Apakah wajah sebenar Fatah tampak jelas selepas berlangsungnya pusingan kedua pilihanraya di Palestin ? Kenapa Fatah membantah keputusan sedangkan yang mengira undi adalah orang kerajaan sendiri ? Hairan bin Ajaib ?Maszlee Malik cuba menyelongkar …
Oleh Maszlee Malik
Dr. Yusuf Qardhawi memberi satu gambaran jelas kepada kita siapakah yang patut diperangi dalam isu Palestin ini. Beliau mengajak kita sama2 mengubah radar sensitiviti kita terhadap Zionisme yang telah sama sekali mengubah norma kehidupan manusia sehingga meletuskan malapetaka.
Isnin , 13/06/2005 –Presiden Palestin, Mahmod Abbas mendapat persetujuan daripada kumpulan-kumpulan pejuang Palestin bahawa mereka bersetuju untuk meneruskan genjatan senjata(tempoh aman) terhadap Zionis-Israel.
Jumaat , 10/06/2005 –Seramai 20 orang Palestin ditangkap di Al-Quds, manakala 4 orang lagi ditangkap di Jenin. Penangkapan mereka berdasarkan atas alasan-alasan yang tidak masuk akal.
Jumaat , 10/06/2005 –COMES (Pusat Kajian Palestin Indonesia ) yang juga merupakan sumber rujukan Palestinkini kini sedang mengadakan kempen kesedaran ke beberapa
pulau di Indonesia bagi menyebarluaskan kesedaran tentang isu Palestin.
Khamis , 09/06/2005 –Akhbar Zionis-Israel, menyebutkan bahawa anggota Knesset Muhammad Barkah menegaskan beliau sendiri menyaksikan helain-helain al-Quran dirobek-robek di penjara Megiddo. Beliau melakukan kunjugan apabila suasana hangat akibat penghinaan terhadap al-Quran oleh warden-warden penjara Megiddo Israel.
Khamis , 09/06/2005 –Bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puashati terhadap Zionis-Israel yang menghina dan mengoyakkan al-Quran, banduan Palestin yang dipenjarakan di Penjara Israel Megiddo telah melancarkan mogok lapar selama 3 hari.
Khamis , 09/06/2005 –Selasa lepas (7/5/2005) Seorang pegawai penjara di penjara Megiddo bertindak menghina al-Quran dan pergerakan Jihad Islami menyeru kepada seluruh umat Islam supaya menyatakan kemarahan terhadap tindakan tersebut.
Khamis , 09/06/2005 –3 pejuang Palestin yang merupakan anggota Brigade Qassam selamat dari serangan roket oleh rejim Zionis semalam dalam satu pertempuran di Timur Khan Younis
Rabu , 08/06/2005 –Brigade Izzuddin al-Qossam, sayap tentera Hamas kembali melepaskan lima buah roket milik mereka yang ditujukan ke bandar Sederot.
Rabu , 08/06/2005 –Seorang remaja perempuan rakyat Palestin telah ditangkap oleh tentera rejim Zionis dalam perjalanannya ke sekolah hari ini di bandar Khalil (Hebron).
Rabu , 08/06/2005 –Keadaan kembali tenang di masjid Al Aqsa setelah seramai 70 orang Zionis-yahudi keluar dari kawasan tanah haram tersebut.
Isnin , 06/06/2005 –10 rakyat Palestin di kawasan Haifa berdemonstrasi semalam kerana marah dengan tindakan kejam rejim Zionis merobohkan rumah keluarga
Bashkar.
Isnin , 06/06/2005 –Ketua Ulama Palestin, Syeikh Tayseer Al-Tamimi memberi amaran akan niat jahat rejim Zionis utk menyerang Masjid Aqsa.
Khamis , 02/06/2005 –Penduduk Israel yang juga merupakan rejim Zionis pagi semalam telah menembak seorang rakyat Palestin, Jaber Yousef Beni Jaber yang kurang upaya berumur 36 tahun di perkampungan Aqraba, timur Nablus.