Rumah Palestin dirobohkan semalam.


Tebing Barat, Jumaat, 22/10/2004,
Rejim Zionis semalam telah menghalau lebih 26 keluarga Palestin di Tebing Barat selepas meletupkan bangunan.

2 rumah di bandar Qalqaliya diletupkan dengan dynamite pada subuh Khamis (21/10/2004).

Rumah itu pernah diduduki oleh Muhammad Dura.

Sementara itu, rakyat awam yang tinggal diutara Jalur Gaza syahid selepas menderita akibat serangan besar2-an rejim Zionis
minggu lepas.

Pihak perubatan telah mengesahkan Muhammad Abu Hilayla daripada kem pelarian Jabalya syahid semalam.

Kematian tersebut telah menjumlahkan angka kematian meningkat kepada 130 orang.