Categories
Berita Semasa

Pertempuran Letus Selepas Penduduk Haram Israel Lawat Makam Nabi Yusuf

Rabu, 01/06/2011 – Pertengkaran meletus awal pagi Isnin di Nablus setelah tentera Israel masuk makam Nabi Yusuf di timur Nablus di Tebing Barat yang dijajah . Para askar bergegas masuk untuk menawarkan perlindungan terhadap penduduk haram Yahudi yang pergi ke sana untuk melakukan ritual keagamaan.

Pemuda Palestin membalas pencerobohan mereka serangan dengan batu dan bom molotov menyebabkan tentera zionis mengejar mereka, saksi melaporkan. Mereka menambah bahawa lebih dari 40 kereta patrol Israel dan lebih dari sepuluh bas membawa penduduk haram Israel berkumpul di pos pemeriksaan Fourik Beit timur kota, dan beberapa lori yang membawa batu-batu sampai ke makam tersebut selepas tentera Israel mengawal semua wilayah dan pasukan keselamatan Palestin menarik diri.

Warga Palestin melaporkan bahawa tentera mengosongkan rumah mereka dan mereka ditahan di bilik untuk menggunakannya sebagai titik kawalan berhampiran lokasi operasi. Saksi mengatakan PIC bahawa penduduk datang dengan berjalan kaki ke makam – untuk pertama kalinya – pada pukul 03:00 pagi di bawah perlindungan tentera.

Warga Palestin menganggap insiden berkenaan adalah provokasi dan berkata para penduduk ingin menyampaikan mesej bahawa mereka akan masuk dan melakukan apa saja. Mereka membawa lori batu akan digunakan untuk membaiki dan menguatkan makam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Lagi pertelingkahan tercetus di Iraq Burin setelah serangan tentera rejim Israel

Rabu, 01/06/2011 – Tentera rejim Israel (IOF) bertelingkah dengan warga Palestin pada petang Isnin setelah menyerang kampung Iraq Burin di selatan kota Nablus di utara Tebing Barat.

Para peronda Israel telah dilempari batu setelah serangan mengejut mereka di kampung itu, kata ahli jawatankuasa tempatan Abdul-Raheem Qaddous. Beliau menambah bahawa tentera-tentera melepaskan peluru dan gas pemedih mata kepada penduduk tempatan.

Saksi-saksi mengatakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Dhib Mustafa telah ditembak pada muka, dan IOF menghalang ambulans daripada menghampirinya. Penentangan-penentangan berulang dilaporkan di kampung itu berikutan serangan Israel dan pendatang Yahudi dari masa ke semasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Zionis Bakar Tanah Milik Penduduk di Nablus Selatan

Rabu, 01/06/2011 – Sejumlah pendatang Zionis membakar tanah milik warga Madama, tenggara Nablus, setelah sebelumnya menyerang penduduk Palestin pada Isnin lepas. Sumber menyebutkan, puluhan pendatang Zionis dari wilayah Yetsahar yang terletak berhampiran dengan wilayah Syuarah membakar beberapa hektar tanah pertanian. Mereka kemudiannya melarikan diri setelah warga Palestin yang dibantu pihak pertahanan sivil berusaha memadam api.

Kejadian ini hanya berselang 24 jam setelah serangan mereka terhadap makam Nabi Yusuf di timur Nablus. Mereka juga melakukan kekacauan dan kerosakan di sana.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

ICC: Israel menghabiskan lebih dari satu bilion dolar setahun untuk me’yahudi’kan kota suci

Rabu, 01/06/2011 – Suruhanjaya Islam Kristian mengatakan bahawa masjid Benteng Daud bukanlah yang pertama kali diubah oleh Israel menjadi sebuah tempat Yahudi. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel merayakan pembukaan sebuah muzium yang dibina di atas runtuhan masjid.

“Israel telah mengambil alih masjid dan menukarkan penggunaannya agar sesuai dengan tujuan Israel dan rancangan mereka untuk me’yahudi’kan Baitulmaqdis dan menghapuskan identiti dan simbol-simbol Islam,” kata Setiausaha Agung ICC, Hassan Khater.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza gesa pinggirkan rejim Zionis secara politik

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya yang mentadbir di Gaza menggesa komuniti antarabangsa supaya mengasingkan rejim Zionis kerana sikap perkauman yang diamalkannya sehingga menyebabkan harapan untuk membina penempatan bersama menemui jalan buntu.

Jurucakap kerajaan tersebut, Taher al-Nunu berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu lepas ucapan terbaru Netanyahu di hadapan Kongres Amerika Syarikat penuh dengan cerita bohong dan menghapuskan sebarang harapan yang menjadi tunggak kepada proses
perdamaian.

Menurutnya lagi, Netanyahu cuba untuk membakar api kemarahan para pemimpin Palestin sehingga membelakangkan perpaduan Negara dan sebagai cubaan mereka-reka pendapat masyarakat antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir buka sempadan Rafah

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Mesir hari ini telah memutuskan untuk membuka pintu sempadan Rafah-Gaza. Pintu akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti rasmi, mulai 9.00am hingga 5.00pm. Kerajaan Mesir juga akan berjanji memberikan servis dan layanan yang terbaik kepada mereka yang menggunakan pintu masuk ini. Para pegawai Mesir yang bertugas di pintu itu telah dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa kerana tindakan zalim mereka ketika pemerintahan Hosni Mubarak.

Dengan terbukanya pintu Rafah ini, pelbagai manfaat yang dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat Palestin dan Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Ucapan Netanyahu ‘menyesatkan’ – Anggota Knesset

Selasa, 31/05/2011 – Para anggota Arab dari badan perundangan Israel, Knesset, berkata bahawa Netanyahu memberikan ucapan di depan Kongres AS pada hari Selasa merupakan percubaan untuk menipu.

Netanyahu mempromosikan idea bahawa orang-orang Arab di Israel sedang berkogsi kegembiraan hak demokrasi penuh. Kenyataan itu datang pada saat ketika Netanyahu telah memimpin orang-orangnya dalam bentuk perkauman paling buruk, kata ahli Knesset Mohammed Baraka, yang memimpin Front Demokratik untuk Perdamaian dan Penyamarataan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas dan kerajaan Palestin mengalu-alukan keputusan Kaherah membuka gerbang Rafah

Selasa, 31/05/2011 – Hamas dan Kerajaan Palestin di Gaza bergembira dengan keputusan Mesir untuk membuka gerbang Rafah selama-lamanya dan memudahkan kemasukan barang keperluan ke Palestin bermula Sabtu depan.

Hamas berkata dalam kenyataan daripada biro medianya, yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, “sesungguhnya kami di Hamas mengalu-alukan dan menghargai keputusan saudara kami di Mesir untuk membuka sempadan Rafah selama-lamanya. Ini menunjukkan semangat thaurah (revolusi) Mesir memberi semangat kepada Arab, refleksi kepada kuatnya keterikatan ukhuwwah di antara rakyat Palestin dan Mesir yang mula kembali mengambil peranan dalam isu Palestin.

Menurut Hamas lagi : “kami menganggap resolusi Mesir ini sebagai inisiatif berani untuk meruntuhkan tembok pemisah Gaza, yang telah menyebabkan penderitaan bertahun-tahun. Kami berharap agar langkah ini meningkatkan lagi keterikatan dan semangat kerjasama selain menjadi sokongan kepada rakyat Palestin yang masih berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Gabi Ashkenazi Akui Israel Tak Mampu Kembalikan Shalit

Selasa, 31/05/2011 – Mantan Panglima Angkatan Tentera Darat Israel, Gaby Ashkenazi mengakui semalam Rabu (25/5) bahawa militan Israel gagal dalam menyelesaikan isu Gilad Shalit dan membebaskannya dari tawanan fraksi-fraksi Palestin di Semenanjung Gaza. Beliau mengisyaratkan bahawa operasi militan atau serangan terhadap elit Hamas tidak mampu membebaskan Shalit.

Dalam satu majlis Forum Perniagaan di Universiti Baar Eilan dimana beliau dianugerahkan doktor kehormatan, Ashkenazi menegaskan bahawa militan Israel tidak mampu mengembalikan Shalit kepada keluarganya. Sebab utamanya adalah kemampuan Hamas menyembunyikan Shalit menjadikan ianya sulit untuk dipastikan kedudukannya, tegas beliau.

Beliau menambah, “Kita harus mengakui akan hal itu kerana tidak mungkin kita menggunakan kekuatan militan untuk membebaskan Shalit. Saya bermimpi untuk melihat pesawat helikopter yang membawa Shalit mendarat di perlintasan Eirez untuk menemui keluarganya.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mesir cuba mengubah perjanjian Camp David

Selasa, 31/05/2011 – Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi sedang menkaji idea untuk mengubah beberapa item dan mengaktifkan perkara lain yang telah diabaikan dalam perjanjian Camp David yang ditandatangani oleh negara itu dengan Israel, kata diplomat tertinggi Mesir kepada PIC.

Arabi telah memantau lembaga pakar undang-undang dan diplomat selama dua bulan terakhir untuk mengkaji perjanjian Camp David dan menentukan bagaimana Mesir dan Arab boleh mendapatkan keuntungan dari beberapa perkara yang setakat ini telah diabaikan.

Sumber berkata Arabi yakin jawatankuasanya itu akan berjaya walaupun perjanjian itu ditandatangani tiga puluh tahun yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pendudukan rejim Zionis ancam struktur ladang Palestin

Selasa, 31/05/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis telah menghantar notis kepada 6 orang rakyat Palestin di selatan Tebing Barat, yang termasuk dalam wilayah Al-Khalil, bagi memaklumkan bahawa struktur ladang-ladang serta padang-padang mereka di Kampung Beit Aula yang terletak di bahagian barat al-Khaliil akan mereka akan
dimusnahkan.

Ketua Majlis Perbandaran Beit Aul, Rateb al-Emleh berkata, menurut notis tersebut, 4 buah telaga yang terletak di Jalmon dan Twas, berhampiran tembok pemisah, serta beberapa struktur ladang yang lain akan dimusnahkan. Kawasan tanaman makanan yang besar di ladang terbabit akan dimusnahkan, manakala pokok-pokok akan dicabut.

Menurut Emleh lagi, tindakan rejim Zionis ini adalah sebahagian daripada rancangan penjenayah itu untuk menjadikan kawasan terbabit seperti padang jarak padang tekukur bagi menguburkan usaha rakyat Palestin membangunkan kawasan terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Gaza: Ucapan Netanyahu memalsukan sejarah

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza mengatakan bahawa ucapan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Kongres pada hari Selasa adalah pemalsuan sejarah dan menyesatkan orang awam.

Ketua media pegawai kerajaan, Hasan Abu Hashish, mengatakan bahawa ucapan Netanyahu-benar mengabaikan hak-hak Palestin dan mencabar undang-undang antarabangsa. Dia menambah bahawa ucapan itu dipenuhi hasutan terhadap orang-orang Arab dan campur tangan dalam urusan dalaman Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouq : Pengiktirafan Zionis oleh PLO adalah kesalahan bersejarah

Khamis , 26/05/2011 – Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouq, menganggap bahawa tindakan PLO selama ini sebagai satu “kesalahan bersejarah” apabila mengiktiraf rejim Zionis sejak tahun 1993, dan berkata PLO tidak mungkin akan mengulangi kesalahan seperti ini lagi.

Abu Marzouq berkata pada hari Selasa (24 Mei) sempena kehadirannya ke sidang media di Russia bersama dengan delegasi perwakilan faksi-faksi Palestin lain bahawa, “di dalam undang-undang antarabangsa dan kesemua persepakatan antarabangsa langsung tidak menyebut bahawa mana-mana parti, organisasi atau pertubuhan boleh mengiktiraf sesebuah negara, oleh itu adalah sangat tak masuk akal apabila Hamas dikehendaki mengiktiraf negara Israel.”

Beliau menambah bahawa pengiktirafan PLO terhadap Zionis, “adalah satu kesalahan bersejarah, kerana ia (PLO) bukanlah sebuah negara (tetapi parti) untuk mengiktiraf sebuah negara (negara Israel)”. Beliau menerangkan lagi, “jikapun PLO memang dikehendaki untuk mengiktiraf, ia mestilah dibuat secara mutual dan bukan keputusan satu hala sahaja, selain pengumuman untuk pengiktiran perlu dibuat pada akhir dialog (antara Israel dan PLO) bukan pada awalnya.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mubarak dan 2 anaknya dibawa ke mahkamah

Khamis , 26/05/2011 – Pihak tertinggi Mesir hari ini mengarahkan agar bekas presiden, Hosni Mubarak dan 2 orang anaknya di bawa ke mahkamah. Mubarak dan 2 orang anaknya didakwa atas membunuh para demonstran, penyelewangan wang rakyat, terlibat dalam pembelian senjata oleh Zionis-Israel dan menerima komisen ke atas jual beli senjata. Turut didakwa ialah beberapa bekas pimpinan kerajaan Mesir yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan kematian para demonstran.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

MK cuba serah “petisyen Jordan adalah Palestin ” di kedutaan Jordan

Khamis , 26/05/2011 – Radio Israel berkata ahli Knesset, Arye Eldad dari Kesatuan Nasional pergi ke kedutaan Jordan Selasa pagi lalu dan cuba menyerahkan petisyen yang menyatakan Jordan adalah Palestin dan masalah Palestin mesti diselesaikan di Jordan.

Para pegawai kedutaan menolak untuk menerima permohonan yang ditandatangani oleh 6000 orang dari 69 negara di seluruh dunia, menurut radio tersebut. MK juga meminta aktivis Zionis di tujuh negara lain untuk menyerahkan petisyen itu ke kedutaan Jordan di negara masing-masing.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz