Categories
Berita Semasa

Persidangan Perintis Baitul Maqdis Tolak Normalisasi

Rabu, 11-11-2020 – Persidangan elektronik Perintis Baitul Maqdis berakhir pada hari Ahad lalu dengan pengisytiharan penolakan pemulihan hubungan dengan Israel, melancarkan pelbagai projek dan menekankan pentingnya Al-Quds dan Masjid suci Al-Aqsa dalam konflik yang sedang berlangsung di wilayah itu.

Persidangan telah diadakan selama dua hari, di bawah slogan “Al-Quds adalah kepercayaan … normalisasi adalah pengkhianatan”, atas undangan Gabungan Antarabangsa Menyokong Al-Quds dan Palestin.

Para peserta telah membincangkan beberapa topik dan memfokuskan pada peranan negara-negara Islam dalam menyokong keteguhan rakyat Palestin, menghentikan usaha untuk menghapuskan perjuangan Palestin, menghadapi “perjanjian abad ini” dan menentang normalisasi.

Para perwakilan mengesahkan dalam pernyataan terakhir mereka bahawa mereka menolak normalisasi dalam semua bentuk.

Para peserta turut mendesak agar penderitaan para tahanan Palestin di penjara Israel diberikan perhatian sewajarnya.

Mereka menjelaskan bahawa musuh Zionis sedang mengalami kemunduran yang signifikan serta perpecahan dalaman, yang memerlukan negara-negara Islam untuk membina visi strategik yang bersepadu, rancangan dan perpaduan yang kukuh untuk menghadapinya, serta menangani kezalimannya.

Mereka menegaskan bahawa Tebing Barat adalah bahagian yang penting yang tidak boleh dipisahkan dari tanah suci Palestin dan tidak boleh diserahkan. Tambah mereka, semua projek penempatan Israel dan penyelesaian pembubaran adalah ditolak.

Mereka menekankan bahawa pemilihan Presiden baru di Rumah Putih tidak akan membuat perbezaan besar di peringkat strategik dalam hal perjuangan Palestin. Tidak ada perbezaan antara presiden Demokrat dengan presiden Republikan kerana Amerika Syarikat sentiasa menyokong rejim Zionis, tambah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kejahatan Israel meningkat sepanjang Oktober

Rabu, 11-11-2020 – Data menunjukkan sepanjang Oktober lepas, pasukan zionis Israel telah melakukan 1854 kali pelanggaran terhadap hak-hak rakyat Palestine di tebing Barat dan al-Quds.

Laporan yang di keluarkan oleh media Hamas yang berpejabat di tebing Barat turut merekodkan 2 rakyat awam shahid manakala 154 yang lain luka akibat tembakan pasukan Israel. Seramai 384 yang lain telah di tahan. Tentera Israel turut melakukan pencerobohan dan memusnahkan 16 buah rumah penduduk dengan berbagai alasan.

Terdapat 28 kali serangan mensasarkan rumah ibadat dan tempat suci. Serbuan ke Masjid Al- Aqsa oleh sejumlah 1057 orang penduduk haram Yahudi, yang mana serbuan mereka di kawal ketat oleh pasukan tentera Zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Mahakmah Israel menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas wartawan Palestin.

Mahkamah Israel pada hari ahad lepas telah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas wartawan Palestin, Hamdallah Mardawi dari bandar Hableh, di selatan Qalqiya

Bapa Mardawi memaklumkan keputusan mahkamah dibuat selepas beberapa kali perbicaraan dijalankan ke atas beliau. 

Bapanya menjelaskan anaknya telah ditahan pada 23hb September di lintasan Allenby, di sempadan dengan Jordan setelah beliau kembali dari Malaysia selepas menerima pasca ijazah dalam bidang hubungan awam dan media.  

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel membunuh dengan kejam seorang pemuda Palestin di Pintu masuk Huwara

Selasa, 10-11-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari rabu lepas telah menembak mati seorang pemuda Palestin yang di katakan telah melepaskan tembakan ke arah rejim di pintu masuk Huwara di Selatan Nablus. 

Mangsa telah dikenalpasti sebagai Bilal Rawajba, 29 tahun bekerja sebagai pembantu undang undang dengan Pihak Berkuasa Palestin di Daerah Tubas.  Beliau tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan yang baru lahir di perkampungan Iraq Al-Tayeh di timur Nablus. 

Tentera rejim zionis yang muncul di dalam rakaman video yang diambil oleh warga Palestin, telah melepaskan beberapa das tembakan jarak dekat kepada mangsa yang berada di dalam kereta.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Dua nelayan Gaza cedera akibat tembakan Israel

Selasa, 10-11-2020 – Dua nelayan Palestin pada petang Sabtu mengalami kecederaan apabila tentera laut rejim zionis melepaskan tembakan kepada mereka di utara perairan Semenanjung Gaza.

Para nelayan tersebut adalah Mohamed al-Sultan, 26, dan adik lelakinya yang berusia 12-tahun, demikian menurut jawatankuasa nelayan.

Mereka cedera akibat ditembak apabila tentera laut rejim menyerang ketika mereka sedang menangkap ikan di pantai Beit Lahia utara Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya Desak Biden Perbetulkan Keputusan Tidak Adil Terhadap Palestin

Selasa, 10-11-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya pada hari Sabtu lalu telah meminta presiden dipilih Amerika Syarikat John Biden untuk memperbetulkan hala tuju politik yang tidak adil yang telah diambil oleh pentadbiran sebelumnya terhadap rakyat Palestin, terutama berkaitan dengan perjanjian abad ini.

“Dasar AS yang tidak adil telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai sekutu dalam ketidakadilan dan keganasan [Israel], merosakkan kestabilan wilayah dan dunia, dan melumpuhkan kemampuan AS untuk menjadi pemain utama dalam menyelesaikan konflik,” kata Haneyya dalam suatu kenyataan.

“Rakyat Palestin telah menderita sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan ketidakadilan pentadbiran Amerika yang menyokong rejim Zionis, tetapi presiden Trump dan pemerintahannya adalah yang paling melampau dalam sokongan kepada Zionis dengan mengorbankan hak nasional Palestin,” tegas ketua politik Hamas tersebut.

Beliau mendesak agar pemerintah yang telah terpilih menolak perjanjian abad ini oleh presiden Donald Trump dan membatalkan pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel serta keputusannya yang menyebabkan penempatan semula kedutaan AS ke kota suci.

Beliau juga menggesa agar keputusan Trump mengenai isu pelarian Palestin dan penggantungan sokongan kewangan AS untuk UNRWA turut dibatalkan.

Haneyya juga meminta pemerintahan AS yang baharu untuk menghormati kehendak rakyat Palestin, dan menghormati pilihan demokratik mereka serta perjuangan nasional mereka dan untuk tidak memaksa negara-negara serantau untuk memulihkan hubungan mereka dengan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan warga Palestin dari Jenin dan Baitulmaqdis.

Selasa, 10-11-2020 – Rejim Israel menahan beberapa warga Palestin dari Jenin, Tebing  Barat dan Baitulmaqdis serta menyerbu dua rumah milik tahanan pada malam dan awal pagi hari Ahad, semalam.

Pihak tentera rejim memecah masuk rumah Nathmi Abu Bakar di bandar Ya’bad selepas didakwa membaling batu dari atas bumbung rumahnya yang telah di tutup sejak 21 haribulan lalu dan terkena kepala seorang anggota tentera rejim.

Pada 21hb. Oktober lalu, rejim Israel menutup sebuah bilik yang berkeluasan separuh dari rumah milik Abu Bakar dengan plastik hitam dan mengecatnya warna merah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Peneroka mendirikan kem baru di Timur Ramallah

Selasa, 10-11-2020 – Sekumpulan peneroka Yahudi telah memulakan pembinaan kem penempatan baru di kawasan tanah milik Palestin di Ras at-Teen di sebelah timur kota Ramallah.

Menurut saksi, para peneroka tersebut menggunakan jentolak dan mula mendirikan beberapa khemah untuk mereka sendiri di kawasan itu.

Ras at-Teen adalah komuniti keagamaan Palestin dan mempunyai sekolah dasar yang didirikan dengan dana Eropah, tetapi tentera penjajah Israel
memberitahu penduduk tempatan tentang niatnya untuk menghancurkannya dengan memulakan pembinaan tidak berlesen itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membunuh warga Palestin dengan kejam di pos pemeriksaan Huwara

Isnin, 09-11-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu menembak mati seorang pemuda Palestin setelah dikatakan melepaskan tembakan dekat pos pemeriksaan Huwara di selatan Nablus.

Mangsa dikenali sebagai Bilal Rawajba, 29 tahun yang bekerja sebagai perunding undang-undang di daerah Tubas. Beliau tinggal Bersama isteri dan anak perempuannya yang baru ;ahir di Kampung Iraq al-Tayeh, timur Nablus.

Dalam satu rakaman video, yang diambil oleh seorang warga Palestin yang lain, tentera rejim melepaskan beberapa tembakan ke arah pemuda itu yang sedang berada di dalam kereta.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Beberapa Warga Palestin Diculik Rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

Isnin, 09-11-2020 – Rejim Zionis telah menculik beberapa warga Palestin pada malam Khamis serta waktu subuh hari Jumaat di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, 10 warganegara yang dikenal pasti sebagai bekas tahanan diculik dari rumah mereka semasa kempen Zionis di wilayah Tulkarem.

Di Bethlehem, Zionis menculik seorang pemuda bernama Hamada Omar setelah menggeledah rumahnya di bandar Beit Sahur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Operasi serbu dan tangkap warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Jumaat , 06-11-2020 – Rejim zionis Israel melancarkan operasi tangkap besar-besaran pada malam dan awal pagi hari Rabu, kelmarin di banyak kawasan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat. Beberapa penduduk Palestin ditahan termasuk remaja lelaki.

Di Baitulmaqdis, polis rejim menahan 7 remaja lelaki Palestin dari bandar Al-Tur, mereka berumur 15 hingga 17 tahun.

Polis rejim menahan Ahmad Majid Abu Al-Hummus dan Muhammad Ali Nasir dari perkampungan al-Isawiah ketika mereka berdua sedang melintasi pos kawalan Al-Zaim, Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim menjalankan pemusnahan dan mengusir keluarga di al-Khalil

Jumaat , 06-11-2020 – Rejim Israel menyampaikan perintah pemusnahan ke atas empat khemah dan arahan menghentikan kerja ke atas kediaman di bandar Yatta, selatan al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, tentera rejim memaklumkan kepada keluarga al-Da’ajneh tentang rancangan untuk memusnahkan lima khemah yang digunakan sebagai rumah sementara dan menyerahkan satu notis kepada seorang warga lain agar memberhentikan pembinaan rumahnya.

Dua bersaudara dari kawasan yang sama turut mengalami nasib sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Keganasan di Vienna Tindakan “Berdosa” dan “Pengecut”

Jumaat, 6-11-2020 –  Gerakan Hamas mengecam serangan pengganas yang terjadi pada hari Isnin lalu di ibukota Austria Vienna, dan menggambarkannya sebagai “berdosa” dan “pengecut.”

“Menakut-nakutkan orang yang tidak bersalah tidak ada hubungannya dengan agama dan tidak selari dengan kehidupan bersama antara semua orang,” kata Hamas dalam sebuah siaran akhbar.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan agar yang tercedera akan segera sembuh,” tambah Gerakan tersebut.

“Kami, rakyat Palestin, lebih sedar tentang bahaya pengganas, yang kami sendiri alami setiap hari dan secara sistematik di tangan penjajahan Israel,” kata Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

90 Tahanan Palestin di Penjara Israel Gilboa Positif Covid-19

Jumaat , 06-11-2020 – Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan mengatakan bahawa jumlah tahanan Palestin yang positif Covid-19 di penjara penjajah Israel Gilboa telah meningkat menjadi 90 orang.

Dijelaskan bahawa beberapa tahanan menunjukkan gejala penyakit seperti demam dan sakit kepala. Pihak pentadbiran penjara penjajah Israel tidak menyediakan alat sterilisasi dan pelitup muka untuk para tahanan yang terinfeksi, sehingga memaksa para tawanan membelinya dari kantin dengan biaya sendiri.

Badan Urusan Tahanan menambah bahawa para tahanan keluar ke halaman penjara untuk mencari menghirup udara segar dalam jumlah kecil. Di mana setiap 6 orang keluar bersama-sama hanya selama setengah jam saja. Pihak pentadbiran penjara merubah Bahagian 3 di penjara Gilboa sebagiaan tempat kuarantin dan pengasingan.

Sebelumnya, penjajah Israel mengumumkan bahawa 11 tahanan Palestin telah positif Covid-19 di penjara Gilboa sehingga terus meningkat sekitar 90 orang.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Umpama pembersihan etnik, Israel memusnahkan 70 kemudahan awam

Jumaat , 06-11-2020 – Pusat hak Asasi Manusia Palestine memaklumkan pemusnahan besar-besaran prasarana awam yang di lakukan oleh penduduk penjajah Israel di Lembah Yordan Utara sama dengan pembersihan etnik.

Selasa (3/11/2020) pasukan pendudukan penjajah Israel melakukan pemusnahan besar- besaran keatas prasarana dan kemudahan asas warga Palestine di Khirbet Homsa Al-Fawqa di Lembah Yordan Utara, Wilayah Timur daerah Tubas.

Operasi memusnahkan 70 buah rumah dan kemudahan awam mengambil masa sekitar 6 jam, mengakibatkan 60 penduduk awam Palestine yang sebahagian besar kanak-kanak kehilangan
tempat berlindung.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar