Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Tenaga Gaza meminta kerajaan PA memenuhi janjinya

Rabu, 31-05-2017 – Pihak Berkuasa Tenaga Gaza mengesahkan pada Isnin yang pihaknya menyetujui sepenuhnya syara-syarat yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) menerusi perantara bagi menyelesaikan krisis elektrik.

Pihak Berkuasa Tenaga berkata dalam kenyataannya tentang kenyataan oleh ketua Bahagian Tenaga dan Sumber Asli di dalam PA, Zafer Melhem, yang menyatakan PA akan menggunakan kuasa untuk membawa kembali krisis itu ke arena politik.

Ia menjelaskan yang 69 daripada pekerjanya bekerja untuk PA, serta memperakui yang ia sentiasa menjemput PA untuk turut serta di dalam lembaga pengarah Syarikat Pengurusan Elektrik Gaza. Namun jemputannya tidak mendapat sambutan setakat ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya Keluarkan Artikel Perjanjian Hentikan Mogok Lapar

Rabu, 31-05-2017 – Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas tahanan mengeluarkan perjanjian tuntutan kemanusiaan yang paling penting semasa rundingan antara kepimpinan gerakan tahanan Palestin dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS). Di bawah perjanjian itu, yang dipanggil “Perjanjian Ashkelon”, tahanan mengumumkan untuk menghentikan mogok lapar 41 hari mereka.

Perjanjian itu termasuk membenarkan lawatan keluarga, menambahbaik kaedah lawatan ini, menghapuskan larangan yang dikenakan ke atas beribu-ribu saudara-mara banduan dan larangan yang tidak wajar ke atas lebih daripada 140 kanak-kanak yang tidak pernah dibenarkan oleh IPS untuk melawat ibu bapa mereka.

Bagi banduan wanita, telah dipersetujui untuk mengumpulkan mereka di dalam penjara Sharon, menyediakan mereka dengan alat-alat kraftangan, menetapkan sistem khas untuk pemindahan mereka untuk urusan mahkamah, dan membawa pengawal wanita untuk mencari mereka dan bukannya lelaki. Tahanan juga menuntut memperbaiki keadaan yang berkaitan dengan penahanan, pendidikan dan pemindahan terutamanya untuk kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru ‘Kemarahan Umat’

Selasa, 30-05-2017 – Gerakan Hamas menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat untuk mengambil bahagian dalam penentangan halangan Israel di beberapa tempat pada Jumaat depan bagi menandakan hari ke-40 mogok lapar terbuka yang dilancarkan oleh tahanan Palestin di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Rabu, Hamas mengumumkan Jumaat depan sebagai hari kemarahan dan menyeru untuk mengambil tindak balas bagi menyokong tahanan mogok lapar yang makin kritikal. Ia juga bertujuan untuk mempertahankan al-Aqsa yang terus cuba ditawan Israel.

Hamas menyeru rakyat Palestin, orang Arab dan umat Islam untuk mengambil tindakan segera dalam memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menyelesaikan isu mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Masri: Dasar berat sebelah AS tidak akan ubah sejarah.

Selasa, 30-05-2017 – Sayap Wanita Hamas telah menganjurkan satu perhimpunan di tengah bandar Gaza bagi membantah kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menuduh perjuangan rakyat Palestin dan Pergerakan Hamas sebagai pengganas.

Semasa berucap di perhimpunan itu, pemimpin Hamas, Mushir al-Masri secara jelas turut membidas sikap talam dua muka pentadbiran AS dan pihak Israel.

Dengan dasar berat sebelah yang diamalkannya, tidak mungkin AS mampu merubah sebarang fakta sejarah, malah ia tidak akan membantu rakyat Palestin meneruskan perjuangan mereka, biarpun perjuangan itu diperakui oleh konvensyen dan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

6 tahanan di Baitulmuqaddis dilanjutkan tempoh tahanan

Selasa, 30-05-2017 – Pada hari Rabu, Polis rejim Israel melanjutkan penahanan 3 orang pengawal Masjid Aqsa yang ditahan sebelumnya di dataran al-Aqsa. 3 orang pengawal dataran itu diserang dan ditahan oleh polis rejim pada pagi Rabu, ketika ratusan pendatang Israel memecah masuk kawasan suci itu dan mengerjakan ritual berunsur Talmud. 3 lagi warga Baitulmuqaddis dilanjutkan tahanan mereka setelah ditahan pada minggu lepas dari bandar Shufat, di utara bandar itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kenyataan Trump Memihak Israel

Khamis, 25-05-2017 – Hamas adalah sebuah gerakan kemerdekaan kebangsaan yang mempertahankan hak-hak rakyat Palestin, menyatakan penolakannya terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menuduh Hamas sebagai pengganas. Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq berkata, Hamas mengamalkan penentangan yang sah, yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa, bagi menentang penjajahan pengganas Israel.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, berkata dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook beliau bahawa Hamas adalah sebuah gerakan kemerdekaan kebangsaan yang sah dalam mempertahankan hak rakyat Palestin. Barhoum berkata keganasan pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin dan sekatan Gaza adalah hasil sokongan pegawai AS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Haneya: Harap Qatar bersungguh tamatkan tragedi di Gaza.

Khamis, 25-05-2017 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya berharap kerajaan Qatar dapat menumpukan sepenuh usahanya bagi menamatkan tragedi kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang berlaku sejak lebih 10 tahun itu.

Semasa berucap dalam majlis perasmian kediaman duta Qatar serta pejabat Jawatankuasa Pembangunan Semula Gaza, Haneya menyatakan rasa terima kasihnya kepada kerajaan tersebut atas segala usaha dan projek yang dijalankan dan itu semua telah menguatkan lagi semangat penduduk Gaza untuk terus bersabar.

Menurut kata duta itu, Mohammmad al-Emadi yang juga ketua jawatankuasa, keadaan semasa krisis eletrik di wilayah itu semakin buruk dan menyatakan pihaknya sedang berusaha bersama PBB dan pihak-pihak lain untuk menyelesaikan krisis tersebut walaupun beliau menyatakan ia sebagai sesuatu yang ‘sangat rumit’.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

62 warga Palestin dari Gaza melawat saudara-mara yang ditahan di Ramon

Khamis, 25-05-2017 – 62 warga Palestin dari Semenanjung Gaza meninggalkan kawasan pantai pada pagi Isnin melalui pusat pemeriksaan Erez yang dikawal Israel setelah mereka diberi kebenaran untuk melawat saudara mara yang ditahan di penjara Ramon.

Jurucakap Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC) di Gaza, Suheir Zaqout mengesahkan yang 62 warga Palestin dari Gaza dapat melawat 40 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Ramon dengan campur tangan ICRC. Zaqout menambah yang terdapat 12 orang kanak-kanak dari kalangan pelawat itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Semula Ahli Akademik, Qatamish

Isnin, 22-05-2017 – Pasukan Keselamatan Israel menahan semula (IOF) banduan Palestin yang telah dibebaskan, Ahmad Qatamish selepas menyerbu rumah keluarganya di bandar al-Bireh dan membawanya ke destinasi yang tidak diketahui. Suha al-Barghouti, isteri Qatamish, memberitahu Quds Press bahawa tentera IOF memecah masuk ke rumah dengan memecahkan pintu bahagian luarnya.

Barghouti berkata bahawa suaminya, yang bekerja sebagai seorang penulis dan ahli akademik, ditahan lebih daripada sekali sejak tahun 1969 dan beliau telah menghabiskan kira-kira 13 tahun dalam penjara Israel termasuk 10 tahun dalam tahanan pentadbiran.

Beliau menegaskan bahawa Qatamish mengalami beberapa penyakit kronik yang memerlukan rawatan perubatan secara tetap, yang tidak boleh didapati di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Gaza: Gerakan Ahrar mengadakan bantahan duduk ke atas sekatan

Isnin, 22-05-2017 – Gerakan Palestin Ahrar pada petang Sabtu mengadakan acara bantahan sambil duduk di bandar Khan Younis sebagai bantahan ke atas sekatan ekonomi di Semenanjung Gaza dan tanda kebersamaan dengan para tahanan yang mogok lapar di penjara Israel.

Beberapa peserta membawa kad dan sepanduk yang menyelar ketua Pihak Berkuasa Palestin kerana terlibat berkomplot menentang Gaza dan menuntut beliau meletak jawatan.

Dalam ucapannya, pegawai kanan Muawiyah al-Sufi menyelar Abbas kerana merayu untuk bersama-sama dengan rejim serta terus menerus mengancam rakyat sendiri kerana menentang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Krisis air di Semenanjung Gaza bertambah buruk.

Isnin, 22-05-2017 – Perbadanan Air dan Sumber Asli Gaza memberi peringatan bahawa bekalan air minum di wilayah itu bertambah buruk berpunca dari bekalan tenaga elektrik yang kerap terputus.

Menurut Timbalan Ketua, Perbadanan Air Gaza, Mazen al-Bana dalam sidang akhbarnya, “Ia berpunca dari paras air di kolam tadahan yang semakin rendah serta pencemaran menyebabkan ia tidak sesuai untuk diminum.”

Tambah beliau lagi, banyak negara telah menghentikan bantuan selepas pihak Hamas memenangi pilihanraya tahun 2006. Bagaimana pun, sejak awal 2012, mereka berusaha memulakan rundingan dengan institusi tempatan supaya dapat menyalurkan bantuan kepada beberapa projek pemprosesan air laut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Barghouthi memberi amaran mengenai rundingan menyeru kesatuan

Isnin, 22-05-2017 – Marwan Barghouti, Ahli Majlis Tertinggi Fatah, memberi amaran terhadap rundingan berterusan dengan Israel berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelumnya dengan menegaskan enam prasyarat yang perlu dipenuhi sebelum rundingan diteruskan.

Pemimpin Fatah berkenaan yang sedang dipenjarakan seumur hidup di penjara Israel menggesa rakyat Palestin untuk melakukan protes terhadap pihak berkuasa Israel dan melancarkan dialog bagi penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Barghouthi yang telah memimpin gerakan mogok lapar di penjara-penjara Israel untuk 28 hari menyatakan pada Ahad lepas: “Saya memberi amaran keras terhadap proses rundingan berdasarkan syarat-syarat ditetapkan yang telah terbukti gagal”, beliau turut menyatakan 6 tuntutan sebelum rundingan diteruskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Erdorgan : Dokumen baru Hamas adalah jawapan kepada persoalan Palestin

Isnin, 22-05-2017 – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, dokumen politik baru Hamas adalah satu langkah utama ke arah persoalan Palestin dan perdamaian dengan Fatah. Dalam ucapan yang disampaikan di Persidangan Al-Quds yang diadakan pada petang Isnin di Istanbul, Erdogan berkata “Jenayah Israel di Palestin telah bertambah kerana hukuman melarikan diri”. Beliau terpanggil untuk mendakwa Israel atas kejahatan dan amalan serangan terhadap rakyat Palestin untuk mencapai keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Erdogan berpendapat bahawa satu-satunya penyelesaian adalah dengan mendirikan negara bebas Palestin dalam 1967 yang merangkumi wilayah sempadan dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya. Beliau turut mendesak pihak berkuasa Israel untuk mencapai matlamat tersebut. Presiden Turki menegaskan bahawa negaranya memberi amaran untuk menempatkan semula Kedutaan Amerika Syarikat di BaitulMaqdis. Membincangkan perkara itu adalah salah, beliau percaya.

Erdogan turut membidas Israel untuk rang undang-undang larangan azan di Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Jenin: Projek model perkampungan pra-1948 dilancarkan

Isnin, 15-05-2017 – Satu projek model kampung Palestin telah dilancarkan di Universit Terbuka al-Quds di Tebing Barat Jenin sebagai sebahagian usaha Hadara (peradaban). Model tersebut membentuk semula jenis dan struktur perkampungan Palestin sebelum tahun 1948.

Dalam satu ucapannya ketika majlis pelancaran, presiden universiti Imad Nazzal memuji projek tersebut dan menyeru agar menyebarkannya kepada institusi-institusi lain sebagai usaha menghidupkan kembali sejarah Palestin.

Bagi pihak mereka, para penyelaras usaha Hadara, Mohiuddin Khalayleh dan Ni’ad Buqa’ee menjelaskan idea projek itu dan menekankan kepentingannya sebagai satu cara untuk mendedahkan tentang pembersihan etnik yang dilakukan Israel ke atas rakyat dan kampung Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Al-Zahhar menyangkal berita mengenai peletakan jawatannya, mendakwa Fatah sengaja menyebarkan khabar angin

Isnin, 15-05-2017 – Jurucakap Mahmoud al-Zahhar, ahli Biro Politik Hamas, menafikan berita mengenai peletakan jawatan beliau dan mendakwa Gerakan Fatah yang bertanggungjawab dalam menyiarkan khabar angin itu.

Laman web yang bergabung dengan Badan Berkuasa Palestin telah menerbitkan sebuah dokumen didakwa sebagai surat
peletakan jawatan daripada Biro Politik Hamas iaitu al-Zahhar. Ia bukan kali pertama media Fatah merekacipta dokumen palsu terhadap Hamas dalam usahanya menentang Gerakan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul