Categories
Berita Semasa

AS meminta dua hari untuk membuat keputusan mengenai kumpulan keempat tahanan Palestin

Rabu , 02-04-2014 – Pegawai kanan Palestin berkata bahawa pentadbiran Amerika Syarikat meminta pihak Palestin untuk memberikan sedikit masa untuk menentukan nasib kumpulan keempat dan yang terakhir tahanan Palestin yang akan dibebaskan oleh Israel.

Quds Net memetik dari seorang pegawai kanan PA sebagai berkata pada hari Ahad, pentadbiran AS memohon dua hari untuk mengumumkan samada persetujuan atau keengganan Israel untuk membebaskan kumpulan keempat banduan tersebut.

Menurut kenyaatan rasmi ini, PA juga telah menuntut untuk tidak membuat sebarang langkah di peringkat PBB yang boleh menjejaskan usaha Amerika untuk menyelamatkan rundingan damai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Kapten Nelayan : Israel membuat fitnah utk mewajarkan serangan mereka.

Rabu , 02-04-2014 – Kesatuan Nelayan Palestin memberi amaran kepada Israel daripada terus-menerus membuat fitnah yang tidak berasas terhadap hak nelayan Palestin bagi mewajarkan mereka untuk menyerang nelayan Palestin di laut setiap hari.

Kapten nelayan, Nizar Ayyash dalam satu kenyataan menafikan tuduhan Israel bahawa tentera Israel telah melepaskan tembakan ke atas sebuah bot Palestin di luar pantai Rafah dan mencederakan empat nelayan yang cuba menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza. Beliau menegaskan bahawa perkara ini tidak benar dan sukar diterima akal manusia.

Beliau berkata lagi, ” Israel sedang mengikuti dasar baru dalam menangani nelayan Palestin dan mewajarkan serangan ke atas mereka dengan mereka perkara yang tidak wujud dan tidak berasas menggunakan fakta-fakta yang mengelirukan menipu pendapat umun antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Mishaal menyampaikan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia

Selasa , 01-04-2014 – Khaled Mishaal, pengerusi biro politik Hamas, menghubungi Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak melalui telefon pada hari Rabu dan menyampaikan takziah diatas kehilangan tragis pesawat Malaysia. Mishaal menyatakan sokongan terhadap mangsa, dan Hamas bersama rakyat Palestin menyampaikan takziah terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong rakyat Palestin dan juga hak-hak mereka.

Pemimpin Hamas juga memuji usaha gigih Malaysia dalam usaha mencari pesawat yang terbang dari skrin radar semasa penerbangan biasa dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel sekat pergerakan rakyat Palestin di bandar Hawara dan Beita

Selasa , 01-04-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) mengenakan satu tindakan tegas menyekat pergerakan rakyat Palestin dan kenderaan di bandar Hawara dan Beita di selatan bandar Nablus pada malam Saksi-saksi kejadian memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa tentera Israel telah diletakkan di jalan utama di pusat bandar Hawara dan berdekatan stesen minyak Tamimi. Tentera Israel juga menahan dan menyiasat kereta – kereta Palestin yang melalui jalan tersebut.

Saksi-saksi kejadian turut menambah, tentera – tentera Israel itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang berterusan dari pusat bandar Hawara ke bandar Beita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Hamas sokong inisiatif PFLP untuk mulakan strategi seragam

Jumaat , 28-03-2014 – Gerakan Hamas menyokong inisiatif Popular Front dari Liberation of Palestin (PFLP) untuk memanggil persidangan nasional serta-merta bagi memulakan strategi seragam untuk perjuangan Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman Facebook Dr Mousa Abu Marzouk yang merupakan ahli biro politik Hamas pada awal pagi Selasa, seruan PLFP itu adalah sangat dihargai dan wajar diberi perhatian yang serius.

PFLP menyeru supaya satu strategi seragam dimulakan sebagai alternatif kepada proses penempatan and siri rundingan yang melecehkan dan akan membuat tentangan .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

4 pelajar rakyat Palestin diculik dari Universiti Aleppo di Syria

Jumaat , 28-03-2014 – Kumpulan tindakan untuk rakyat Palestin di Syria berkata pada Selasa bahawa tentera rejim Syria menculik 4 pelajar warga Palestin dari Universiti Aleppo, selatan Syria.

Para pelajar tersebut dikenalpasti sebagai Ahmed Abdul-Hafed, Mohamed Jamil, Mohamed Abul-Saber dan Amjad Magames. Kesemuanya dari kem pelarian Neirab. Kumpulan itu turut berkata bahawa seorang pelarian Palestin bernama Naser Ibrahim, dari kem pelarian Handarat meninggal akibat kecederaan serius yang dialaminya sejak seminggu seminggu lalu di kawasan Assalat dekat Aleppo.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Mesir tidak membenarkan bas jemaah umrah menyeberangi Gaza.

Jumaat , 28-03-2014 – Pihak Berkuasa Mesir semalam Isnin, (24-3) tidak membenarkan ratusan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi menyeberangi Semenanjung Gaza disebabkan penutupan sempadan Rafah.

Sumber media yang dipetik berkata, tentera Mesir memaksa bas yang membawa mereka kembali ke bandar El-Arish yang hanya 50 km dari sempadan laluan Rafah di mana mereka akan bermalam di perhentian bas bagi menunggu pembukaan semula sempadan Rafah sekali lagi pada pagi selasa.

Beberapa bas jemaah umrah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada pagi Isnin semalam untuk tiba ke bandar Mesir Rafah tanpa dibenarkan untuk memasuki Rafah oleh tentera Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melancarkan bedilan meriam di utara Gaza

Jumaat , 28-03-2014 – Rejim Zionis melepaskan bedilan peluru meriam di utara Semenanjung Gaza petang Isnin namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Saksi mengatakan bedilan meletup di lot tanah yang diusahakan di barat utara Beit Lahia, utara Gaza. Mereka berkata ambulans bergegas ke kawasan tersebut namun tiada sebarang kecederaan yang ditemui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Hukuman Mati Terhadap Ratusan Pendukung Mursi Mendapat Kritikan Keras Antarabangsa

Jumaat , 28-03-2014 – Reaksi keras serantau dan pihak antarabangsa silih berganti berkait hukuman mati terhadap 529 aktivis Islam para penyokong Mursi yang menolak kudeta, ketika pihak antarabangsa melaungkan Hak Asasi Manusia (HAM) dan landasan keadilan antarabangsa. Washington, Paris dan London menyampaikan kekhawatiran mendalam terhadap hukuman yang dianggap jamaah Ikhwanul Muslimin sebagai pembasmian kolektif baru tersebut.

Amnesty International menganggap hukuman mati kolektif sebagai contoh keji di tengah ketidakmampuan regim Mesir menerapkan keadilan dan ketelusan.

Menurut Hasibah Haji Shahrawi, wakil pengarah Syarqul Aushat dan Utara Afrika di Amnesty International, hukuman mati dengan jumlah tersebut di satu waktu menjadikan Mesir melampaui negara-negara lainnya dalam menggunakan undang-undang dan hukuman mati terbesar di beberapa tahun terakhir ini di dunia.

Shahrawi menambah, mahkamah Mesir dengan begitu cepat menjatuhkan hukuman terhadap para penyokong Presiden Muhammad Mursi, namun melupakan pelanggaran besar terhadap HAM yang dilakukan pasukan keselamatan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Livni: Tahanan Kumpulan Keempat Hanya Akan Dibebaskan Jika Abbas Menandatangani Perjanjian.

Rabu , 26-03-2014 – Menteri Keadilan Israel, Tzipi Livni berkata, Israel akan melepaskan tahanan kumpulan keempat yang sepatutnya akan dibebaskan pada akhir bulan ini, hanya jika Mahmoud Abbad menandatangani rangka perjanjian.

Livni memberi ulasan tersebut pada petang Selasa ketika lawatan di Negev. Sementara itu, Abbas meninggalkan Washington, DC pada petang Selasa, selepas lawatan rasmi yang berlangsung selama 3 hari di mana beliau telah bertemu dengan Presiden U.S, Barack Obama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul izzati

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Itali menyelamatkan 596 pelarian termasuk rakyat Palestin

Rabu , 26-03-2014 – Tentera Laut Itali telah menyelamatkan 596 pelarian Palestin, Syria dan Eritrea, termasuk 25 kanak-kanak dan 50 wanita, selepas dua kapal yang membawa mereka karam di luar pantai Italia.

Menurut akhbar Itali Corriere della Sera, pelarian telah ditemui oleh sebuah pesawat Itali yang meronda kawasan itu pada malam Selasa.
Pelarian yang diselamatkan ketika cuba menjejak Sicily melarikan diri dari keadaan yang sukar di negara-negara mereka, berada dalam dua kapal yang sesak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menembak seorang remaja Palestin

Rabu , 26-03-2014 – Rejim Zionis membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari kampung Deir Al-Asal village di Al-Khalil pada pagi Rabu. Sumber daripada rakyat Palestin yang berada di tempat kejadian berkata, tentera menembak dan membunuh Yousef Nayef Abu Akar dan tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri jenazahnya. Menurut sumber IOF, remaja tersebut sedang dalam perjalanan menuju kampung Ramadin yang membatasi Negev dan cuba memanjat tembok pemisah di kawasan itu.

Keluarga Abu Akar memberitahu PIC bahawa tentera yang ditempatkan berdekatan tembok perkauman di Ramadin yang dikenali sebagai kawasan kemasukan pekerja Palestin, menembak remaja tersebut dengan sengaja tanpa sebarang amaran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Lakukan Penggalian Baru di Selatan Al-Aqsa

Rabu , 26-03-2014 – Yayasan Wakaf dan Peninggalan Al-Aqsa yang berperanan menjaga dan memantau tempat suci Islam di wilayah Jajahan 48 mengungkapkan tentang projek pemerintah Zionis pada tahap terakhir dalam usaha penggalianya di kawasan pintu masuk Wadi Helwah, sekitar 100 meter ke arah selatan Masjid Al-Aqsa atau 20 meter di sebelah selatan pagar Al-Quds yang bersejarah.

Pihak Yayasan menambah, luas kawasan terbabit mencapai enam ekar. Sementara kedalamannya di beberapa tempat penggalian mencapai 20 meter. Mereka menghancurkan puluhan binaan bersejarah yang dibangunkan pada zaman Umawiyyah hingga masa Uthmaniyyah. Termasuk juga binaan yang dibangunkan pada zaman Ayubiyyah.

Pihak Yayasan melihat penggalian ini bersambung dengan jaringan terowong yang sudah digali sebelumnya oleh Zionis di bawah Masjid Al-Aqsa. Sementara itu pihak otoriti purbakala Zionis terus melakukan penggalian dengan inisiatif dan dana dari pertubuhan Elad Zionis untuk tujuan penempatan. Mereka juga sedang melakukan proses Yahudinisasi dengan membina bangunan empat tingkat atas persetujuan pemerintah Netanyahu dan sokongan pemerintah kota Al-Quds yang diberi nama “Kuil Taurat” di atas tanah seluas 16 000 meter persegi.

Yayasan ini khawatir, Zionis secara terang-terangan akan menghancurkan puluhan binaan bersejarah di zaman kegemilangan dan keamanan Islam, sama ada dari Umawiyyah mahupun Abbasiyah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Livni Memujuk Pelancaran Kelompok Keempat Tahanan dengan Tandatangan Mahmud Abbas

Rabu , 26-03-2014 – Menteri Keadilan Israel, Tzipi Livni semalam, selasa (18-3) berkata, entiti zionis tidak akan dibebaskan untuk kelompok keempat tahanan yang sepatutnya dibebaskan akhir bulan ini melainkan jika pemimpin negara, Mahmud Abbas menandatangani rangka perjanjian.

Livni menambah, ‘kunci kepada pintu penjara yang menahan tahanan Palestin berada di tangan Abu Mazen dan keputusannya akan diambil pada hari akan datang” Kenyataan beliau ini dikeluarkan semalam, selasa semasa lawatan beliau ke Negev Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

IOF memusnahkan 3 rumah rakyat Palestin di pendudukan Jerusalem

Rabu , 26-03-2014 – Angkatan Pendudukan Israel (IOF) merobohkan tiga rumah di kawasan kejiranan Beit Hanina di Pendudukan BaitulMaqdis pada pagi Rabu dengan alasan rumah yang dibina tanpa permit.

Saksi kejadian mengatakan jentolak Israel menyerbu di kejiranan Ashqariyeh di Beit Hanina pada awal pagi dan mula merobohkan dua karavan dan bangsal milik keluarga Shadi Samara. Sumber menambah bahawa tentera Israel dengan kejam menyerang sekumpulan rakyat Palestin yang berkumpul berhampiran rumah yang dirobohkan dan mencederakan beberapa orang daripada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah