Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara ke atas kanak-kanak, juga mengenakan tahanan rumah ke atas seorang doktor

Isnin ,04-03-2013 – Mahkamah Israel Ofer menjatuhkkan hukuman penjara selama 19 bulan ke atas seorang kanak-kanak Palestin dari kawasan perkampungan Souriff, daerah Al-Khalil.

Israel menahan kanak-kanak tersebut, Mahmoud Ghunaimat, bersama sekumpulan kanan-kanak lain dari perkampungan yang sama yang berumur dari 14 hungga ke 18 tahun, 3 bulan lalu dan menjatuhkan hukuman penjara dari enam hingga ke lapan belas bulan bersama denda.

Sementara itu, majistret mahkamah di Jerusalem, telah membebaskan Dr.Amani Ode, 26, atas jaminan dan syarat agar beliau harus sentiasa berada di kawasan kediaman beliau selama 10 hari. Pihak pendakwa Israel mendakwa beliau atas alasan hasutan dan penyebaran risalah yang berbaur hasutan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Zionis Tangkap 382 Penduduk Sepanjang Februari, Termasuk 10 Wanita

Isnin ,04-03-2013 – Data perangkaan Palestin menunjukan, Sepanjang bulan Februari lalu, tentara Zionis telah menangkap 382 warga Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Beradasarkan data dari pusat kajian tawanan dan Hak Asasi Manusia Palestin, Khamis (28/2) menunjukan, ke semua tawanan yang ditangkap bulan Februari ini, enam orang dari Semenanjung Gaza, selebihnya merupakan warga Tebing Barat. Sepuluh diantaranya adalah wanita yang sudah dibebaskan sebelumnya.

Sementara itu pihak Nablus mengeluarkan daftar warga yang ditangkap tentera Zionis. Seramai 38 penduduk ditangkap di beberapa pintu masuk yang begitu banyak di Tebing Barat. Ia mengakibatkan penduduk terpaksa menempuh terlalu banyak pemeriksaan saban hari. Penangkapan juga terjadi di Bethanun ketika penduduk hendak ke hospital.Tiga penangkapan berlaku di pintu masuk Karomah, diantaranya seorang pelukis karikatur Palestin Muhammad Sabanginah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Bedah siasat membuktikan Jaradat meninggal akhibat penderaan teruk.

Jumaat, 01/03/2013 – Laporan autopsi yang dijalankan pada Ahad ke atas jenazah tahanan Jaradat membuktikan bahawa beliau didera dengan teruk dan bukan meninggal akibat serangan jantung seperti yang didakwa pihak rejim Israel. Laporan itu mengesahkan Arafat mengalami kecederaan dalam tempoh tahanan dan soal-siasat.

Doktor Palestin yang terlibat di dalam autopsi ke atas jenazah Arafat yang dijalankan di Institut Abu Kabir Israel mengatakan laporan menunjukkan kesan cedera dan tanda-tanda penderaan pada bahagian belakang syahid tersebut, termasuk kesan penderaan pada dada dan kecederaan ketara pada leher dan bahu. Laporan tersebut menekankan bahawa autopsi menunjukkan keadaan jantung syahid adalah normal dan tiada tanda serangan jantung seperti yang didakwa rejim setelah kematiannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pemerintah Haniyah: Kami Tak Akan Biarkan Sesiapapun Ganggu Keamanan Mesir

Jumaat, 01/03/2013 – Pemerintah Palestin di Semenanjung Gaza yang dipimpin PM Ismail Haniyah menegaskan bahawa perbatasan Semenanjung Gaza terjamin “aman”. “Keamanan Mesir adalah sebahagian dari keamanan nasional Palestin dan sempadan Semenanjung Gaza merupakan garis merah yang tiada sesiapapun boleh menyentuhnya.”

Kementerian Dalam Negeri dan Keamanan Nasional di Semenanjung Gaza dalam pernyataan Isnin (25/2) mengatakan pihaknya mengambil perhatian serius terhadap pernyataan sejumlah pegawai kerajaan Mesir berkait apa yang terjadi di kawasan terowong di perbatasan Semenanjung Gaza dan berulangnya pernyataan mereka untuk menutup terowong-terowong secara keseluruhannya, yang disertai dengan pernyataan dari kerja lapangan pasukan keamanan Mesir.

Ia berlaku ketika tiada perubahan realiti sekatan yang dilakukan terhadap Semenanjung Gaza sejak lebih dari 6 tahun dan penjajah Zionis hanya mengizinkan masuk barangan keperluan melalui pintu masuk apa yang dibenarkan sahaja, ia sama sekali tidak memenuhi keperluan minima Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kemerosotan mendadak keadaan kesihatan pemogok lapar

Jumaat, 01/03/2013 – Keadaan kesihatan pemogok lapar Tarek Qadan dan Jafar Ezzuddin telah merosot secara tiba-tiba dan kedua-dua mereka telah dikejarkan ke hospital Assaf Harofeh hospital pada hari Ahad.

Peguam Jawad Bulous, ketua seksyen undang-undang banduan Palestin, berkata pada hari Isnin bahawa doktor menyelia keadaan kedua-dua penyerang kelaparan telah menyatakan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan mereka selepas tiga bulan mogok lapar.

Beliau berkata bahawa doktor bimbang tentang keadaan Ezzuddin yang kehilangan 27 kilogram berat badannya. Beliau mempunyai berat hanya 47 kilogram sekarang, Bulous berkata, sambil menambah bahawa Ezzuddin menahan dirinya daripada air minuman untuk beberapa hari sebelum dia bersetuju untuk kembali ke minum air dengan beberapa vitamin dan gula, yang tidak dianggap makanan dalam norma-norma antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi memperbaharui penahanan pentadbiran bagi tawanan Qa’adan dan Ezzedine

Selasa ,26-02-2013 – Pihak berkuasa Regim Zionis memperbaharui penahanan pentadbiran tawanan Jafar Ezzedine dan Qa’dan Tarek dari bandar Jenin di Barat utara Bank, yang telah melancarkan mogok lapar bagi bulan ketiga.

Mohammed, saudara-banduan Jafar Ezzedine, menunjuk keluar bahawa pihak berkuasa Regim Zionis telah memaklumkan peguam saudaranya bahawa perkhidmatan perisikan Israel telah mengeluarkan satu keputusan baru untuk melanjutkan penahanan pentadbiran Jaafar dan Tarek untuk 3 bulan tambahan, dan mahkamah Ofer akan mengadakan pendengaran minggu ini untuk meluluskan hukuman baru.
Mohammed Ezzedine berkata bahawa abangnya telah dijadualkan akan dilepaskan pada Khamis lepas selepas selesai hukumannya, menunjukkan bahawa “pihak berkuasa pendatang Yahudi tidak mengambil kira keadaan kesihatan dua banduan yang telah melancarkan mogok lapar bagi bulan ketiga. ”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keluarga Jaradat sahkan terdapat kesan cedera dan darah pada badan jenazah Arafat

Selasa ,26-02-2013 – Sumber daripada keluarga syahid Arafat Jaradat dari bandar Sa’ir di timur laut Al-Khalil, mengesahkan terdapat kesan cedera dan darah pada pelbagai bahagian badan saudaranya akibat dipukul dan didera ketika sesi soal siasat. Ternyata, Arafat telah terbunuh dalam penderaan.

Sumber turut memberitahu wartawan PIC bahawa Mohammed, saudara Arafat memberitahu ahli keluarga mereka bahawa kesan cedera dan darah yang terdapat pada badan Arafat bertentangan dengan dakwaan rejim yang mengatakan saudaranya meninggal akibat serangan sakit jantung.

Organisasi hak asasi manusia dan keluarga syahid menuntut pembentukan suruhanjaya penyiasatan untuk mendedahkan keadaan sebenar tentang pembunuhan Jaradat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kecuaian dalam rawatan boleh mengakibatkan kematian Mouqda seorang tahanan

Isnin, 25/02/2013 – Tahanan yang sakit, Mansour Mohammed Mouqda, yang dihukum penjara seumur hidup berkata bahawa seorang doktor di hospital penjara Ramla melakukan kesalahan yang boleh membawa maut ke atasnya.

Doktor tersebut tidak merekodkan di dalam fail perubatannya bahawa “satu peluru masih berada di dalam tulang belakangnya”, yang berisiko jika tapisan magnetik dijalankan.

Tahanan tersebut mengesahkan pada peguam PPS bahawa doktor hospital Assaf Harofe itu enggan melaksanakan ujian magnetik ke atasnya pada saat saat akhir kerana bimbangkan akibat buruk yang bakal timbul.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penahanan MP Fathi Al-Qarawi berlanjutan selama tiga bulan.

Isnin, 25/02/2013 – Pusat kajian tahanan dan hak asasi manusia (Ahrar) berkata mahkamah Israel telah melanjutkan penahanan ke atas MP Fathi Al-Qarawi selama tiga bulan.

Fuad Al-Khafsh, pengarah pusat, berkata bahawa keputusan untuk mengekalkan Qarawi, 55, selama tiga bulan dalam tahanan tanpa bicara atau dibebaskan adalah melanggar hak Ahli Parlimen dan cubaan untuk menghalang mereka daripada menjalankan tugas .

Beliau berkata Qarawi, dari kampung Shams Nur di Tulkarem, telah dipenjarakan oelh penjajah Israel selama lebih sepuluh tahun termasuk tiga yang lain dalam tahanan .

Qarawi mengalami sakit belakang dan Hiperlipidemia. Beliau diadakan di penjara Megiddo bersama-sama dengan anaknya, Hamza yang telah dipenjara sejak 15/11/2011 dan tidak dibicarakan setakat ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Turki mengkaji surat dari tahanan Palestin.

Isnin, 25/02/2013 – Sekumpulan tahanan Palestin di beberapa penjara Israel telah mengutus sepucuk surat kepada Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, menggesa mereka bertindak untuk menyelamatkan tahanan-tahanan yang sedang melakukan mogok lapar.

Surat tersebut diterima selepas kedutaan Turki di Ramallah menghubungi wartawan kepada agensi berita Anatolia, bertanyakan perincian mengenai permintaan-permintaan dari tahanan, sebagai balasan kepada panggilan tahanan tersebut kepada Turki dan Egypt untuk menyelamatkan nyawa mereka sebelum terlewat.

Tahanan-tahanan ini di dalam surat mereka juga menyatakan rasa puas hati mereka atas perhatian formal yang diberikan dari pihak Turki terhadap isu Palentin secara umumnya dan isu tahanan palestin secara khususnya. Ini mengingatkan kembali sejarah Sultan Abdul Hamid dari Turki yang menolak untuk melepaskan Palestin kepada Zionist.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Konvoi Delegasi Dakwah Mesir Tiba Di Gaza

Isnin, 25/02/2013 – Konvoi delegasi pendakwah dari Mesir telah tiba di Gaza dalam usaha menghentikan sekatan di Gaza. Konvoi seramai 200 peserta mewakili beberapa pertubuhan antaranya Lembaga Ulama Ahlussunnah, Ikatan Ulama Antarabangsa dan lain-lain. Dr. Solah Sulthan ketua konvoi itu menyatakan tujuan konvoi ini adalah menyatakan kebersamaan masyarakat bersama perjuang rakyat Palestin dan mengakhiri sekatan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Tahan Dua Remaja Baitulmaqdis Bawah Umur

Isnin, 25/02/2013 – Tentera Israel menyerbu bandar Silwan, dekat selatan wilayah diduduki Baitulmaqdis, pada pagi Khamis dan menahan dua orang remaja lelaki rakyat Palestin yang masih dibawah umur.

Pusat maklumat Wadi Hilwa melaporkan bahawa tentera tersebut telah menahan Lyad Ruwaidi, 17 tahun daripada kediaman keluarganya pada jam 5 pagi hari ini. Sumber juga memberitahu, ibu remaja tersebut telah dipanggil untuk disoal-siasat di pusat tahanan Maskobeh di mana anaknya ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Ahrar Ingatkan Bahaya Persefahaman Politik Antara Otoriti Palestin dan Netanyahu

Isnin, 25/02/2013 – Gerakan Ahrar Palestin mengingatkan tentang bahaya apa yang disebut sebagai isolasi politik antara perdana menteri Zionis, Benyamin Netanyahu dan pihak Otoriti Palestin di Ramallah.

Gerakan Al-Ahrar dalam pernyataanya Khamis (21/2) mengatakan, persefahaman politik antara pihak Otoriti Palestin dan Netanyahu merupakan ancaman atas masa depan penyelesaian isu yang semakin muram.

Beliau menegaskan, kesepakatan dan perundingan serta solusi perdamaian adalah dua perkara yang tak mungkin bertemu. Beliau menyeru agar memberikan keutamaan bagi terlaksananya penyelesaian dan pelaksanaan dari agendanya secara detail.

Sebelumnya, Netanyahu mengisyaratkan pada pemerintah Otoriti Palestin bahawa pihaknya akan lebih lunak dengan tujuan memulakan kembali dialog, sebelum kunjungan presiden Amerika, Barack Obama dalam waktu terdekat ini. Beliau menganjurkan pertemuan untuk membentuk pemerintahan yang lebih luas lagi. Apatah lagi setelah kemenangan partinya, Likud dalam pilihanraya Zionis baru-baru ini dengan kemenangan 31 kerusi di parlimen Knesset.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Nelayan Palestin cedera akibat tembakan tentera laut Israel

Isnin, 25/02/2013 – Seorang nelayan Palestin cedera pada petang Khamis selepas sebuah kapal perang tentera laut Israel menembak bot nelayan di luar pantai utara Gaza.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa Ayman Kabaja, 34 tahun, telah ditembak dengan peluru dan dibawa ke hospital.
Tentera laut Israel terus mengejar nelayan Palestin dan bot mereka di luar Gaza walaupun perjanjian tenang dicapai dengan naungan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Musnah Ribuan Dunum Tanah Pertanian di Negev

Isnin, 25/02/2013 – Jentolak Israel telah memusnahkan beribu-ribu dunum tanah pertanian milik rakyat Palestin di perkampungan Wadi Naam di wilayah selatan Negev dalam tahun1948- Wilayah diduduki Palestin.

Berpuluh-puluh polis dan tentera zionis, berserta beberapa buah traktor menceroboh tanah pertanian di perkampungan Bedouin dekat Wadi Naam pada selasa dan mula memusnahkan tanaman beribu-ribu dunum tanah dengan tanaman gandum, milik penduduk kampung, kata ketua perkampungan tersebut.

Ketua tersebut memberitahu akhbar Quds bahawa pihak berkuasa tempatan mendakwa bahawa ia adalah tanah kerajaan yang disita dan beliau menyifatkan dakwaan tersebut adalah palsu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda