Categories
Berita Semasa

1,000 banduan sakit termasuk 25 pesakit kanser di penjara Israel

Isnin, 22/04/2013 – Ketua Susulan Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan, Amin Shauhan, mengesahkan bahawa lebih daripada 1000 tahanan Palestin menghidap penyakit-penyakit yang berbeza termasuk 25 pesakit kanser.

Banduan menghadapi kecuaian perubatan yang disengajakan oleh perkhidmatan penjara Israel bertujuan untuk membunuh mereka seperti apa yang berlaku terhadap syahid Ashraf Abu Dra’a, Arafat Jaradat dan Maysara Abu Hamdiya, katanya.

Beliau menegaskan bahawa penjajah melambatkan dalam berurusan dengan permintaan pemogok kelaparan Samer al-Issawi selepas gagal dalam penghantaran pulang ke negara-negara Eropah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pelarian duduk beramai-ramai di luar UNRWA bantah pengurangan perkhidmatan

Isnin, 22/04/2013 – Pelarian Palestin mengadakan tunjuk perasaan pada Isnin lalu buat kali kedua di luar ibu pejabat UNRWA di Gaza bagi membantah pengurangan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi antarabangsa itu untuk pelarian di Gaza.

Pelarian Palestin mengadakan tunjuk perasaan yang berterusan sepanjang dua minggu lalu untuk menyeru UNRWA menghentikan pengurangan perkhidmatan mereka.

Pejabat UNRWA dibuka semula di Semenanjung Gaza Selasa lalu selepas menerima jaminan melindungi kakitangan dan ibu pejabatnya, di mana ibu pejabat telah diserbu masuk oleh penunjuk perasaan yang marah di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tahanan yang dibebaskan, Sarsak menjadi duta tahanan ke Eropah

Isnin, 22/04/2013 – Tahanan bebas, Mahmoud Sarsak, yang pernah menjalani mogok lapar selama 96 hari memberitahu Pusat Kajian Tahanan bahawa lawatannya ke Eropah mencapai sasaran media dan hak asasi manusia.

Sarsak berkata lawatannya bermula dari Perancis di mana beliau menganjurkan acara sokongan kepada tahanan Palestin di hadapan ibu pejabat Palang Merah di ibu negara Perancis, Paris.

Beliau kemudiannya menghadiri Parlimen Eropah selama dua hari di mana beliau bertemu dengan 7 ahli parlimen dan memberitahu mereka tentang perlanggaran Israel ke atas hak tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel menghantar pakar rundingan kepada Issawi

Isnin, 22/04/2013 – Sumber hak kemanusian palestin berkata pihak berkuasa Israel sedang meneruskan percubaan untuk memujuk banduan yang sedang menjalani mogok lapar di Jerusalem, Samer Issawi, untuk menghentikan mogok laparnya dan seterusnya menerima usul untuk mengeluarkan beliau dari Jerusalem sebagai pertukaran dengan pembebasannya.

Jawad Boulos, Pengarah Unit Undang-Undang bagi Persatuan Tahanan Palestin, berkata dalam satu kenyataan bahawa pihak Israel sedang mencuba meyakinkan Issawi untuk menerima usul pertukaran tersebut oleh pegawai dan pakar rundingan, yang sering memasuki bilik beliau di Hospital Kaplan.

Jawab juga melaporkan, bahawa para doktor telah memberitahu betapa seriusnya kodisi kesihatan Issawi dan keadaan otot jantungnya yang semakin lemah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Konfrantasi dengan Zionis di Ramallah dan Nablus

Isnin, 22/04/2013 – Konfrantasi antara warga Palestin dan pasukan Zionis meletus Selasa (16/4) petang di perkampungan Badrus di barat Ramallah dan di hadapan Universiti al Quds di Abu Deis. Akibatnya sejumlah warga penduduk mengalami sesak nafas.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan pasukan penjajah Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah mahasiswa Universiti al Quds ketika mereka berkumpul di hadapan pintu gerbang kampus. Setelah itu meletus pertempuran dengan tentera Zionis. Para mahasiswa membaling batu dan bom molotov ke arah jip-jip militan Zionis.

Para saksi kejadian mengatakan, pertempuran tersebut mengakibatkan 12 orang penduduk dan mahasiswa tercedera. Pertempuran meletus setelah selesai majlis memperingati 25 tahun gugurnya Khalil al Wazir “Abu Jihad” yang diadakan di perkarangan kampus Universiti al Quds.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza menyelar Menteri Luar Canada kerana bertemu dengan pegawai Israel di Baitulmuqaddis

Rabu, 17/04/2013 – Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara Palestin di Gaza menyelar Menteri Luar Canada John Baird kerana bertemu menteri undang-undang Israel di pejabatnya di Baitulmuqaddis.

Kementerian menyifatkan pertemuan itu merupakan keutamaan serius dalam kenyataannya pada Isnin. Ia menandakan pengiktirafan nyata oleh Canada terhadap hak Israel di Baitulmuqaddis.

Pertemuan itu jelas melanggar resolusi antarabangsa dan bukti sejarah yang menyatakan Baitulmuqaddis ialah ibu negara Palestin, kementerian berkata dan meminta kerajaan Canada memohon maaf.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Samer Barq disoal siasat oleh pegawai FBI di penjara Israel

Rabu, 17/04/2013 – Sumber hak asasi manusia Palestin berkata tahanan mogok lapar bernama Samer Barq dari kampung Jayous berhampiran bandar Qalqilya, utara Tebing Barat sedang disoal siasat oleh para pegawai FBI dari Amerika Syarikat.

Helmi Barq, bapa tahanan ini melaporkan anaknya yang telah melancarkan mogok lapar selama 50 hari, sedang disiasat oleh penyiasat FBI di penjara Israel dan menganggap bahawa “kaedah ini merumitkan fail rahsia anaknya”.

Bapa Samer memberitahu Pusat Kajian Tahanan Palestin yang penjajah Israel telah mendera anaknya dengan menafikan lawatan ke atasnya dan mengasingkannya walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot, dalam usaha untuk memaksanya menamatkan mogok itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Israel Dalam Ancaman Penghapusan Kewujudannya

Selasa, 16/04/2013 – PM negara Zionis, Benjamen Netanyahu menegaskan, ketika ini kewujudan negara ‘Israel’ mengalami ancaman lebih besar berbanding masa-masa sebelumnya. Oleh itu, pihak penjajah Zionis sedang berusaha memperkuatkan aspek keamanan untuk menjamin masa depannya.

Dalam sambutan sidang kabinet mingguan pagi ini, Ahad (14/4) Netanyahu menegaskan, musuh-musuh ‘Israel’ tidak pernah berhenti berusaha untuk menghapuskan kewujudannya. Oleh itu, militan ‘Israel’ dengan keperluan keamanan yang dimilikinya sekarang adalah lebih kuat berbanding masa lalu, katanya.

Minggu lalu, entiti Zionis mengalami serangan elektronik di dunia maya. Akibatnya, ribuan laman web di internet milik ‘Israel’ termasuk laman sesawang pemerintah yang sensitif dicerobohi penggodam.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rayuan Amerika Agar Abbas Adakan Perundingan

Jumaat, 12/04/2013 – Gerakan al Ahrar menilai bahawa rayuan-rayuan dan pancingan-pancingan Amerika kepada Presiden Otoriti Palestin, Mahmud Abbas merupakan usaha “busuk” Amerika untuk menghidupkan kembali perundingan sia-sia dan menghalang persepakatan.

Dalam pernyataan hari Selasa (9/4), Gerakan al Ahrar mengatakan, “Rayuan-rayuan dan pancingan Amerika untuk Abbas dan otoriti dengan janji pengembangan ekonomi dan tekanan kepada Islam serta mengembalikan dana cukai (ke otoriti Palestin), merupakan usaha jahat dan permaian terbuka untuk menghidupkan kembali perundingan sia-sia. Ia akan menghalang persepakatan nasional sekaligus mengubur meletusnya intifadah ketiga.”

Ahrar menegaskan bahawa persepakatan dan perundingan adalah dua langkah yang tidak boleh bersatu. Gerakan ini menyeru kepada inisiatif perdamaian Arab agar menekan Abbas untuk menamatkan perpecahan dan menyelesaikan isu perpaduan nasional, serta tidak tunduk pada kuasa veto dan tekanan-tekanan Amerika.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penunggang motosikal Yahudi langgar gadis Palestin di al-Khalil

Jumaat, 12/04/2013 – Seorang gadis Palestin Selasa lalu cedera selepas dilanggar oleh penunggang motosikal peneroka haram Yahudi di pintu masuk kampung Beit Ummar, utara al-Khalil, kata pegawai perubatan.

Mohammed Awad, jurucakap media Jawatankuasa Popular menentang Tembok dan Penempatan di Beit Ummar berkata, seorang menunggang motosikal Yahudi melanggar Alaa Diab Alami, 22 dan melarikan diri ke arah penempatan Karmi Tzur yang dibina di atas tanah Palestin di Beit Ummar dan Halhoul.

Gadis Palestin itu mengalami lebam dan kecederaan serius di kaki . Ambulan Bulan Sabit Merah Palestin telah memindahkan mangsa ke hospital, di mana keadaan beliau telah dilaporkan terkawal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya berbincang dengan Menteri Perisikan Mesir tentang perkembangan terkini

Jumaat, 12/04/2013 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berbincang dengan Menteri Perisikan Mesir Jeneral Raafat Shehata tentang perkembangan terkini di Palestin terutamanya tentang perlanggaran Israel ke atas perjanjian.

Ia berlaku ketika perbualan telefon di antara Haneyya dan Shehata pada petang Isnin, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri Palestin di Gaza.

Perdana Menteri Palestin itu bertemu Shehata ketika lawatan tterbarunya di Mesir pada minggu lepas dan berbincang dengan Shehata tentang beberapa hal termasuk rundingan damai Palestin.

Rejim Israel terus melanggar perjanjian yang ditandatangani dengan pejuan Palestin di Gaza. Rejim Israel telah menyerang Semenanjung Gaza dan menjalankan lebih banyak sekatan di kawasan perikanan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pembentukan pasukan perubatan Eropah untuk memeriksa banduan yang sakit

Jumaat, 12/04/2013 – Doktor Palestin di Eropah mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk satu pasukan perubatan Eropah untuk memeriksa pesakit dari kalangan tahanan Palestin dan menyediakan mereka dengan rawatan yang diperlukan.

Perkara ini timbul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Doktor Palestin di Eropah, yang memberi amaran bahawa penyalahgunaan pentadbiran penjara Israel terhadap tahanan Palestin adalah hasil daripada dasar yang sistematik bertujuan untuk melanggar kehendak mereka.

Persatuan merayu kepada “orang-orang yang memiliki kesedaran, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan institusi perubatan antarabangsa, untuk segera campur tangan untuk pembebasan tahanan Palestin yang sakit di penjara Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa pilihan menyeru sekatan ke atas gerakan pendatang Yahudi

Rabu, 10/04/2013 – Jawatankuasa pilihan dan gerakan serta kumpulan belia menyeru pada Ahad agar menutup jalan-jalan utama di Tebing Barat dan menganjurkan perarakan menyokong para tahanan pada Isnin.

Sumber tempatan berkata sejumlah ahli jawatankuasa pilihan dan gerakan ingin melaksanakan perarakan di jalan-jalan utama dan memintas jalan di al-Khalil untuk menghalang pendatang Yahudi dari bergerak bebas di tanah Palestin.

Langkah ini merupakan sebahagian usaha yang dilaksanakan untuk menyokong para tahanan dan juga untuk mengutuk peristiwa kematian tahanan Maysara Abu Hamda dan kemerosotan keadaan kesihatan tahanan Issawi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi Anak Gaza Kunjungi AS untuk Jelaskan Penderitaan Tawanan

Rabu, 10/04/2013 – Sejumlah bekas tawanan yang telah bebas dari penjara Zionis, wakil pertubuhan dan keluarga tawanan, Ahad (7/4), mengadakan pertemuan dengan 30 anak yang dipilih melalui ujian khusus dari 250 anak yang menjadi ketua di sekolah-sekolah mereka sebelum mereka bertolak ke program pendidikan Hak Asasi Manusia (HAM) dan membela hak-hak Palestin, untuk memperkenalkannya kepada dunia dan khususnya di Amerika.

Penasihat khusus pengarah operasi Pertubuhan HAM, Dr. Iyad Nashar, menegaskan bahawa pemergian anak-anak tersebut dilakukan dalam dua tahap. Pertama dari 9 sehingga 22 April yang akan dikhususkan untuk anak-anak perempuan dan yang kedua pada 23 April hingga 4 Mei untuk anak-anak lelaki. Dalam kunjungan tersebut mereka akan bertemu dengan badan-badan, tokoh-tokoh dan organisasi-organisasi HAM dan antarabangsa.

Sementara itu ketua program pendidikan, Mahmud Hamdhiyat, menegaskan antara misi delegasi ialah isu keadilan orang-orang Palestin dan menilai bahawa Gaza adalah penjara besar dan harus dibebaskan sekatan atasnya. Anak Palestin memiliki otak yang cerdik meskipun badannya kurus, mereka memiliki misi yang jelas dan kuat. Di antara misi penting yang akan dibawa delegasi adalah isu tawanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tanah Palestin yang dirampas untuk penempatan meningkat sebanyak 182% dalam tempoh dua dekad

Rabu, 10/04/2013 – Data yang diterbitkan oleh institut penyelidikan Palestin khusus dalam pemantauan aktiviti penempatan di Tebing Barat mendedahkan bahawa tanah Palestin yang dirampas telah meningkat sebanyak 182 peratus dalam tempoh dua dekad yang lalu.

Institut Penyelidikan Gunaan Jerusalem (ARIJ) dalam satu laporan berkata kawasan yang dirampas oleh penempatan Israel telah meningkat daripada 69 km ² pada tahun 1990, kepada 194,7 km ² pada tahun 2012.

Bilangan peneroka Israel pula bertambah dari 240,000 orang pada tahun 1990 kepada lebih daripada 693,000 orang pada tahun 2012, – peningkatan sebanyak 189%, tambah ARIJ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz