Jerman dan Itali mahu sepasukan 4 negara Timur Tengah dalam siasatan Gaza

Jumaat, 11/06/2010 – Jerman dan Itali berkata pada Selasa lepas bahawa mereka mahukan satu pasukan antarabangsa yang terdiri daripada 4 buah Negara Arab sebagai orang tengah yang turut terlibat dalam siasatan secara “telus dan neutral” ke atas serangan maut oleh rejim Zionis ke atas armada bantuan ke Gaza.

Rejim Zionis telah menolak arahan PBB untuk melakukan siasatan antarabangsa di atas serangan maut pada Isnin lepas ke atas konvoi kapal yang pro-Palestin yang cuba memecahkan kepungan ke atas Genting Gaza. Rejim Zionis berkata bahawa mereka akan melakukan sendiri siasatan itu.

Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle dan rakan sejawatnya dari Itali, Franco Frattini berkata dalam mesyuarat yang diadakan di Berlin bahawa mereka mahukan siasatan antarabangsa terhadap kes itu. Kata Westerwelle lagi, rejim Zionislah punca siasatan itu mesti dilakukan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa