Categories
Berita Semasa

Tentera Israel rampas tanah Palestin untuk bina tempat letak kereta.

Khamis, 05-12-2019 – Rejim Zionis pada hari Selasa lalu telah memberitahu warga Palestin mengenai cadangan untuk merampas tanah mereka di perkampungan Jab’ah, di barat Bethlehem.

Menurut sumber-sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu kawasan berhampiran pusat pemeriksaan tentera yang dipanggil Hala dan menyerahkan suatu notis yang memaklumkan kepada pemilik-pemilik tanah berkenaan mengenai keputusan Israel untuk merampas empat dunum tanah mereka di sana.

Notis berkenaan memaklumkan bahawa tanah yang dirampas, yang dimiliki oleh keluarga Abu Lawha dan Humaidan, akan digunakan untuk membina tempat letak kereta untuk kenderaan Israel.

Kira-kira sebulan yang lalu, tentera Israel mengumumkan rancangan mereka untuk merampas lebih daripada 2,000 dunum tanah milik warga Palestin dari perkampungan yang sama untuk tujuan ketenteraan.