HAMAS Mengajak Untuk Bersatu, Kutuk Kenyataan FATAH

Khamis , 21/07/2005 – Gerakan Pejuang Islam, HAMAS, telah menyeru agar semua kumpulan pejuang dan aktivis kebebasan di Palestin untuk bersatu di bawah satu gerakan umum bagi meningkatkan ‘persenjataan’ dan memartabatkan lagi perjuangan di Tanah Suci itu. HAMAS menjelaskan bahawa pertelingkahan dan tembak-menembak yang berlaku di antara kumpulan-kumpulan pejuang adalah satu perkara yang amat membimbangkan.

Hancur Berkecai


Rakyat Palestin memeriksa bangkai kereta yang hancur berkecai akibat serangan rejim Zionis
di bandar Gaza pada 15/07/2005 lalu. Sekurang2nya 5 pejuang Palestin syahid dalam serangan tersebut. Sharon memberi amaran akan merancakkan serangan.

Budak Perempuan Syahid Semalam

Gaza , Rabu , 20/07/2005 – Budak perempuan berusia 9 tahun , Ayda Dagmash syahid sementara 2 abangnya cedera selepas letupan berlaku berdekatan tempat mereka bermain di pinggiran Sabra di bandar Gaza. Rejim Zionis
bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Saintis Palestin Meninggal Dunia Di Amerika

Houston , Selasa , 19/07/2005 – Seorang ahli sains kelahiran Palestin, Dr. Esam Saed Al-Nemer, yang terkenal di dalam
penglibatannya di dalam bidang Sains Angkasa Lepas di Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik
Nasional (NASA) di Houston, Amerika Syarikat telah meninggal dunia di bandaraya berkenaan. Beliau berumur 79.

Raed Shalah : Saya akan tetap masuk al-Aqsa

Gaza, Selasa , 19/07/2005 – Al Aqsa bukan dan tidak akan menjadi milik Zionis-Israel. Meskipun Zionis-Israel melarang Syaikh Raed Shalah daripada memasuki al-Aqsa selama 4 bulan, pemimpin gerakan Islam Palestin 1948 menegaskan bahawa beliau akan tetap masuk masjid suci umat Islam ini.

Sharon arahkan tentera Israel hancurkan pejuang Palestin

Isnin , 18/07/2005 – Ariel Sharon, PM Israel, pada hari Ahad mengarahkan tentera Israel untuk bersungguh-sungguh menghancurkan perjuangan kumpulan Palestin yang dikatakan melancarkan roket dan mortar ke arah penempatan Israel di Tebing Gaza.

Radio Voice of Aqsa Di Ugut

Isnin , 18/07/2005 – Radio Voice of Aqsa telah mengecam hebat kempen ugutan Kementerian Dalam Negeri PA yang menentang badan maklmat bebas tersebut dan mendesak kementerian terbabit untuk berhenti dari berbuat demikian.

Demam Star Wars

Apakah kaitan Star Wars dengan Palestin ? Kenapa tergamak Maszlee Malik mengaitkan filem ‘berhantu’ ini dengan isu Palestin ? apakah beliau sudah kekeringan idea ?? Sama? kita saksikan …

go! Syaikh Raed Shalah go!

Isnin , 18/07/2005 –
Zionis-Israel semalam telah membebaskan pemimpin Gerakan Islam Palestin 1948, Syaikh Raed Shalah. Pembebasan beliau dilakukan 2 hari awal dari tarikh yang sepatutnya bagi mengelakkan sambutan besar-besaran yang akan dilakukan oleh penyokong beliau.

Syeikh Raed Salah Bebas !

Umm Fahm, Isnin , 18/07/2005 – Syeikh Raed Salah (gambar) yang juga terkenal dengan jolokan “Syeikh al-Quds” telah dibebaskan hari ini oleh pihak rejim setelah menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

Pertubuhan Pro-Tahanan Palestin anjurkan kursus psikologi

Jumaat , 15/07/2005 –
Pertubuhan Pro-Tahanan Palestin menganjurkan kursus psikologi dan juga kursus-kursus akademik bagi membantu anak-anak lelaki yang mungkin menghadapi tekanan kesan daripada penahanan bapa-bapa mereka di penjara-penjara Israel.

Anak Kita dan Anak Mereka

Jumaat , 15/07/2005 – Anak-anak anda, adik-adik anda ataupun anak-anak murid anda malas belajar?, ponteng sekolah?, suka cabut kelas ? Berikut adalah paparan-paparan cerita anak-anak Palestin yang boleh diceritakan kepada mereka untuk dijadikan pengajaran….

Pimpinan Palestin tanya Solana ‘Apa seterusnya’?

Jumaat , 15/07/2005 – Tanah yang dijajah Jerusalem – Pimpinan Palestin di tebing Gaza mengadakan pertemuan dengan Ketua Luar Negeri EU Chaqver Solana dan berkata mereka pengunduran Israel tidak bermakna keamanan akan wujud selepas itu.

Serangan Helikopter Rejim Zionis

Jumaat , 15/07/2005 – Helikopter Israil dilaporkan melepaskan tembakan di empat tempat yang berasingan dalam serangan udara di semenanjung Gaza menurut saksi awal pagi jumaat ini.

Israel Bunuh Pemimpin al Aqsa

Jumaat , 15/07/2005 – Bandar Nablus di Tebing Barat diserang oleh Zionis-Israel. Mereka telah membunuh salah seorang pemimpin al-Aqsa di daerah Rafidia. Pemimpin yang dibunuh ialah Muhammad Shafwat al-Ashi. Seorang rakyat Palestin turut ditangkap dalam kejadian itu.