Khamis, 01/09/2005 – Menteri Penerangan Pihak Berkuasa Palestin, Dr Nabil Sha`ath (gambar) menegaskan bahawa tidak ada kemajuan dalam rundingan dengan kerajaan penjajah Israel berhubung isu lintasan Rafah selepas kerajaan Mesir dan Palestin menolak usul Israel untuk mentadbir lintasan itu selepas pengunduran Israel.
Khamis, 01/09/2005 – Jurucakap Hamas, di sememanjung Gaza, Sami Abu Zuhri, menyatakan bahawa pihak pihak berkuasa Palestin (PBP) tidak berhak menentukan nasib penduduk Palestin dan senjata mereka yang digunakan untuk menghalau pihak tentera Israel keluar dari Semenanjung Gaza.
Selasa, 30/08/2005 – Menteri Wakaf Palestin, Sheikh Yousef Juma Salame, pada hari Isnin, mengecam RZ atas tindakan mereka meletakkan lebih banyak kamera dan pagar elektronik di atas bumbung Masjid Al-Aqsa di kawasan dijajah Jerusalem.
Isnin, 29/08/2005 – Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz, meramalkan konfrontasi yang bakal berlaku di Tebing Barat di antara Pihak Tentera Israel dengan Puak Pejuang Palestin setelah Israel berundur dari Semenanjung Gaza.
Isnin, 29/08/2005 – Juru cakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengatakan, operasi serangan syahid di Ber Sabu yang Ahad lalu adalah sebagai serang balas ke atas kezaliman dan kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin di Shava Amr, Ramallagh dan Tulkarm.
Khamis, 25/08/2005 – Jurucakap Kumpulan Hamas, Mushir Al-Masri, berkata bahawa cita-cita Israel untuk memperluaskan lagi wilayah jajahannya musnah akibat tentangan yang dilancarkan oleh pejuang-pejuang Palestin sejak lima tahun lepas.
Khamis, 25/08/2005 – Kesatuan Aqsa para rabu lepas memberikan amaran beberapa cubaan oleh kumpulan Yahudi yang tidak dikenali untuk menggesa perobohan masjid Aqsa di Jerusalem yang diduduki.
Khamis, 25/08/2005 – Pejabat tinggi tentera Zionis-Israel menganggarkan penarikan dari Semenanjung Gaza akan berterusan sehingga bulan September. Radio Zionis-Israel menyebutkan, Menteri Pertahanan Zionis-Israel, Shaul Movaz menegaskan, proses penarikan dari Semenanjung Gaza akan selesai pada pertengahan September. Movaz turut menyatamengaku Mesir akan menempatkan pasukannya di sepanjang perlintasan Philadelpia dan akan bertanggung jawab penuh terhadap penyelundupan senjata ke Jalur Gaza.
Hari Kebangsaan akan berlansung tidak lama lagi. Ramai yang sudah bersiap sedia menyambut tanggap 31 Ogos dengan 1001 perasaan. Bagi golongan senior, hari tersebut menjadi tarikh keramat yang wajib di ingati dan bagi golongan junior , hari tersebut patut di pahatkan di hati mereka dan insaf akan pahit maung perjuangan membebaskan tanah air di tangan penjajah. Namun begitu, ramai yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Tarikh apakah itu ? Sama2 kita selami ……
Khamis, 25/08/2005 – Sheikh Ra’ed Salah, pemimpin pergerakan Islam akan menjadi khatib pada solat jumaat esok di Masjid Hassan Bek iaitu 26/8/2005.
Selasa, 23/08/2005 – Sheikh Ekrema Sabri, Mufti Jerusalem dan Palestin mengutuk perbuatan Yahudi menghina dan mencemar Masjid Hassan Bek di bandar Haifa yang dijajah sejak 1948
Isnin, 22/08/2005 – Bekas Menteri Kewangan Israel, Benjamin Netanyahu, menyeru agar Kerajaan Israel menawan Aqaba setelah serangan roket Katyusha pada Hari Jumaat tersasar ke Eilat.
Isnin, 22/08/2005 – TPI terus melakuakan tindakan kejam terhadap rakyat Palestin di bandar-bandar dan kampung-kampung Tebing Barat dalam usaha untuk meneruskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat semasa mereka sedang berundur dari Tebing Gaza. Sebilangan besar TPI
menyerbu bandar Tulkarem dan mendirikan kawalan-kawalan pos di sepanjang jalan menuju ke bandar Tulkarem menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Jumaat, 19/08/2005 – Israel telah mula keluar meninggalkan penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza secara paksaan oleh tentera dan polis Zionis-Israel. Ini kerana masa yang diberikan untuk meninggalkan kediaman mereka telah berlalu. Penempatan Gush Katif adalah kawasan yang terletak bersempadanan Mesir dan Palestin.
Jumaat, 19/08/2005 – Tentera penjajah Israel (TPI) telah menghantar ramai tenteranya
ke penempatan haram Kfar Darom di tengah semenanjung Gaza di dalam usaha untuk
memindahkan penduduknya dan beratus lagi penduduk lain yang menyelinap masuk dan
berkumpul di dalam synagogue Yahudi.