Khamis, 05-12-2019 – Tentera rejim zionis Israel menahan 12 warga Palestin dan seorang kanak-kanak dalam operasi yang dijalankan di Tebing Barat. Warga lain yang ditangkap sebelum itu telah dihantar ke penjara.
Menurut sumber tempatan,semasa operasi tentera rejim telah bertindak mengkasari mangsa, mengeladah dan merampas rumah mereka.
Di daerah Ramallah dan Bireh pula, anggota tentera rejim dilaporkan telah menahan lima warga Palestin di rumah mereka di beberapa kawasan berbeza terutamanya bandar Deir Abu Masha’al.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 05-12-2019 – Jordan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan israel untuk membina penempatan baru di kota lama al-Khalil, selatan Tebing Barat, menyeru tindakan antarabangsa ke atas perancangan israel itu.
“Jordan mengutuk pengumuman israel tentang penempatan baru di Jabel Mukaber, Qalandiya dan kota lama al-Khalil,” menteri luar Jordan Ayman al-Safadi berkata dalam kenyataan akhbar pada Isnin.
Safadi menyifatkan rancangan penempatan Israel itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan usaha keamanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Khamis, 05-12-2019 – Wakil Ketua Gerakan Pejuang Islam Hamas di Gaza, Khalil Hayya, menafikan bahawa gerakannya telah ditawarkan gencatan senjata jangka panjang atau membincangkannya di ruang dalam gerakan. Beliau menegaskan bahawa tidak ada orang yang waras di dalam gerakan akan melakukan perkara tersebut.
Hal tersebut disampaikan Hayya dalam sebuah wawancara televisyen melalui saluran satelit “Palestine Today”, pada Selasa (3/12/2019) malam. Beliau mengatakan, “Gencatan senjata jangka panjang diajukan oleh dua kumpulan. Pertama dari kumpulan penjajah Israel dan kumpulan kedua dari mereka yang bergabung dengan Otoriti Palestin.
Usul itu dilakukan dalam rangka untuk menyukarkan sikap gerakan Hamas dan faksi-faksi Palestin.”Beliau mengatakan, “Kami menafikan telah ditawarkan hal tersebut atau telah membincangkan di peringkat dalaman gerakan mengenai gencatan senjata jangka panjang. Telinga kami tidak boleh menerima hal itu. Penjajah Israel tidak pernah menghormati gencatan sederhana (kesefamahaman), apatah lagi gencatan jangka panjang.”
Hayya memperingatkan, “Jika sekatan terus terjadi, maka ledakan pasti akan datang. Kami tidak akan sekatan akan tetap seperti ini. Mereka yang melakukan sekatan harus harus mendengar dan menyedari akibat yang serius dan memikul tanggung jawab akibat sekatan yang mereka lakukan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 05-12-2019 – Rejim Zionis pada hari Selasa lalu telah memberitahu warga Palestin mengenai cadangan untuk merampas tanah mereka di perkampungan Jab’ah, di barat Bethlehem.
Menurut sumber-sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu kawasan berhampiran pusat pemeriksaan tentera yang dipanggil Hala dan menyerahkan suatu notis yang memaklumkan kepada pemilik-pemilik tanah berkenaan mengenai keputusan Israel untuk merampas empat dunum tanah mereka di sana.
Notis berkenaan memaklumkan bahawa tanah yang dirampas, yang dimiliki oleh keluarga Abu Lawha dan Humaidan, akan digunakan untuk membina tempat letak kereta untuk kenderaan Israel.
Kira-kira sebulan yang lalu, tentera Israel mengumumkan rancangan mereka untuk merampas lebih daripada 2,000 dunum tanah milik warga Palestin dari perkampungan yang sama untuk tujuan ketenteraan.
Khamis, 05-12-2019 – Pihak Berkuasa Negara Haram Israel pada ahad lalu telah menghalang melalui pintu sempadan Allenby (Raja Hussein) yang bersempadan dengan Jordan. Pihak Polis Palestin berkata, penumpang tersebut telah dihalang dari melalui pintu sempadan itu tanpa apa-apa alasan.
Bagaimanapun, 7,501 penduduk Palestin dan pelancong yang lain dibenarkan melintasi pintu sempadan tersebut di kedua-dua arah pada hari yang sama, kata polis tersebut.
Pintu Sempadan Allenby, juga dikenali sebagai al-Karama adalah sebuah jambatan melintasi sungai Jordan yang menyambungkan Tebing Barat dan Jordan. Jambatan tersebut adalah satu-satunya pintu keluar dan masuk bagi penduduk Palestin di Tebing Barat dari wilayah yang dirampas Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Rabu, 04-12-2019 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya meninggalkan Jalur Gaza melalui sempadan Rafah pada hari Isnin untuk lawatan ke beberapa negara.
Agensi Berita Quds mengatakan bahawa delegasi pegawai Hamas yang diketuai oleh Haneyya tiba di Kaherah setelah meninggalkan Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah.
Agensi berita berkenaan melaporkan bahawa Haneyya akan bertemu dengan pegawai-pegawai dari Mesir sebelum dia memulakan lawatan ke Qatar, Turki dan Rusia.
Lawatan itu digambarkan sebagai “yang pertama seumpamanya” sejak Haneyya dilantik sebagai ketua biro politik Hamas dua tahun lalu.
Satu lagi delegasi Hamas yang kini sedang dalam misi untuk melawat kem pelarian di Lebanon akan menemani Haneyya dan delegasinya dalam lawatan luar negara tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu, 04-12-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin pada Ahad telah cedera apabila tentera rejim Israel menyerang beliau ketika pertelingkahan di Kampung Tell di Nablus, utara Tebing Barat.
Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, Omar Ramadan yang berusia 16 tahun mengalami retak di salah satu kakinya apabila tentera rejim menyerang beliau.
Abdul-Fattah Ramadan, bapa kanak-kanak itu berkata, tentera rejim mengejar dan menyerang anaknya, menyebabkan beliau cedera retak di kaki kanan, serta menambah yang Omar telah ditahan selama dua jam di penempatan Gilad sebelum dibebaskan.
Kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Rafidia untuk keperluan pembedahan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu, 04-12-2019 – Ismail Haniyeh, ketua biro politik Hamas tiba di Kaherah pada Isnin malam (2/12) dalam rangka lawatannya, memulakan pertemuan dengan para pegawai tinggi Mesir untuk membincangkan beberapa agenda penting.
Pihak Hamas mengesahkan bahawa kedatangan Haniyeh ke Kaherah berkait dengan pertemuan dengan para pegawai tinggi Mesir, dalam rangka membincangkan sejumlah agenda penting berkait isu Palestin.
Beliau mengadakan perbincangan dengan para pegawai tinggi Mesir berkaitan isu Palestin dan hubungan bilateral antara kedua belah pihak Hamas dan Mesir.
Sebelumnya, Jihad Islam mengumumkan delegasinya yang dipimpin Sekretaris Jenderal Ziad Bran, akan tiba pada hari Isnin ke ibukota Mesir, Kaherah.
Dalam sebuah pernyataan akhbar, Jihad Islam menjelaskan, kunjungan ini atas undangan daripada pemerintah Mesir untuk mengadakan sejumlah pertemuan penting.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 04-12-2019 – Tentera rejim zionis Israel menahan sekurang-kurangnya 11 warga Palestin dalam operasi yang dilakukan pada waktu subuh di beberapa daerah di Tebing Barat.
Siaran media yang dikeluarkan pihak tentera rejim mengesahkan penahan 11 orang penduduk Palestin yang dikehendaki pihak keselamatan rejim.
Antara yang ditahan ialah Salah Abu Diyak yang merupakan abang kepada Sami, pejuang yang meninggal dunia akibat kanser ketika dalam tahan pihak rejim beberapa hari yang lalu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 03-12-2019 – Tentera rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah memusnahkan sebuah rumah penduduk Palestin di pekan Asira ash-Shamaliya, di utara Nablus.
Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata bahawa sebuah jentolak yang diiringi oleh pasukan tentera menyerbu bandar tersebut dan telah merobohkan kediaman milik penduduk tempatan bernama Mu’amar Hamadneh.
Tindakan tersebut telah mencetuskan pertelingkahan antara pihak tentera dan belia tempatan yang berada berdekatan dengan rumah berkenaan, di mana kemudiannya pihak tentera melepaskan bom pegun dan gas pemedih mata secara bertalu-talu untuk menyuraikan orang ramai yang berang.
Beberapa orang belia lelaki dilaporkan mengalami kecederaan disebabkan pendedahan terhadap asap gas pemedih mata.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 03-12-2019 – Sekurang-kurangnya, 48 pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk ke ruang dalam masjidil Aqsa secara berkumpulan dengan diiringi anggota polis rejim.
Menurut pihak Urusan Waqaf Islam, kumpulan pendatang Yahudi itu telah melakukan lawatan provokasi di ruang dalam masjid tersebut.
Kata pihak wakaf itu lagi, pegawai polis rejim Israel turut sama mencemar kesucian bangunan Bab al-Rahman yang digunakan untuk solat orang Islam itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 03-12-2019 – Empat orang bekas tahanan yang melakukan mogok lapar dibawa ke hospital pada Khamis (28/11) kerana keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk selepas melakukan mogok lapar.
Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menyatakan, Presiden Otoriti Palestin Mahmoud Abbas dan perdana menterinya bertanggung jawab penuh atas kejahatan nasional dan moral yang mengabaikan tuntutan mereka.
Bekas tahahan tersebut tidak diberikan keperluan asas untuk keperluan hidup dengan alasan melanggar undang-undang.
Mereka telah melakukan aksi mogok lapar di Ramallah, pusat bangunan Yasser Arafat selama 41 hari secara berturut-turut dan mereka melakukan mogok makan sejak 20 hari yang lalu, sementara mogok makan dan air serta ubat-ubatan selama tiga hari.
Pada hari Rabu (27/11) para bekas tahanan membawa peti jenazah dan tulisan surat wasiat bagi keluarga mereka. Mereka memperingatkan, jika pihak berkuasa terus mengabaikan tuntutan mereka maka akan terus melakukan mogok sehingga hak-hak mereka ditunaikan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 29-11-2019 – Gerakan Hamas, pada Selasa berkabung kematian tahanan Palestin Sami Abu Diak, 36, di penjara Israel kerana kanser dan pengabaian rawatan perubatan.
Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas menyatakan rejim Israel bertanggungjawab atas kematian Diak yang disebabkan oleh keadaan teruk, dan tidak mendapat rawatan.
Hamas berkata polisi pengabaian rawatan ke atas para tahanan yang sakit di penjara Israel adalah jenayah kemanusiaan yang terang-terangan melanggar semua undang-undang antarabangsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 29-11-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik tiga rakyat Palestin dari rumah mereka di kawasan yang berbeza di Tebing Barat.
Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menahan Mohammed Atawaneh dan Qasem Atawneh dari rumah mereka di pekan Beit Kahel, barat laut kota al-Khalil.
Bapa kepada seorang tahanan Palestin di penjara Israel telah ditangkap semasa kempen yang sama di bandar Dura, selatan al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Jumaat, 29-11-2019 – Kesatuan Pemuda Intifada Palestin mengajak seluruh penduduk bangsa Palestin untuk turun dalam aksi kemarahan dan revolusi pada Jumaat esok sebagai bentuk solidariti terhadap para tahanan di dalam penjara Israel. Ia juga sebagai bantahan terhadap kependudukan yang masih berlaku di wilayah jajahan.
Dalam sebuah pernyataan akhbar, kesatuan ini mengatakan, “Kami mengundang anda pada hari Jumaat bagi revolusi dan kemarahan di semua kampung, kem dan bandar-bandar Palestin untuk memenuhi janji kita kepada para syuhada dari kalangan tawanan diantaranya ” Sami Abu Diak salah seorang pahlawan Intifada Al-Aqsa yang menginginkan mati dalam pelukan ibunya yang sederhana, tetapi penjajah merampas dari ibunya.
Beliau menambah, “Kami menyatakan bahawa Jumaat 29/11/2019 mendatang, bahawa kami tidak akan meninggalkan tahanan kami bersendirian di penjara. Kami juga menolak tindakan serangan di tanah kami oleh pemerintah Amerika Syarikat melalui legitimasi kependudukan di tanah kami tercinta”.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman