Jumaat, 02-12-2022 – Rejim Zionis membebaskan pegawai kanan Hamas Jamal at-Taweel dan Adnan Hamarsha pada hari Isnin.
Menurut sumber setempat, rejim itu membebaskan Jamal at-Taweel, 60 tahun, seorang penduduk Kota Bireh, selepas ditahan secara pentadbiran selama 18 bulan di Penjara Negev.
Taweel diculik dari luar rumahnya di Bandar Bireh pada Jun 2021 beberapa bulan selepas dibebaskan dari penjara Israel, setelah menghabiskan kira-kira lapan bulan sebagai tahanan pentadbiran.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 02-12-2022 – Tahanan Palestin Ya’qub Al-Qaderi mengalami pelbagai komplikasi perubatan di penjara Ayalon disebabkan dasar kecuaian perubatan Israel.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata bahawa Al-Qaderi ditahan di sebuah bilik yang tidak mempunyai keperluan asas, dan menyatakan bahawa Al-Qaderi dipindahkan ke penjara Ayalon selepas ditahan di tiga penjara lain sebelum itu.
“Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) sengaja menangguhkan pertukaran Al-Qaderi untuk mendiagnos kelenjar tiroidnya melalui tomografi,” dakwa Suruhanjaya sambil menambah bahawa tahanan itu memperoleh biopsi tiroid tiga bulan lalu ketika ditahan di kurungan seorang diri di Ashkelon.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 02-12-2022 – Puluhan rakyat Palestin cedera pada hari Selasa semasa serbuan oleh rejim Zionis di selatan bandar Nablus di Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera rejim melepaskan peluru hidup dan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestin dan pelajar di bandar Qaryout di selatan Nablus, menyebabkan masalah pernafasan kepada berpuluh-puluh rakyat Palestin.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga rakyat Palestin cedera terkena tembakan peluru hidup Zionis manakala yang lain mengalami masalah pernafasan semasa pertempuran tercetus di pintu masuk bandar Beit Ummar di utara bandar al-Khalil di Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 24-11-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengucapkan tahniah kepada Amir negara Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani atas kejayaan cemerlang Qatar dalam menganjurkan majlis pembukaan Piala Dunia 2022.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin, Haneyya mengucapkan tahniah kepada Amir dan rakyat Qatar atas kejayaan acara luar biasa itu yang diadakan buat pertama kali di dunia Arab dan memuji tahap persiapan tinggi yang dibuat oleh negara itu.
Haneyya menyuarakan penghargaannya di atas pencapaian memberangsangkan dalam acara itu yang memberikan imej positif warisan budaya dan agama Arab dan Islam serta mendoakan kejayaan dan kemakmuran seterusnya untuk negara Qatar.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 24-11-2022 – Beberapa warga Palestin cedera Ketika serbuan pada Isnin oleh tentera rejim zionis (IOF) di taman permainan al-Khader di selatan Tebing Barat bandar Bethlehem.
“Tentera IOF menyerbu taman permainan Ketika kejohanan bola sepak sedang berlangsung”, pengarah taman tersebut, Yousef Sayel, berkata dalam kenyataan akhbar.
Beliau menambah yang tentera rejim menembak bom gas pemedih mata ke arah stadium dan padang, menyebabkan sejumlah pemain dan penonton sukar bernafas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 22-11-2022 – Sejumlah warga Palestin termasuk seorang wanita hamil, cedera pada petang Selasa ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF)di barat kota Jenin Tebing Barat.
“Seorang wanita Palestin yang hamil, cedera setelah tentera rejim menyerangnya,” sumber perubatan melaporkan, dan menambah yang empat warga Palestin mengalami kesukaran bernafas ketika serangan ketenteraan Israel di bandar Burqin, Jenin.
IOF turut menahan seorang remaja berusia 16 tahun, Mohammed Jarrar setelah menyerbu rumahnya di bandar itu, demikian menurut sumber tempatan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 22-11-2022 – Pergerakan Hamas memuji keberanian pejuang penentang Palestin, Mohammed Souf yang syahid selepas melakukan serangan di Salfit pada pagi hari Selasa.
Dalam kenyataan akhbar hari sama, Hamas menegaskan bahawa operasi penentangan tersebut merupakan tindak balas semula jadi terhadap jenayah Israel yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin di mana yang terbaru adalah pembunuhan berdarah ke atas gadis Palestin berusia 15 tahun, Fulla al-Masalmeh berhampiran Ramallah di Tebing Barat.
Pergerakan itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Syahid Souf dan menyeru pemuda-pemuda Palestin untuk mengikuti jejaknya serta meningkatkan penentangan mereka terhadap jenayah dan pencerobohan Israel yang semakin meningkat di seluruh wilayah Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 16-11-2022 – Kementerian Kesihatan Palestin telah mengenal pasti gadis Palestin yang dibunuh oleh tentera rejim zionis (IOF) dekat Tebing Barat, wilayah Ramallah sebagai Fulla al-Masalmeh.
Kementerian menyatakan pada Isnin yang al-Masalmeh sepatutnya menyambut hari jadinya yang ke 16 pada Selasa. Beliau ditembak mati dalam serbuan ketenteraan Israel di bandar Beituniya dekat Ramallah.
Gerakan Hamas berkabung di atas kematian gadis Palestin itu yang ditembak mati di kepala oleh IOF ketika serbuan subuh di Beituniya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 16-11-2022 – Buat pertama kali sejak tujuh tahun lalu, ibu kepada tahanan penjara Israel, Ahmed Manasra, berjaya menyentuh jemarinya.
Dalam kenyataan akhbar, hakim Israel menolak permintaan wanita itu untuk berjabat tangan, dan hanya membenarkan dua minit untuk beliau menyentuh jemari anaknya.
“Saya menyentuhnya buat kali pertama dalam tujuh tahun ini,” jelas si ibu kepada wartawan dalam sesi percubaan Israel memanjangkan tempoh tahanan Ahmed Manasra.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Rabu, 16-11-2022 – Para pejuang perlawanan Palestin di Tebing Barat melakukan 26 aksi perlawanan sepanjang 24 jam terakhir. Menurut sumber Palestin, aksi yang paling banyak adalah melempar batu dan bom molotov ke kenderaan penduduk pendatang Yahudi dan membaling alat peledak ke arah pasukan penjajah Zionis Israel.
Para pemuda pejuang Palestin melemparkan bom molotov dan batu ke kenderaan para penduduk pendatang Yahudi dan menghancurkannya di kota Azzun dan al-Funduq di Qalqilya.
Mereka menyerang pasukan Zionis Israel dengan bom Molotov dan alat peledak berdekatan kota Beit Amr di Hebron, melemparkan batu ke kenderaan penduduk pendatang Yahudi dan memusnahkan kenderaan Israel di jalan “Gush Etzion”.
Para pemuda pejuang melemparkan bahan peledak ke arah pasukan Zionis Israel sepanjang konfrontasi meletus di desa Nabi Saleh di Ramallah dan merosakkan kenderaan penduduk pendatang Yahudi di kota Zubaidat di Jericho.Pertempuran berlaku di 10 tempat konfrontasi, di wilayah Ramallah, Qalqilya, Jericho dan Hebron, di mana para pemuda melempar pasukan penjajah Zionis Israel dengan batu.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 16-11-2022 – Rejim Israel melancarkan kempen serbuan dan tangkapan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada subuh hari Isnin.
Sumber tempatan melaporkan bahawa empat tangkapan dilakukan di bandar Anata di Jerusalem
Rejim Israel juga menahan bekas banduan Akram Salama di bandar Beitunia hanya beberapa hari selepas dia dibebaskan dari penjara PA.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 15-11-2022 – Dua orang rakyat Palestin cedera pada hari Khamis selepas tentera rejim Israel melepaskan peluru hidup dan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestin di bandar al-Bireh, Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa dua warga Palestin cedera terkena peluru hidup dilepaskan rejim Israel semasa pertempuran yang meletus antara tentera rejim dan warga Palestin di kawasan Jabal al-Tawil di bandar al-Bireh.
Dalam insiden lain, rejim Israel mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap dua bangunan milik warga Palestin selepas menyerbu kawasan Humsa di utara Lembah Jordan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 11-11-2022 – Dua minggu selepas dibebaskan dari penjara Pihak Autonomi Palestin, Rejim Zionis Israel menculik Mousa ad-Duwaikat, pada pagi Selasa lepas , seorang pelajar Universiti Kebangsaan an-Najah, ketika serbuan ke atas rumah beliau di Nablus.
Pada bulan Oktober lepas, pasukan keselamatan PA di Nablus menculik Duwaikat dari Bandar Balata sejurus beliau dibebaskan dari penjara Junaid. Dia telah ditahan beberapa kali sebelum ini oleh Pihak Autonomi Palestin. Pada tahanan yang lepas, pihak berkuasa Palestin tidak mahu menurut perintah mahkamah agar Duwaikat dibebaskan dari penjara.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul