Categories
Berita Semasa

Hukuman penjara 3 tahanan Palestin secara berasingan di tamatkan dan kembali kepada penjara biasa.

Jumaat, 12-06-2015 – Pihak Penjajah Israel (IOA) berjanji untuk menamatkan hukuman kurungan berasingan ke atas 3 tahanan rakyat Palestin yang dikenakan 3 hari lalu dengan menghantar mereka balik semula ke bilik kurungan Menurut kenyatan Pusat Media Penjara Israel, pihak mereka telah mengurung secara berasingan seorang tahanan, Khalil Awawda disebabkan bantahan yang dibuat kerana mendakwa dia dinafikan haknya dari mendapatkan rawatan kesihatan yang dilakukan oleh pihak penjara. Manakala, 2 lagi tahanan yang dikenali sebagai Majed Abu Diya dan Adel Mussa turut dikenakan hukuman yang sama kerana menyatakan sokongan atas bantahan yang dibuat oleh Khalil, itu.

” Semasa dalam kurungan yang berasingan itu, ketiga-tiga tahanan tersebut telah mengadakan mogok lapar selama 3 hari sebelum pihak penjara menarikbalik hukuman tersebut, ” tambah sumber itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Wartawan antara 8 warga yang ditahan oleh pihak berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat

Jumaat, 12-06-2015 – Sekurang-kurangnya 8 orang ahli dan yang berkaitan dengan Hamas termasuk seorang wartawan telah ditahan dan seorang lagi dipanggil untuk siasatan oleh (PA).

Sumber dari bandar Ramallah Tebing Barat menyatakan Bahagian Pencegahan PA menahan Amin Arman dari bandar Ein Yabroud setelah memanggilnya untuk soal siasat. Alaa Hamdan, penyelaras Blok Islamik di Universiti al-Khadouri turut diahan sebaik sahaja beliau sampai di pusat tahanan PA.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan 3 hari latihan simulasi perang.

Isnin, 08-06-2015 – Pusat Informasi Palestin : Beberapa orang Israel lari bertebaran menuju ke tempat sembunyi pada petang hari Selasa(2/6). Ini terjadi dalam latihan simulasi kejadian perang Israel.

Semua siren peringatan dibunyikan di semua pelusuk wilayah jajah tahun 1948. Latihan simulasi yang sudah berlangsung selama 3 hari yang sudah pun bermula pada hari Ahad(31/5) akan terus disambung pada Khamis.

Radio awam Zionis mengatakan bahawa semua siswa siswi serta pekerja pelbagai sektor menuju ke tempat persembunyian dan tempat-tempat yang terlindung, dalam rangka latihan oleh pihak perancang masa depan tentera Zionis itu.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Bakti

Categories
Berita Semasa

Perayaan “Last Supper” diganggu ektremis Yahudi.

Isnin, 08-06-2015 – Sekumpulan ektremis Yahudi telah mengganggu perayaan “Last Supper” masyarakat Kristian di Gunung Ziont selatan Jerusalem. Sumber media mendedahkan 12 orang penganut fanatik Haradim Yahudi berkumpul sejak pagi di tengah-tengah Last Supper , telah mengalang penganut Kristian di laluan dan tidak membenarkan mereka melakukan upacara sembahyang ketika cuti Pentecost yang disambut penganut Kristian Ortodoks selama 2 hari. Menurut kenyataan polis Israel, penganut fanatik Yahudi tersebut telah dipaksa bersurai bagi membolehkan penganut Kristian melakukan upacara sembahyang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : farida

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan struktur pertanian di utara Jenin

Isnin, 08-06-2015 – Jentolak tentera Israel memusnahkan struktur pertanian pada petang Isnin untuk semakin hampir dengan kem tentera Salem ke arah utara bandar Jenin.

Sumber tempatan mengatakan tentera rejim Israel beserta patrol dan jentolak memusnahkan fasiliti pertanian yang dimiliki seorang lelaki Palestin di bandar berdekatan, Rummaneh. Tentera rejim Israel memberi amaran agar tidak membina semula fasiliti yang terdiri daripada satu telaga air dan sebuah bilik, sumber tersebut menambah. Pemilik ladang tersebut menyatakan, tentera rejim meratakan ladangnya dan mencabut pohon-pohon zaitun meski beliau memiliki dokumen hakmilik rasmi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

17 rakyat Palestin ditahan dalam serbuan di Jerusalem, Tebing Barat

Rabu, 03-06-2015 – Tentera Israel telah menyerang Jerusalem dan Tebing Barat yang dicerobohi pada pagi Selasa. 17 rakyat Palestin telah ditangkap. Saksi mendedahkan bahawa dua kereta peronda polis Israel diiringi oleh Pasukan Khas Israel menyerang kejiranan al-Tour dalam wilayah yang dicerobohi Jerusalem dan berkubu di salah sebuah rumah Palestin yang diambil alih oleh peneroka beberapa tahun yang lalu.

Tentera Israel telah dengan paksa telah menghentikan kereta yang sedang melalui kawasan tersebut. Satu kereta polis Israel telah ditempatkan di persimpangan jalan utama di kejiranan al-Tour bagi mengeluarkan saman kesalahan trafik terhadap rakyat Palestin, kata saksi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

AGPS: 91 pelarian Palestin dibunuh di Syria

Rabu, 03-06-2015 – Kumpulan Tindakan Palestin Syria (AGPS) mengesahkan bahawa 91 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria sejak tercetusnya peristiwa berdarah yang berterusan. 91 mangsa telah dibunuh di tangan tentera rejim Syria dan kumpulan bersenjata pembangkang, kata kumpulan itu dalam laporannya.

Laporan itu menyatakan bahawa pelarian Palestin berusia 27 tahun, dari kem Yarmouk, telah diseksa hingga mati di penjara rejim Syria.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Banduan Gilboa lakukan serangan, banduan dipindahkan

Rabu, 03-06-2015 – Tentera penjara Israel pada Ahad menyerbu dengan ganas seksyen 4 di penjara Gilboa, menyebabkan keadaan ketegangan tinggi dengan tahanan Palestin, menurut Persatuan Banduan Palestin.

Persatuan itu berkata bahawa tentera menyerang orang yang terkurung dalam bahagian dan dipindahkan beberapa orang daripada mereka ke
tempat-tempat lain. Ia menyatakan bahawa banduan menutup keseluruhan penjara dan menghalang lawatan sehingga diberitahu kelak, tanpa menyatakan sebarang alasan yang menyokong dakwaan langkah itu terhadap para tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Sham

Categories
Berita Semasa

Mesir membuka lintasan Rafah sebahagian kepada yang terkandas sahaja

Rabu, 03-06-2015 – Ketua Pengarah sempadan dan lintasan Gaza, Maher Abu Sabha mendedahkan bahawa pihak berkuasa Mesir bercadang untuk membuka
sempadan lintasan Rafah dalam satu arah untuk mengembalikan orang-orang yang terkandas di Mesir ke Semenanjung Gaza.

Dalam ceramah eksklusif dengan PIC, Abu Sabha mendedahkan bahawa persimpangan akan dibuka pada hari Selasa dan Rabu pada 26 dan 27 Mei. Beliau melahirkan kekecewaan untuk pembukaan separa selepas penderitaan yang sangat panjang.

Mengenai masa depan pembukaan arah dua hala, Abu Sabha berkata perintah membuka lintasan Rafah telah dibuat oleh Kedutaan Palestin di Kaherah untuk mengurangkan tanggungjawabnya terhadap rakyat Palestin terkandas di Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas adakan pameran di Lubnan bagi mengingati ulang tahun ke-67 Nakba

Rabu, 03-06-2015 – Pergerakan Hamas di Lubnan pada Ahad lalu telah membuka pameran mengenai warisan Palestin di kawasan Zaineh Wadi bandar Siblin sempena ulang tahun ke-67 Nakba.

Dalam kenyataan akhbar, Pergerakan menyatakan bahawa pameran itu telah dianjur di bawah naungan Siblin Datuk Bandar Mohamed Qawber.
Pameran itu termasuk beberapa aktiviti dan kawasan pameran untuk pakaian tradisional, artifak, kraftangan, foto, gambar, dan pelbagai pameran yang menggambarkan warisan budaya Palestin dan cerita rakyat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel Tutup Checkpoint berhampiran Nablus

Rabu, 03-06-2015 – Menurut Ma’an , pusat pemeriksaan ketenteraan Israel yang menuju ke bandar Tebing Barat Beit Furik ditutup selepas ada rakyat Palestin didakwa telah melontar koktel Molotov pada kereta Israel yang memandu di pintasan tersebut pada waktu malam.

Oleh itu, Palestin tidak dibenarkan masuk melalui pusat pemeriksaan dari kedua-dua arah. Di pintu masuk bandar berhampiran Beit Dajan, ” pusat pemeriksaan terbang” telah ditubuhkan untuk memeriksa kenderaan Palestin yang melaluinya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Polis Israel, peneroka mengganggu kanak-kanak Palestin, serang keluarga di O. J’lem

Rabu, 03-06-2015 – Segerombolan peneroka fanatik Israel, diiringi oleh polis sempadan, pada petang Sabtu telah menyerang dan mencederakan sebuah keluarga Palestin yang tinggal di bandar Old Jerusalem selepas kedua membantah penderaan kanak-kanak mereka.

Ahli keluarga Ahmad Jaber katanya dalam satu kenyataan akhbar, pertempuran berlaku selepas polis sempadan Israel, yang telah merampas tingkat dua sebuah pangsapuri milik keluarga tersebut dalam kejiranan al-Sa’diya, kemudiannya mengganggu sekumpulan kanak-kanak Palestin.

Askar-askar Israel yang bersenjata yang menyerang keluarga Jaber dan penduduk lain berketurunan al-Sa’diya dengan tembakan secara rawak peluru getah dan gas lada.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Syam

Categories
Berita Semasa

Jentera-Jentolak Israel Buka Jalan Penempatan di Selatan Nablus.

Rabu, 03-06-2015 – Pusat Informasi Palestin: Jentera-jentolak Israel pada hari Ahad(31/5) telah membuka jalan penempatan di tanah warga daerah Ushairah di selatan kota Nablus, Wilayah utara Tepi Barat.

Ada saksi mengatakan, ” Jentolak tentera Zionis dengan perlindungan polis dan 50 askar, mula membuka jalan penempatan di tanah warga daerah Buraijimah di Ushairah, kira-kira sepanjang 150 meter.”

Tambah mereka, “Pembukaan jalan ini mengancam lebih dari 20 pemilik tanah pertanian yang tanah mereka terletak di dua sisi jalan penempatan tersebut yang mencapai puluhan hektar. Jalan ini menghubungkan antara tentera Zionis yang ada di daerah tersebut dan tangki air utama yang menghubungkan warga daerah tersebut.

Penduduk daerah Ushairah yang terletak berhampiran penempatan Yahudi Itsahar dan Bracha, secara tidak langsung telah diserang secara fizikal dan harta benda yang ada. Dengan perlindungan tentera Zionis secara kejam melakukan hukuman terhadap mereka. Bermula dari serbuan, menggeledah ke rumah pada waktu malam dan penggunaan fasiliti di daerah tersebut untuk latihan ketenteraan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Asyraf Bakti

Categories
Berita Semasa

Petisyen untuk mengggugurkan Rajoub dari jawatan presiden PFA

Rabu, 03-06-2015 – Sekumpulan aktivis Palestin melancarkan kempen untuk mengugurkan Jibril Rajoub dari kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Bola Sepak Palestin ( PFA ) akibat permintaannya untuk menggantung Israel dari Persekutuan Antarabangsa de Football Association ( FIFA ) telah diabaikan.

Saat-saat akhir pengumuman Rajoub datang sebagai satu kejutan kepada ramai rakyat Palestin, terutama di tengah- kenyataan berulang bahawa tiada apa yang akan menghalangnya daripada meneruskan usaha anti – Israel.

Kritikan Rajoub itu turut ke media sosial dengan kuatnya mengutuk keputusannya dan meminta pemecatannya daripada kedudukannya. Aktivis Palestin menyeru semua orang untuk menandatangani petisyen menuntut pemecatan Rajoub .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Istanbul: Perarakan Bebas Jerusalem Mengingati Mavi Marmara

Selasa, 02-06-2015 – Sekumpulan orang Turki daripada Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH) berdoa selepas solat Subuh di hadapan kedutaan Israel di Ankara untuk menandakan ulang tahun kelima serangan Israel ke atas kapal “Mavi Marmara”.

Sekumpulan wakil dari IHH cawangan Konya dalam perjalanan ke Istanbul untuk “Perarakan Bebas Jerusalem” yang akan diadakan pada 5 petang pada 31 Mei, di Masjid Fatih di bandar.

Selepas sembahyang Subuh, ketua cawangan IHH di Konya Hasan Uysal berkata 11 bas keluar dari Konya menuju ke Istanbul. “Kami berharap kami akan berdoa untuk hari raya dan Jumaat di Jerusalem semua bersama-sama,” katanya.

Pada bulan Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan warga Turki dan seorang rakyat Amerika yang berasal dari Turki dalam satu serbuan ke atas kapal Mavi Marmara, yang merupakan sebahagian daripada “Gaza Freedom Flotilla.” Seorang lagi meninggal dunia di sebuah hospital di Turki pada tahun 2014 selepas berada dalam koma hampir empat tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen