Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin ditangkap atas tuduhan cuba menikam askar Zionis

Rabu , 11-06-2014 – Tentera penjajah Zionis menyiarkan video petang semalam, Rabu 5-4, mengandungi operasi tangkapan dan penghinaan ke atas penduduk berhampiran kem askar Bayt Eil menghala ke utara Ramallah.

Sumber maklumat Zionis memaklumkan bahawa petang semalam, mereka telah menahan seorang pemuda Palestin berhampiran pintu masuk kem askar Bayt Eil utara Ramallah, atas tuduhan membawa pisau dan cubaan menikam askar yang berkawal di pintu masuk kem.

Sumber rangkaian televisyen Ibrani 10 menyebut, pemuda itu dilihat membawa pisau berhampiran pintu masuk kem askar sambil menjerit Allahu Akbar, lalu pihak askar Zionis segera menahannya tanpa berlaku sebarang kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Membakar Pohon Zaitun di al-Khalil

Rabu , 11-06-2014 – Pendatang Yahudi membakar pohon Zaitun di bandar lama al-Khalil pada Rabu, menurut laporan tempatan

Mereka berkata bahawa pendatang itu membakar pohon Zaitun kepunyaan keluarga Eqnaibi di Tal al-Rumaida, di pinggir selatan bandar itu sambil menambah pohon itu berusia beribu tahun. Pendatang itu berharap agar serangan berterusan akan menyebabkan penghuni asal Palestin untuk meninggalkan tanah dan rumah mereka untuk diduduki pendatang haram itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redzwan

Categories
Berita Semasa

Atabish pada hari ke- 98 mogok lapar

Rabu , 11-06-2014 – Tahanan Palestin Ayman Atabish telah hidup tanpa makanan selama 98 hari berturut-turut bagi menuntut pembebasannya dengan segera.

Atabish yang dihukum secara pentadbiran selama 6 bulan tanpa perbicaraan, nekad untuk meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan sah beliau dipenuhi termasuk menamatkan dasar penahanan secara pentadbiran Israel. Keluarga Atabish menyuarakan kebimbangan akan kematian mengejut terhadap beliau kerana dia mengalami kelemahan otot jantung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Laporan Tahanan Fadi Amru…Antara Tahanan “Mei dan Garam”

Jumaat , 06-06-2014 – Beginilah caranya penjajah merampas hak orang Palestin. Sifat kasih sayang seorang ayah mahupun seorang ibu tidak dipedulikan langsungoleh polis cawangan khas Zionis, tatkala subuh-subuh hari, mata-mata ini mengetuk pintu dan menangkap si ayah, merampas kasih sayang si ayah daripada anak-anaknya.

Jurutera Fadi Amru adalah mangsa tangkapan terbaru pentadbiran penjajah Zionis, sejak lebih empat kali beliau cuba ditangkap oleh pasukan polis penjajah Zionis. Antara anak-anak beliau adalah Hayat, Umar dan Zaid, yang membawa kain pemidang berbunyi “Mei dan Garam”, sedangkan mereka tidak faham pun maknanya. Mereka cuba menunjukkan solidariti bersama ayah mereka, supaya apabila mereka sedar nanti, realiti itu bersama mereka. Fadi bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat milik asing di Khalil, di bahagian selatan, beberapa kali pernah ditangkap yang sebahagian tempoh tahanannya lebih daripada dua tahun setengah dalam tahanan Israel. Alasan penangkapan beliau adalah kononnya wujud fail rahsia ke atas beliau.

Kali ini, penangkapan beliau adalah keputusan beliau dan saudara-saudaranya, bagi memaksimakan pergerakan dan tekanan supaya mesej sampai ke serata alam. Sementara itu, adik Amru, iaitu Ghassan, mengatakan kepada PIP, “Sebenarnya pihak polis penjajah memperbaharui perintah tahanan ke atas Fadi bagi kali kedua, selepas beliau ditahan pada Disember 2013.

Serta merta kes beliau ditukarkan kepada pihak pentadbiran polis kerana beliau sudah diancam dengan tangkapan sepanjang 5 tahun sejak dalam pengajian di universiti dan selepas graduasi, iaitu pada tahun 2003, 2004, 2009, 2013, selain turut diancam dengan penculikan, ugutan pencerobohan rumah, disoal siasat serta menghabiskan masa 3 bulan setengah dalam tahanan.” sumber : http://www.palestine-info.info/ar/ penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Ayman Atabish teruskan mogok lapar sehingga hari ke-96

Jumaat , 06-06-2014 – Tahanan Palestin Ayman Atabish meneruskan mogok laparnya yang berlanjutan sehingga hari ke-96 dalam usaha mendesak kepada pembebasan serta-merta dan pengakhiran penahanan pentadbiran tanpa dakwaan mahupun perbicaraan yang dikenakan ke atas beliau.

Atabish menegaskan bahawa dia akan meneruskan mogok lapar tersebut sehingga permintaannya dipenuhi walaupun berhadapan dengan risiko kematian mengejut terutamanya apabila dia mengalami simptom otot jantung yang lemah. Para doktor Israel memberi amaran kepada Atabish mengenai risiko maut yang dihadapinya disebabkan masalah kardiovaskular tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Penahanan Tanpa Bicara Ahli Parlimen Fuqaha dilanjutkan

Jumaat , 06-06-2014 – Pihak Penjajahan Israel telah melanjutkan tempoh tahanan tanpa bicara seorang Ahli Parlimen Palestin, Abdel Jabar Fuqaha yang mula melaksanakan mogok lapar 41 hari lalu.

Pusat Hak Asasi Manusia Ahrar menyatakan pada Isnin bahawa penahanan Fuqaha telah dilanjutkan untuk kali ketiga berturut-turut tanpa mengira tuntutan dan protes yang dilakukan oleh pemogok lapar.

Pusat hak asasi manusia itu menekankan kepentingan untuk menyelamatkan dan menamatkan penderitaan pemogok lapar ketika Israel melaksanakan hukuman berat ke atas mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tahanan tanpa bicara teruskan mogok lapar untuk hari yang ke 41

Jumaat , 06-06-2014 – Para tahanan yang ditahan tanpa bicara meneruskan mogok lapar pada Selasa 3 Jun 2014 untuk hari yang ke 41 kerana bimbangkan keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk.

120 tahanan tanpa bicara memulakan mogok lapar tanpa menetapkan tempoh pada April lepas untuk menekan pihak penjara agar melepaskan mereka dan membatalkan fail-fail sulit yang menurut pihak perisikan Israel dimiliki mereka. Setelah itu, sejumlah 1,500 tahanan Palestin menyertai mogok lapar itu sebagai tanda sokongan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tibi Menggesa Siasatan Terhadap Serangan Israel ke atas Seorang Lelaki tua Palestin di Al Aqsa.

Jumaat , 06-06-2014 – Ahli Arab Knesset, Ahmad Tibi menghantar surat penting kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Yitzhak Aharonovic menggesa siasatan segera dibuat terhadap keganasan yang dilakukan pihak keselamatan Israel di dataran Al Aqsa beberapa hari lepas.

Berdasarkan sumber rakaman video, tujuh orang tentera Israel telah menjatuhkan seorang tua rakyat Palestin dan menyepaknya secara agresif dan tidak berperikemanusiaan menggunakan kasut but mereka sehingga lelaki tua itu akhirnya diseret dan dicampak ke tanah.

“Semua rayuan daripada mereka yang berada di sekeliling tidak dihiraukan dan pihak polis bertegas untuk menjatuhkan lelaki tersebut. Oleh itu, Sisatan segera punca kekasaran tersebut amatlah diharapkan dari pihak anda. Kesalahan-kesalahan Israel telah melampaui had nilai-nilai etika, pegangan agama dan kemanusiaan yang digariskan.” Tibi berkata di dalam surat yang dihantarnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Presiden Tunisia Ucap Selamat Pada Haniyah Atas Terwujudnya Kesatuan

Jumaat , 06-06-2014 –Presiden Tunisia Moncef Marzouki menyampaikan ucapan selamat dan tahniah kepada mantan PM Palestin Ismail Haniyah, wakil Ketua Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam Hamas, atas terbentuknya Kesatuan Nasional Palestin.

Marzouki menegaskan bahawa langkah tersebut adalah langkah yang positif. Beliau melihat tindakan tersebut sebagai langkah penting bagi bangsa Palestin dan bangsa-bangsa Arab serta gerakan-gerakan pembebasan nasional.

Beliau menegaskan bahawa Tunisia sentiasa mendukung bangsa Palestin. Marzouki menngingatkan tentang peripentingnya menyempurnakan tiang-tiang kesatuan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

45 orang peserta mogok lapar dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui

Rabu , 04-06-2014 – Servis Penjara Israel (IPS) telah memindahkan berpuluh rakyat Palestin yang menyertai mogok lapar termasuk tahanan pentadbiran dari penjara Negev ke destinasi yang tidak diketahui.

Pengarah Pusat Pengajian Banduan Palestin, Osama Shaheen memberitahu wartawan PIC, bahawa empat banduan termasuk MP Yasser Mansour, telah dipindahkan dari penjara Negev ke satu tempat yang tidak dikenal pasti.

41 banduan yang telah disabitkan, telah berada di penjara Negev juga telah dipindahkan ke tempat rahsia selepas mengumumkan mogok lapar bersama dengan tahanan pentadbiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

5200 tahanan Palestin adakan mogok lapar bersepadu

Rabu , 04-06-2014 – Mogok lapar besar-besaran telah diadakan oleh sejumlah 5200 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel pada hari Khamis secara bersepadu dengan tahanan-tahanan pentadbiran.

Tahanan-tahanan pentadbiran Palestin telah memulakan mogok lapar ini sejak 29 hari berturut-turut, yang juga dikenali sebagai Battle of Empty Stomachs, sebagai tanda protes terhadap penahanan pentadbiran yang dilakukan secara rambang. Kes kematian dikhuatiri akan meningkat dalam masa beberapa hari akan datang.

Kementerian tahanan di Ramallah berkata dalam satu sidang akhbar pada Rabu lalu, ribuan tahanan berikrar untuk memulakan mogok lapar terbuka minggu hadapan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Perbicaraan pasangan Shaibani ditangguhkan

Rabu , 04-06-2014 – Mahkamah tentera Salam telah menangguhkan perbicaraan tahanan wanita Fida Shaibani dan suaminya Ahmed Shaibani selama 8 hari, untuk penyiasatan lanjut. Sumber dari ahli keluarga memberitahu wartawan PIC pada Khamis bahawa perbicaraan akan diadakan di kem tentera Salem pada Rabu.

Fida, 37 telah ditahan pada 12 Mei setelah rumahnya diserbu. Beliau kemudiannya dipindahkan ke pusat penyiasatan Jalama. Suaminya yand ditahan juga dipindahkan ke Jalama dari penjara Eshel untuk soal siasat. Ahmed Shaibani, bapa kepada dua anak telah ditahan pada 27/7/2003, dan dijatuhkan 3 hukuman penjara seumur hidup kerana menentang rejim Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF Tahan Sejumlah Rakyat Palestin di AL Khalil dan Jerusalem

Rabu , 04-06-2014 – Tentera Israel (Israeli Occupational Forces -IOF) menahan seorang remaja dari Bandar Dura, Selatan Al Khalil pada hari Rabu, dan memeriksa beberapa rumah di dalam bandar tersebut, sementara itu tiga rakyat Jerusalem ditahan di dua bandar berhampiran dengan Jerusalem yang diduduki mereka.

Mohammed Shaher Al-Namureh, remaja 17 tahun itu telah ditahan diluar kediaman kedua ibu bapanya, setelah bandar Dura diserang, sumber dari pihak keselamatan Palestin mengesahkannya.

Sumber menambah Tentera Isarel juga turut menyerang Kawasan Hanina di dalam bandar tersebut dan menahan beberapa orang rakyat untuk beberapa jam selepas memeriksa kad pengenalan mereka. Beberapa rumah diserbu dan diperiksa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Kos Mossad dan Shabak Meningkat USD2 Billion

Rabu , 04-06-2014 – Harian ‘Israel’ Haaretz edisi Khamis (22/5) menyiarkan data dari Kementerian Kewangan ‘Israel’ berkenaan anggaran badan perisikan yang mengalami kenaikan 10% dimana sepanjang tahun 2013 naik menjadi USD1.9 billion.

Dalam data tersebut ditegaskan anggaran badan perisikan umum Shabak dan badan perisikan luar negeri Mossad mencapai USD6.5 billion tahun ini namun belum menyebutkan anggaran tambahan untuk perbelanjaan tertentu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dan penahanan tidak sah selepas serbuan IOF di Baitul Maqdis yang dijajah.

Rabu , 04-06-2014 – Beberapa penduduk asal Palestin cedera pada Rabu berikutan serbuan Tentera Penjajah Israel (IOF) ke dalam Bandar Kafr Aqab, utara Baitul Maqdis.

Mengikut saksi, kawasan itu menjadi sasaran serangan IOF untuk tiga hari berturut-turut di bawah misi mempertahan Kafr Aqab. Kamera pemerhati juga telah dipasang supaya dapat menghalang akses pemuda Palestin ke Baitul Maqdis.

Berpuluh remaja Baitul Maqdis dibiarkan cedera teruk manakala yang lain menderita masalah pernafasan yang teruk apabila IOF melepaskan peluru hidup ‘tutu’, yang diharamkan dunia antarabangsa.

Dua orang pemuda Baitul Maqdis juga ditahan pada hari dan operasi yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redzwan