Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri : Hamas sertai pilihanraya negeri dengan barisan calon yang layak.

Selasa, 26-07-2016 – Seorang jurucakap Pergerakan Hamas Sami Abu Zuhri, malam tadi mengatakan bahawa, pergerakan beliau akan mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dengan barisan calon yang layak dan menyeru semua rakyat untuk terlibat sama dalam pilihan raya ini.

Abu Zuhri berkata dalam satu ucapan dalam satu majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang di tengah Semenanjung Gaza, Hamas akan mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan barisan calon yang layak demi mencapai matlamat untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin.

Beliau menegaskan seperti yang dipetik dari Safa agensi bahawa pilihan raya akan berjalan mengikut sistem yang sama, pada hari yang sama dan ketetapan yang sama di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, kita menolak segala tuduhan yang dilemparkan sebelum ini dengan menyampaikan mesej yang jelas (pada pilihanraya ini) bahawa Gaza berpegang teguh pada sistem demokrasi yang sama.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi

Categories
Berita Semasa

Parlimen Knesset Israel meluluskan bil mengusir ahli Parlimen berbangsa Arab.

Isnin, 25-07-2016 – Knesset Israel meluluskan draf undang-undang pada Isnin yang membolehkan pengusiran ahli parlimen Arab. Akhbar Haaretz mendedahkan yang ahli pembangkang menolak pindaan semula ke atas bil kontroversi itu yang menuntut penggantungan dan pembuangan ahli parlimen Arab.

Menurut bil tersebut, sejumlah majoriti 90 orang ahli parlimen dari 120 kerusi di Knesset akan memiliki kuasa untuk membuang seorang ahli parlimen atas tuduhan mencetuskan perkauman atau menyokong tentangan bersenjata ke atas Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

6 wartawan dikenakan tahan tanpa bicara.

Isnin, 25-07-2016 – Pertubuhan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa 6 daripada 22 warga Palestin yang ditahan di bawah tahanan tanpa bicara di penjara Israel adalah wartawan.

Menurut pertubuhan itu, salah seorang wartawan yang ditahan adalah Malik al-Qadi dari Bethlehem. Beliau lulusan pengajian kewartawanan, Universiti al-Quds dan sedang mengadakan mogok laparnya untuk hari ke 5.

5 lagi wartawan ialah Hassan al-Safadi dari Baitulmuqaddis, Mohammad al-Qadoumi dari Ramallah manakala Ali al-Uwaiwi, Musab Qafisheh dan Adib al-Atrash dari al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Abbas kepada Erdogan: Bantu Gaza hanya melalui PA

Jumaat, 01-07-2016 – Pihak berkuasa Palestin (PA) mengumumkan keengganan mereka menyerahkan bantuan kemanusiaan dari Turki ke Gaza melainkan ia dilakukan melalui PA di Ramallah.

Ia merupakan rentetan dari perjanjian Turki-Israel yang melibatkan bantuan Gaza oleh Turki. Menteri Luar PA, Riyad al-Malki mengalu-alukan bantuan Turki dalam kenyataannya pada Isnin. Namun beliau menekankan permohonan oleh Presiden Abbas.
Israel dan Turki secara rasminya mencapai persetujuan untuk kembali kepada perhubungan bilateral.

Perjanjian tersebut membenarkan Turki menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang berada di bawah cengkaman Israel selama 10 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Penjara Israel pindahkan Bilal Kayed ke Beersheba.

Jumaat, 01-07-2016 – Pihak berkuasa penjara Israel memindahkan Bilal Kayed, warga Palestin yang sebelum ini ditahan di penjara Ramon ke bilik kurungan berasingan di penjara Ella yang terletak di Beersheba pula.

Langkah pihak penjara rejim itu, bertujuan bagi memaksa Kayed agar menamatkan mogok laparnya yang telah beliau mulakan sejak 12 hari yang lalu kerana membantah penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas dirinya.

Beliau yang sepatutnya dibebasksn pada 13 Jun, 2016 setelah menjalani tempoh tahanan selama 14 tahun setengah tetapi sebaliknya dipindahkan untuk ditahan dibawah penahanan tanpa bicara pula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel akan membina tembok pemisah di selatan Al-Khalil

Rabu, 29-06-2016 – Angkatan Israel Penjajah (IOF) memulakan pembinaan tembok pemisah berhampiran bandar al-Thahiriya di al-Khalil yang akan memisahkan kawasan pemerintahan al-Khalil dari Penjajahan Palestin 1948.

Abdulhadi Hantash, pakar dalam aktiviti penempatan Israel memberitahu wartawan PIC bahawa dinding yang akan dibina akan merampas ribuan dunum tanah Palestin di al-Thahiriya, al-Burj, dan bandar-bandar Arab Al-Ramadein. Hantash juga menekankan bahawa tembok tersebut juga akan menghalang lalu lintas ke arah Penjajahan Palestin 1948 bagi mereka yang bekerja di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Hamas minta Turki guna kedudukannya desak sekatan atas Gaza ditamatkan.

Rabu, 29-06-2016 – Rombongan delegasi Hamas yang berkunjung ke Turki mengesa pemimpin negara itu mendesak agar sekatan di Semenanjung Gaza ditamatkan dan memasukkan isu itu sebagai satu syarat dalam sebarang proses damai dengan Israel.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Sabtu kelmarin menyatakan bahawa ketua biro politik Pergerakan Hamas, Khalid Mishaal dan sejumlah ahli kanan pertubuhan itu telah mengadakan satu berbincang bersama dengan presiden Recep Erdogan, perdana menteri Bonali Yildirim dan beberapa pegawai kerajaan Turki yang lain di Istanbul.

Delegasi Hamas itu membawa harapan rakyat Palestin yang mahu pihak kepimpinan Turki menyelesaikan masalah sekatan di Gaza semasa mereka mengadakan perbincangan dengan pihak Israel dalam usaha damai terbaru.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Sabri: Serangan Israel ke atas pengunjung Aqsa adalah satu jenayah

Rabu, 29-06-2016 – Ketua Majlis Tertinggi Islam, Sheikh Ekrema Sabri, menyelar pada Ahad serangan polis rejim ke atas para pengunjung yang beribadah di Masjid Suci Al-Aqsa.

Bercakap kepada wartawan PIC, Sheikh Sabri mengutuk pencerobohan oleh polis rejim ke dataran masjid pada waktu pagi dan juga keganasan ke atas para Muslim yang beribadah dengan aman di situ.

Beliau seterusnya bersuara tentang pencerobohan yang dilakukan oleh para pendatang Israel di Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadhan sebagai pelanggaran terang-terangan ke atas undang-undang tempatan dan antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

2 Warga Afrika Selatan, 12 rakyat Palestin diculik oleh rejim Zionis dalam serbuan Subuh

Rabu, 29-06-2016 – Dua warga Afrika Selatan dan 12 orang awam Palestin diculik oleh tentera pejajahan Israel (IOF) pada masa Subuh pada hari Ahad dalam serbuan tergempar Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

IOF menyerbu Jenin dan menculik bekas banduan Plaestin Saed Thabet Abu Abeid, 36, dari rumah keluarganya di bandar Kfar Koud.
Askar-askar IOF lagi menghuru-harakan di rumah empat kerabat Abu Abeid sebelum mereka menutup jalan utama ke kawasan itu dengan pusat pemeriksaan

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menculik anak Ahli parlimen, Husam Khader di Nablus

Rabu, 29-06-2016 – Tentera Rejim Zionis pada petang Sabtu telah menculik remaja berusia 19 tahun, Ahmed Khader semasa beliau sedang menaiki kereta ke selatan bandar Nablus.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel di pusat pemeriksaan Za’atara memintas kenderaan Khader yang dalam perjalanan , mengepung dan membawanya ke tempat yang tidak diisytiharkan. Tahanan adalah anak kepada ahli parlimen Palestin Husam Khader dan dia adalah seorang pelajar sains politik di Universiti Birzeit .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Perhimpunan di Nablus menentang hukuman sewenang-wenang terhadap Kayed

Rabu, 29-06-2016 – Puluhan aktivis Palestin dan penunjuk perasaan berhimpun di jalan di wilayah Nablus pada petang Selasa sebagai tanda sokongan untuk Bilal al-Kayed, yang dipindahkan ke tahanan pentadbiran di penjara Israel. Perhimpunan itu diadakan oleh Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) sebagai menunjukkan sokongan terhadap Bilal al-Kayed yang ditahan dalam lokap pentadbiran Israel selepas menamatkan tempoh penjara beliau selama 14 tahun. Peserta perhimpunan mengibarkan bendera Palestin dan menjulang gambar Kayed.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Pengkalan terbesar Israel dibina di Eritrea

Rabu, 29-06-2016 – Israel telah memuktamadkan penubuhan pangkalan terbesar di Lembah Laut Merah, khususnya di Eritrea, menurut sumber Eritrea. Sumber tempatan memberitahu PIC bahawa pengkalan itu telah ditubuhkan di kawasan menyelia Bab al-Mandeb, 135 kilometer dari ibu kota Asmara. Pakar dalam hal ehwal Afrika Timur, Dr. Osama al- Ashqar, mengatakan sumber dari pihak pembangkang telah mengesahkan berita tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Cubaan melanggar askar Israel berhampiran Ramallah.

Rabu, 29-06-2016 – Seorang warga Palestin berjaya melarikan diri selepas cuba untuk melanggar keretanya ke sekumpulan tentera Israel di kawasan Binyamin berhampiran bandar Ramallah pada subuh Hari Ahad. Menurut tentera penjajah Israel, kereta itu dipandu menuju salah satu daripada kampung Palestin berhampiran selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kereta tersebut. Tiada seorang pun daripada tentera yang cedera dalam serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Rumah Banduan Warga Jerusalam, Tangkap Suami

Isnin, 27-06-2016 – Tentera Penjajah Israel (IOF) menyerbu pagi Rabu rumah guru warga Jerusalam Khadijah Khuwais di Masjid Aqsa, yang ditahan di penjara Israel, dan menahan suaminya. Quds Press melaporkan bahawa polis Israel bersama-sama dengan pegawai perisikan merampas beberapa komputer peribadi dan tablet di samping barang-barang lain milik guru Khuwais setelah menyerbu rumahnya.

Ejen perisikan Israel menahan suaminya, Ibrahim Abu Ghaliyeh, 48, selepas mereka menggeledah rumah mereka. Beliau telah dibawa ke pusat siasatan al-Maskobiya di sebelah barat Jerusalam Dijajah. Pasangan itu akan dibicarakan pada hari Khamis, Quds Press berkata.

Guru Khuwais ditahan Rabu lalu dari rumahnya. Pihak berkuasa Israel lanjutkan tahanan itu dua kali untuk menyiapkan prosedur siasatan tanpa mempedulikan dan menafikan hak lima orang anak kecil mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

80% penduduk Baitulmuqaddis, miskin.

Isnin, 27-06-2016 – Satu laporan yang diterbitkan oleh Institut Kajian bagi Baitulmuqaddis milik Israel, menunjukkan berlakunya peningkatan kadar kemiskinan yang sangat ketara di kalangan penduduk warga Palestin yang tinggal di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel.

Laporan itu mendedahkan, 82 peratus penduduk Baitulmuqaddis hidup di bawah garis kemiskinan.

Menurut akhbar Israel, Haaretz hasil dari analisa data yang dibuat, didapati kira-kira 300, 000 penduduk yang tinggal di bandar Baitulmuqaddis telah lama menjadi kumpulan penduduk paling miskin di Israel. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi mereka yang semakin menurun secara drastik di sepanjang beberapa dekad yang lalu.

” Punca utama pekara tersebut berlaku adalah disebabkan oleh pembinaan tembok pemisah yang memisahkan penduduk Baitulmuqaddis dengan Tebing Barat, ” tambah akhbar itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin