Categories
Berita Semasa

Perhimpunan diadakan di al-Khalil membantah jenayah Israel terhadap wanita Palestin

Isnin, 3-9-2018 – Kumpulan hak asasi manusia dan wakil masyarakat sipil telah melancarkan panggilan untuk penyertaan besar-besaran dalam perhimpunan yang diadakan untuk menyokong wanita dan gadis Palestina yang ditangkap oleh regim zionis Israel selama beberapa bulan terakhir.

Persatuan Tawanan Palestin (PPS), Suruhanjaya Banduan dan Hal Ehwal Bekas, dan Jawatankuasa Keluarga Banduan menyeru rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan itu, yang bermula pada pukul 11:00 pagi pada hari Isnin di luar kawasan ibu pejabat Palang Merah di bandar al-Khalil.

Acara ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendedahkan jenayah Israel terhadap tahanan Palestin, terutamanya wanita, yang menjadi sasaran penculikan oleh Israel dan dikenakan tindakan keras setiap hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Jepun kutuk Israel bina penempatan haram di wilayah Palestin.

Isnin , 3-9-2018 – Jepun menyatakan bahawa kerajaannya “sangat kecewa” dengan rancangan Israel yang mahu membina lebih 1000 unit penempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat, Palestin.

Kenyataan akhbar Setiausaha Negara, Takeshi Osuga menyatakan bahawa pihak rejim Israel masih meneruskan aktiviti membina penempatan haram walaupun masyarakat antarabangsa dan juga negaranya telah meminta supaya membekukan kegiatan tersebut.

“Aktiviti pembinaan penempatan haram jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan kerajaan Jepun telah berulang kali meminta agar Israel membekukan sepenuhnya aktiviti itu,” kata Takeshi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang para petani Palestin daripada memasuki tanah mereka.

Isnin , 03-09-2018 – Rejim zionis (IOF) pada pagi Selasa menghalang para petani Palestin dari kampung Kifl Hares memasuki tanah bersebelahan penempatan pendatang Ariel di utara Salfit.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang tentera IOF menahan petani Abdul-Karim Yousef ketika beliau ingin memasuki kawasan tanahnya.

Menurut para petani di Kifl Hares, tentera IOF selalunya tidak membenarkan mereka bekerja di tanah milik mereka sehingga memperolehi permit dari Israel, sedangkan permit itu sangat jarang dikeluarkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel rampas tanah penduduk Palestin.

Rabu , 29-08-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak merampas tanah milik seorang penduduk Palestin yang terletak di Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis.

Menurut Hashim Bader, beliau melihat sendiri jentolak Israel menceroboh tanah milik Abdul Razak al-Sheikh dengan menumbangkan pokok buah-buahan dan membuat laluan masuk ke tanah tersebut sambil diawasi oleh anggota polis rejim. Tanah yang diceroboh itu berkeluasan kira-kira 40 meter persegi.

Peguam yang mewakili warga itu telah datang ke tempat kejadian dan melalui semakkan yang dibuat mendapati tindakan pihak tentera rejim itu menurut beliau tidak mengikut peraturan perundangan kerana ia dijalankan tanpa mendapat perintah rasmi dari mahkamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel berang dengan senarai bersama mengutuk kekejaman Israel di PBB

Rabu , 29-08-2018 – Inisiatif anggota Knesset Arab bagi mengusahakan senarai bersama bagi mengutuk kekejaman Israel di Perhimpunan Agung PBB telah menimbulkan kemarahan dikalangan anggota Knesset lain.

Menurutu agensi berita Hayom berpangkalan di Israel, speaker Knesset Israel, Yuli Edelstein menyatakan ahli perwakilan arab di Knesset bertindak membelakangi negara Israel dengan mengusahakan senarai tersebut sedangkan mereka dibayar dan diberikan keistimewaan seperti ahli Knesset yang lain.

“Mereka yang berkerjasama dengan pihak Palestin perlu menanyakan diri mereka kepada siapa mereka berkhidmat, parlimen Israel atau Parlimen Palestin” berkata Yuli.

Pemimpin parti Likud Yoav Kisch turut berkata pemimpin Arab berkenaan telah melampaui batas dan menggesa anggota disiplin Knesset untuk menghukum anggota parlimen arab berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel masih belum benarkan jenazah seorang penduduk Palestin untuk dikebumikan.

Selasa , 21-08-2018 – Maklumat dari sumber Majlis Daerah Umm al-Fahm, Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel menyatakan bahawa pihak polis rejim zionis masih belum lagi memberi tarikh bila jenazah Ahmad Mahamid, penduduk Palestin berusia 30 tahun boleh dibawa keluar.

Menurut laporan laman web Arab 48 melaporkan, Mahamid telah membuat permohonan agar mayat anaknya itu dipulangkan segera untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Suasana di Umm al-Fahm menjadi tegang berikutan mangsa telah ditembak mati oleh polis rejim pada hari Jumaat lalu kerana didakwa cuba menikam seorang anggota tentera rejim di Kota Lama Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di utara Salfit

Isnin , 20-08-2018 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di kemasukan bandar Qarawat Bani Hassan di utara Salfit.

Saksi mata mengesahkan yang rejim Israel tiba-tiba menghentikan kenderaan, menggeledah mereka dan memeriksa kad pengenalan diri para penumpang tanpa sebab lalu menyebabkan kesesakan trafik. Para pemandu terpaksa mengambil jalan lain, sumber itu menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel halang 10 wanita Palestin dari memasuki Masjidil Aqsa untuk 15 hari.

Isnin , 20-08-2018 – Polis rejim Israel mengeluarkan perintah halangan ke atas sepuluh wanita warga Palestin dari memasuki Masjidil al-Aqsa, Baitulmuqaddis untuk tempoh 15 hari.

Kesepuluh wanita itu telah ditahan polis rejim di pintu masuk utama masjid tersebut sebelum mereka diheret ke pusat tahanan Qishleh dan kemudiannya mereka diberi surat perintah tersebut.

Salah seorang wanita itu, Muntaha Amara berkata bahawa dia telah ditahan bersama sembilan wanita yang lain sebelum mereka dibebaskan dengan diarahkan supaya menjauhi masjid al-Aqsa dan dikehendaki membayar denda.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi berarak sambil menyeru bunuh orang Arab.

Khamis, 16-08-2018 – Beratus pelampau Yahudi berarak dan kemudiannya berkumpul di hadapan Masjid Ibrahimi di al-Khalil, sebuah daerah yang terletak di selatan Tebing Barat.

Perarakan itu diadakan berikutan seruan yang dibuat oleh sebuah pertubuhan Yahudi yang mahu memastikan bandar itu menjadi apa yang mereka dakwa sebagai bandar yang beridentitikan Yahudi dan menjadi salah satu tapak suci agama Yahudi. Mereka berkumpul beramai-ramai di hadapan Masjid Ibrahimi sambil menjerit, “Pergi Mati Orang Arab!”. Tentera Israel bertindak mengisytiharkan sekitar kawasan masjid itu sebagai zon tentera dan menutupnya serta menghalang para jemaah dari memasukinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel di timur Gaza.

Khamis, 16-08-2018 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera pada petang Selasa apabila tentera rejim zionis (IOF) melepaskan tembakan kea rah warga Palestin dekat sempadan timur bandar Gaza.

Satu sumber tempatan menyatakan yang seorang kanak-kanak cedera di kepala akibat serpihan peluru hidup ketika beliau berdiri dekat dengan perarakan untuk kembali di timur Gaza. Saksi mata menyatakan yang kanak-kanak itu cedera apabila IOF melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pembantah aman dekat sempadan timur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kekurangan ubat kanser di Gaza ancam nyawa penghidapnya.

Rabu, 15-08-2018 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, Hospital Rantisi tidak lagi mampu untuk menyediakan rawatan kimoterapi kepada pesakit kanser di hospital tersebut.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra menyatakan bahawa stor ubat di kementerian kesihatan dan hospital-hospital di bawah kementerian itu telah kehabisan bekalan dadah penting yang sangat diperlukan dalam rawatan kanser.

Beliau memberi amaran bahawa kegagalan dalam menyediakan rawatan akan meletakkan nyawa beratus pesakit kanser benar-benar dalam keadaan bahaya dan menekankan satu penyelesaian segera perlu diambil bagi mengatasi krisis bekalan ubat-ubatan yang berlaku di Gaza itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di bandar Nablus

Rabu, 15-08-2018 – Tentera Rejim Zionis pada Ahad mendirikan pos pemeriksaan ketenteraan di kemasukan bandar Madama, selatan Nablus, utara Tebing Barat. Saksi mata mengesahkan yang beberapa kenderaan warga Palestin telah ditahan dan digeledah di kemasukan bandar tersebut. Tentera rejim zionisturut menyerbu bandar Aqrba, selatan bandar itu di mana kenderaan-kenderaan warga Palestin dihalang daripada memasuki atau meninggalkan kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel lancar operasi geledah rumah dan culik penduduk tempatan.

Isnin, 13-08-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak melancarkan operasi awal pagi dengan memecah masuk rumah dan menculik penduduk tempatan di beberapa lokasi berasingan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, anggota tentera rejim menyerbu bandar Qaffin yang terletak di Tulkarem dan dilihat telah membawa pergi lima penduduk tempatan, termasuk bekas tahanan. Mereka yang ditahan dikenali sebagai Louay Harsha, Osama Jawdat, Ali Abu Baker dan Khaled Ajouli serta adiknya Mohamed.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Perancis dan Jerman menggesa dihentikan sekatan ke atas Gaza

Isnin, 13-08-2018 – Kementerian Luar Perancis mengeluarkan kenyataan pada Khamis menyeru kepada penyelesaian politik yang berterusan di Semenanjung Gaza. “Perancis mengutuk peningkatan keganasan di antara Israel dan Semenanjung Gaza. Ia menyelar penembakan roket ke arah Israel dan ingin supaya gencatan senjata dilakukan oleh kesemua pihak bagi mengelakkan kematian orang awam”, demikian kenyataan itu menyebut.

“Apa yang berlaku mengingatkan tentang keperluan segera untuk mencari penyelesaian yang berkekalan di Gaza dan bertindak dengan berkesan ke atas krisis kemanusiaan yang menggugat populasi Palestin.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas yang diketuai oleh Arouri menuju ke Kaherah

Isnin, 13-08-2018 – Delegasi Hamas berangkat dari Semenanjung Gaza pada Rabu melalui sempadan Rafah untuk lawatan enam hari. Delegasi diketuai oleh timbalan ketua biro politik Hamas, Saleh al-Arouri, yang turut disertai oleh pegawai Hamas lain, tiba di Gaza pada Khamis lepas.

Menurut ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya, delegasi itu akan bertemu denga para pegawai Mesir untuk menyampaikan visi Hamas tentang isu yang telah dibincangkan sejak beberapa hari di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati