Categories
Berita Semasa

Jordan menyelar pencerobohan para pendatang ke atas Masjid al-Aqsa

Rabu, 19-04-2017 – Kerajaan Jordan menyelar pencerobohan besar-besaran oleh para pendatang Israel ke dataran Masjid al-Aqsa dengan dilindungi oleh polis rejim Israel.

Dr. Mohammad Al Momani, Menteri Hal Ehwal Media dan Komunikasi Jordan juga jurucakap kerajaan Jordan berkata dalam kenyataannya pada Khamis, “Kami sekeras-kerasnya menolak perlakuan sedemikian yang mencemarkan kesucian tempat suci dan memprovok umat Islam di seluruh dunia.” Beliau menyeru rejim Israel agar segera menghentikannya.

Wakil rasmi Jordan itu menyeru komuniti antarabangsa agar memikul tanggungjawab terhadap isu di timur Baitulmuqaddis itu, selari dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas gesa UNRWA bantu kakitangan kerajaan PA di Gaza.

Rabu, 19-04-2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelarian, Gerakan Hamas mengesa UNRWA membantu kakitangan yang berkerja dengan pihak Berkuasa Kerajaan Palestin (PA) di semenanjung Gaza. Hamas meminta pihak UNRWA meningkatkan jumlah bungkusan bekalan makanan yang diberi kepada setiap kakitangan PA yang menerima gaji kurang dari 1, 500 shekel.

Kenyataan pihak Hamas itu merujuk kepada Rayuan Bantuan Kecemasan pihak UNRWA untuk tahun 2017 yang berjanji akan berkerja keras bagi memenuhi semua keperluan kemanusiaan di seluruh wilayah yang masih dikuasai pihak Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel Tutup Sempadan Taba, Serangan Roket di Eshkol

Jumaat, 14-04-2017 – Pihak berkuasa Israel menutup sempadan Taba dengan Mesir pada hari Isnin dan mengarahkan semua pelancong Israel di Semenanjung Sinai untuk meninggalkan segera kawasan tersebut kerana siren amaran roket telah diaktifkan di Eshkol berhampiran sempadan Sinai. Media melaporkan bahawa roket telah dilancarkan dari Sinai ke arah Eshkol, yang tidak jauh dari sempadan timur Gaza.

Menurut saluran TV al-Jazeera, agensi-agensi keselamatan Israel berkata bahawa kumpulan bersenjata di Sinai, terutamanya mereka yang bergabung dengan negara Islam, bersedia untuk meningkatkan lagi operasi mereka di Sinai yang penuh dengan resort pelancongan dan sering dikunjungi oleh rakyat Israel.

Al-Jazeera berkata bahawa penutupan sempadan Taba itu mengikut keputusan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan dan Alat Perisikan Israel untuk mempercepatkan kedatangan pelancong Israel di Sinai. Ia akan kekal ditutup sehingga berakhir perayaan Paskah selepas hampir seminggu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menjatuhkan lagi hukuman 6 bulan tahanan tanpa bicara ke atas tahanan Natsha

Jumaat, 14-04-2017 – Rejim Israel (IOA) pada Isnin mengeluarkan pembaharuan hukuman penahanan tanpa bicara selama 6 bulan ke atas tahanan Mazen Jamal al-Natsha untuk kali ketiga berturut-turut.

Bercakap kepada PIC, keluarga al-Natsha berkata yang IOA memperbaharui penahanan sebaik sahaja beliau selesai menjalani hukuman tahanan selama 6 bulan.
Al-Natsha telah ditahan oleh rejim Israel pada 18 April, 2016. Sejak tahun 1997, beliau telah menjalani beberapa penahanan tanpa bicara berjumlah 13 tahun dalam penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Tenaga Gaza: Cukai ke atas minyak tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Jumaat, 14-04-2017 – Pihak berkuasa Tenaga di Gaza menyatakan, cukai yang dikenakan ke atas minyak yang dijual kepada loji janakuasa itu oleh pihak Berkuasa Palestin telah menyebabkan harga bahan tersebut meningkat tiga kali ganda dan menjelaskan cukai itu tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Menurut pihak berkenaan, kenyataan seperti yang disuarakan oleh Fuad al-Shawbaki, Ketua Pengarah Petroleum, PA itu merupakan alasan yang mengelirukan dan cuba untuk mengelak dari dipertanggungjawabkan.

Kenyataan akhbar Shawbaki menyatakan, “Pihak berkuasa Tenaga Gaza meminta kami untuk menjual minyak dengan harga yang sama seperti mana dijual kepada pihak yang menerima geran dari kerajaan Qatar dan Turki dan mereka lupa bahawa kita berada dalam sebuah negara yang dijajah dan sedang menderita akibat krisis kewangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin mati akibat kecederaan serius

Jumaat, 14-04-2017 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Isnin lepas kesyahidan seorang remaja Palestin; Jasem Nakhla, 17 tahun akibat kecederaan yang dialaminya setelah ditembak oleh pihak tentera Israel di utara Ramallah dua minggu lalu.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa Nakhla cedera teruk setelah pihak tentera Israel melakukan tembakan rambang ketika beliau dan kawan-kawannya sedang menaiki basikal di pintu masuk Kem pelarian Jalazoun, utara Ramallah.

Tragedi yang berlaku pada 23 Mac 2017 turut mengorbankan Mohammad Al-Hattab, 17. Dalam kejadian tersebut, Nakhla telah dipindahkan ke Hospital Israel untuk diberikan rawatan dan diumumkan mati pada Isnin lepas.

Kesyahidan Nakhla menjadikan jumlah terkumpul penduduk Palestin yang terbunuh dalam siri Intifada Jerusalam yang bermula pada Oktober 2015 meningkat kepada 293 orang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

5 Terbunuh, 32 Cedera di kem Ain al-Hilweh

Jumaat, 14-04-2017 – Lima warga Palestin terbunuh dan 32 yang lain cedera dalam pertempuran yang meletus di kem pelarian Ain al-Hilweh, Lubnan pada hari Ahad, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA). Pelarian Palestin di kem itu bersetuju untuk membubarkan kumpulan pelampau Bilal Bader serta memberi mereka tempoh 6 jam untuk menyerah diri dan menyerahkan senjata mereka kepada pasukan keselamatan kem.

NNA berkata pertempuran selalunya berlaku pada waktu malam di antara pasukan keselamatan dan kumpulan Bilal Bader, sambil menambah bahawa bom tangan dan roket dilepaskan, tiga daripadanya jatuh di luar kem namun tiada kecederaan dilaporkan.

NNA menambah bahawa tentera Lubnan mengetatkan langkah-langkah keselamatan di pintu masuk kem dan di kawasan sekitarnya. Pelarian Palestin di Ain al-Hilweh berkata dalam satu sidang akhbar bahawa pasukan keselamatan berhak untuk memasuki mana-mana tempat dalam kem tanpa pengecualian dan untuk menghapuskan segala gangguan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed

Categories
Berita Semasa

Duduk dan protes ke atas kepungan terhadap Gaza.

Jumaat, 14-04-2017 – Sejumlah aktivis Palestin menyertai protes yang dianjurkan oleh gabungan NGO Palestin dihadapan ibu pejabat UNESCO di Gaza bersempana Hari Kesihatan Sedunia pada Ahad lepas.

Wakil NGO dari kumpulan kesihatan; Suleiman Shain berkata protes itu diadakan bagi membantah sekatan keatas pesakit-pesakit dari Gaza untuk mendapatkan hak rawatan yang sepatutnya. Menurut beliau, pihak berkuasa Israel menghalang ramai pesakit-pesakit Palestin untuk keluar dari Gaza bagi mendapatkan khidmat rawatan di negara lain.

Shahin turut mengatakan antara jenyah lain yang dilakukan pihak berkuasa Israel adalah menangkap dan menginterogasi pesakit-pesakit yang tenat semasa mereka dalam proses keluar dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan rawatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan bahawa sekatan yang dikenakan sejak 2006 telah menyebabkan angka kemiskinan dan pengangguran meningkat termasuk juga kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan penurunan taraf kesihatan penduduk. Shahin menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama memberi sumbangan bagi mengakhiri sekatan terhadap Gaza dan menjamin penduduk Gaza diberikan hak sepenuhnya untuk mendapatkan rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Seorang gadis Palestin berusia 15 tahun akan dibebaskan dari penjara Israel

Selasa, 11-04-2017 – Mahkamah Pusat Israel pada Ahad memutuskan untuk membebaskan seorang gadis Palestin berusia 15 tahun dari penjara. Peguam Arwa Hleihal, dari Kesatuan Tahanan Palestin berkata yang mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan Natali Shoukha. Natali Shoukha telah ditahan oleh rejim Israel pada 29 April, 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Kementerian anjur semula pameran buku di Gaza setelah 5 tahun tidak diadakan.

Selasa, 11-04-2017 – Kementerian Kebudayaan Gaza menganjurkan semula Pameran Buku Baitulmuqaddis untuk tujuan rasmi dan akademik selepas 5 tahun tidak dianjurkan kerana masalah pengepungan.

Timbalan speaker 1, Dewan Perundangan Palestin di Gaza, Ahmad Bahar dalam ucapan pembukaannya telah meminta semua pihak dan institusi mengunjungi pesta buku tersebut di mana sejarah negara Palestin dapat dibaca dan menjelaskan kepentingan buku dalam membangun pemikiran dan ilmu pengetahuan.

Seterusnya beliau menekankan akan, “Budaya seorang pejuang mesti sentiasa tahu hal semasa,” melalui pameran-pameran buku seperti itu, keperluan untuk mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh rejim dapat dibuat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel ratahkan tanah pertanian milik penduduk Palestin di Bethlehem.

Isnin, 10-04-2017 – Tentera rejim Israel bertindak meratakan sebidang tanah pertanian milik penduduk Palestin di selatan Bethlehem manakala sebuah rumah milik seorang tahanan diarah roboh.

Menurut laporan berita PIC, tiga jentolak dengàn diiringi tentera rejim memasuki satu lokasi di Khallet al-Nahla dan meratakan sebidang tanah pertanian dan mengistiharkannya sebagai tanah ‘milik negara’. Beberapa pokok Zaitun turut dimusnahkan semasa kerja pencerobohan itu berlaku.

Sementara itu, tentera Israel menyerahkan surat arahan roboh ke atas sebuah rumah yang diduduki oleh keluarga tahanan Palestin yang merupakan ketua Pergerakan Hamas tempatan, Bajas Nakhla yang terletak di kem penempatan Jalazoun, utara Ramallah. Mereka diberi tempuh tiga hari untuk meninggalkan rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru memperhebatkan pengawasan di kawasan suci ketiga umat Islam

Isnin, 10-04-2017 – Pada Rabu, Hamas menyeru mempertingkatkan keberadaan di Masjid al-Aqsa untuk menjaga kawasan tersebut daripada dicerobohi Israel sempena sambutan Passover Yahudi.

Jurucakap Hamas Husam Badran berkata, pengawasan beramai-ramai wajar dilakukan di al-Aqsa pada masa di mana Israel menyeru pencerobohan besar-besaran sebagai menandakan perayaan Passover telah mencapai kemuncak.

Badran memberi amaran akan adanya peningkatan serangan oleh Israel ke atas masjid al-Aqsa yang seterusnya akan mencetuskan reaksi serius oleh warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Didakwa Kerana Merancang Serangan Anti-Israel

Isnin, 10-04-2017 – Seorang pemuda Palestin yang diambil oleh Hamas untuk melakukan serangan anti-penjajahan Israel didakwa oleh Mahkamah tentera Israel, selepas dilapor oleh Shin Bet (Agensi Keselamatan Israel).

Menurut Jerusalem Post, penduduk Qalqilya, Malak Nazar Kazmar, 23, ditahan oleh Shin Bet dan tentera pada 26 Februari 2017. Shin Bet mendakwa Kazmar, yang tinggal di Turki Cyprus untuk beberapa tahun kebelakangan ini, telah diambil oleh Hamas semasa beliau berada di Jordan pada bulan Ogos 2015 dan dihantar ke kem latihan di wilayah Idlib Syria pada Januari 2016. Dalam kem latihan Kazmar belajar untuk menembak dan menjalani latihan teori bahan letupan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Bina Jambatan untuk Pejalan Kaki di Selatan al-Aqsa

Isnin, 10-04-2017 – Surat khabar, Zionis Ha’aret hari Rabu (5/4/2017) menyebutkan bahawa pemerintah Zionis di al-Quds dan Otoriti Pengembangan al-Quds, merancang membina jambatan untuk pejalan kaki di Wadi Hanum (lembah Rababah) di selatan masjid al-Aqsa.

Rancangan pembinaan jambatan ini adalah sepanjang 197 meter dan tinggi 30 meter untuk menghubungkan antara kampung Abu Tur dan bukit Zion. Menurut Ha’aretz, rancangan pembangunan jambatan ini telah diajukan minggu lalu untuk dibahaskan kepada Jawatankuasa Perancanaan dan Pembangunan Daerah. Namun mendapatkan penentangan dari Laura Wolverton (dari partai Meretz.

Konsultan Undang-undang Perancangan dan Pembangunan Daerah memerintahkan untuk menghentikan agenda kerja jawatankuasa tersebut, ini kerana ia dilakukan di saat-saat akhir tanpa diberikan informasi yang lengkap.
Laura Wolverton mengatakan, “Ada pihak-pihak pemerintah kota yang sedang berusaha mencuri keputusan dari jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan serta menarik usaha masyarakat terhadap projek lain. Ini akan menarik kecaman masyarakat antarabangsa terhadap kami”.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

MP : Penculikan Ahli Parlimen Merupakan Jenayah Perang

Khamis, 06-04-2017 – Ahli Parlimen Palestin dan Arab mengutuk tindakan Israel menculik Ahli Parlimen Palestin, dan menyifatkannya sebagai “lanun politik yang merampas demokrasi”.

Semasa seminar yang diadakan di Gaza, mereka menegaskan bahawa menculik Ahli Parlimen merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, merujuk kepada jenayah Israel menculi seorang lagi Ahli Parlimen Palestin, Samira Halaiqa walaupun keadaan kesihatan beliau yang tidak baik.
Ketua Perubahan dan Pembaharuan blok, Mahmoud al-Zahhar, berkata penculikan Halaiqa mengesahkan bahawa Israel tidak mempedulikan undang-undang. Penculikan dan serangan terhadap Ahli Parlimen Palestin menunjukkan bahawa “perjuangan Palestin mengikuti jalan yang benar”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin