
Khamis, 05-12-2019 – Wakil Ketua Gerakan Pejuang Islam Hamas di Gaza, Khalil Hayya, menafikan bahawa gerakannya telah ditawarkan gencatan senjata jangka panjang atau membincangkannya di ruang dalam gerakan. Beliau menegaskan bahawa tidak ada orang yang waras di dalam gerakan akan melakukan perkara tersebut.
Hal tersebut disampaikan Hayya dalam sebuah wawancara televisyen melalui saluran satelit “Palestine Today”, pada Selasa (3/12/2019) malam. Beliau mengatakan, “Gencatan senjata jangka panjang diajukan oleh dua kumpulan. Pertama dari kumpulan penjajah Israel dan kumpulan kedua dari mereka yang bergabung dengan Otoriti Palestin.
Usul itu dilakukan dalam rangka untuk menyukarkan sikap gerakan Hamas dan faksi-faksi Palestin.”Beliau mengatakan, “Kami menafikan telah ditawarkan hal tersebut atau telah membincangkan di peringkat dalaman gerakan mengenai gencatan senjata jangka panjang. Telinga kami tidak boleh menerima hal itu. Penjajah Israel tidak pernah menghormati gencatan sederhana (kesefamahaman), apatah lagi gencatan jangka panjang.”
Hayya memperingatkan, “Jika sekatan terus terjadi, maka ledakan pasti akan datang. Kami tidak akan sekatan akan tetap seperti ini. Mereka yang melakukan sekatan harus harus mendengar dan menyedari akibat yang serius dan memikul tanggung jawab akibat sekatan yang mereka lakukan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman