
Khamis, 28/10/2004 – Polis Israel telah memulakan siasatan terhadap pembunuhan seorang budak Palestin oleh remaja Israel di penempatan haram Israel Tebing Barat.

Warga Palestin yang terkorban sewaktu operasi keganasan yang di jalankan oleh tentera rejim Zionis Israel di sebuah hospital di selatan Semenanjung Gaza pada hari Isnin 25 Oct 2004. Kenderaan ketenteraan di saksikan berbondong menuju ke kem pelarian Khan Younis. Dalam siri keganasan tersebut 14 orang warga Palestin terkorban and 72 orang cedera. Antara yang terkorban adalah 3 anggota keselamatan PA, dua penembak dan seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun. 17 dari yang tercedera adalah berumur di bawah 18 tahun.

Rabu, 27/10/2004 – Parlimen Israel telah meluluskan pelan pengunduran Ariel Sharon (AS) di Jalur Gaza dan sebahagian Tebing Barat.Selepas tempoh 2 hari perdebatan yang hangat, ahli Knesset telah mengundi 67 – 45 dengan 7 berkecuali yang merupakan pengunduran pertama sejak tanah Palestin dicerobohi rejim Zionis pada tahun 1967.

Gaza,Selasa, 26/10/2004 – Lebih 17 rakyat Palestin terkorban hari ini selepas serangan Rejim Zionis (RZ) yang telah melancarkan roket ke arah selatan Jalur Gaza iaitu dibandar Khan Yunus.

Tel Aviv, Isnin, 25/20/2004 – Kerajaan Zionis telah bersedia utk melancarkan siaran satelit lucah pertama yang akan dipancarkan di negara Arab, sumber antarabangsa menyebut.

Alor Star,Isnin,25/10/2004- Atas rasa simpati dengan penderitaan Umat Islam Palestine serta lainnya di seluruh dunia, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menerbitkan risalah mengenai sambutan Hari Quds.

Sajak kiriman Muslimah UTM.

Gaza,Isnin, 25/10/2004 – Pesawat tanpa pemandu milik Rejim Zionis (RZ) telah melancarkan 2 peluru berpandu ke arah selatan bandar Gaza di Khan Yunus yang mengorbankan 2 polis Palestin.

Di Malaysia, kita mewah dengan pelbagai santapan untuk berbuka manakala di malamnya kita aman dari sebarang gangguan untuk sama2 berjemaah insyak dan tarawikh. Tetapi bagaimana nasib saudara kita di Palestin ?
Saksikan bagaimana rakyat Palestin dilayan oleh rejim Zionis semasa Ramadhan. Gambar di dalam …

Gaza, Jumaat, 22/10/2004 –
Anggota senior Brigade al-Qassam,Adnan al-Ghoul syahid hari ini dalam satu serangan udara di bandar Gaza.

Tebing Barat, Jumaat, 22/10/2004,
Rejim Zionis semalam telah menghalau lebih 26 keluarga Palestin di Tebing Barat selepas meletupkan bangunan.

Jenin, Khamis, 21/10/2004 Para pejuang Palestin berjaya membunuh seorang tentera Israel di dalam pos tentera dekat penempatan Mavu Dutan, Jenin tengah.

Khamis , 21/10/2004 – Timbalan PM kerajaan haram Israel Ehud Olmert telah menandatangi satu bantuan pelaburan sebagai permulaan lawatan ke Afrika Selatan. Kumpulan pro-Palestin menyelar akan tindakan kerajaan Afrika Selatan menjalani hubungan dengan kerajaan haram tersebut.

Khamis, 21/10/2004 –
PM kerajaan haram Israel Ariel Sharon(AS) memasuki dewan parlimen hari ini dengan kawalan yang begitu ketat berikutan ura2 ada rancangan utk membunuh beliau.

Rabu, 20/10/2004 –
Setelah melihat dan mengamati mereka yang syahid dan cedera dalam operasi ketenteraan Israel terakhir di utara Semenanjung Gaza yang jumlahnya mencapai 800 orang, ternyata tentara Israel menggunakan senjata terlarang dalam undang-undang antarabangsa.