selasa , 14/07/2009 – Khalil Al-Hayya, ahli Biro Politik Pergerakan Hamas mendedahkan bahawa pihak Fatah sebenarnya tidak berminat untuk menjayakan dialog kebangsaan untuk mengakhiri konflik dalaman Palestin.

Selasa , 14/07/2009 – Dr. Yousuf Rezqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, berkata bahawa keterbukaan rakyat Eropah kepada pergerakan Hamas dan kerajaannya adalah hasil daripada keteguhan penduduk Gaza berhadapan kezaliman dan pengepungan Israel.