Categories
Berita Semasa

PDCS: Utara Gaza menjadi timbunan runtuhan

Isnin, 27/1/2025 – Jurucakap kepada Persatuan Pertahanan Awam Palestin (PCDS) di Gaza, Mejar Mahmoud Basal, mengesahkan yang kru Pertahanan Awam sedang meneruskan kerja-kerja mencari jenazah para syuhada.

“Situasi di lapangan memerlukan tanggungjawab besar, namun usaha masih diteruskan dan kami telah dan masih berusaha untuk memberikan sokongan dalam operasi mencari,” Basal berkata dalam kenyataan akhbar pada Rabu.

Basal menyatakan yang situasi di Semenanjung Gaza sama sekali berbeza daripada kawasan lain kerana, selain daripada pengeboman berterusan yang memusnahkan banyak rumah, kawasan itu juga menerima kemusnahan teruk akibat serangan yang berlangsung lebih daripada 100 hari.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

PBB : 13,000 Kakitangan UNRWA di Gaza

Isnin, 27/1/2025 – Penyelaras Kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin, Muhannad Hadi, berkata bahawa “UNRWA mempunyai kira-kira 13,000 kakitangan di Semenanjung Gaza.”

Hadi baru sahaja kembali dari lawatan ke Gaza, di mana beliau menyaksikan tanda-tanda pemulihan di tengah-tengah cabaran kemanusiaan yang masih berlarutan.

“UNRWA menggaji 13,000 orang di Gaza, dan ia adalah majikan kedua terbesar di Gaza selepas pihak berkuasa Palestin,” katanya, sambil menekankan keperluan untuk sokongan berterusan terhadap operasi agensi tersebut.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Pelapor PBB: Kehadiran Israel di Tebing Barat dan Jerusalem Adalah Tidak Sah

Isnin, 27/1/2025 – Pelapor Khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia di Palestin, Francesca Albanese, menyatakan pada hari Rabu bahawa kehadiran “Israel” di Tebing Barat, Jerusalem, dan Semenanjung Gaza adalah tidak sah.

Beliau menegaskan bahawa Israel mesti dipaksa keluar dari wilayah Palestin yang diduduki.

Mengenai situasi di Semenanjung Gaza, Pelapor PBB itu menekankan bahawa gencatan senjata di Gaza adalah rapuh dan perlu dikekalkan.

Kenyataan Albanese itu dikeluarkan bersempena dengan serangan agresif Israel ke atas Jenin dan kem pelarian di kawasan tersebut untuk hari kedua berturut-turut, yang telah menyebabkan sepuluh orang terkorban dan puluhan lagi cedera.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Jihad Islam Gesa Penduduk Tebing Barat Menentang Penjajah Zionis

Isnin, 27/1/2025 – Pergerakan Hamas telah menggesa anak muda Tebing Barat dan semua rakyat Palestin untuk bergabung tenaga antara satu sama lain dan meningkatkan konfrontasi dengan Zionis (IOF) di semua kawasan dan menggagalkan serangannya ke atas Jenin.

Tentera Zionis melancarkan serangan besar-besaran pada hari Selasa ke atas Jenin dan kem pelariannya selepas pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin berundur dari kawasan itu. Sekurang-kurangnya lapan orang mati syahid dan berpuluh-puluh cedera dalam serbuan IOF.

Dalam satu kenyataan, Hamas meratapi rakyat yang terbunuh semasa operasi IOF di Jenin dan memuji para pejuang penentangan kerana berani berdiri di hadapan tentera Israel dan bertempur dengan mereka.

Hamas mengecam sekeras-kerasnya pasukan keselamatan PA kerana berundur dari sekitar kem Jenin selepas IOF memulakan operasinya di kawasan itu hari ini, menunjukkan bahawa perkhidmatan keselamatan PA telah mengepung kem Jenin selama lebih 48 hari dan menolak semua inisiatif nasional yang bertujuan untuk menamatkan langkah berbahaya mereka terhadap penentangan.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami Akan Kalahkan Netanyahu Di Tebing Barat Seperti Di Gaza

Khamis, 23/1/2025 – Ketua Hamas di Tebing Barat, Zaher Jabarin, menegaskan bahawa Benjamin Netanyahu terus berusaha mencetuskan peperangan demi mengekalkan kuasanya. Beliau menyatakan bahawa matlamat utama Netanyahu adalah membunuh dan menghancurkan bagi memastikan pemerintahannya tidak tergugat.

Dalam wawancara bersama Al Jazeera, Jabarin berkata bahawa rakyat Palestin di Gaza telah bersatu padu dan berjaya mematahkan kehendak Israel. Beliau turut menyatakan bahawa rakyat Palestin memiliki keberanian dan keazaman yang tidak dapat digugat untuk terus melawan penjajahan, kerana tiada pilihan lain selain berjuang.

“Walaupun yang tinggal hanyalah batu, rakyat Palestin akan terus melawan penjajahan,” katanya dengan penuh semangat.

Jabarin juga menegaskan bahawa gerakan Hamas akan “mengalahkan Netanyahu di Tebing Barat, sebagaimana kami berjaya mengalahkannya di Gaza.”

Pada hari Selasa, tentera penjajah Israel yang disokong oleh pesawat tempur melancarkan operasi besar-besaran di bandar Jenin, Tebing Barat. Serangan ini mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terkorban, manakala 35 lagi cedera. Angka korban dijangka terus meningkat.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Gaza: 72 syahid di Gaza dalam tempoh 24 jam

Khamis, 23/1/2025 – Kementerian Kesihatan Palestin berkata krunya telah menguruskan 72 mayat syahid, di mana 68 daripadanya ditemui dari bawah runtuhan.

Kementerian itu menambah dalam laporan statistik harian mengenai jumlah kematian dan kecederaan akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, bahawa hospital Gaza juga menguruskan 56 kecederaan.

Ia menunjukkan bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 47,107 syahid, selain 111,147 cedera sejak 7 Oktober 2023.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Ditembak dan Dicederakan oleh Tembakan Rejim Zionis di Al-Khalil

Selasa, 21/1/2025 – Rejim Zionies menembak dan mencederakan seorang pemuda Palestin dalam satu serbuan di bandar Idhna, barat al-Khalil, pada petang Ahad.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan bahawa seorang pemuda ditembak di tangan dengan peluru hidup yang dilepaskan oleh tentera rejim itu dan telah dibawa ke hospital.

Persatuan itu juga menambah bahawa beberapa warga lain mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran dan telah menerima rawatan di lokasi kejadian.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Pelbagai anggaran awal untuk kos pembinaan semula Gaza, dengan anggaran maksimum mencecah $80 bilion.

Selasa, 21/1/2025 – Anggaran kos pembinaan semula Gaza selepas 15 bulan perang genosid oleh Regim Zionis Israel ke atas wilayah yang terkepung itu berbeza-beza.

Pada Ogos 2024, rangkaian Bloomberg memetik pakar yang menganggarkan kos pembinaan semula Gaza dan pemulihan pasaran buruh yang musnah mungkin melebihi $80 bilion, di samping $700 juta untuk menghapuskan 42 juta tan runtuhan.

Dalam laporan sebelumnya, Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kerosakan kepada infrastruktur penting di Gaza antara Oktober 2023 dan Januari 2024 adalah sekitar $18.5 bilion.Pada Oktober lalu, PBB menyatakan bahawa pembuangan 42 juta tan sisa runtuhan akibat serangan agresif oleh pendudukan Israel mungkin mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja $1.2 bilion.  

Penterjemah : Norshuhada Samudin & Nur idawati

Categories
Berita Semasa

Hari 471 Perang, Gencatan Senjata Rasmi Dimulakan di Gaza

Selasa, 21/1/2025 – Sebagian besar warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak tidur malam, menanti dengan penuh hati-hati berlakunya perjanjian gencatan senjata pada hari Ahad pukul 8:30 pagi, hari ke-471 perang genosid yang dilancarkan Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Pada pagi Ahad, puluhan penduduk menanti dengan tenang ketika perjanjian tersebut dimulakan dan mereka menuju ke kota Rafah dimana kenderaan penjajah Israel mula keluar ke sempadan Palestin-Mesir, setelah serangan berterusan sejak 7 Mei 2023 yang menyebabkan kekacauan dan kehancuran.

Dalam pernyataan ringkas pada Ahad pagi, gerakan Hamas menegaskan komitmennya terhadap kandungan perjanjian gencatan senjata. Pengiriman nama-nama tahanan yang akan diumumkan pada gelombang pertama ditunda kerana alasan teknikal di lapangan. Pernyataan ini dikeluarkan setelah Perdana Menteri Israel mengumumkan bahawa Netanyahu telah mengarahkan tenteranya agar tidak melakukan gencatan senjata jika Hamas tidak menyerahkan daftar tahanan perempuan.

Penterjemah : Dr Osman

Categories
Berita Semasa

Detik-detik Kebahgiaan Luar Biasa: Al-Qassam menyiarkan adegan penyerahan banduan

Selasa, 21/1/2025 – Pada petang Ahad, Briged al-Qassam, sayap tentera Gerakan Penentangan Islam (Hamas), menyiarkan adegan khas daripada penyerahan 3 tahanan Israel, dalam pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan Israel.

Para tahanan kelihatan dalam keadaan lega dan gembira, dan rakaman itu termasuk memberi mereka cenderahati daripada Briged Qassam sebelum penyerahan.

Saluran 12 Israel melaporkan bahawa Hamas memberikan sampul surat kepada setiap tiga banduan yang mengandungi peta Semenanjung Gaza dan gambar tawanan mereka.

Al-Qassam mendokumentasikan proses pejuang dan kenderaan tenteranya berkeliaran di jalan-jalan di Bandar Gaza ke kawasan penyerahan, dan laungan Palestin menyokong penentangan. Ketiga-tiga tahanan Israel diserahkan di Dataran Saraya di tengah Bandar Gaza daripada al-Qassam kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), dan kemudian diserahkan kepada tentera Israel.

Terdahulu pada Ahad, Abu Ubaidah, jurucakap tentera Briged Qassam, berkata briged itu telah memutuskan untuk membebaskan tahanan Rumi Gonen, 24, Emily Damari, 28, dan Doron Shatnabar Khair, 31.

Beliau menjelaskan dalam satu hantaran di akaun Telegramnya bahawa pembebasan tiga tahanan Israel itu adalah dalam rangka perjanjian Al-Aqsa untuk pertukaran tahanan.

Pada 7 Oktober 2023, Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, melakukan serangan besar ke atas pangkalan, berek dan penempatan di sekitar Gaza, membunuh ratusan askar dan pegawai Israel.

Al-Qassam juga menangkap sekurang-kurangnya 240 warga Israel, lebih daripada 100 daripadanya dibebaskan semasa gencatan senjata kemanusiaan pada November 2023, manakala berpuluh-puluh tahanan terbunuh di Gaza akibat serangan Israel selama lebih 15 bulan di Segenting Gaza.

Petang Rabu lalu, Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani mengumumkan bahawa pengantara telah mencapai perjanjian gencatan senjata di Segenting Gaza, menunjukkan bahawa fasa pertamanya akan berlangsung selama 42 hari.

Israel berhasrat untuk membebaskan 1,977 tahanan Palestin, termasuk 290 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 1,687 dengan hukuman yang berbeza-beza, sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza, sebagai pertukaran untuk membebaskan 33 tahanan Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Tiga Wartawan Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza


Isnin, 20/1/2025 – Tiga lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan pekerja media Palestin yang terbunuh dalam perang genosid selama 15 bulan di Semenanjung Gaza meningkat kepada sekurang-kurangnya 206 orang.

Wartawan Ahmed Al-Shiah maut dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah dapur amal di kawasan Al-Mawasi, barat bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Serangan itu turut meragut nyawa dan mencederakan beberapa individu lain.

Aqel Saleh pula terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sekumpulan penduduk di kem pelarian Shati, barat Gaza City.

Di Nuseirat, Gaza tengah, aktivis Ahmed Abu Alrous dan empat orang lagi turut terkorban apabila serangan udara Israel mengenai kenderaan mereka.

Setakat pagi Rabu, serangan Israel telah mengorbankan 59 rakyat Palestin di seluruh Gaza.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas berkata perjanjian gencatan senjata Gaza kerana ‘keteguhan’ Palestin

Isnin, 20/1/2025 – Pergerakan Hamas berkata perjanjian gencatan senjatanya dengan Israel untuk menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza adalah hasil daripada “keteguhan” rakyat Palestin dan “penentangan” rakyat mereka sendiri.

“Perjanjian gencatan senjata adalah hasil daripada keteguhan legenda rakyat Palestin yang hebat dan penentangan berani mereka di Semenanjung Gaza selama lebih 15 bulan,” kata Pergerakan itu, sambil menambah bahawa ia membuka “jalan ke arah merealisasikan aspirasi rakyat ke arah pembebasan.”

Hamas juga mengucapkan terima kasih kepada pengantara, yang berusaha keras untuk menyelesaikan perjanjian itu.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera Penjajah Mengumumkan Kematian 3 Tenteranya Di Semenanjung Gaza

Khamis, 16-01-2025 – Tentera penjajah Israel mengumumkan bahawa salah seorang askarnya terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah mereka yang terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu kepada 3, dimana seorang daripadanya berpangkat pegawai. 

Tentera penjajah Israel berkata dalam satu kenyataan pada petang Selasa, bahawa “Sarjan Ido Samach, 20 tahun, dari Briged Nahal, telah terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza.” Bagaimanapun tiada perincian bagaimana askar itu dibunuh.

Untuk rekod, ini adalah tentera penjajah ketiga yang diumumkan mati di utara Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu. Bermula petang Isnin semalam, pihak penjajah mengumumkan bahawa seorang pegawai dan seorang askar terbunuh dan 2 yang lain cedera parah dalam pertempuran di utara Gaza.

Dengan terbunuhnya askar itu, jumlah kematian dalam tentera penjajah sejak permulaan pencerobohan pada 7 Oktober 2023 meningkat kepada 828, termasuk 393 dalam pertempuran darat yang bermula di Semenanjung Gaza pada 27 haribulan yang sama, menurut data dari tentera penjajah Israel.

Tentera penjajah Israel, yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Eropah, telah meneruskan pencerobohannya terhadap Semenanjung Gaza selama 459 hari berturut-turut, dengan pesawatnya mengebom sekitar hospital, bangunan, menara, dan rumah orang awam Palestin, menjajah mereka, dan menghalang kemasukan air, makanan, ubat-ubatan, dan bahan api.

Pencerobohan itu telah melahirkan lebih 155,000 syuhada Palestin dan mangsa cedera. Di mana malangnya, mangsa kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Lebih malang lagi, lebih 11,000 penduduk dilaporkan hilang, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kebuluran yang menghambat berpuluh-puluh jiwa kanak-kanak dan warga tua. Diakui, ini adalah salah satu bencana kemanusiaan yang paling teruk di dunia.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Beberapa warga Palestin terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Jabalia dan Khan Yunis

Khamis, 16-01-2025 – Rejim Zionis (IOF) melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin di Semenanjung Gaza dengan mengebom sebuah rumah kediaman di kawasan Jabalia, utara Semenanjung pada petang Selasa lalu.

Sumber tempatan dan perubatan melaporkan bahawa lapan rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di Jalan Gaza lama di Jabalia al-Balad, utara Semenanjung Gaza.

Saksi mengesahkan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom rumah keluarga Rayhan di Jabalia al-Balad, utara Gaza.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Euro-Med: Israel menggugat keamanan di Gaza

Selasa, 7/1/2025 – Israel sedang melaksanakan strategi berisiko dengan menggugat struktur keselamatan dan keadilan di Semenanjung Gaza, serta mengganggu keselamatan umum di untuk memastikan kemusnahan warga Palestin tanpa menggunakan tindakan ketenteraan secara langsung. Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Euro-Med Monitor pada Ahad.

“Bagi menyebarkan kekacauan sebagai sebahagian langkah pembunuhan beramai-ramai warga Palestin di Semenanjung Gaza secara keseluruhannya, tentera rejim telah menyasarkan ahli keselamatan, penyelaras aktiviti kemanusiaan, dan polis, sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023.

Euro-Med berkata, “situasi kekacauan itu melemahkan sistem keselamatan dan perbuatan rejim membenarkan kumpulan penjenayah masuk ke kawasan di bawah kawalannya untuk mencuri bantuan kemanusiaan telah menyebabkan peningkatan serangan oleh kumpulan bersenjata.”

Penterjemah : Nuridawati