Categories
Berita Semasa

Israel melanjutkan tempoh penahanan 8 rakyat Palestin, dan 18 lagi dijatuhkan hukuman

Rabu, 04-11-2015 – Mahkamah rejim Israel pada Ahad melanjutkan tahanan reman ke atas 8 pemuda Palestin dan menjatuhkan hukuman kepada 18 orang yang lain.

Mahkamah Majistret Israel di Baitulmuqaddis melanjutkan tahanan mereka atas alasan untuk tujuan soal siasat dan prosedur kehakiman. Manakala mahkamah tentera Ofer menjatuhkan hukuman penjara ke atas 18 tahanan Palestin untuk tempoh 2 ke 6 bulan tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan.

Para pemerhati mengatakan, rejim Israel mengambil kesempatan di atas gelombang keganasan yang berlaku di wilayah Palestin untuk menjatuhkan semangat para tahanan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dua tentera Israel tercedera dalam dua serangan berasingan

Rabu, 04-11-2015 – Tiga penduduk Israel telah tercedera akibat ditikam dalam seranganberhampiran stesen bus di Rishon Lezion, Selatan Tel Aviv pada Isnin yang lalu.

Seorang yang dilaporkan parah telah dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Akbar Israeli Yediot Aharanot berkata, suspek yang menyerang mangsa telah ditangkap dan ditembak dan dicederakan ketika serangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : H Fauzan Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bakar pokok Zaitun dekat Nablus.

Rabu, 04-10-2015 – Sekumpulan pendatang Yahudi bertindak membakar berpuluh-puluh pokok zaitun milik petani warga Palestin. Kejadian berlaku di bandar Burin yang terletak di selatan Nablus pada hari Isnin, kelmarin.

Menurut kata sumber tempatan kepada pemberita PIC, hampir 20 pendatang Yahudi dari Yitzhar, sebuah penempatan yang dibina secara haram di atas tanah milik warga Palestin telah datang dan membakar sebuah ladang tanaman zaitun kepunyaan warga Palestin yang terletak di timur bandar itu. Akibat dari perbuatan pendatang tersebut, berpuluh-puluh pokok zaitun hangus terbakar, tambah sumber itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan memberi amaran untuk pemberhentian dialisis untuk kanak-kanak

Rabu, 04-10-2015 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza memberi amaran pemberhentian perkhidmatan dialisis untuk kanak-kanak kerana kehabisan penapis dan jumlah pemindahan darah pada hujung minggu ini.

Jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra memberi amaran, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau,tentang bahaya kehabisan penapis dan alat pemindahan darah. Beliau menegaskan bahawa peratus daripada kekurangan ubat-ubatan telah mencapai 30% dan kekurangan dalam pengambilan ubat-ubatan mencapai 40% ditambah lagi dengan peningkatan bilangan mangsa yang cedera akibat serangan agresif Israel.

Dalam satu peristiwa yang sebelum ini, Qudra menuntut Kementerian Kesihatan di Ramallah untuk meningkatkan kuantiti ubat-ubatan di hospital-hospital di Gaza yang menderita kekurangan yang serius memandangkan Israel meningkat serangan terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nour El Shams

Categories
Berita Semasa

Israel melarang perjalanan seramai 96 rakyat Palestin pada bulan Oktober

Rabu, 04-10-2015 – Pihak Berkuasa Rejim Israel (IOA) telah menghalang sejak beberapa bulan lepas 96 rakyat Palestin dari melalui perjalanan di sempadan Karama dengan alasan keselamatan.

Sumber keselamatan Palestin berkata pada hari Ahad seramai 128,000 telah berjaya melalui sempadan Karama yang menghubungkan antara Jordan dan Tebing Barat pada bulan Oktober, manakala perjalanan 96 penumpang telah dilarang di bawah alasan keselamatan. Semasa bulan Oktober, bilangan pelepasan mencapai 75.387 manakala bilangan ketibaan mencapai 53.190, kata sumber itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nour El Shams

Categories
Berita Semasa

Misy’al dan Haniyah Mengucap Tahniah Kepada Erdogan dan Oglu.

Selasa, 03-10-2015 – Ketua Biro Politik Gerakan Hamas Khaled Misy’al dan Wakil Ketua Biro Politik Ismail Haniyah pada Ahad malam(1/11) menelefon Presiden Turki Erdogan untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan besar di Turki.

Misy’al berharap Turki di bawah kepimpinan Erdogan akan lebih aman dan stabil dari segi pimpinan gaya demokrasinya, sehingga boleh mewujudkan kebaikan bagi bangsa Turki dan seluruh umat terutamanya masalah tentang Palestin, al Quds dan al Aqsha.

Misy’al juga menelefon PM Turki Ahmad Davudoglu untuk ucap selamat kepadanya dan juga kepada parti yang dipimpinnya (AKP) atas kemenangan besar yang diperoleh parti dan pesta demokrasi kali ini.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Israel Serahkan 2 Jasad Syuhada dari Utara al Quds

Selasa, 03-10-2015 – Pihak Otoriti penjajah Zionis pada Ahad (1/11) malam menyerahkan dua jasad syuhada Palestin dari desa Quthnah di barat laut al Quds, di pos militan al Jaib.

Sumber-sumber di al Quds mengatakan bahawa keluarga kedua-dua syuhada Muhammad Nadzmi (23) yang gugur syahid pada 12 Oktober lalu dan Umar Muhammad (25) yang syahid lima hari berikutnya, telah menerima jasad kedua-duanya pada Ahad malam di pos militan Zionis al Jaib, setelah tertunda lebih dari tiga jam.

Sumber-sumber Palestin menyebutkan bahawa jasad kedua-duanya dibawa ke kompleks perubatan Palestin di kota Ramallah dan dikuburkan di tanah kelahirannya di desa Quthnah hari ini, Isnin (2/11) setelah Zohor.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Keluarga para syuhada Shamasneh dan Faqih menerima jenazah mereka

Selasa, 03-10-2015 – Polis rejim Israel pada Ahad membebaskan dua jenazah shahid Palestin dari kampung Qatanna barat laut Baitulmuqaddis di pusat pemeriksaan tentera al-Jeep.

Sumber tempatan menyatakan yang syahid bernama Mohamed Shamasneh 23 tahun, yang ditembak mati oleh polis rejim pada 12 Oktober di Baitulmuqaddis dan Omar al-Faqih 25 tahun yang turut dibunuh di pusat pemeriksaan tentera Qalandiya 5 hari kemudiannya.

Mereka menambah yang keluarga Shamasneh and Faqih menerima jenazah mereka di pusat pemeriksaan tentera al-Jeep setelah tertangguh selama 3 jam. Jenazah para pemuda itu kemudiannya dipindahkan dengan ambulans ke pusat perubatan Palestin di bandar Ramallah sebelum dibawa pada petang Isnin ke bandar asal mereka untuk upacara pengebumian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera dipukul perusuh Yahudi di Tebing Barat

Selasa, 03-10-2015 – Seorang pemuda warga Palestin cedera dalam satu kejadian pukul dan lari oleh seorang pelampau yang juga pendatang Yahudi di bandar Azzoun yang terletak di timur Qalqilya. Kejadian berlaku pada petang hari Ahad, kelmarin.

Menurut kata pihak bantuan perubatan tempatan, mangsa dikenali sebagai Alaa Hasan al-Khatib, berusia 25 tahun mengalami kecederaan tidak teruk akibat dipukul oleh seorang perusuh Yahudi di jalan masuk berdekatan bandar Azzoun. Mangsa segera dibawa ke hospital Darwish Nazal bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kejadian menyerang secara agresif oleh perusuh Yahudi terhadap warga Palestin di wilayah-wilayah Palestin, kini semakin meningkat dan kerap kalinya ia berlaku dihadapan mata dan disokong pihak pemerintah dan tentera, rejim penjajah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pesakit kanser di tahan di penjara Etzion

Isnin, 02-10-2015 – Pihak berkuasa Israel terus memenjarakan tahanan Ayman Shaker, 43, di pusat tahanan Etzion walaupun dia menderita penyakit kanser berdasarkan maklumat dari Pesatuan Tahanan Palestin.

Ayman telah melalui beberapa pembedahan perubatan kerana dia telah menderita kanser limfa sebelum dia ditangkap. Ayman, bapa kepada lima anak, ditahan pada Rabu dan dibawa ke pusat tahanan Etzion.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nour El Shams

Categories
Berita Semasa

29 Hari Kebangkitan : 68 Para Syuhada Gugur

Isnin, 02-10-2015 – Tiga pemuda Palestin tewas meninggal dunia di Hebron, Al-Quds dan Tepi Barat semalam pada hari Khamis(29/10). Jumlah mangsa semenjak tercetusnya Intifada Al-Quds awal bulan ini mencapai jumlah 68 orang.

Dalam salinan kenyataan yang diterima dari Pusat Informasi Palestin, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan, tentera Israel kelmarin telah menembak mati pemuda Faruq Abdul Qadir Sidr yang berusia 19 tahun di kawasan jalan Syuhada di Hebron dan pagi harinya, tentera Israel telah membunuh pemuda Mahdi Muhammad Ramadhan Muhtasib (23) berdekatan Masjid Ibrahimi.

Sementara di waktu yang sama pada pagi kelmarin, Nadem Shaqirat (52) juga telah meninggal dunia kerana Israel telah menghalang sebiji ambulan melepasi pos laluan tentera ketika bergegas memberikan pertolongan di rumahnya di Mukabir di Al-Quds.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Pendakwa Raya Tentera Israel : “Abid” Tidak Berniat untuk Menikam

Isnin, 02-10-2015 – Pendakwa raya rejim Zionis mengumumkan , Rabu lepas 28 Oktober , bahawa Isra Abid tidak berniat untuk menikam dan tidak akan menyerahkan surat dakwaan terhadapnya atas tuduhan mengancam keselamatan.

Abid yang menjadi mangsa tembakan rejim zionis di pusat terminal bas di Bandar Afula tiga minggu lalu telah dituduh cuba untuk menikam dan telah mengalami kecederaan. Pendakwa raya itu berkata lagi,bahawa pihaknya akan mendakwa Abid dengan dakwaan yang ringan dan saluran TV2 zionis mengatakan keputusan itu telah disokong oleh Shabak.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Hamas: kenyataan Kerry memberikan lampu hijau kepada lebih banyak jenayah

Isnin, 02-10-2015 – Gerakan Islam Hamas berkata, kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry tentang mengenakan sekatan ke atas Hamas memberikan lampu hijau kepada Israel untuk meneruskan jenayah ke atas rakyat Palestin.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata pada Khamis, yang kenyataan Kerry menyebut Israel berhak membela diri menandakan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) telah bekerjasama dalam penindasan ke atas rakyat Palestin dan membenarkan jenayah Israel diteruskan terutamanya hukuman tanpa bicara.

Abu Zuhri menasihatkan Kerry agar menghentikan kenyataan anti-Hamas dan menambah yang permusuhan ke atas Hamas bermakna permusuhan ke atas golongan Muslim dan Arab.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Minta bantuan Parlimen Eropah henti bunuh warga Palestin.

Isnin, 02-10-2015 – Sekumpulan doktor perubatan warga Palestin, menganjurkan satu forum di Jerman dan meminta Parlimen seluruh Eropah supaya segera bertindak menghentikan perbuatan rejim Israil membunuh warga Palestin seperti yang sedang berlaku, sekarang.

Forum tersebut turut menyelar keras pihak rejim Israil yang sengaja menjadikan anggota pasukan bantuan perubatan sebagi sasaran serangan mereka. Perbuatan itu terjadi sejak Intifada di Baitulmuqaddis itu bermula.

Sepucuk surat bantahan yang dialamat kepada Jawatankuasa Ahli-Ahli Parlimen Palestin telah dihantar di mana ia mengandungi permintaan dari peserta forum meminta agar masyarakat Eropah dapat memainkan peranan mereka dengan menghulur bantuan kepada warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang petani , pertempuran meletus di Bethlehem

Isnin, 02-10-2015 – Pendatang Yahudi menyerang petani Palestin di timur negeri Betlehem. Sementara itu, pertempuran tercetus di bandar al- Khader di selatan bandar.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa Khaled Abu Rejab , 43 tahun, dari bandar Yatta di selatan al -Khalil , mengalami patah kaki akibat serangan pendatang Yahudi ketika beliau memetik buah zaitun di negerinya di kampung Dar Salah. Dia telah dipindahkan ke hospital.

Dalam situasi yang sama , pertempuran meletus di Kota Lama bandar al- Khader di selatan Bethlehem dan di kampung Housan barat bandar . Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap rakyat Palestin. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada