Selasa , 21/06/2005 –Mufti Palestin, Sheikh Ekrema Sabri (gambar), berkata semalam tentang satu gerakan yang bahaya di bawa oleh ‘ulama’ dari Korea bernama Muyong Moon yang mengaku menjadi Nabi.
Author: admin
Isnin , 20/06/2005 –Dr. Mahmod Zehar, pemimpin Hamas menyatakan rasa aneh lagi pelik apabila terdapat sumber-sumber Zionis-Israel yang menegaskan bahawa Amerika sedang berusaha menghalang Hamas daripada menyertai pilihanraya legislatif.
Beirut, Isnin , 20/06/2005 –Jika Cuba mempunyai ikon “Che Guevera” sebagai lambang perjuangan kemerdekaan mereka, maka rakyat Palestin mempunyai Yahya Ayyash sebagai ikon mereka. Pejuang muda yang pernah menggerunkan pasukan tentera rejim Zionis kerana kelicikannya dan juga kehebatan strategi peperangannya itu kini telah difilemkan oleh Basil al-Khatib, seorang produser filem yang mula menempa nama di layar perak Timur Tengah.
Jumaat , 17/06/2005 –Kesatuan Eropah telah mengambil inisiatif yang berani dengan mengadakan perjumpaan terteutup bersama wakil-wakil HAMAS yang memenangi pilihanraya majlis-majlis perbandaran yang lalu. Hal ini telah disahkan oleh Abu Zuhir dan juga Mushir al-Masri. dalam kesempatan yang lain, AFP telah menerima maklum balas rasmi dari wakil EU berkenaan hal tersebut.
Jumaat , 17/06/2005 –Ramallah – Seorang tahanan Palestin di pusat kem soal-siasat zionis-Israel di Galel wilayah utara Palestin meninggal(baca:syahid). Sementara itu 4 orang pemuda Palestin ditangkap oleh Zionis-Israel.
Rabu , 15/06/2005 –PM Palestin, Ahmed Qorei mengancam akan menangguhkan semua aktiviti yang telah dirancang oleh kerajaannya jika keadaan masih lagi bergolak. Ini terjadi apabila 2 orang mati ditembak oleh kumpulan yang tidak diketahui.
Selasa , 14/06/2005 –Pihak pengurusan Palestinkini telah melancarkan satu klip video pendek untuk tontonan umum. Sila muat turun dan edarkan kepada rakan-rakan lain bagi menyemarakkan sensitiviti tentang isu Palestin.
Muat Turun Di Sini
Saiz fail : 4.49MB
Apakah wajah sebenar Fatah tampak jelas selepas berlangsungnya pusingan kedua pilihanraya di Palestin ? Kenapa Fatah membantah keputusan sedangkan yang mengira undi adalah orang kerajaan sendiri ? Hairan bin Ajaib ?Maszlee Malik cuba menyelongkar …
Oleh Maszlee Malik
Dr. Yusuf Qardhawi memberi satu gambaran jelas kepada kita siapakah yang patut diperangi dalam isu Palestin ini. Beliau mengajak kita sama2 mengubah radar sensitiviti kita terhadap Zionisme yang telah sama sekali mengubah norma kehidupan manusia sehingga meletuskan malapetaka.
Isnin , 13/06/2005 –Presiden Palestin, Mahmod Abbas mendapat persetujuan daripada kumpulan-kumpulan pejuang Palestin bahawa mereka bersetuju untuk meneruskan genjatan senjata(tempoh aman) terhadap Zionis-Israel.
Jumaat , 10/06/2005 –Seramai 20 orang Palestin ditangkap di Al-Quds, manakala 4 orang lagi ditangkap di Jenin. Penangkapan mereka berdasarkan atas alasan-alasan yang tidak masuk akal.
Jumaat , 10/06/2005 –COMES (Pusat Kajian Palestin Indonesia ) yang juga merupakan sumber rujukan Palestinkini kini sedang mengadakan kempen kesedaran ke beberapa
pulau di Indonesia bagi menyebarluaskan kesedaran tentang isu Palestin.
Khamis , 09/06/2005 –Akhbar Zionis-Israel, menyebutkan bahawa anggota Knesset Muhammad Barkah menegaskan beliau sendiri menyaksikan helain-helain al-Quran dirobek-robek di penjara Megiddo. Beliau melakukan kunjugan apabila suasana hangat akibat penghinaan terhadap al-Quran oleh warden-warden penjara Megiddo Israel.
Khamis , 09/06/2005 –Bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puashati terhadap Zionis-Israel yang menghina dan mengoyakkan al-Quran, banduan Palestin yang dipenjarakan di Penjara Israel Megiddo telah melancarkan mogok lapar selama 3 hari.
Khamis , 09/06/2005 –Selasa lepas (7/5/2005) Seorang pegawai penjara di penjara Megiddo bertindak menghina al-Quran dan pergerakan Jihad Islami menyeru kepada seluruh umat Islam supaya menyatakan kemarahan terhadap tindakan tersebut.