Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi memecah masuk ke dalam Kota Lama al-Khalil dan menyerang rakyat Palestin

Khamis,14-11-2013 – Pendatang Yahudi pada malam Sabtu menyerbu Kota Lama al-Khalil di Tebing Barat yang diduduki, dan menyerang penduduk Palestin dan harta mereka.

Sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh pendatang yang dilindungi oleh tentera Israel menyerbu kawasan-kawasan perumahan dan pasaran Kota Lama, di mana mereka menyerang harta rakyat dan melaungkan slogan-slogan perkauman terhadap rakyat Palestin.
Konfrontasi ganas tercetus di Jaber kejiranan timur Masjid Ibrahimi pada malam Sabtu di antara belia Palestin dan pendatang dari Kiryat Arba yang telah kembali ke penempatan mereka selepas mengadakan sambutan di Masjid Ibrahimi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bakar berpuluh-puluh pokok Palestin

Khamis,14-11-2013 – Pendatang Yahudi telah menyalakan api dan membakar berpuluh-puluh pokok dan anak pokok zaitun di selatan Baitullaham pada subuh Ahad lalu.

Ahmed Salah, penyelaras jawatankuasa popular terhadap penempatan di bandar Al-Khader berkata, peneroka daripada penempatan Efrat telah menyalakan api dalam kebakaran itu. Beliau berkata 20 pokok yang berbuah dan 70 anak pokok zaitun yang dimiliki oleh petani Palestin berhampiran Al-Khader musnah dalam kebakaran tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Livni : Konflik dengan Palestin menyukarkan Pakatan Israel Arab

Isnin,28-10-2013 – Menteri di Badan kehakiman, Tzipi Livni menegaskan mengenai keperluan untuk menyambung dan menggiatkan usaha-usaha “Tel Aviv” dalam usaha memajukan rundingan dengan pihak Palestin dan seterusnya mengeratkan perjanjian dengan pihak Arab, mengikut pertimbangnnya.

Dan Livni berkata lagi sewaktu penyertaannya dalam sidang diplomat Zionis ditauliahkan ke negara-negara di dunia yang diadakan pada hari Khamis, 24/10 di bandar Herzliya ” kita mesti meneruskan usaha untuk membendung ancaman Iran serta kemajuan dalam rundingan dengan Palestin pada masa yang sama.”

Livni menjelaskan lagi bahawa konflik yang berterusan dengan Palestin menghalang Negara-negara Arab terancam dengan kerjasama Iran dengan entiti Zionis secara terbuka dan menambah lagi negara-negara ini merupakan harapan masyarakat untuk bekerjasama menangani fail nuklear Iran dalam perkongsian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Bantahan duduk tanda kesatuan dengan pelarian Palestin dan Syria di Gaza

Isnin,28-10-2013 – Jabatan Pelarian Gerakan Hamas telah menganjurkan bantahan duduk tanda kesatuan bersama pelarian Palestin dan Syria yang lemas di luar pantai Malta kerana melarikan diri dari Syria.

Jawatankuasa popular dan wakil kumpulan Palestin serta sejumlah pelarian Palestin yang lari dari Syria menyertai bantahan itu. Ketua Jabatan Pelarian, Isam Odwan menyatakan bahawa 300 badan pelarian Palestin dan Syria yang lemas di dalam bot yang tenggelam awal minggu lepas masih berada di lautan Itali itu. Beliau menyatakan negara-negara Arab bertanggungjawab melindungi pelarian Palestin dan Syria itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rombongan Pertama Jamaah Haji Gaza Tiba di Rafah

Isnin,28-10-2013 – Menteri Wakaf dan Urusan Agama Kerajaan Palestin di Gaza, Dr. Ismail Ridwan menegaskan bahawa kumpulan pertama jamaah haji Gaza tiba di sempadan Rafah. Setakat ini, kerajaan Mesir sudah memberi jaminan untuk para jemaah haji dibenarkan masuk ke Gaza. Jemaah haji akan tiba di Kaherah dan menaiki bas ke sempadan Rafah. Pihak berkuasa sudah usahakan agar jemaah haji diuruskan dengan cepat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Gaza sudah bersedia menerima ketibaan balik jemaah haji.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Tiada persiapan lawatan Mishaal ke Iran

Isnin,28-10-2013 – Pergerakan Hamas berkata tidak ada persiapan untuk lawatan pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal ke Iran.Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan Khamis lepas berkata tidak ada tarikh untuk lawatan sebelum ini supaya ia dibatalkan seperti digemburkan oleh beberapa media.

Akhbar Al-Quds Al-Arabi berpangkalan di London telah menerbitkan laporan untuk wartawan di Ramallah yang menyatakan Tehran telah memohon maaf kerana tidak dapat menerima Mishaal pada masa ini. Akhbar itu mendakwa pegawai-pegawai Iran telah menangguhkan lawatan memandangkan kesibukan mereka pada waktu itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rashiq: Berita Rancangan Kunjungan Misy’al Ke Teheran Dalam Waktu Terdekat Ini Tidak Benar

Jumaat,25-10-2013 – Hamas menafikan khabar angin mengenai kunjungan Khalid Misy’al dalam waktu terdekat ini ke ibu kota Iran, Teheran.

Menurut anggota biro politik Hamas, Izzat Rashiq, dalam waktu dekat ini belum ada agenda mahupun rancangan kunjungan Abul Walid (Khalid Misy’al) ke Teheran. Rashiq menambah, isu yang disiarkan oleh beberapa media berkenaan rancangan Misy’al ke Teheran dalam waktu dekat ini adalah tidak benar, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menangkap anak2 ahli Parlimen Abu Gehisyeh dari Hebron

Jumaat,25-10-2013 – Pihak Zionis telah menahan Muadz, anak ahli parlimen Muhammad Mutlak Abu Gehisyeh dari bandar Idhna, barat bandar Hebron, selatan Tebing Barat petang kelmarin, Rabu (16/10).

Abu Gehisyeh berkata kepada wartawan ” Pusat Media Palestin” bahawa anaknya Muadz dalam perjalanan untuk sambutan di bandar Dura bersama isteri dan anaknya sewaktu pihak tentera memberhentikannya dan memeriksa keretanya serta kemudian menahannya.

Dan beliau berkata lagi, seorang anggota polis dari Pusat Tahanan Etzion, utara Hebron menghubungi keluarganya dan memberitahu bahawa Muadz berada di sana dan akan dipindahkan ke Penjara Ofer dalam tempoh dua hari akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin menjadi mangsa penyelarasan keselamatan di WB

Jumaat,25-10-2013 – Dua remaja Palestin Islam Mossa dan Mohamed Assi menghabiskan Eid al-Adha jauh dari keluarga mereka dan di penjara Israel selepas ditangkap oleh tentera Israel pada hari Arafah, hari sebelum Eid al-Adha.

Tentera Israel menahan Islam dan Mohammed, kedua-duanya dari Ramallah selepas menggeledah rumah secara ganas untuk mencari ibu bapa mereka. Dinyatakan juga penahanan dua remaja itu berlaku tiga hari selepas mereka dibebaskan dari penjara PA di mana mereka menghabiskan masa selama tiga bulan di penjara PA sebagai sebahagian daripada dasar keselamatan penyelarasan antara pihak berkuasa Israel dan Palestin di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan Tiga Beradik di Pusat Pemeriksaan Tentera di Hebron

Jumaat,25-10-2013 – Tentera Israel menahan tiga beradik dari Hebron di selatan Tebing Barat selepas menghentikan mereka di pusat pemeriksaan tentera zionis dengan alasan mereka didapati memiliki pisau.

Menurut Azmi al-Shyoukhi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Popular Palestin menentang pencerobohan, tentera Israel menahan tiga orang kanak-kanak,mereka ialah Mu’taz (17 tahun), Muhannad (15 tahun) dan Zine al-Deen al-Abidine (12 tahun) selepas menghentikan mereka di pusat pemeriksaan tentera zionis di pintu masuk selatan Hebron, Hagai dengan alasan mereka memiliki pisau.

Beliau menegaskan bahawa tiga kanak-kanak lelaki itu telah dipindahkan ke penempatan ‘Kiryat Arba’ semasa mereka kembali ke kota Hebron.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nadhirah

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

1607 pelarian Palestin terbunuh di Syria

Jumaat,25-10-2013 – Kumpulan Tindakan bagi pelarian Palestin di Syria menyatakan bahawa 1607 pelarian Palestin terbunuh sejak tercetusnya revolusi Syria sehingga 30 September.

Dalam laporan terperinci, kumpulan itu berkata bahawa 1088 pelarian telah terbunuh sejak awal revolusi sehingga ke-30 September selepas kem mereka telah menjadi sasaran. Kem-kem pelarian Palestin telah tertakluk dalam konflik yang sedang berlaku di Syria membawa kepada serangan dan pengeboman sehari-harimenyebabkan kepada beratus-ratus mangsa terkorban.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Duta AS Dan Shapiro menekankan hak Israel untuk mempertahankan diri

Jumaat,25-10-2013 – Duta AS Dan Shapiro menekankan bahawa sokongan negaranya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan organisasi pengganas di Gaza.

Kenyataan duta AS itu dikeluarkan ketika lawatannya di terowong yang ditemui dari Gaza hingga wilayah Palestin bagi menentang Israel.
Amerika Syarikat meneruskan polisi pilih kasih yang memenangkan rejim Israel dan menjejaskan hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Mesir : Kerajaan sementara Mesir membatalkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin

Jumaat,18-10-2013 – Majlis kabinet Mesir memutuskan untuk membatalkan Petubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai rekod pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dibawah Kementerian Solidariti Sosial , ekoran keputusan mahkamah yang tidak rasmi dengan melarang sebarang aktiviti persatuan tersebut serta mana-mana cawangan yang berkaitan dengannya.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kabinet bahawa keputusan itu dibuat berikutan “pelaksanaan penghakiman oleh mahkamah tentang perkara-perkara penting di Kaherah pada 23 September” lalu.

Dan kenyataan itu menambah “satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Solidariti telah ditugaskan untuk menghapuskan dan mengharamkan Pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Solidariti, termasuk pengharaman dan sekatan semua harta dan entiti yang dijelaskan oleh undang-undang, dan jawatankuasa tersebut memutuskan lagi untuk membentuk jawatankuasa cawangan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan tertentu untuk melengkapkan pelaksanaannya”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Waed Menuntut Kebenaran Keluarga Kunjunig tawanan

Jumaat,18-10-2013 – Gerakan Peduli Tahanan Palestin mendesak pihak penjara Zionis agar membenarkan ahli keluarga menziarahi tahanan Palestin sempena Eidul Adha. Secara purata, lebih 14 tahun(14 kali Eid Adha) ahli keluarga dinafikan hak untuk menziarahi ahli keluarga yang berada dalam tahanan Zionis. Menurut Waed, yang merupakan juru bicara Gerakan Peduli Tahanan Palestin, hanya anak yang berusia 8 tahun ke bawah sahaja dibenarkan untuk menziarahi ahli keluarga yang ditahan. Mereka yang ditahan kebanyakan merupakan ibu bapa kepada anak-anak ini.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Parlimen Antarabangsa Memutuskan Pengguguran Keanggotaan Mesir

Jumaat,18-10-2013 – Kesatuan Parlimen Antarabangsa menggugurkan keanggotaan Mesir ketika persidangannya kali ke 129 yang diadakan pada awal Ahad semalam 10/6 di Geneva yang sebelum ini Somalia dan Bhutan juga digugurkan keanggotaannya.

Keputusan ini diputuskan selepas selesai majlis Syura pada bulan Julai lepas disebabkan ketiadaan Institusi Perundangan yang berfungsi di Mesir pada masa ini.

Sebaliknya, Penasihat Presiden Tunisia bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Anwar Gharbi dalam satu kenyataanya kepada ”Quds Press” meluahkan rasa kekesalan kerana Tunisia tidak hadir di mesyuarat Kesatuan Parlimen Antarabangsa tersebut. Beliau berkata, Tunisia adalah
sebuah negara masa kini yang tiada dalam demonstrasi paling penting iaitu Persidangan Kesatuan Parlimen Antarabangsa kali ke 129 yang melibatkan 163 buah negara. Semua negara dalam kesatuan tersebut tertanya-tanya tentang Tunisia dan masa depan proses
demokrasi dan perlembagaan, namun malangnya tiada siapa yang menjawab persoalan ini. Cukup dengan hanya melakukan tinjauan di halaman Lembaga Tunisia ini dan soalan yang dikemukankan rakan-rakan Tunisia iaitu “kenapa Tunisia tidak hadir, dan saya sebagai rakyat Tunisia mengemukakan soalan ini kepada Lembaga Perundangan dan Kementerian Hal Ehwal Luar jika ini adalah hak rakyat untuk mengetahui sebab ketidakhadiran Tunisia”, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah