Rabu, 12-02-2020 – Pihak berkuasa rejim zionis (IOA) pada Ahad mengarahkan satu keluarga Palestin di kejiranan Jabal al-Mukabber di Baitulmuqaddis agar memusnahkan rumah mereka.
Sumber tempatan
menyatakan yang IOA mengarahkan keluarga al-Dibs agar memusnahkan rumah mereka
atas dakwaan ia tidak berlesen. Ataupun IOA akan memusnahkan rumah mereka
tetapi mereka perlu membayar sejumlah denda yang banyak.
Rumah itu yang dibina empat tahun lalu dihuni satu keluarga yang terdiri daripada lima orang.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Rabu, 12-02-2020 – Tentera rejim Israel menahan seorang warga Palestin dari bandar Isawiya, utara Kota Baitulmaqdis.
Saksi berkata bahawa tentera rejim mengeledah kawasan perumahan Obeid di bandar Isawiya dan menahan Mohammed Tutanji.
Tentera rejim ketika ini meningkatkan tindakan geledah dan operasi tangkap di wilayah Baitulmaqdis dan Tebing Barat susulan serangan penduduk Palestin selepas pengumuman “deal of the century.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 12-02-2020 – Ketua biro politik gerakan pejuang Islam Hamas, Ismail Haniyeh mengatakan, tahahan tidak adil terhadap Sheikh Raed Salah, ketua gerakan Islam di wilayah jajahan 48 merupakan bahagian daripada implementasi kesepakatan abad ini atau Deal of Century di Al-Quds untuk menghalang sokongan terhadap hak Islam dan identiti Arab di Al-Quds. Ia juga merupakan penolakan kejahatan Zionis yang dikumandangkan sejumlah pihak secara halus dan hampir tidak kedengaran.
Dalam satu kenyataan akhbar, Haneya mengecam keputusan mahkamah Zionis terhadap Sheikh Raed Salah yang sudah ditahan selama 28 bulan sejak dakwaan beliau menghasut tindakan terorisme.
Haniyeh mengatakan, “Kami menerima maklumat ini pada Isnin (10/2), kami marah, mahkamah Zionis telah mengeluarkan hukuman penjara selama 28 bulan kepada Sholah sebagai lanjutan dari penangkapan dan pengusiran yang terus menerus dilakukan di Masjid Al-Aqsa yang diberkati.
Haniyeh menegaskan solidaritisnya terhadap Sheikh Raed Salah dan keluarga besarnya serta mereka yang berada di wilayah jajahan 48.
Beliau menyeru gerakan solidariti terhadap Sheikh Raed Salah dan Masjid Al-Aqsa terus digalakan. Pihaknya menolak semua langkah konspirasi dan kejahatan terhadap rakyat Palestin dan hak-hak mereka yang telah dicabut.
Haniyeh menekankan bahawa keputusan penjara tersebut akan meningkatkan tekad rakyat, menjadi pemangkin untuk melakukan segala cara bagi menggagalkan kesepakatan konspirasi tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 12-02-2020 – Majlis perbandaran Israel di Baitulmaqdis Terjajah telah memaksa sebuah keluarga Palestin menjadi gelandangan selepas memaksa mereka merobohkan rumah mereka sendiri di kawasan kejiranan Jabel Mukaber, di Tenggara kota suci.
Keluarga Al-Dabs berkata mereka telah melaksanakan perintah mahkamah
Israel untuk membakar rumah mereka dalam tempoh masa 12 hari, sambil menambah
bahawa mereka terpaksa mematuhi perintah tersebut untuk mengelak daripada terpaksa membayar perbelanjaan
perobohan kepada pihak berkuasa rejim Zionis.
Keluarga berkenaan telah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan lesen
untuk rumah mereka dan telah menanggung segala perbelanjaan undang-undang serta
terpaksa membayar penalti sebanyak 45,000 shekel kerana membina tanpa lesen.
Pihak berkuasa Zionis mendakwa rumah itu dibina secara haram di tanah
yang dirampas oleh kerajaan, walaupun keluarga berkenaan mempunyai dokumen sah membuktikan
pemilikan tanah tersebut.
Rumah berkenaan, yang dibina empat tahun lalu, didiami oleh lima individu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 11-02-2020 – Menteri Perang Israel, Naftali Bennett mengarahkan supaya keluaran hasil pertanian penduduk Palestin disekat dari dibawa ke Jordan, Tebing Barat merupakan satu-satunya laluan terus ke pasaran luar.
Akhbar Haaretz memetik Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah Jajahan sebagai berkata bahawa mulai 9hb. Februari, 2020semua hasil pertanian penduduk Palestin tidak dibenarkan di ekspot ke pasaran luar melalui Jordan.
Langkah itu sebagai satu bentuk sekatan yang diambil pihak rejim ke atas Palestin ekoran tindakan pihak Palestin mengurangkan impot anak lembu dari Israel. Minggu lepas, pihak rejim telah membuat keputusan menghentikan impot hasil pertanian dari Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 11-02-2020 – Pada Sabtu, Facebook memadamkan laman alternatif Pusat Maklumat Palestin (PIC) setelah memadamkan laman rasmi yang mempunyai 5 juta pengikut dan dua laman lain pada Disember sebagai salah satu langkah menghalang kandungan berkaitan Palestin di media sosial.
Pentadbiran
PIC berkata yang pemadaman laman itu dilakukan tanpa makluman awal atau amaran
sedangkan kandungannya mematuhi peraturan Facebook.
PIC menyeru Facebook agar menarik balik keputusannya dan menghentikan tindakan menghalang sebarang kandungan tentang Palestin di rangkaian antarabangsa. PIC turut menyatakan yang langkah-langkah sewajarnya telah diambil untuk mengembalikan laman itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa, 11-02-2020 – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed, berkata perjanjian damai Israel-Palestin yang diumumkan oleh presiden Amerika Syarikat Donald Trump adalah “tidak dapat diterima” dan “amat tidak adil”.
“Rancangan itu, yang digelar “Perjanjian Abad Ini”oleh
Trump, menyerahkan bulat-bulat bandar suci Baitulmaqdis kepada Israel dengan
tidak menghiraukan perasaan berjuta-juta umat Islam dan Kristian di seluruh
dunia,” kata Mahathir dalam ucapannya di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
“Perjanjian ini hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di
rantau ini, dan akan menimbulkan ketidakpuasan hati berbilion-bilion orang di
seluruh dunia,” kata Mahathir pada persidangan ketiga Liga Parlimen
al-Quds.
Trump mendedahkan cadangannya di majlis Rumah Putih pada bulan lepas
bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pegawai-pegawai Palestin
tidak dirunding mengenai cadangan itu.
Pendekatan Rumah Putih yang membawa kepada rancangan itu telah lama dikritik di peringkat antarabangsa kerana menyediakan Israel dengan kemenangan segera sambil mengorbankan hak Palestin dan aspirasi mereka untuk negara Palestin yang bebas dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 11-02-2020 – Kereta kebal Israel pada malam Sabtu mengebom dua tapak Palestin di utara Semenanjung Gaza yang dikepung.
Wartawan PIC mengatakan bahawa kereta kebal
Israel yang ditempatkan di pagar sempadan di timur Gaza menembak beberapa
peluru berpandu di dua lokasi di kawasan utara Jalur Gaza namun tiada kecederaan
dilaporkan.
Tentera regim zionis Israel mendakwa bahawa sebelum ini serangan peluru ditembak dari Jalur Gaza ke arah penempatan jiran Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 11-02-2020 – Pesawat tempur dan tank Israel menggempur sejumlah kawasan berbeza di Gaza, Isnin pagi (10/2).
Menurut wartawan kami, sejumlah pesawat Israel melancarkan serangan ke pelabuhan baru di Khanyunis barat menggunakan 3 buah roket. Ia menimbulkan bunyi ledakan kuat dan terdengar di seluruh bandar.
Pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke kawasan latihan milik pejuang Palestin di Der Balah barat. Mereka menggunakan dua buah roket secara berturut-turut sebelum kemudiannya disusuli dengan serangan seterusnya.
Sementara itu di Gaza utara, pasukan Israel menembak kawasan latihan milik pejuang dengan menggunakan tank tempur ke Jabalia timur.
Pihak wartawan kami menjelaskan, tiada yang terkorban mahupun cedera akibat serangan tersebut.
Pada petang Ahad, pasukan Israel memaklumkan bahawa sebuah roket ditembak dari Gaza dan jatuh di salah satu penempatan Zionis di sekitar Gaza.
Sejak 2006 Gaza disekat Israel dan ia menimbulkan krisis kemanusiaan di segenap sektor kehidupan. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghapus sekatan namun belum belum mencapai kejayaan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 10-02-2020 – Rejim zionis Israel mengeluarkan arahan menahan tanpa bicara dua pemuda asal Baitulmaqdis.
Menurut pihak Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, perintah penjara itu dikeluarkan ke atas Malek Wajeeh Baseet, 20 tahun dan Moatasem Khalil Baseet, 24 tahun.
Polis rejim telah menahan pemuda tersebut tanpa sebab dan tidak mengikut proses undang-undang serta mendakwa bahawa penahanan itu sebagai satu langkah berjaga-jaga.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 10-02-2020 – Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Al-Quds berlaku beberapa peristiwa penting dan sangat cepat dalam beberapa waktu terakhir. 3 syuhada gugur syahid, sementara puluhan lainya cedera dalam sejumlah konfrontasi dan pertempuran antara para pemuda dan pasukan Zionis memfokus penduduk awam sebagai sasaran serangan.
14 orang tentera Zionis tercedera ketika mereka menyerbu kota Al-Quds subuh Khamis (6/2). Menurut media Ibrani, sekurang-kurangnya 14 tentera Israel tercedera dalam operasi tahap dua di Al-Quds terjajah.
Saluran 13 televisyen Israel berbahasa Ibrani menyatakan, ambulans tentera membawa 14 orang yang tercedera dari tempat kejadian. Ia menambah, salah seorang yang cedera dalam keadaan kritikal.
Sementara itu saluran televisyen rasmi Israel Kan melaporkan bahawa seorang pemandu kereta melanggar salah seorang tentara Zionis di Al-Quds jajahan.
Saluran televisyen tersebut turut melaporkan dua warga Palestin cuba menikam anggota pasukan Israel di kompleks komersial di kota Hadera dengan pisau lipat milik keduanya.
Dia mengatakan, pihaknya sedang melakukan penyelidikan awal tahap pertama untuk membuktikan niat mereka yang akan melakukan serangan penikaman di kompleks tersebut. Kedua-duanya sudah ditahan oleh pasukan Shin Bet untuk soalsiasat.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 07-02-2020 – Pesawat perang Israel pada subuh Rabu membom pos pejuang Palestin yang dimiliki oleh Briged al-Qassam di kota Khan Yunis city, selatan Semenanjung Gaza.
Seorang wartawan
Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata yang drone Israel melepaskan peluru ke arah
pos pejuang Briged al-Qassam di barat Khan Yunis.
Tidak lama kemudiannya, empat lagi peluru berpandu ke kawasan yang sama, mengakibatkan letupan besar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 07-02-2020 – Tentera laut rejim Israel bertindak melancarkan serangan mesin gun ke arah bot nelayan Palestin yang menangkap ikan di pantai bahagian utara Semenanjung Gaza.
Saksi melaporkan bahawa bot rejim yang dilengkapi senjata api mengejar dan melepaskan tembakkan ke arah bot nelayan di perairan utara Gaza serta memaksa mereka kembali ke darat.
Berikutan serangan tentera laut rejim itu, tiga nelayan warga Palestin cedera dan bot mereka rosak teruk.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 07-02-2020 – Penduduk haram Israel dari penempatan Karnei Shomron pada hari Rabu meratakan tanah Palestin di kampung Jinsafut di wilayah Qalqilya untuk membina unit perumahan baru.
Para petani Palestin di Jinsafut mengatakan bahawa mereka telah kehilangan tanah yang paling subur kepada pengembangan penempatan haram Israel yang menyaksikan peningkatan yang tidak pernah berlaku di kawasan itu.
Penempatan haram Karnei Shomron didirikan pada tahun 1978 atas tanah Palestin yang secara haram dirampas di desa-desa Kafr Laqif, Jinsafut dan Deir Istiya di wilayah Qalqilya Barat Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen