Categories
Berita Semasa

Israel Serang Kenderaan Pengangkut Kanak-kanak di Ramallah

Isnin, 14-12-2015 – Seorang kanak-kanak tercedera dan lainnya mengalami ketakutan dan panik setelah pasukan penjajah Zionis pada Rabu (9/12) malam menembak kendaraan di daerah Silwad di timur kota Ramallah, setelah kendaraan tersebut melepasi pos militan yang didirikan pasukan penjajah Zionis di daerah barat Silwad.

Menurut sumber tempatan, pasukan penjajah Zionis menghentikan sebuah kenderaan yang mengangkut anak-anak dan menurunkan salah seorang dari mereka kemudian digeledah. Setelah kenderaan ditahan beberapa minit ia diizinkan untuk meneruskan perjalanan. Namun tiba-tiba kenderaan tersebut ditembak sehingga memecahkan kaca belakang dan mencederakan salah seorang kanak-kanak yang ada di dalamnya.

Sumber-sumber Palestin menyebutkan bahawa kanak-kanak yang ada di dalam kenderaan merasa takut dan panik. Sementara itu pasukan penjajah Zionis menahan puluhan kenderaan yang datang dari kota Ramallah menuju Silwad dan segera melakukan penggeledahan terhadap para penumpangnya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman