Categories
Berita Semasa

Dua jurukamera TV Al-Aqsa terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza

Jumaat, 23-11-2012 – Dua jurukamera TV Al-Aqsa telah terbunuh Selasa lalu, apabila tentera Israel terus menerus melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza yang dikepung di mana sebuah kapal terbang perang Apache Israel melepaskan roket pada kereta kepunyaan saluran TV Al-Aqsa itu.

Saksi mengesahkan bahawa pesawat Israel melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah kereta awam
yang membawa lencana akhbar milik saluran TV al-Aqsa Palestin, yang memandu di kawasan Jalan al-Nasser barat Bandar Gaza.

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa dua orang jurukamera TV Al-Aqsa itu terbunuh ketika serangan Israel,
Mahmoud al-Komi dan Houcem Salama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haniyeh bincang dengan Mishaal tentang perkembangan terbaru

Khamis, 22-11-2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menelefon ketua Biro Politik Pergerakan Hamas, Khaled Mishaal di mana kedua-dua pemimpin membincangkan usaha terbaru untuk menghentikan pencerobohan di Gaza serta langkah melindungi rakyat Palestin.

Meshaal dalam satu sidang akhbar di Kaherah menekankan, pergerakan itu menolak semua syarat Israel untuk mengadakan gencatan senjata, sambil menekankan sesiapa yang memulakan perang ini perlu untuk menghentikannya.

Mishaal mengesahkan Hamas hanya akan bersetuju dengan gencatan senjata sekiranya tuntutan mereka dipenuhi. “Kami tidak akan menerima syarat Israel kerana mereka adalah penyerang,” katanya. “Kami mahu gencatan senjata bersama dengan memenuhi permintaan kami.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Satu lagi keganasan Israel menjadikan angka kematian kepada 83 mangsa

Rabu , 21-11-2012 – Waktu Subuh Isnin lalu telah melihatkan lebih banyak kematian dan kecederaan penduduk Palestin dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 83 mangsa.

Bilangan penduduk Palestin yang cedera juga telah meningkat kepada 710 pagi ini dalam serangan udara Israel yang membawa maut di kawasan awam penduduk Gaza.

Pada kira-kira 06:15 pagi di Gaza, seorang gadis kecil yang bernama Rama Ashendi dibunuh selepas rumah keluarganya dibom di Azzeitoun, timur Gaza.

Empat orang awam lain termasuk kanak-kanak, dua wanita dan seorang lelaki terbunuh manakala lebih 35 yang lain kebanyakannya kanak-kanak, cedera dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di kawasan kejiranan yang sama.

Tujuh kanak-kanak dari keluarga Azzam juga mengalami kecederaan serius.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Parti Tunisia Saman Israel Atas Pembunuhan Abu Jihad

Isnin , 08-10-2012 – Parti Tunis’ Wafa mengumumkan niat untuk menyaman Israel kerana membunuh Khalil al-Wazir yang dikenali sebagai Abu Jihad di Tengah bandar Tunisia, 25 tahun yang lalu. Abderraouf al-Ayadi, Ketua Parti Wafa Tunisia, mengesahkan perkara tersebut dalam PIC, bahawa tindakan undang-undang akan dikemukan hanya sebelum makhkamah Tunisia mengesahkan bahawa jenayah tersebut telah dilakukan di tanah Tunisia, menegaskan bahawa hanya PLO mampu untuk menyaman Israel di Makhkamah Antarabangsa.

Al-Ayedi berkata dalam kenyataannya kepada PIC, untuk mendedahkan semua fail rahsia berkenaan jenayah ini penglibatan Pegawai Keselamatan Tunisia adalah perlu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

UFree: Pengasingan berterusan Abu Sisi adalah untuk menutup kes penculikan beliau

Jumaat, 09-11-2012 – Rangkaian Eropah untuk pembelaan banduan Palestin (UFREE) telah mengutuk keputusan pihak berkuasa Israel untuk melanjutkan pengasingan tahanan Dirar Abu Sisi. Sebuah mahkamah Israel di Beer Sheba mengeluarkan keputusan pada 2012/01/11 membenarkan pengasingan Abu Sisi untuk enam bulan dan menghalang beliau daripada bergaul dengan banduan lain. Abu Sisi telah berasa dalam tahanan di penjara Israel sejak beliau diculik dari Ukraine pada 18/2/2011.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Unit keselamatan pihak berkuasa Palestin kepung 7 penyokong Hamas

Jumaat, 09-11-2012 – Bahagian keselamatan pihak berkuasa Palestin mengepung 7 penyokong Hamas di wilayah Tebing Barat, sumber tempatan mengatakan. Mereka berkata para tahanan tersebut dikepung di Al-Khalil, Ramalllah, Nablus, Tobas dan Qalqilia. Sumber tersebut menyebut bahawa para tahanan tersebut terdiri daripada wartawan, jurutera, pelajar dan tahanan yang telah dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

7 aktivis Hamas di tangkap berhampiran Tebing Barat

Jumaat, 09-11-2012 – Penangkapan ke atas akitivis dan pimpinan Hamas masih terus dilakukan oleh pasukan keselamatan tajaan Mahmoud Abbas. Terbaru, seramai 7 aktivis Hamas ditangkap di kawasan Hebron, Ramallah dan Nablus. Kebanyakan yang ditangkap pernah dipenjarakan oleh Zionis-Israel. Setakat ini seorang guru agama dan 2 orang pakar IT menjadi mangsa tangkapan pasukan keselamatan Abbas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan aktivis Palestin dalam tahanan pentadbiran

Jumaat, 09-11-2012 – Regim zionis Israel (IOA) menahan aktivis Palestin Osama Shahin dalam tahanan pentadbiran, tanpa caj, selepas menangkapnya minggu sebelumnya.

Shahin, 28 tahun, ditahan di penjara Ofer barat Ramallah. Saudara-maranya berkata, sambil menambah bahawa beliau muncul dalam mahkamah Ofer di mana beliau mendapat hukuman itu. Shahin, seorang aktivis dalam hal ehwal banduan, telah ditahan oleh PA keselamatan Aparatur untuk kesembilan kali sebelum ini dan telah disaman 30 kali.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memusnahkan rumah di Baitul Maqdis

Jumaat, 09-11-2012 – Pendudukan tentera Israel (IOF) telah merobohkan sebuah rumah rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki pada hari Isnin dengan alasan pembinaannya di tanah pertanian.

Sumber tempatan berkata bahawa askar IOF diiringi jentolak perbandaran memusnahkan rumah Emad Abu Laban di pinggir bandar Tur bersama-sama dengan pagar sekitarnya dan beberapa pokok dan juga tangki air. Sumber berkata bahawa askar menyerang pemilik rumah apabila mereka membantah pemusnahan pagar, pokok-pokok dan tangki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : faridah

Categories
Berita Semasa

Hamas: Jurucakap Fatah perlu memohon maaf dan bukannya mempertahankan jenayah Abbas

Jumaat, 09-11-2012 – Gerakan Hamas berkata bahawa kenyataan oleh ketua PA dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas yang menyerahkan hak kembali dan membabitkan penentangan merupakan jenayah terhadap rakyat Palestin. Satu sumber yang bertanggungjawab dalam Hamas berkata dalam kenyataan pada hari Ahad bertindak balas kepada jurucakap pertahanan Fatah mengenai kenyataan Abbas bahawa jurucakap mereka perlu memaksa Abbas untuk meminta maaf kepada yang rakyat Palestin untuk kesilapan beliau atau dia akan dibawa ke pengadilan sebelum rakyat menyerahkan ROR dan menentang tindakan itu.
Beliau berkata bahawa cubaan jurucakap Fatah untuk menutup dan mengalih perhatian orang ramai dari kenyataan itu sama seperti jenayah yang dilakukan oleh Abbas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : faridah

Categories
Berita Semasa

Zahalka Seru Protes Besar-besaran Tolak Kenyataan Abbas

Selasa, 06/11/2012 – Seorang pemimpin Palestin dari wilayah 1948 dijajah, menyeru kepada pergerakan Fatah untuk menegur Presiden PA Mahmoud Abbas kerana kenyataan beliau yang dibuat baru-baru ini.

Wakil Arab MK, Jamal Zahalka berkata bahawa kenyataan Abbas bercanggah program Kebangsaan Palestin yang mengesahkan hak pulang pelarian ke rumah masing-masing, hak untuk penentuan nasib sendiri dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibukota.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin dari wilayah 1948 dijajahmenentang kenyataan Abbas di TV Channel Israel 2 yang menggadai prinsip nasional yang membentuk asas kepada perjuangan rakyat Palestin.

Ketua “Perhimpunan Demokratik Kebangsaan” menyeru semua rakyat Palestin untuk protes besar-besaran di jalan-jalan Israel menolak pendirian politik Abbas, menekankan bahawa ucapannya tidak mempunyai sebarang kesan yang besar.

Zahalka memberitahu Agensi Quds Press bahawa tujuan utama di sebalik kenyataan Abbas adalah untuk melindungi dirinya dan memastikan kesinambungan kepimpinan beliau yang dalam ancaman Israel menuntut penyingkiran beliau kerana dia tidak mampu lagi untuk meneruskan proses damai.

Beliau menambah bahawa “Konsesi yang dibuat oleh Abbas melemahkan kedudukan Palestin dan melibatkan usaha untuk merayu Israel”, menekankan bahawa rundingan dengan Israel tidak berguna kerana mereka telah gagal sepanjang masa yang lalu dan bahawa kenyataan Abbas hanya menggalakkan kezaliman Israel.

Pemimpin Palestin itu menganggap bahawa ia adalah perlu bagi pihak Palestin untuk menukar strategi daripada menawarkan konsesi dan merayu pihak berkuasa pendudukan, ia perlu melaksanakan tekanan ke atas Israel melalui perjuangan yang semakin meningkat popular dan tekanan antarabangsa, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Wartawan yang ditahan berada dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan

Selasa, 06/11/2012 – Organisasi Wartawan Palestin di Ramallah telah menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan para wartawan di penjara rejim Israel.

Kebimbangan tersebut terutamanya terhadap seorang wartawan Mohammed Al-Taj yang tidak mendapat perhatian kesihatan yang wajar oleh pihak pentadbiran penjara.

Dalam kenyataan pada Ahad, organisasi itu turut menyebut bahawa Taj, 44 telah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun daripada hukuman 14 tahun dan turut terlibat dalam mogok lapar baru-baru ini. Ia turut memberi amaran tentang bahaya kematian jika Taj tidak dibebaskan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

MP: Britain bertanggungjawab keatas penghapusan etnik di Palestin

Selasa, 06/11/2012 – Ahmed Attoun, MP Jerusalemite pulang ke Ramallah, menegaskan masyarakat antarabangsa dan Britain adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua penderitaan, pembunuhan dan anjakan rakyat Palestin yang disebabkan oleh Deklarasi Balfour.

MP Attoun berkata bahawa Britain harus menebus dosa dan malapetaka yang telah terkena pada rakyat Palestin, kerana ia harus membayar pampasan kepada mereka akibat kesan tragis Deklarasi Balfour.

Beliau juga menuntut Britain memohon maaf kepada rakyat Palestin dan Arab untuk ketidakadilan dan penindasan terhadap kaumnya; termasuk Nakba, tangkapan, anjakan, perobohan dan laman suci Judaization, disebabkan oleh pelaksanaan Deklarasi Balfour oleh Kerajaan British.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencemarkan masjid dengan penangkapan 9 West Bankers

Isnin, 05/11/2012 – Regim zionis (IOF) telah merosakkan masjid di Bandar barat alKhalil di jajahan Tebing Barat dan menahan belia Palestin. Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel menyerbu masjid Ahmed Yassin di Ethna di bahagian barat kampung al-Khalil. Mereka memijak, mencari dan merosakkan ruang dalam masjid itu. Dalam kejadian yang berkaitan, IOF menyerbu kem pelarian Arroub, di utara al – Khalil dan menangkap Mohammed Khaled al Jondi, 18 tahun, dan Abdul Ahmed Titi, 19 tahun, selepas menyerang rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Forum Media Palestin menyelar penahanan wartawan

Isnin, 05/11/2012 – Forum Media Palestin mengutuk sekeras-kerasnya penahanan seorang wartawan Baitulmuqaddis Iyad Rifai oleh tentera rejim Israel setelah serbuan di rumahnya.

Forum tersebut menyebut di dalam kenyataan akhbar pada Rabu bahawa rejim Israel menahan seorang pelajar kewartawanan Universiti Al-Quds dan pelatih di rangkaian media “Hona al-Quds”, jurugambar Iyad Rifai, 20 tahun setelah menyerbu rumahnya di bandar Anata timur Baitulmuqaddis. Iyad sedang menjalankan persiapan untuk filem “7300 days of absence” di mana beliau terlibat sebagai pelakon filem yang mengisahkan seorang wartawan dan jurugambar muda yang ingin melawat Baitulmuqaddis untuk pertama kali dalam tempoh 20 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati