Categories
Berita Semasa

Pemimpin Turki mengkaji surat dari tahanan Palestin.

Isnin, 25/02/2013 – Sekumpulan tahanan Palestin di beberapa penjara Israel telah mengutus sepucuk surat kepada Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, menggesa mereka bertindak untuk menyelamatkan tahanan-tahanan yang sedang melakukan mogok lapar.

Surat tersebut diterima selepas kedutaan Turki di Ramallah menghubungi wartawan kepada agensi berita Anatolia, bertanyakan perincian mengenai permintaan-permintaan dari tahanan, sebagai balasan kepada panggilan tahanan tersebut kepada Turki dan Egypt untuk menyelamatkan nyawa mereka sebelum terlewat.

Tahanan-tahanan ini di dalam surat mereka juga menyatakan rasa puas hati mereka atas perhatian formal yang diberikan dari pihak Turki terhadap isu Palentin secara umumnya dan isu tahanan palestin secara khususnya. Ini mengingatkan kembali sejarah Sultan Abdul Hamid dari Turki yang menolak untuk melepaskan Palestin kepada Zionist.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Konvoi Delegasi Dakwah Mesir Tiba Di Gaza

Isnin, 25/02/2013 – Konvoi delegasi pendakwah dari Mesir telah tiba di Gaza dalam usaha menghentikan sekatan di Gaza. Konvoi seramai 200 peserta mewakili beberapa pertubuhan antaranya Lembaga Ulama Ahlussunnah, Ikatan Ulama Antarabangsa dan lain-lain. Dr. Solah Sulthan ketua konvoi itu menyatakan tujuan konvoi ini adalah menyatakan kebersamaan masyarakat bersama perjuang rakyat Palestin dan mengakhiri sekatan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Tahan Dua Remaja Baitulmaqdis Bawah Umur

Isnin, 25/02/2013 – Tentera Israel menyerbu bandar Silwan, dekat selatan wilayah diduduki Baitulmaqdis, pada pagi Khamis dan menahan dua orang remaja lelaki rakyat Palestin yang masih dibawah umur.

Pusat maklumat Wadi Hilwa melaporkan bahawa tentera tersebut telah menahan Lyad Ruwaidi, 17 tahun daripada kediaman keluarganya pada jam 5 pagi hari ini. Sumber juga memberitahu, ibu remaja tersebut telah dipanggil untuk disoal-siasat di pusat tahanan Maskobeh di mana anaknya ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Ahrar Ingatkan Bahaya Persefahaman Politik Antara Otoriti Palestin dan Netanyahu

Isnin, 25/02/2013 – Gerakan Ahrar Palestin mengingatkan tentang bahaya apa yang disebut sebagai isolasi politik antara perdana menteri Zionis, Benyamin Netanyahu dan pihak Otoriti Palestin di Ramallah.

Gerakan Al-Ahrar dalam pernyataanya Khamis (21/2) mengatakan, persefahaman politik antara pihak Otoriti Palestin dan Netanyahu merupakan ancaman atas masa depan penyelesaian isu yang semakin muram.

Beliau menegaskan, kesepakatan dan perundingan serta solusi perdamaian adalah dua perkara yang tak mungkin bertemu. Beliau menyeru agar memberikan keutamaan bagi terlaksananya penyelesaian dan pelaksanaan dari agendanya secara detail.

Sebelumnya, Netanyahu mengisyaratkan pada pemerintah Otoriti Palestin bahawa pihaknya akan lebih lunak dengan tujuan memulakan kembali dialog, sebelum kunjungan presiden Amerika, Barack Obama dalam waktu terdekat ini. Beliau menganjurkan pertemuan untuk membentuk pemerintahan yang lebih luas lagi. Apatah lagi setelah kemenangan partinya, Likud dalam pilihanraya Zionis baru-baru ini dengan kemenangan 31 kerusi di parlimen Knesset.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Nelayan Palestin cedera akibat tembakan tentera laut Israel

Isnin, 25/02/2013 – Seorang nelayan Palestin cedera pada petang Khamis selepas sebuah kapal perang tentera laut Israel menembak bot nelayan di luar pantai utara Gaza.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa Ayman Kabaja, 34 tahun, telah ditembak dengan peluru dan dibawa ke hospital.
Tentera laut Israel terus mengejar nelayan Palestin dan bot mereka di luar Gaza walaupun perjanjian tenang dicapai dengan naungan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Musnah Ribuan Dunum Tanah Pertanian di Negev

Isnin, 25/02/2013 – Jentolak Israel telah memusnahkan beribu-ribu dunum tanah pertanian milik rakyat Palestin di perkampungan Wadi Naam di wilayah selatan Negev dalam tahun1948- Wilayah diduduki Palestin.

Berpuluh-puluh polis dan tentera zionis, berserta beberapa buah traktor menceroboh tanah pertanian di perkampungan Bedouin dekat Wadi Naam pada selasa dan mula memusnahkan tanaman beribu-ribu dunum tanah dengan tanaman gandum, milik penduduk kampung, kata ketua perkampungan tersebut.

Ketua tersebut memberitahu akhbar Quds bahawa pihak berkuasa tempatan mendakwa bahawa ia adalah tanah kerajaan yang disita dan beliau menyifatkan dakwaan tersebut adalah palsu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memanjangkan penangkapan kartunis Mohammed Saba’na

Isnin, 25/02/2013 – Mahkamah Tentera Salem telah melanjutkan penahanan kartunis Palestin Mohamed Fayek Abdul Ghani Saba’na, 34, dari bandar Qabatiya di Jenin pada 28 Februari. Berita ini disahkan oleh Pusat Pengajian Tahanan Palestin.
Peguam Mustafa Azmouti memberitahu Pusat bahawa mahkamah tentera Salem melanjutkan penahanan kartunis daripada Saba’na di bawah alasan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pihak yang bermusuhan, menyatakan bahawa pihak berkuasa regim Zionis masih menghalang peguam daripada melawat dia.

Pusat ini menunjukkan bahawa kartunis Palestin Mohammed Saba’na, yang bekerja di akhbar Al-Hayat, telah ditangkap oleh regim zionis semasa pulang dari Jordan pada hari Sabtu, dan membawanya ke pusat soal siasat Jalama, beberapa hari sebelum itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hakim Mahkamah Agung Mesir Bekerjasama Dengan Polis Antarabangsa Tangkap Ahmad Syafik

Isnin, 25/02/2013 – Hakim Mahkamah Agung Mesir, Thal’at Abdullah, Selasa 19/2, menyampaikan permintaan kepada polis antarabangsa untuk menangkap dan menyerahkan bekas calon presiden, Ahmad Syafik ke Mesir, setelah pihak mahkamah memutuskan bahawa beliau terlibat kes korupsi, seperti yang disiarkan akhbar Syarqul Aushat.

Menurut Jurucakap kehakiman, Musthafa Duwaidar, keputusan ini setelah kes Syafik dipindahkan ke pihak pengadilan berkait kes korupsi. Pihak hakim mendakwa Ahmas Syafik dengan tuduhan menguasai harta awam dan kes lainnya seperti isu tanah pihak tentera. Hakim yang menjalankan pengadilan meminta pemerintah Emiriayah Arab menyerahkan Syafik kepada Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin menghalang penjajah dari membina tembok di Hebron.

Isnin, 25/02/2013 – Satu kumpulan penjajah Zionis, membina sebuah tembok dinding di kawasan baru berhampiran Al Shuhada Street di Hebron (West Bank), yang telah ditutup sejak 1994 selepas pembunuhan beramai-ramai Masjid Ibrahimi, cubaan untuk membina dinding di sekelilingnya dan membuka jalan antara penyelesaian “Ramat Yishai “dan Shuhada Street.

Telah berkata “seorang lelaki penentang penyelesaian” dalam satu kenyataan bahawa penjajah cuba membina satu tembok baru dan tempat rehat bagi pekerja Zionis yang melawat Hebron, tetapi rakyat Palestin akan menghalang mereka daripada membina dinding dan memaksa mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Ahmed Amr merayu daripada “pemuda penentang penyelesaian ” dan semua rakyat untuk mempertahankan tanah mereka dan mencegah penjajah dari mengawal wilayah Palestin, kerana campur tangan awal untuk melindungi tanah dan pengusiran penjajah,merupakan hak pemilik tanah dalam undang-undang untuk mempertahankan tanah mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Jihad Islam dan saudaranya mogok lapar di penjara PA

Jumaat , 21-02-2013 – Salah seorang pemimpin jihad Islam dan saudaranya yang ditahan di penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengumumkan untuk menyertai mogok lapar sehingga mereka dibebaskan.

Pemimpin tersebut, Ayman Tabich, 32 dan saudaranya Khalid dari Dura al-Khalil di selatan Tebing Barat telah ditahan pada petang Ahad oleh perisikan PA dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui.

Gerakan Islam tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpinnya Tabich dan saudaranya mengumumkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hakim Mahkamah Agung Mesir Bekerjasama Dengan Polis Antarabangsa Tangkap Ahmad Syafik

Jumaat , 21-02-2013 – Hakim Mahkamah Agung Mesir, Thal’at Abdullah menyampaikan permintaan kepada polis antarabangsa untuk menangkap dan menyerahkan bekas calon presiden, Ahmad Syafik ke Mesir, setelah pihak mahkamah memutuskan bahawa beliau terlibat kes korupsi, seperti yang disiarkan akhbar Syarqul Aushat.

Menurut Jurucakap kehakiman, Musthafa Duwaidar, keputusan ini setelah kes Syafik dipindahkan ke pihak pengadilan berkait kes korupsi.

Pihak hakim mendakwa Ahmas Syafik dengan tuduhan menguasai harta awam dan kes lainnya seperti isu tanah pihak tentera. Hakim yang menjalankan pengadilan meminta pemerintah Emiriayah Arab menyerahkan Syafik kepada Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Persatuan Wa’ed merayu agar kumpulan hak asasi manusia menyelamatkan nyawa Abu Sisi

Khamis ,21-02-2013 – Kesatuan Wa’ed untuk tahanan dan bekas tahanan meyeru kumpulan-kumpulan hak asasi manusia agar masuk campur untuk menyelamatkan nyawa seorang tahanan ialitu Dirar Abu Sisi yang telah berada di dalam tahanan pengasingan selama 2 tahun.

Menurut Wa’ed, keadaan kesihatan Abu Sisi semakin buruk tambahan pula semenjak beliau menderita sakit kronik.

Ia berkata, Abu Sisi diasingkan dalam tahanan pengasingan selama 23 jam dan cuma dibenarkan keluar selama sejam untuk berada di bilik yang lebih besar dan menekankan bahawa Abu Sisi telah dikurung dengan ketat. Beliau turut menambah bahawa Abu Sisi juga dilarang daripada berjumpa isteri dan anak-anaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Liga Arab memanggil campur tangan antarabangsa untuk membebaskan pemogok kelaparan

Khamis ,21-02-2013 – Urusetia umum Liga Arab menggesa PBB dan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia agar segera campur tangan untuk menjamin pembebasan pemogok kelaparan Palestin yang ditahan.

Urusetia, dalam dua mesejnya kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan Pesuruhjaya Tinggi Navi Pillay, meminta tindakan antarabangsa menuntut pembebasan Samer Al-Issawi dan rakan-rakannya, yang telah melancarkan mogok lapar selama lebih daripada 200 hari.

Nabil Al-Arabi, Ketua Setiausaha Liga, menyifatkan tindakan berdiam diri sebagai “tidak boleh diterima”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pertempuran ganas di kem pelarian Shuafat

Selasa ,19-02-2013 – Pertempuran ganas telah meletus di lintasan Shu’fat, yang membawa kepada berpuluh-puluh kecederaan termasuk seorang paramedik akibat bom gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah.

Para belia Palestin telah menutup jalan-jalan utama yang menuju ke persimpangan dengan membakar tayar dan membaling batu ke arah tentera Israel yang menembak gas pemedih mata, getah peluru bersalut, dan bom yang membisingkan.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan lemas selepas terhidu gas pemedih mata, termasuk 4 wanita, di samping kecederaan seorang paramedik Moataz Idris oleh getah bersalut peluru logam di pahanya, menurut Persatuan Bantuan Perubatan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Penduduk Halang Penjajah Zionis Dirikan Tembok Pemisah

Selasa ,19-02-2013 – Sekumpulan penduduk Zionis, Rabu (14/2) berusaha membangunkan tembok penempatan di wilayah Ain Jadidah, dekat masjid Al-Ibrahimi (di masjid ini pernah berlaku serangan Yahudi terhadap jamaah umat Islam yang sedang bersolat). Mereka sedang berusaha membangunkan dua tembok di Jalan 1994 Syuhada Hebron yang sebelumnya ditutup sejak tahun lalu. Mereka juga hendak menghubungkan antara penempatan Ramat Yesya dan Jalan Syuhada.

Sementara itu, menurut komuniti pemuda anti penempatan Yahudi dalam penjelasanya mengatakan, para penduduk Zionis berusaha lebih dari sekali meyahudikan Ain Jadidah untuk menjadi tempat peristirahatan bangsa Zionis yang berkunjung ke Hebron.

Salah seorang ahli komuniti pemuda anti penempatan Yahudi, Ahmad Amer meminta seluruh warga Palestin berusaha mempertahankan tanahnya dan menghalang penduduk Zionis menguasai tempat tersebut. Sekatan awal dan mengusir mereka secepat mungkin akan lebih mudah. Pemilik tanah mempunyai hak yang sah dari segi undang-undang untuk mempertahankan tanah milik mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman