Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel melanjutkan penahanan 55 orang tahanan

Jumaat, 19-06-2015 – Pelbagai mahkamah Israel melanjutkan penahanan 55 orang tahanan warga Palestin di penjara Israel atas alasan kesinambungan penyiasatan prosedur perundangan.

Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan pada Ahad bahawa perbicaraan mahkamah akan diadakan pada hari-hari akan datang. Persatuan turut mendedahkan bahawa mahkamah tentera Salem melanjutkan penahanan 14 tahanan manakala mahkamah Israel di al-Jalameh melanjutkan arahan penahanan 11 tahanan. Mahkamah Israel di Petah Tikva melanjutkan penahanan 10 tahanan Palestin manakala mahkamah Israel di Ashkelon melanjutkan penahanan 8 lagi tahanan.

Selain itu, mahkamah tentera Ofer melanjutkan penahanan 4 tahanan manakala mahkamah di daerah Dataran Rusia melanjutkan arahan penahanan terhadap 8 lagi tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Abbas: Pemerintahan Palestin Akan Dibubarkan Dalam Tempoh 24 Jam

Jumaat, 19-06-2015 – Presiden Otoriti Palestin, Mahmud Abbas, Selasa (16/6), menyatakan pemerintah Palestin akan mengundurkan diri segera dalam waktu 24 jam.

Pernyataan Abbas tersebut disampaikan dalam pertemuan Dewan Revolusi Gerakan Fatah di Ramallah, Tebing Barat. Sebagaimana dipetik oleh para anggota dewan revolusi yang hadir dalam pertemuan tersebut, Abbas mengatakan, ?Pemerintah Palestin yang dipimpin oleh Rami Hamdalah akan mengajukan pengunduran diri segera dalam tempoh 24 jam?

Para anggota dewan revolusi membocorkan apa yang mereka katakan bahawa “idea pembentukan pemerintahan nasional baru sehingga sekarang lebih unggul daripada idea mengubah kabinet. Akan ada perbincangan dengan semua pihak dan faksi-faksi di PLO dan di Hamas sebelum pembentukan pemerintahan baru. Masalah ini tidak akan mengambil waktu lebih dari beberapa hari saja.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Palestin menang besar ke atas Harimau Malaya (6-0)

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya tewas 6-0 kepada Palestin pada perlawanan kedua Kumpulan A saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Palestin mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Musab Battat pada minit kesembilan, Sameh Maraaba (m-22) dan Tamer Seyam (m-42).

Pada separuh masa kedua, Palestin menambah tiga lagi gol menerusi pemain gantian, Khader Abuhammad (m-63) serta jaringan kedua peribadi Maraaba (m-75) dan Seyam (m-85).

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan Kumpulan A, Timor Leste yang menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang sendiri sementara tewas 1-0 kepada UAE, petang semalam.

Selepas dua perlawanan (kecuali Arab Saudi dan UAE baru satu perlawanan), Palestin kini di tangga teratas Kumpulan A dengan 3 mata diikuti Arab Saudi (3), UAE (3), Timor Leste (1) dan Malaysia (1).

Perlawanan ketiga dan keempat selepas ini bakal menyaksikan Malaysia bertemu UAE di Abu Dhabi pada 3 September sebelum menanti kunjungan Arab Saudi di laman sendiri pada 8 September ini.

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias; 16. S Kunanlan (4. Mahali Jasuli 18′), 2. Muslim Ahmad, 3. Fadhli Shas, 21. Zubir Azmi; 11. Ahmad Syamim Yahya (13. Indra Putra Mahayuddin ’70), 12. Nasir Basharuddin, 8. Safiq Rahim (K), 18. Ahmad Hazwan Bakri (10. Safee Sali 59′); 17. Amri Yahyah, 7. Afiq Azmi.

PALESTIN: 1. Tawfiq Abuhammad; 7. Musab Battat, 4. Ahmed Mahajna, 5. Tamer Salah (21. Mohammed Abukhamis 18′), 14. Abdallah Jaber; 10. Sameh Maraaba, 17. Pablo Bravo (20. Khader Abuhammad 55′), 23. Mohammed Darwish, 9. Tamer Seyam; 12. Mahmoud Dhadha (11. Ahmed Wridat 82′), 19. Matias Hadwa.

PENGADIL: Kim Sang Woo (Korea Selatan)

sumber dari : http://www.fam.org.my/

Categories
Berita Semasa

Yayasan Bin Baz Bantu Para Pegawai di Gaza.

Rabu, 17-06-2015 – Pusat Informasi Palestin : Yayasan Bin Baz di Gaza menyumbangkan bantuan untuk korban akibat pengepungan di Gaza, terutamanya kepada pegawai-pegawai di Gaza yang tidak menerima gaji sejak setahun lepas.

Bantuan tersebut diberikan dalam sebuah acara pada hari Khamis (11/6) yang dihadiri oleh tokoh-tokoh dan wakil pemerintah di Gaza.
Ketua Yayasan Bin Baz, Umar al Hims menegaskan, Yayasan itu bergerak di bidang dakwah untuk menyelami penderitaan yang dialami rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak antara warga Palestin yang lemas akibat gas dalam pertelingkahan dengan IOF di Jenin

Rabu, 17-06-2015 – Sejumlah warga Palestin termasuk seorang kanak-kanak lemas akibat gas dari bom tangan yang dilepaskan oleh tentera rejim Israel (IOF) ketika pertelingkahan di barat Bandar Kfirt sebelum subuh hari Khamis.

seorang wartawan menyebut dari sumber tempatan sebagai menyatakan yang puluhan jip tentera Israel masuk ke Kfirt, di utara Tebing Barat Jenin. sejumlah warga Palestin lemas akibat gas pemedih mata dalam rumah mereka sendiri apabila IOF melepaskan bom tangan dan peluru hidup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lawatan rahsia ke Gaza oleh pegawai PBB.

Rabu, 17-06-2015 – Pengawai Penyelaras Khas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Proses Damai Asia Barat, Nickoly Mladenov telah melakukan satu lawatan rahsia ke Semenanjung Gaza pada hari rabu (10/6/2105), demikian menurut satu sumber dari pihak keselamatan Palestin.

Agensi Berita Anadolu telah memetik sumber tersebut yang menyatakan, Mladenov telah tiba di Gaza bersama satu delegasi PBB melalui pintu masuk Beit Hanoun (Erez) di sempadan yang dikawal oleh pihak Israel dalam rangka lawatan selama beberapa jam dan tiada maklumat lanjut yang diberikan.

Sejak dilantik, Mladenov pernah melakukan lawatan pertamanya ke daerah garisan pantai Semenanjung Gaza yang terkepung itu pada 29 April, 2015.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pembunuh Abu Khidir di bicara.

Jumaat, 12-06-2015 – Telah berakhir sidang ke-17 untuk mendengarkan pengakuan dan aku saksi sang pembunuh remaja Al Quds Muhammad Abu Khidir pada Julai 2014 yang lalu. Sokongan diberikan kepada keluarga mangsa dengan melaungkan slogan-slogan semangat dan mengangkat sepanduk.

Dalam sidang yang diadili di Pusat Pengadilan Zionis di Jerusalem tersebut, dimainkan sebuah video yang menunjukkan puak pelampau Yahudi yang sedang merancang penculikan Abu Khidir.

Dalam video tersebut, terbukti bahawa suspek utama Yosef Ben David mengatakan kepada rakan-rakannya. “Habiskan dia cukup-cukup. Kerana dia punya 7 nyawa.” Dalam sorotan lain, terlihat rakannya yang masih di bawah umur bersembang dengannya untuk mencekik mangsa tetapi Ben David tegas dengan ayat. “Habiskan dia.”

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Bakti

 

Categories
Berita Semasa

Hukuman penjara 3 tahanan Palestin secara berasingan di tamatkan dan kembali kepada penjara biasa.

Jumaat, 12-06-2015 – Pihak Penjajah Israel (IOA) berjanji untuk menamatkan hukuman kurungan berasingan ke atas 3 tahanan rakyat Palestin yang dikenakan 3 hari lalu dengan menghantar mereka balik semula ke bilik kurungan Menurut kenyatan Pusat Media Penjara Israel, pihak mereka telah mengurung secara berasingan seorang tahanan, Khalil Awawda disebabkan bantahan yang dibuat kerana mendakwa dia dinafikan haknya dari mendapatkan rawatan kesihatan yang dilakukan oleh pihak penjara. Manakala, 2 lagi tahanan yang dikenali sebagai Majed Abu Diya dan Adel Mussa turut dikenakan hukuman yang sama kerana menyatakan sokongan atas bantahan yang dibuat oleh Khalil, itu.

” Semasa dalam kurungan yang berasingan itu, ketiga-tiga tahanan tersebut telah mengadakan mogok lapar selama 3 hari sebelum pihak penjara menarikbalik hukuman tersebut, ” tambah sumber itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Wartawan antara 8 warga yang ditahan oleh pihak berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat

Jumaat, 12-06-2015 – Sekurang-kurangnya 8 orang ahli dan yang berkaitan dengan Hamas termasuk seorang wartawan telah ditahan dan seorang lagi dipanggil untuk siasatan oleh (PA).

Sumber dari bandar Ramallah Tebing Barat menyatakan Bahagian Pencegahan PA menahan Amin Arman dari bandar Ein Yabroud setelah memanggilnya untuk soal siasat. Alaa Hamdan, penyelaras Blok Islamik di Universiti al-Khadouri turut diahan sebaik sahaja beliau sampai di pusat tahanan PA.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan 3 hari latihan simulasi perang.

Isnin, 08-06-2015 – Pusat Informasi Palestin : Beberapa orang Israel lari bertebaran menuju ke tempat sembunyi pada petang hari Selasa(2/6). Ini terjadi dalam latihan simulasi kejadian perang Israel.

Semua siren peringatan dibunyikan di semua pelusuk wilayah jajah tahun 1948. Latihan simulasi yang sudah berlangsung selama 3 hari yang sudah pun bermula pada hari Ahad(31/5) akan terus disambung pada Khamis.

Radio awam Zionis mengatakan bahawa semua siswa siswi serta pekerja pelbagai sektor menuju ke tempat persembunyian dan tempat-tempat yang terlindung, dalam rangka latihan oleh pihak perancang masa depan tentera Zionis itu.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Bakti

Categories
Berita Semasa

Perayaan “Last Supper” diganggu ektremis Yahudi.

Isnin, 08-06-2015 – Sekumpulan ektremis Yahudi telah mengganggu perayaan “Last Supper” masyarakat Kristian di Gunung Ziont selatan Jerusalem. Sumber media mendedahkan 12 orang penganut fanatik Haradim Yahudi berkumpul sejak pagi di tengah-tengah Last Supper , telah mengalang penganut Kristian di laluan dan tidak membenarkan mereka melakukan upacara sembahyang ketika cuti Pentecost yang disambut penganut Kristian Ortodoks selama 2 hari. Menurut kenyataan polis Israel, penganut fanatik Yahudi tersebut telah dipaksa bersurai bagi membolehkan penganut Kristian melakukan upacara sembahyang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : farida

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan struktur pertanian di utara Jenin

Isnin, 08-06-2015 – Jentolak tentera Israel memusnahkan struktur pertanian pada petang Isnin untuk semakin hampir dengan kem tentera Salem ke arah utara bandar Jenin.

Sumber tempatan mengatakan tentera rejim Israel beserta patrol dan jentolak memusnahkan fasiliti pertanian yang dimiliki seorang lelaki Palestin di bandar berdekatan, Rummaneh. Tentera rejim Israel memberi amaran agar tidak membina semula fasiliti yang terdiri daripada satu telaga air dan sebuah bilik, sumber tersebut menambah. Pemilik ladang tersebut menyatakan, tentera rejim meratakan ladangnya dan mencabut pohon-pohon zaitun meski beliau memiliki dokumen hakmilik rasmi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

17 rakyat Palestin ditahan dalam serbuan di Jerusalem, Tebing Barat

Rabu, 03-06-2015 – Tentera Israel telah menyerang Jerusalem dan Tebing Barat yang dicerobohi pada pagi Selasa. 17 rakyat Palestin telah ditangkap. Saksi mendedahkan bahawa dua kereta peronda polis Israel diiringi oleh Pasukan Khas Israel menyerang kejiranan al-Tour dalam wilayah yang dicerobohi Jerusalem dan berkubu di salah sebuah rumah Palestin yang diambil alih oleh peneroka beberapa tahun yang lalu.

Tentera Israel telah dengan paksa telah menghentikan kereta yang sedang melalui kawasan tersebut. Satu kereta polis Israel telah ditempatkan di persimpangan jalan utama di kejiranan al-Tour bagi mengeluarkan saman kesalahan trafik terhadap rakyat Palestin, kata saksi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

AGPS: 91 pelarian Palestin dibunuh di Syria

Rabu, 03-06-2015 – Kumpulan Tindakan Palestin Syria (AGPS) mengesahkan bahawa 91 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria sejak tercetusnya peristiwa berdarah yang berterusan. 91 mangsa telah dibunuh di tangan tentera rejim Syria dan kumpulan bersenjata pembangkang, kata kumpulan itu dalam laporannya.

Laporan itu menyatakan bahawa pelarian Palestin berusia 27 tahun, dari kem Yarmouk, telah diseksa hingga mati di penjara rejim Syria.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Banduan Gilboa lakukan serangan, banduan dipindahkan

Rabu, 03-06-2015 – Tentera penjara Israel pada Ahad menyerbu dengan ganas seksyen 4 di penjara Gilboa, menyebabkan keadaan ketegangan tinggi dengan tahanan Palestin, menurut Persatuan Banduan Palestin.

Persatuan itu berkata bahawa tentera menyerang orang yang terkurung dalam bahagian dan dipindahkan beberapa orang daripada mereka ke
tempat-tempat lain. Ia menyatakan bahawa banduan menutup keseluruhan penjara dan menghalang lawatan sehingga diberitahu kelak, tanpa menyatakan sebarang alasan yang menyokong dakwaan langkah itu terhadap para tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Sham