Khamis, 26-01-2023 – Médecins Sans Frontières (MSF) menyelar sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk menghalau lebih kurang 1,000 orang warga Palestin dari rumah mereka di kawasan Masafer Yatta, Tebing Barat.
“Rancangan ini menandakan akan berlakunya pengusiran hampir keseluruhan populasi Masafer Yatta,” kata David Cantero Pérez, ketua misi MSF. “Ke mana semua keluarga ini hendak pergi. Ini sama sekali tidak boleh diterima.
Menurut kenyataan MSF, rejim Israel telah melakukan tekanan yang sangat teruk ke atas penduduk Masafer Yatta agar meninggalkan kawasan itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 20-01-2023 – Segerombolan peneroka haram yahudi dengan iringan pasukan polis rejim zionis mencemari Masjid al-Aqsa pada pagi dan petang Rabu. Menurut agensi berita al-Qastal, sejumlah 154 peneroka haram yahudi memasuki kawasan Masjid melalui pinya al-Maghariba dan menceroboh kawasan perkarangan dengan iringan pasukan polis rejim Zionis.
Masjid al-Aqsa terdedah kepada pencerobohan hari demi hari oleh peneroka haram yahudi serta polis rejim zionis pada pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Jumaat, 20-01-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan dua pemuda Palestin di bandar Aqaba, utara Tubas setelah dipanggil untuk soal siasat pada petang Rabu.
Dua bersaudara, termasuk seorang bekas tahanan turut ditahan setelah tentera IOF memecah masuk rumah keluarga mereka di bandar Arana di Jenin.
Di Baitulmuqaddis, dua lagi warga Palestin ditahan setelah polis rejim menyerbu dan menggeledah rumah keluarga mereka di bandar Beit Duqqu, manakal seorang pemuda ditahan di bandar al-Tur.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 20-01-2023 – Seorang peneroka Yahudi cuba melanggar empat kanak-kanak Palestin di selatan al-Khalil pada petang Rabu.
Warga tempatan Mamdouh Abu Tabikh mengesahkan bahawa seorang peneroka yang menaiki traktor meluru dengan pantas ke arah empat anaknya berusia antara 1 dan 7 tahun di kawasan Al-Ain Al-Baida, dengan cubaan untuk melanggar mereka. Walau bagaimanapun, Mamdouh sempat menolak anak-anaknya pada saat akhir.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 19-01-2023 – Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, berkongsi video yang menyiarkan tahanan askar Israel Avera Mengistu yang menyeru tentera Israel untuk membebaskannya pada petang hari Isnin.
“Berapa lama saya akan berada di sini?” Mengistu berkata dalam video tersebut. “Saya dan rakan-rakan dalam kurungan. Di mana negara dan rakyat Israel?”
“Saya adalah Avera Mengistu yang ditawan. Sampai bila saya akan berada di sini dalam kurungan, saya dan rakan-rakan,” katanya lagi.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 19-01-2023 – Segerombolan peneroka pelampau Yahudi telah mencemari Masjid Aqsa di kawasan kepungan Jerusalem pada pagi Isnin dan petang Isnin.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 113 peneroka telah memasuki Masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawwsan perkarangan Masjid dibawah pengawasan polis rejim Zionis.
Ketika mencerobohi kawasan suci umat Islam, peneroka turut menerima penerangan tentang kawasan kuil yahudi dari pendeta Yahudi dan mereka melaksanakan ibadah Yahudi di kawasan timur Masjid al-Aqsa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Khamis, 19-01-2023 – Tentera penyamar Israel menculik dua kanak-kanak Palestin di kejiranan Ras Al-Amud di bandar Silwan, di Baitulmuqaddis pada petang Isnin.
Perisikan Israel turut menculik tahanan Baitulmuqaddis Maher Al-Waari, 19, tidak lama setelah pembebasannya dari penjara gurun Negev, setelah ditahan selama 28 bulan.
Al-Waari dibawa ke balai polis Al-Maskubiya, barat Baitulmuqaddis di mana beliau dibebaskan dengan ikat jamin 5,000 shekel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 19-01-2023 – Delegasi Hamas mengunjungi Ketua Parlimen Yaman, Ustadz Mohamad Alaydrus di pejabatnya di Shan’a, Isnin (16/1).
Ketua Parlimen Yaman menyambut baik kunjungan wakil Hamas di Yaman, Ustadz Muadz Abu Shamalah dan rombongan. Beliau menyampaikan penghormatan pimpinan politik dan mengapresiasi usaha Hamas dalam perjuangan melawan penjajah zionis di Gaza dan di segenap wilayah Palestin.
Alaydrus turut menyatakan penghargaan dan penghormatan atas kegigihan dan keteguhan biro Hamas di dalam keadaan sulit yang dialami Yaman.
Selain itu, Alaydrus mengutuk pencerobohan dan serangan Zionis terhadap Masjidil Aqsha yang melanggar konvensyen antarabangsa. Yaman menyatakan sokongan politik secara rasmi terhadap persoalan Palestin dan haknya dalam berjuang melawan penjajah.
Ketua Parlimen Yaman mengecam sejumlah regim Arab yang turut serta bersama Yahudi menyerbu Masjidil Aqsha dalam rangkaian normalisasi dengan zionis, perkara tersebut adalah bentuk jenaka dan menyia-nyiakan waktu.
Alaydrus menegaskan bahawa persoalan Palestin tidak diperdebatkan dan tidak ada perbezaan pendapat. Bangsa Yaman sudah dikenali sikapnya terhadap persoalan Palestin. Menurutnya ada luka yang dalam di Palestin yang perlu ditangani oleh faksi-faksi Palestin dengan bersatu melawan pencerobohan Zionis.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Selasa, 17-01-2023 – Lebih 40 peratus dari penduduk Gaza sedang mengalami kekurangan bekalan makanan dimana mereka melalui kehidupan harian dengan tiada makanan menurut laporan NRWA pada hari Rabu.
Selepas 16 tahun mengalami kepungan darat, udara dan laut, Gaza mengalami kehidupan yang semakin melarat.
“Situasi melarat semakin ketara dengan serangan, ketegangan, kekerasan dan ketidak stablian politik dan pandemik COVID-19 . Faktor-faktor ini membuatkan kehidupan individu dan komuniti terganggu dan berterusan menambahkan cabaran dalam kehidupan mereka. Gaza berada dengan talian hayat dengan 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan menurut laporan ejensi pelarian Bangsa Bangsa Bersatu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Selasa, 17-01-2023 – Jawatankuasa Presiden Tertinggi Hal Ehwal Gereja di Palestin menyelar serangan pendatang Yahudi ke atas Tembok Patriarkat Armenia di Baitulmuqaddis.
Jawatankuasa itu menekankan yang kerajaan rejim Haluan kanan cuba menarik kawasan itu ke kancah peperangan agama, dan tiada siapa akan terselamat daripadanya.
“Jenayah ini tidak lagi dilakukan hanya oleh kumpulan pendatang pelampau, tetapi telah menjadi polisi rasmi yang diamalkan oleh kerajaan rejim ke atas tempat-tempat suci Islam dan Kristian di kota Baitulmuqaddis,” jawatankuasa itu menambah dalam kenyataannya pada Khamis.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 13-01-2023 – Rejim Zionis Israel menculik beberapa warga Palestin pada subuh Ahad dalam beberapa serbuan di Tebing Barat.
Menurut Pejabat Media Asra, rejim Zionis menculik dua warga Palestin dari perkampungan Sarra di Nablus dan Bandar Beit Rima di Ramallah. Tujuh lagi telah di tahan lanjutan dari serbuan rejim Zionis di kawasan perumahan Beit Ummar di utara al-Khalil.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Jumaat, 13-01-2023 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel di Ramallah, manakala sebuah rumah dan beberapa bangunan dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel di Salfit dan Jerusalem pada pagi Selasa.
Menurut sumber setempat, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera terkena peluru getah dan penduduk yang lain cedera akibat terdedah kepada gas pemedih mata ketika pertempuran ganas dengan Rejim Zionis di bandar Silwad, timur Ramallah.
Keadaan kesihatan kanak-kanak yang cedera itu dilaporkan stabil selepas dikejarkan ke hospital tempatan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 13-01-2023 – Beberapa keluarga dari Semenanjung Gaza dapat melawat saudara-mara mereka di penjara Raymond Israel.
43 orang ahli keluarga dari Gaza menaiki bas Palang Merah menuju penjara Raymond untuk melawat ahli keluarga mereka yang ditahan.Sejak lebih dua bulan lalu, Israel melarang keluarga tahanan Gaza melawat saudara-mara mereka di penjara atas alasan yang tidak diketahui.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 11-01-2023 – Pergerakan Hamas telah mengecam penodaan tanah perkuburan Kristian Protestan di Baitulmaqdis yang diduduki secara haram oleh pendatang Yahudi ekstremis baru-baru ini.
Serangan ke atas Tanah Perkuburan Protestan yang bersejarah berlaku pada Ahad lalu dan ditemui pada petang Selasa.
Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanu menyifatkan serangan pendatang Yahudi ke atas tanah perkuburan itu sebagai “tingkah laku perkauman dan jenayah yang melanggar semua undang-undang ilahi dan norma antarabangsa.”
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin