Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionos meluaskan rampasan dengan lebih 400ribu dunum tanah di Tebing Barat.

Jumaat, 27-02-2015 – Institut Kajian Gunaan (The Applied Research Institute-ARIJ) melaporkan bahawa tentera Israel telah mengeluarkan arahan ketenteraan pada 18 Januari 2015 untuk menambah pengambilan 410,672 dunum tanah di bahagian timur Tebing Barat sebagai zon tertutup tentera.

Menurut ARIJ, 212 dunum telah ditolak daripada arahan tersebut kerana ianya adalah sebahagian dari penempatan haram di Ma’ale Adumim. Kawasan yang disasarkan dalam arahan ketenteraan itu terletak di bahagian timur tebing barat, bermula dari bahagian selatan pentadbiran Ariha (Jericho) ke bahagian timur bandar Jerusalem, kemudian bahagian-bahagian di kawasan timur pentadbiran Bethelem dan al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Laporan: Zionis Rancang Keluarkan Bom Hidrogen

Selasa, 17-02-2015 – Sumber-sumber media Zionis mengungkapkan bahawa penjajah Zionis ?Israel? telah merancang untuk mengeluarkan bom hidrogen dengan bantuan Amerika.

Menurut laporan akhbar Zionis, Yedeot Aharonot, Ahad (15/2/2015) ?Ketika perundingan Amerika-Iran mencapai puncaknya, perselisihan antara Israel dan Amerika berkisar pidato Netanyahu di Kongres berkaitan dengan masalah Iran, kemudian penyebaran laporan Pentagon tahun 1987 yang mengisyaratkan bahawa Israel telah berusaha untuk mengeluarkan bom hidrogen yang lebih kuat daripada bom nuklear biasa.?

Menurut laporan Pentagon tersebut, langkah Tel Aviv ini dibantu oleh Amerika untuk mengeluarkan bom hidrogen tersebut. Laporan yang sama mendakwa Israel memiliki fasiliti nuklear menyamai fasiliti Los Alomos di Amerika serta melakukan pengembangan formula dan kod yang boleh digunakan untuk mengeluarkan bom hidrogen.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Resheq Mengecam Rancangan Netanyahu untuk Melawat Masjid Ibrahimi

Selasa, 17-02-2015 – HAMAS memberi amaran kepada perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang merancang untuk melawat Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil, Tebing Barat.

Biro politik Hamas, Ezzet Resheq dalam satu kenyataan bertulis pada hari Ahad menyatakan bahawa tindakan Israel yang ingin masuk ke dalam Masjid Ibrahim merupakan satu tindakan yang membawa padah dan sebuah provokasi kepada perasaan rakyat palestin dan umat islam, yang tidak akan berdiam ke atas perbuatan itu.

Resheq menegaskan bahawa masjid Ibrahimi merupakan milik orang Islam, dan sebahagian daripada khazanah Islam di Tebing Barat. “Masjid Ibrahim tidak boleh dieksploitasikan untuk propaganda pilihan raya Israel,” kata Resheq lagi. Sebelum ini, akhbar Israel, Yediot Aharonot mengeluarkan berita menyatakan bahawa Netanyahu merancang untuk masuk ke dalam Masjid Ibrahimi dan keluar melalui Gua Patriarch, yang mana Israel telah membina sebuah sinagog yang melindungi penduduk haram yang ekstrim dan pejuang sayap kanan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis eksploitasi pelancongan ke Judaize OJ (laporan)

Selasa, 17-02-2015 – Angkatan Penjajahan Israel (IOA) berusaha sehabis baik untuk menjalankan skim Judaization di Baitulmuqaddis (OJ); sebahagian skimnya secara terang-terangan manakala sebahagian lagi berselindung di sebalik alasan pelancongan atau perdagangan.

Satu badan yang dipanggil “Israel Lands Authority” mengumumkan satu tender untuk membina 580 bilik hotel, pusat membeli belah dan tempat letak kereta di OJ, di mana IOA boleh menyebarkan idea Zionis dan idea yang salah mengenai orang Islam dan masyarakat Arab kepada pelancong-pelancong.

Anan Ghaith, Pengarah Eksekutif bagi Jerusalem Tourism Cluster (JTC) memberitahu PIC: “Industri pelancongan merupakan penggerak ekonomi yang penting di tanah Palestin yang terjajah, terutamanya di Baitulmuqaddis; kira-kira empat juta pelancong datang melawat setiap tahun untuk tujuan keagamaan dan pelancongan meskipun dilanda konflik dan keadaan politik yang tidak stabil.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Bantahan sambil duduk dianjurkan untuk membantah penyambungan tempoh tahanan wartawan al-Titi

Selasa, 17-02-2015 – Sindiket Wartawan Palestin di Semenanjung Gaza telah menganjurkan bantahan sambil duduk sebagai menyokong wartawannya Alaa al-Titi yang masih ditahan di penjara Israel.

Beberapa tokoh kebangsaan dan institusi media termasuk pusat maklumat Palestin (PIC) menyertai bantahan itu. Para peserta menuntut agar polisi Israel yang menekan wartawan di Tebing Barat agar dihentikan, serta menyeru agar semua wartawan Palestin yang ditahan secara tidak sah dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

13 banduan sakit ditahan di klinik penjara Ramle

Isnin, 16-02-2015 – 13 banduan Palestin yang sakit pada masa ini ditahan di klinik penjara Ramle termasuk 11 tahanan yang menghidap penyakit kronik , menurut Banduan Palestin Society ( PPS ) , hari ini.

Peguam PPS Jawad Boulos menegaskan bahawa tahanan yang telah sakit sebelum ini menyatakan hasratnya untuk memboikot lawatan peguam mereka sebagai membantah keadaan mereka sangat sukar ditambah lagi dengan keadaan kesihatan mereka yang sangat teruk . Sejak awal 2015, banduan yang sakit telah dilucutkan dari kantin , tambah Boulos lagi. Boulos juga menggariskan bahawa beberapa orang-orang tahanan yang sakit telah bertukar ke klinik Ramle sejak penahanan mereka .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

17 rakyat Palestin termasuk pemimpin Hamas ditahan di dalam kempen penahanan oleh Israel.

Isnin, 16-02-2015 – IOF melancarkan kempen penahanan besar-besaran di serata bandar-bandar dan kampung-kampung di Tebing Barat pada subuh hari Rabu dan mensasarkan tujuh belas rakyat palestin termasuk seorang pemimpin Pergerakan Hamas.

Organisasi Tahanan Rakyat Palestin merekodkan penahanan tujuh orang rakyat dari bandar Beit Ummar ke utara al Khalil termasuk enam orang remaja, Isam Bahar, 16, Mazin Awad,19, Muhammad Ikhlayel,19, Amir Ikhlayel,16, Mahmoud Ikhlayel ,18, and Muhammad Jameel,18. Di Kampung Beit al-Rush al-Fuqa ke barat al Khalil, pihak IOF telah menahan seorang remaja Zaid Hribat, 15 setelah merempuh masuk dan menggeledah rumahnya dan beberapa rumah lain di kampung tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

76% Tahanan Kanak-kanak Palestin Alami Penyiksaan Fizikal Di Penjara Zionis

Isnin, 16-02-2015 – Gerakan Antarabangsa Untuk Pembelaan Anak-anak menyatakan, ?kanak-kanak Palestin yang ditangkap penjajah zionis sepanjang tahun 2014 lalu menjadi mangsa pelanggaran terancang supaya mengaku salah ketika disoal siasat.

Dalam satu kenyataannya, Rabu (11/2) terdapat sekitar 107 fakta laporan yang menyebutkan kanak-kanak di Tebing Barat berusia 12 hingga 17 tahun mengalami pelbagai penyeksaan fizikal di penjara Zionis ketika di soal siasat.

12% daripada mereka ditempatkan di sel-sel terasing supaya mengaku salah atau cara mendapatkan maklumat tentang rakan-rakan yang lain. Sebanyak 76% anak-anak Palestin yang ditangkap pasukan zionis tahun lalu mengalami penyiksaan fizikal, 97% diikat tangan dan kaki ketika penangkapan, 79% ditutup mata dan tidak diberikan maklumat hak-hak mereka ketika penangkapan. Sementara itu 52% mengalami penyeksaan ketika pemeriksaan serta 30% ditangkap pada waktu malam.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis akan mencabut 2000 pokok di utara Salfit.

Isnin, 16-02-2015 – Rejim Israel (IOA) menyerahkan notis pada Selasa kepada seorang lelaki Palestin memberitahu niat mereka untuk mencabut 2000 pokok di tanahnya di utara Salfit.

sumber tempatan menyatakan, IOA menyerahkan notis kepada pemilik tanah itu, mendakwa tanah tersebut telah dirampas. Sumber dari bandar Keflharis yang berdekatan, turut menyatakan tanah tersebut terletak di kawasan Qasr Ibris dekat utara bahagian Salfit. Tanah tersebut telah ditanam dengan pokok zaitun dan pelbagai jenis pokok lain selama 15 tahun. Kawasan itu luasnya lebih kurang dunum, sumber tersebut menyatakan. Kampung dan pekan di daerah Salfit sentiasa terdedah kepada kerja-kerja peluasan 24 buah penempatan di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

MP Adwan: pelan Serry tidak boleh diterima.

Khamis , 12-02-2015 – Ketua jawatankuasa ekonomi di Majlis Perundangan Palestin MP Atef Adwan menerangkan bahawa Penyelaras Khas PBB bagi proses damai, Robert Serry sebagai “muka penjajah” di Eropah.

MP Adwan berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Rabu bahawa rancangan pembinaan semula Serry bertujuan untuk membuat kependudukan
Israel sebagai hakim dan algojo. Beliau menggesa negara penderma untuk menghantar perwakilan khas untuk terus mengawasi dan segera melaksanakan projek-projek pembinaan semula.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Kerja-kerja perluasan penempatan dekat al-Khalil

Khamis , 12-02-2015 – Kerja-kerja pembinaan untuk meluaskan penempatan Israel semakin meningkat di tanah Palestin, utara al-Khalil.

Sumber tempatan menyatakan, tentera rejim Israel (IOF) sedang meluaskan penempatan Kharsina di al-Khalil. Lebih 15 unit baru akan dibina di utara penempatan. Manakala, IOF menghalang rakyat Palestin daripada mendekati tanah milik mereka sendiri di kawasan itu. IOF mengarahkan pemindahan lebih daripada 35 dunum untuk tujuan ketenteraan bagi meluaskan penempatan di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan dua orang rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak

Khamis , 12-02-2015 – Angkatan Penjajahan Israel (IOF) telah menahan dua orang rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak lewat Rabu lalu di Baitulmuqaddis.

Polis Israel menangkap kanak-kanak tersebut semasa dia sedang bermain di luar rumah ibu-bapanya di bandar al-Tur. Pegawai polis meminta ibu kanak-kanak tersebut untuk membayar 750 shekels apabila ibu kanak-kanak tersebut meminta kanak-kanak tersebut dibebaskan, sebagaimana disahkan oleh Pengerusi Prisoner’s Relatives Committee di Baitulmuqaddis, Amjad Abu Hasab, melaporkan bahawa seorang pemuda juga telah ditahan di Allenby Bridge dan dibawa ke balai polis Nabi Yacoub.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk pembakaran Kasasbeh sehingga mati, menggambarkan ia sebagai jenayah kejam

Khamis , 12-02-2015 – Hamas mengutuk pembakaran hidup-hidup seorang Juruterbang Jordan, Muadh al-Kasasbeh oleh gerakan ISIS dan menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu jenayah kejam. Hamas mengecam sekeras-kerasnya semua bentuk pembunuhan dan pencerobohan terhadap orang Islam dan rakyat Arab. Hamas berharap kekejaman ini berakhir dengan segara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Belgium Mengutuk Plan Pendudukan Israel di Tebing Barat dan Baitul Maqdis

Khamis , 12-02-2015 – Menteri Luar Belgium, Didier Reynders mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk meluaskan pendudukan (tanpa izin) di Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis.

“Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar itu, Reynders tidak bersetuju dengan keputusan pihak berkuasa Israel pada 30 Januari 2015 yang membuka tender untuk membina 450 unit kediaman baru Kiryat Arba, Adam, Elkkana, Maale Adumim dan Afei Monashedi di Tebing Barat,” – kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian luar pada Rabu baru-baru ini. “Menteri itu juga mengutuk pengumuman untuk membina 93 buah unit rumah baru Gilo, di kawasan Baitul Maqdis yang dijajah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :redz

Categories
Berita Semasa

Jordan meluluskan duta Israel yang baru

Khamis , 12-02-2015 – Kerajaan Jordan telah meluluskan pelantikan Israel ke atas duta Israel yang baru ke Jordan , Einat Shlain , menurut kementerian Jordan Ehwal Asing .

Sumber rasmi telah didedahkan pada hari Khamis bahawa kelulusan Jordan telah dikeluarkan manakala tarikh tiba , bergantung kepada pihak Israel , belum diumumkan lagi . Ia juga berkata duta Israel yang sekarang, Daniel Nevo , masih berkhidmat seperti biasa. Akhbar Haaretz Ibrani telah memetik pada hari Rabu Kementerian Luar Israel sebagai menyebut bahawa kerajaan Jordan telah meluluskan pelantikan duta Israel yang baru itu. Ia menambah bahawa kementerian Israel memuji keputusan kerajaan Jordan untuk mengembalikan duta , Walid Obaidat , kepada Israel .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada