Polis Israel Membebaskan Tiga Fanatik Yahudi

Jajahan Jerusalem , Khamis , 19/05/2005 –Polis Israel pada hari Isnin membebaskan tiga fanatic Yahudi, yang merancang untuk meletupkan Masjid Aqsa, di bawah alas an bahawa mereka ditahan sebelum melakukan perkara tersebut.


Walaupun mahkamah Israel melanjutkan tempah tahanan mereka, begitupun, pihak polis telah mengambil keputusan untuk menahan mereka di rumah; menyatakan mereka telah membatalkan rancangan mereka.

Pada hari Isnin, 3 orang ekstrimis Yahudi, tinggal di jajahan Jerusalem, telah dilaporkan ditangkap oleh polis Israel kerana merancang untuk meletupkan Masjid Aqsa yang mulia dengan menembak peluru berpandu kepadanya dengan tujuan untuk menyekat pengunduran dari Jalur Gaza dan sebahagian dari Tabing Barat.

Mereka juga merancang untuk membaling bom tangan kepada pasukan polis yang mungkin akan menangkap mereka ketika melaksanakan rancangan jahat mereka dan kemudian membunuh diri.

Dalam perkembangan yang sama, pihak polis Israel melaporkan penangkapan seorang fanatik Yahudi yang merancang untuk menerbangkan sebuah kapal terbang kecil di atas kawasan tapak suci agar suasana huru-hara berlaku dan kawasan tersebut akan kembali kepada putaran keganasan dengan tujuan untuk menyekat perlaksanaan pelan pengunduran.