Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis tahan wartawan Palestin

Selasa, 12/07/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan wartawan Palestin, Mohammed Basharat dari rumahnya di kampung Tamun, wilayah Tobas Ahad lalu , beritahu sumber di kampung itu kepada wartawan PIC.

Mereka berkata askar IOF memasuki ke dalam rumah Basharat dan menggeledah di dalamnya sebelum membawanya keluar. Basharat, 25, diculik lebih daripada sekali di tangan pihak berkuasa keselamatan Ramallah dan pernah teruk diseksa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu kawasan Issawiya, serang pemuda-pemuda dengan kejam

Selasa, 12/07/2011 – Beberapa orang pemuda Palestin dari kawasan Issawiya yang terletak di Baitulmaqdis yang dijajah, mengalami kecederaan yang serius malam tadi selepas sepasukan tentera rejim Zionis (IOF) secara tiba-tiba menyerbu kawasan penempatan mereka serta melepaskan tembakan ke arah mereka.

Menurut saksi-saksi kejadian, seorang mangsa yang dikenali sebagai Ahmed Al-Masri cedera teruk di lehernya ketika dia berada berdekatan dengan tempat kerjanya. Sementara itu, beberapa orang anggota rejim Zionis yang tidak berpakaian tentera mengepung 3 orang pemuda Palestin ketika pertempuran meletus sebaik sahaja pasukan-pasukan IOF menceroboh Issawiya.

Menurut saksi-saksi, dalam tindakan drastik bagi mempertahankan diri, pemuda-pemuda Palestin terbabit telah membaling batu dan bom buatan sendiri ke arah pasukan IOF yang terus-meanerus menembak peluru getah, gas pemedih mata serta bom tangan ke arah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Laporan: jumlah penculikan kanak-kanak meningkat tahun ini

Sabtu, 09/07/2011 – Persatuan Ansar Al-Asra memaklumkan ia telah merekodkan penahanan 1,552 rakyat Palestin pada 6 bulan pertama tahun ini. Jumlah itu termasuk 215 kanak-kanak. Menurut laporan yang dikeluarkan pada Khamis, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah penculikan kanak-kanak tahun ini di mana jumlahnya mencapai 350 kanak-kanak.

19 ahli Parlimen dari gerakan Hamas juga merupakan tahanan yang diculik pada tahun ini. Persatuan itu merayu kepada komuniti antarabangsa agar masuk campur untuk menghalang perlanggaran Israel terhadap hak asasi manusia di kawasan jajahan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Laporan HAM Tepis Klaim Israel Ringankan Blokade Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Jawatankuasa Hak Asasi Palestin menempelak kenyataan Zionis-Israel, bila mana Zionis menyatakan mereka telah memberi banyak kemudahan kepada rakyat Palestin yang melalui sekatan yang dikenakan oleh Zionis. Sekatan ini telah berjalan bertahun-tahun lamanya. Bekalan yang masuk ke Gaza telah disekat dan dilarang untuk masuk ke Gaza. Pelbagai barangan yang telah dilarang memasuki Gaza seperti makanan, bantuan perubatan, bahan binaan dan lain-lain.

Selain barangan, wartawan antarabangsa turut dihalang daripada membuat liputan keadaan di sekitar kawasan sekatan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Greek tahan kapal Perancis semasa mengisi bahan bakar

Sabtu, 09/07/2011 – Penganjur Freedom Flotilla II pada hari Khamis lalu memaklumkan bahawa kapal Perancis yang merupakan sebahagian daripada armada mereka telah ditahan di pelabuhan Crete atas perintah pihak berkuasa Greek.

Claude Aostic, jurucakap penganjur berkata kapal itu sedang mengisi bahan bakar apabila pengawal pantai Greek mengarahkan kapal tersebut ke pelabuhan lain dan ditahan atas “alasan pentadbiran”.

Kapal berukuran 19 meter panjang itu membawa 12 aktivis keamanan Perancis termasuk pemimpin berhaluan kiri dan Ahli Parlimen Eropah bagi pihak Green.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Timimi menghentikan mogok lapar selepas dibebaskan dari pengasingan

Sabtu, 09/07/2011 – Penjara Hasharon Israel telah memindahkan banduan Ahlam al-Tamimi yang diasingkan kepada kumpulan banduan Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian yang mengakhiri mogok lapar banduan tersebut.

Tamimi memberitahu peguamnya semasa lawatan bahawa beliau menghentikan mogok lapar selepas pentadbiran penjara bersetuju memenuhi permintaan beliau untuk mengatur lawatan khas dengan suaminya dan menghubungi keluarganya di Jordan.

Penjara Eshel telah memberitahu suaminya Nazar al-Tamimi selepas beliau juga mengisytiharkan mogok lapar dan mereka berjanji untuk membenarkan beliau melawat isterinya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Freedom Flotilla 2 menuju Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Konvoi Eropah untuk kepungan Gaza memberitahu bahawa kapal Sweden-Norway, salah satu Flotilla 2 berjaya mengatasi segala kehendak protokol Greece yang bertujuan untuk menghalang pelayaran kapal tersebut ke Gaza, yang berlaku selepas insiden sabotaj enjin kapal yang disyaki dilakukan oleh kumpulan luar Israel.

Konvoi itu, salah sebuah perintis projek Flotilla, berkata dalam kenyataan yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin berkata : ‘para jurutera dapat membaiki kerosakan kapal, selain turut melepasi syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak Greece untuk memberi kebenaran turut serta dalam konvoi Freedom Flotilla.” Kapal ini akan menyusul Kapal Dignity Perancis.

Kapal Sweden-Norway yang disertai aktivis keamanan termasuk setiausaha parlimen Sweden, memulakan perlayaran petang Rabu (6 Julai) dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain di sekeliling Greece sebagai persediaan sebelum menuju ke Gaza selepas upacara selamat tinggal oleh para menteri dan ahli parlimen Greece.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Konvoi bantuan perubatan tiba di Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Konvoi bantuan perubatan yang di bawa oleh Persatuan Doktor Arab telah selamat tiba di Gaza. Konvoi memasuki Gaza melalui sempadan Rafah. Sebanyak 24 jenis ubat-ubatan yang bernilai USD 290 000 telah diusahakan oleh persatuan itu. Setiausahanya, Ibrahim Za’farani menegaskan mereka komited untuk membantu keluarga mereka yang berada di Gaza.

Ketua persatuan penduduk Gaza, Muhammad Akluk amat berterima kasih ke atas bantuan yang disalurkan dan menjadi kewajipan masyarakat Arab khusunya untuk membantu rakyat di Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar tindakan Britain tunduk pada lobi Zionis

Sabtu, 09/07/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Britain kerana tidak menangkap penjenayah perang Amer Peretz, bekas menteri perang Israel, sebaliknya mengada-adakan alasan untuk menahan Sheikh Raed Salah, pemimpin gerakan Islam di tanah jajahan Palestin.

Dalam kenyataan pada Rabu, dinyatakan bahawa Peretz termasuk senarai dikehendaki sejak bertahun-tahun di mahkamah Britain dan Eropah atas kesalahan jenayah perang.

“Perlakuan kerajaan Britain itu menampakkan kecenderungannya terhadap Israel dan merupakan satu skandal moral yang melambangkan kepatuhan hasil tekanan lobi Zionis. Ia turut menggambarkan sikap berat sebelah dalam hal Palestin,” kata Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Penderitaan rakyat Palestin di lintasan Rafah masih belum dapat diselesaikan

Sabtu, 09/07/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata penderitaan rakyat Palestin di terminal sempadan Rafah masih wujud dan menyeru kepimpinan Mesir untuk menamatkannya.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat bersama pegawai-pegawai keselamatan di sempadan bandar Rafah, Haneyya meminta kerajaan Mesir meringankan penderitaan tersebut dan menghapuskan halangan yang menyekat perjalanan lancar para penumpang.

Beliau berkata halangan-halangan di lintasan itu disebabkan oleh pihak Mesir, sambil menambah pihak Palestin bersedia untuk memudahkan perjalanan 1000 penumpang setiap hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Banduan Wanita Mogok Lapar Selepas Dikurung Berasingan

Khamis, 07/07/2011 – Banduan wanita Palestin Ahlam al-Tamimi berkata beliau bercadang meneruskan mogok lapar itu sehingga tuntutan beliau dipenuhi, selepas pentadbiran penjara Hasharon itu mengurung beliau secara berasingan apabila beliau enggan tunduk kepada arahan untuk menanggalkan pakaian beliau.

Beliau berkata dalam surat yang dia bocor kepada peguamnya ketika melawat beliau pada 3 Jun dan diterbitkan oleh laman web Woledna Ahrar (Lahir Bebas) yang semangat beliau adalah tinggi.

Tamimi juga memberi sorotan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pengasingan beliau pada 29 Jun. Beliau berkata beliau dipanggil untuk melawat seorang peguam dan pegawai meminta untuk menanggalkan pakaiannya untuk tujuan menggeledah beliau. Tetapi dia enggan berbuat demikian dan mengisytiharkan bahawa dia tidak lagi mahu melihat peguam. Dia kemudian dipukul oleh seorang pegawai dan dua lagi pengawal penjara wanita. Pengawal itu kemudian menggari dan menanggalkan pakaian beliau sehingga telanjang dan melakukan penggeledahan terhadap diri beliau.

“Apabila saya keluar untuk peguam saya, saya membawa tidak lebih daripada pen dan nota kecil untuk menulis nota semasa lawatan peguam,” katanya.

Beliau menambah, selepas pengawal gagal untuk mencari apa-apa, mereka meletakkan beliau dalam pengasingan, dan dia segera mengisytiharkan bahawa beliau akan meneruskan mogok lapar. Pada hari itu, beliau dibicarakan dalam tribunal tentera di dalam penjara dan dijatuhi hukuman tujuh hari secara berasingan. Hakim mendakwa beliau mempunyai kertas dan mahu melihatnya.

Beliau mensyaki bahawa pengalaman keseluruhan adalah dirancang oleh pentadbiran penjara. Beberapa bulan lalu, sel beliau telah diserbu untuk mencari telefon bimbit dan beberapa kertas dan surat-surat dirampas dalam masa yang sama.

Sejak serangan bermula, Tamimi telah menjalani pemeriksaan harian oleh warden penjara dalam masa yang sama beliau telah kehilangan berat badan yang ketara dan mempunyai tekanan darah rendah. Beliau telah dimaklumkan bahawa jika beliau berhenti mogok lapar beliau akan dipindahklan ke pengasingan di penjara lain.

Beliau telah menuntut bahawa beliau dibenarkan dilawat oleh suaminya yang juga dipenjarakan dan dibenarkan untuk bercakap dengan keluarganya di Jordan selepas dia sudah menerima kebenaran untuk berbuat demikian oleh mahkamah.

Tamimi, 31, dari Ramallah telah dikenakan 16 kali penjara seumur hidup pada tahun 2001.

Bekas banduan Ghufran Zamil dalam satu kenyataan pada hari Isnin mengesahkan bahawa Tamimi diletakkan secara berasingan dengan penjenayah penjara dan telah memasuki satu mogok lapar selepas enggan menanggalkan pakaiana dan keadaan kesihatan beliau semakin memburuk sejak dia mula berpuasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mesir tolak permintaan Amerika untuk bebaskan perisik Zionis Israel

Khamis, 07/07/2011 –Tentera Mesir menolak permintaan Amerika untuk membebaskan salah seorang perisik Zionis-Israel yang kini berada dalam tahanan. Ilan Gavriel ditahan oleh tentera Mesir ketika berlakunya revolusi rakyat Mesir. Illan didakwa menimbulkan suasana tegang, menghasut dan melakukan provokasi terhadap rakyat mesir. Setakat ini, pihak tertinggi tentera Mesir masih belum respon terhadap permintaan itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Persediaan dibuat untuk menerima para syuhada dari Perkuburan Nombor Israel

Khamis, 07/07/2011 – Palestin bersedia sepenuhnya untuk menerima 84 orang para syuhada yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Nombor Israel yang dirahsiakan, menurut pengumumam kempen kebangsaan untuk mengambil mayat syahid.

Rundingan dengan Israel telah membawa kepada perjanjian awal mengeluarkan 84 daripada 334 rakyat Palestin yang ditanam di empat kawasan perkuburan rahsia yang dikenali sebagai Perkuburan Nombor, kata penyelaras kempen, Salim Khulla kepada Pusat Maklumat Palestin.

Persediaan termasuk majlis kebangsaan dan pembentukan lembaga perubatan yang akan memeriksa tubuh dan memastikan identiti jenazah sebelum menyerahkan kepada keluarga terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mishaal bincang isu perpaduan dengan Menteri Luar Mesir

Khamis, 07/07/2011 – Menteri Luar Mesir, Mohammed al-Orabi telah berkomunikasi dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal berhubung perkembangan terbaru Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Minha Bakhum memaklumkan bahawa Mishaal telah menghubungi Orabi melalui telefon untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan terbarunya serta berterima kasih kepada Kaherah kerana memainkan peranan penting ke arah perpaduan dalaman Palestin.

Mishaal memaklumkan secara ringkas kepada Orabi tentang penubuhan kerajaan campuran Palestin dan memberitahu bahawa beliau akan melawat Kaherah tidak lama lagi untuk membincangkan lebih lanjut tentang isu perpaduan dalam Palestin dengan Orabi, kata Bakhum.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ratusan aktivis asing menyokong rakyat Palestin di wilayah yang dirampas

Selasa, 05/07/2011 – Beratus-ratus aktivis dari Amerika Syarikat dan Eropah dijadualkan tiba di wilayah yang diduduki Palestin pada hari Jumaat untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk dasar-dasar Israel yang dikenakan ke atas mereka.

Sebanyak 650 orang menjadi aktivis pro-Palestin adalah berikutan aktiviti kesedaran yang meliputi isu-isu berkaitan tembok pemisah dan pembersihan etnik. Pada 8 July ini di lapangan terbang LOD. Dalam aktivii ini juga juga mereka akan membongkar perbuatan kejam Israel terhadap aktivis pro-Palestin antarabangsa, termasuk pengusiran dan sekatan perjalanan ke wilayah-wilayah.

Lawatan itu telah dipanggil oleh 40 organisasi Palestin, Jawatankuasa Penentangan Popular dan puak buruh negara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada