Categories
Berita Semasa

Kumpulan-kumpulan Palestin meminta Mesir agar membuka sempadan Rafah selama-lamanya

Jumaat, 29-05-2015 – Kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islamik Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung meminta pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah selama-lamanya dari kedua-dua arah.

Kumpulan-kumpulan tersebut berkata dalam kenyataan pada Isnin bahawa keadaan kemanusiaan telah menjadi semakin teruk terutamanya terhadap para pesakit, pelajar dan pemegang pasport asing.

Mereka menyatakan kepercayaan terhadap pihak berkuasa Mesir agar bertindak positif untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin. Mereka menyeru Mesir untuk membuka sempadan dari kedua-dua arah, bukannya satu arah seperti yang diumumkan, dalam beberapa hari akan datang. Mereka turut menyeru Presiden Mahmoud Abbas agar masuk campur menggesa Mesir. Mereka juga mendakwa rejim Israel bertanggungjawab di atas tekanan yang berterusan dikenakan ke atas Gaza selama 8 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah nelayan, petani Gaza

Selasa, 26-05-2015 – Tentera laut Israel telah melepaskan tembakan terhadap bot nelayan Palestin manakala tentera darat mensasarkan petani di Semenanjung Gaza pada pagi Ahad lalu.

Saksi memberitahu Quds Press tentera Zionis Israel telah ditempatkan di kem tentera berbeza dan dilaporkan menembak secara rambang terhadap petani Palestin di bandar Gaza dan timur Khan Younis.

Angkatan tentera laut juga melepaskan tembakan senjata berat ke arah bot-bot nelayan di luar pantai kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaz Gaza, dan kawasan al-Sheikh Ijlein, yang terletak di sebelah barat bandar tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan empat kanak-kanak bawah umur di Tulkarem

Selasa, 26-05-2015 – Sumber Palestin mendedahkan bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) menahan empat kanak-kanak bawah umur Palestin berusia 9 hingga 13 tahun di bandar Feraun di selatan Tulkarem, pagi Ahad lalu.

Pihak majlis bandar itu dalam satu kenyataan berkata, askar IOF menahan empat kanak-kanak bawah umur dekat pintu gerbang pertanian bandar Feraun yang dibina rejim Zionis untuk mengawal lalu lintas petani ke ladang yang terletak di belakang tembok pemisah.
Kenyataan itu menegaskan, keempat-empat kanak-kanak berkenaan merupakan murid sekolah rendah di bandar ini.
Pihak majlis berkata, usaha sedang dilakukan untuk membebaskan kanak-kanak terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Gerombolan Pendatang Yahudi Serang Penduduk dan Rumah Mereka di Hebron

Selasa, 26-05-2015 – Segerombolan pendatang Yahudi menyerang sejumlah warga Palestin dan rumah mereka di Kota Tua di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat. Wartawan Pusat Informasi Palestina mengambil maklumat dari sumber tempatan yang mengatakan bahawa para gerombolan pendatang Yahudi menyerang dan memukul sejumlah warga Palestin serta menyerang rumah di daerah Tel Ramida dekat Kota Tua di kota Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Sumber ini menjelaskan bahawa para tentera pasukan penjajah Zionis memberikan perlindungan terhadap pendatang Yahudi tersebut ketika menyerang mereka. Sementara itu tentera penjajah Zionis menahan sejumlah pemuda dan remaja, serta menangkap seorang kanak-kanak dan dibawa ke lokasi yang belum diketahui.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Baraka: Rakyat Palestin hanya pakar dalam menentang rejim Israel

Selasa, 26-05-2015 – Wakil Hamas di Lubnan Ali Baraka berkata, rakyat Palestin hanya pakar dalam menghadapi rejim Israel dan tidak terlibat dalam sebarang konflik serantau. Ketika mesyuarat politik yang dianjurkan oleh Hamas di kem pelarian Beddawi di Lubnan, Baraka menggesa Negara-negara Arab agar menyokong Palestin.

Beliau menekankan bahawa rakyat Palestin tidak akan terlibat dalam pertelingkahan mazhab dan tidak akan membenarkan kem-kem di Lubnan menjadi arena pergaduhan. “Kami ingin hidup dengan bermaruah dan menikmati hak asasi kami di Lubnan,” beliau ,menekankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Kumpulan pembela hak cuba raih kesedaran untuk tahanan penjara yang sakit

Selasa, 26-05-2015 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Ahad lalu telah melancarkan satu isyarat kecemasan mengenai status kesihatan pesakit yang semakin merosot di kalangan tahanan Palestin dan pengabaian perubatan yang dirancang awal oleh klinik Israel penjara Ramla.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PPS, memetik kata-kata seorang peguam selepas lawatan beliau ke klinik Ramla yang melaporkan bahawa status kesihatan tahanan Palestin semakin merosot dengan ketara berikutan layanan buruk dan penganiayaan yang dilakukan ke atas mereka oleh warden penjara Israel.

Terdahulu, kira-kira beberapa hari yang lalu, pasukan khas Israel telah memecah masuk ke dalam klinik penjara dan memaksa banduan-banduan keluar daripada sel mereka atas alasan untuk melakukan siasatan rutin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu bandar-bandar di Jenin, serang masyarakat Yabud

Isnin, 25-05-2015 – Pada Subuh Isnin lalu, Pasukan Pendudukan Israel (IOF) menyerang masyarakat Palestin di bandar Yabud, selatan bandar Jenin, dan menyerbu bandar-bandar lain yang berdekatan. Sumber memberitahu, sekumpulan tentera Israel dengan menaiki 20 kenderaan tentera memasuki bandar Yabud pada waktu subuh dan menyoal siasat beberapa penduduk yang sedang menuju ke masjid untuk solat. Disebabkan itu, tercetus pertempuran antara lelaki muda dari bandar berkenaan dengan tentera yang menyerang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Rabbi yang telah membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa mati pekedai (Laporan)

Isnin, 25-05-2015 – Seorang rabbi peneroka haram yang membunuh dengan kejam pekedai Palestin pada tahun 1988 di bandar Hebron (al-Khalil) telah meninggal dunia. Moshe Levinger menembak dan membunuh Kayed Salah semasa mangsa sedang berdiri di pintu masuk kedainya.

Levinger menghabiskan sepuluh hari dalam tahanan untuk pembunuhan itu atas tuduhan kecil daripada “kecuaian dalam menggunakan senjata api.” Levinger dianggap pengasas penempatan Yahudi di al-Khalil. Beliau juga adalah seorang pemimpin terkemuka pergerakan peneroka yang dikenali sebagai Gush Emunim, kumpulan ganas khusus kepada pengusiran rakyat Palestin dari wilayah yang diduduki dan penubuhan sebuah kerajaan Talmud.

Levinger secara terbuka memuji pelaku pembunuhan beramai-ramai di Hebron tahun 1994, Baruch Goldestein dan menamai dia seorang wali yang besar. Apabila diingatkan bahawa 29 manusia yang tidak berdosa telah dibunuh oleh Goldestein berkata “Saya minta maaf atas kematian 29 lalat juga.”

Levinger berkata beberapa kali bahawa Palestin patut diberi tiga pilihan, sama ada perhambaan oleh orang-orang Yahudi sebagai pembawa air dan pemotong kayu, atau pengusiran, atau penghapusan fizikal. Tidak kurang, pihak berkuasa Israel anggap hasutan berterusan beliau amat lembut seperti jenayah bunuh yang dilakukan beliau. Hari ini, terdapat beberapa ratus peneroka fanatik hidup di bawah perlindungan tentera di sebelah satu perempat daripada satu juta rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Gabungan “Freedom Flotilla” Seru Gerakan Sokongan Antarabangsa

Isnin, 25-05-2015 – Gabungan pertubuhan Freedom Flotilla (Armada Kebebasan) menyeru agar dapat menggerakkan parti politik, parlimen, pertubuhan hak asasi manusia, seluruh rakyat, bangsa Arab dan antarabangsa untuk mematahkan sekatan yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza. Gabungan pertubuhan tersebut kembali menegaskan tekadnya untuk mendukung Freedom Flotilla 3.Kapal pertamanya telah bertolak dari Sweden minggu lalu dan telah melewati Denmark dalam perjalanan menuju perairan Laut Tengah ke Semenanjung Gaza.

Seperti dipetik dari pejabat berita Arab “Quds Press”, Ketua forum Palestin di Britain, Ziyad Alul mengatakan bahawa Gabungan Freedom Flotilla berkumpul di Athen hari Sabtu (16/5) dan meminta tambahan sokongan antarabangsa dan Arab melalui gerakan rakyat dari Tebing Barat menuju Semenanjung Gaza. Mereka menyeru kepada regim Mesir untuk membuka pintu Rafah dan tidak menghukum 2 juta orang Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza.

Sementara itu organisasi kempen di Eropah untuk Pembebasan sekatan Gaza, mengatakan bahawa Gabungan Freedom Flotilla 3 telah menghantar kapal pertamanya pada hari Ahad lalu dari Sweden menuju Semenanjung Gaza. Kempen Eropah untuk pembebasan sekatan Gaza mengatakan bahawa pertemuan di Athen Sabtu lalu telah membuat jadual akhir sebelum pergerakkannya ke Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan dilaporkan di Jenin setelah rejim Zionis membina pos tentera sementara

Isnin, 25-05-2015 – Pertelingkahan ganas berlaku di antara rakyat Palestin dan tentera rejim Israel Violent (IOF) pada petang Ahad di selatan bandar Jenin. Pertelingkahan berlaku setelah IOF menyerbu bandar itu dan membina pos tentera sementara.

Sumber tempatan menyatakan tentera IOF menyerbu bandar, membina pos tentera dan menghalang lalulintas untuk tujuan pemeriksaan terutamanya di kalangan pemuda. IOF melepaskan tembakan peluru, bom tangan dan gas pemedih mata. 10 rakyat Palestin menderita sesak nafas, sumber tersebut menambah. Tentera rejim turut menyerbu sebuah kereta milik seorang lelaki Palestin ketika pertelingkahan berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin mengingati ulangtahun Nakba yang ke 67

Isnin, 17-05-2015 – Rakyat Palestin akan memperingati pada 15 Mei di tanah air dan juga di seberang laut Nakba untuk tahun ke 67 yang berlaku pada tahun 1948. Ulangtahun Nakba merupakan satu acara yang paling penting bagi rakyat Palestin. Nakba merupakan peristiwa pengusiran beramai-ramai rakyat Palestin dari bandar dan kampung mereka oleh tentera Zionis Yahudi bersenjata ketika perang tahun 1948.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Al Qassam : Kita semakin hampir kepada pembebasan dan akan pulang.

Isnin, 17-05-2015 – Jurucakap Briged Al Qassam, sayap ketententeraan bagi Pergerakan Hamas, Abu Obaidah berkata pada hari Khamis selepas 67 tahun peristiwa Nakba, rakyat Palestin semakin hampir dengan kebebasan dan hak untuk kembali.

Sempena memperingati hari Nakba, Abu Obaidah menulis di laman Twitter ” dengan bertahan dan teguh dengan pendirian, kami pasti akan kembali” sebagai merujuk kepada hak untuk pulang oleh pelarian Palestin.

Menujukan kepada komuniti Israel, briged Al Qassam turut menyiarkan twitter yang menyebut “kamu datang ke tempat kami dan mencuri tanah kami. Keluar! Dalam sejarah, tiada penjajahan yang akan kekal selama-lamanya.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Pertempuran meletus di Nablus , 8 kecederaan dilaporkan

Isnin, 17-05-2015 – Pertempuran ganas berlaku dalam sekelip mata dan berlangsung sehingga subuh Jumaat melibatkan berpuluh-puluh belia Palestin dan Regim Zionis Israel ( IOF) di kawasan timur bandar Nablus di utara Tebing Barat yang diduduki secara haram .

Berpuluh-puluh tentera Israel menyerbu pada waktu yang telah lewat di wilayah timur dari pintu masuk yang berbeza untuk melepaskan perjalanan beberapa buah bas yang membawa beratus-ratus pendatang Yahudi.

Gas pemedih mata kanister yang agak berat dan peluru hidup dan getah dilepaskan ke arah belia Palestin yang cuba untuk mengelakkan pecah masuk perampas yahudi ke pusara Nabi Yusuf. Lapan kecederaan dilaporkan di kalangan penunjuk perasaan yang kemudian dipindahkan ke hospital untuk rawatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

50 Tercedera Akibat Serangan Roket Israel di Utara Gaza

Isnin, 17-05-2015 – Tidak kurang dari 50 orang cedera, Khamis malam akibat ledakan dahsyat di salah satu pengkalan pejuang Hamas di Gaza utara akibat serangan roket Zionis ke wilayah tersebut.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Asyraf Qadurah mengatakan, ledakan dahsyat berlaku di Bet Lahia, utara Gaza. 50 orang dikhabarkan cedera sama ada parah, sedang ataupun ringan. Saksi mengatakan, asap mengepul dari kejauhan. Sementara pihak keselamatan Gaza menyebutkan, ledakan tersebut sebagai akibat dari tembakan roket Zionis yang dilepaskan pesawat tempur F16 milik Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

PA tahan 12 ahli Hamas, 4 disaman

Isnin, 17-05-2015 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah mempergiatkan kempen penahanan politik dan saman terhadap ahli Hamas di beberapa kerajaan Tebing Barat. Badan – badan tersebut menahan 12 orang daripada mereka dan memanggil empat orang lagi untuk tujuan siasatan.

Di Nablus, badan PA mengumpulkan lapan orang warganegara termasuk dua orang pelajar universiti. Kesemua mereka merupakan bekas tahanan di penjara Israel. Penahanan PA itu dijalankan setelah menyerbu masuk rumah-rumah tahanan politik di waktu malam
dan merampas telefon bimbit mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira