Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi memusnahkan 8 pokok zaitun di Tebing Barat

Isnin, 20-06-2022 – Pendatang Yahudi pada hari Selasa memusnahkan 8 pokok zaitun milik seorang warga Palestin di bandar Nablus Tebing Barat.

Menurut pemilik tanah Mahmoud Hussein, sekumpulan pendatang Yahudi menebang lapan pokok zaitun yang besar selepas menceroboh tanahnya berhampiran penempatan Elieh yang didirikan di tanah Palestin di perkampungan Qaryut di selatan Nablus.

“Ini adalah kali ketiga pendatang Yahudi menceroboh tanah saya dan menebang pokok zaitun,” tambah Hussein.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

IOF serang petani Gaza dengan gas pemedih mata

Isnin, 20-06-2022 – Beberapa warga Palestin menderita akibat terkena gas pemedih mata pada pagi Selasa apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerang mereka di timur laut Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, para petani yang bekerja di tanah mereka, timur bandar Beit Hanoun dikejutkan dengan serangan gas pemedih mata pada pagi ini.

Sumber menyatakan yang mereka terpaksa meninggalkan tanah mereka setelah sebahagian besar mereka terhidu gas pemedih mata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penempatan haram Zionsi Israel tidak akan mengubah identiti Arab di Palestin

Isnin, 20-06-2022 – Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata projek  penempatan haram Israel merancang untuk menggunakan sejuta dunum tanah dari Jerusalem hingga ke Laut Mati melanggar hak tanah milik Palestin. Jurucakap Barhoum bercakap dalam kenyataan media pada hari Selasa, perancangan ini menonjolkan sikap perkauman penjajahan Israel dan perluasan yang disasarkan ke atas identiti Palestin dan menyahudikan tanah Tebing Barat dan Jerusalem.

Barhoum mengesahkan Pergerakan Hamas mengutuk  segala cubaan rejim zionis Israel mengubah status quo Palestin, serta menambah sebarang percubaan tidak akan mengubah identiti Arab di tanah Palestin dan tidak akan melemahkan semangat warga Palestin dalam menghadapi tentangan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas alu-alukan laporan HRW ke atas pengepungan Gaza

Isnin, 20-06-2022 – Pergerakan Hamas menyambut baik laporan baharu yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch (HRW) yang menyalahkan negara penceroboh Israel atas kemusnahan ekonomi Palestin di Semenanjung Gaza, yang berada di bawah sekatan tidak berperikemanusiaan selama 15 tahun.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, jurucakap Hamas Hazem Qasem merayu masyarakat antarabangsa dan PBB untuk memikul tanggungjawab undang-undang dan kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin dan berusaha menamatkan kepungan yang tidak adil ke atas Gaza dan memudahkan pergerakan dan perjalanan bebas rakyat Palestin.

“Sekatan menyeluruh Israel ke atas Gaza menghalang lebih dua juta penduduknya daripada memperbaiki kehidupan mereka,” kata HRW hari ini pada ulang tahun kelima belas pengepungan Gaza 2007.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Father Musallam Seru Tegakkan Perjuangan Menentang Penjajahan

Isnin, 20-06-2022 – Father Manuel Musallam, seorang paderi Palestin yang terkenal dan ketua Pertubuhan Popular Sedunia untuk Keadilan dan Keamanan Jerusalem, menggesa rakyat Palestin untuk terus menegakkan perjuangan mempertahankan negara mereka terhadap pendudukan Israel.

“Rakyat mempunyai hak menggunakan tangan mereka untuk mempertahankan perjuangan, yang telah wujud dalam dunia di mana tidak ada legitimasi dan tidak menghormati undang- undang antarabangsa dan resolusi yang dikeluarkan oleh PBB dan Majlis Keselamatannya,” kata Father Musallam dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin adalah pemilik sah sejarah, tamadun dan warisan di bumi Palestin, dan memberi amaran untuk menyerah kepada realiti harian pendudukan, yang disifatkannya sebagai “keras dan dahsyat.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Sejak awal tahun 2022, lima orang syahid dan lebih 60 kediaman dan premis dimusnahkan

Rabu, 15-06-2022 – Serangan rejim zionis (IOA) terhadap warga Baitulmuqaddis dan harta benda mereka, termasuk pembunuhan, penahanan dan pemusnahan berterusan pada tahun 2022.

Lima warga Baitulmuqaddis dibunuh oleh tentera rejim zionis (IOF) termasuk wartawan terkenal Al-Jazeera Shireen Abu Akleh.

Fahmi Hamad, seorang warga berusia 57 tahun syahid setelah menghidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis rejim ketika serbuan di kem pelarian Qalandia pada 24 Januari. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Dua Pemuda Jerusalem

Rabu, 15-06-2022 – Polis Israel menahan dua pemuda Palestin di Jerusalem pada petang Ahad. Sumber setempat melaporkan seorang pemuda Palestin dari kawasan Bab al-Amud dan seorang lagi pemuda dari kampung Al-Isawiyah telah ditangkap, tanpa memberikan maklumat tentang identiti mereka.

Pihak berkuasa Israel melancarkan kempen penangkapan berskala besar di Jerusalem dan Tebing Barat setiap hari.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOA keluarkan arahan tahanan pentadbiran ke atas Badrasawi

Rabu, 15-06-2022 – Pihak berkuasa penceroboh Israel (IOA) pada hari Ahad mengeluarkan perintah penahanan pentadbiran terhadap tahanan warga Palestin, Yasser Badrasawi selama enam bulan.

Badrasawi, seorang pemimpin Hamas dan salah seorang calonnya untuk pilihan raya perundangan, telah ditangkap minggu lalu selepas tentera penceroboh Israel (IOF) menyerbu rumahnya di bandar Nablus, Tebing Barat.

Badrasawi, yang telah ditahan di bawah tahanan pentadbiran selama lapan bulan, dibebaskan pada Januari 2022 sebelum dia ditahan semula. Dia menghabiskan sepuluh tahun di penjara Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamadeh seru warga Palestin agar menguatkan kehadiran mereka di Al-Aqsa

Rabu, 15-06-2022 – Muhammad Hamadeh, jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis, menyeru rakyat Palestin agar memperhebatkan kewujudan mereka di Masjid Al-Aqsa.

Serangan berulang Israel ke atas Masjid Al-Aqsa adalah berbahaya, Hamadeh berkata dalam kenyataan akhbar pada Khamis, dan menambah yang rancangan Israel itu mesti dihalang.“Tindakan Israel di Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa telah melampaui batas,” Hamadeh menekankan, yang pejuang Palestin dan para pemuda sanggup dan bersedia untuk menghadapi rancangan Israel mencemarkan tempat suci itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Gubal Undang-undang Tetapkan Hukuman Empat Tahun Penjara Atas Kesalahan
Membaling Batu

Rabu, 15-06-2022 – Sebuah akhbar Israel mendedahkan bahawa Jawatankuasa Menteri Israel bagi Hal Ehwal Perundangan akan bermesyuarat pada hari Ahad untuk membincangkan draf undang-undang yang memperuntukkan gandaan hukuman terhadap rakyat Palestin yang membaling batu ke arah tentera Israel atau peneroka Yahudi sehingga tempoh empat tahun penjara.

Akhbar Israel Hayom pada hari Khamis berkata ahli Knesset Kathrin Shitrit dari parti sayap kanan Likud telah merangka undang-undang itu. Hukuman semasa bagi mereka yang membaling batu adalah maksimum dua tahun penjara.

Menurut akhbar berkenaan, draf undang-undang itu adalah tambahan untuk menguji gabungan kerajaan yang rapuh, terutama bagi Menteri Dalam Negeri Ayelet Shaked, yang sebelum ini telah membentangkan draf serupa pada 2015 dan diluluskan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Dua lagi warga Palestin cedera di Halhul

Rabu, 15-06-2022 – Dua orang pemuda warga Palestin cedera pada petang hari Khamis selepas tentera rejim Zionis Israel melepaskan peluru hidup dan peluru logam bersalut getah ke arah rakyat Palestin semasa serbuan di bandar Halhul di utara bandar al-Khalil di Tebing Barat.

Menurut kementerian kesihatan Palestin di Ramallah, seorang pemuda Palestin cedera parah terkena peluru hidup rejim di dada manakala seorang lagi cedera di mata akibat peluru bersalut getah namun dilaporkan stabil. Mereka dipindahkan ke Hospital Kerajaan al-Khalil.

Awal pagi hari Khamis, pemuda Palestin Mahmoud Abu Ayhour, 27, syahid dan enam lagi cedera akibat tembakan rejim dalam serbuan tentera di bandar yang sama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

 Jabatan Perkhidmatan Penjara menolak permohonan untuk pembedahan dan rawatan.

Isnin, 13-06-2022 – Jabatan Perkhidmatan Penjara rejim Zionis Israel , pada hari Selasa telah menolak permohonan tahanan Israa Jaabis yang mengalami kecederaan melecur yang serius untuk menjalani pembedahan plastik,

Peguam tahanan melaporkan Jaabis, seorang penduduk Jabel Mukaber  di kawasan kepungan Jerusalem, telah menghantar permohonan kedua ke Jabatan tersebut setelah permohonan pertama beliau ditolak dalam laporan radio Yahudi. Beliau telah dituduh oleh rejim Zionis Israel atas meletupkan kenderaan beliau di sekatan jalan raya, tuduhan yang beliau nafikan. Kecerderaan melecur beliau adalah akibat letupan yang terjadi oleh masalah tek.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar penodaan gereja di Baitulmuqaddis

Jumaat, 10-06-2022 – Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan para pendatang yang mencemarkan  Greek Orthodox Chapel and Garden dengan kawalan polis pada pagi Isnin.

“Tindakan biadab itu menggambarkan budaya dan roh kebencian mereka yang diamalkan oleh pihak rejim terhadap agama lain dan tempat suci Islam serta Kristian,” Hamas menyatakan pada Selasa.

Gerakan itu mengesahkan yang rakyat Palestin akan bertahan menentang perlakuan tersebut dan melindungi tempat suci mereka serta kebebasan beribadah dan beragama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

PFLP: Kempen Tangkapan di Tebing Barat Tidak Akan Halang Perjuangan

Jumaat, 10-06-2022 –Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) mengecam kempen penangkapan yang dilancarkan pasukan pendudukan Israel (IOF) di Tebing Barat, menegaskan bahawa kempen sedemikian tidak akan menghalang penentangan Palestin.

“Kempen penangkapan ganas yang dilancarkan IOF selepas menyerbu rumah di kem pelarian Duheisha hanya akan meningkatkan keazaman rakyat kita untuk menentang penjajahan,” kata PFLP dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa.

Setiap kali IOF menggangu PFLP, kadernya akan meningkatkan kekuatannya dan ini tidak akan melemahkan keazaman mereka untuk memerangi penjajahan, tambahnya.

Pada awal pagi, IOF menyerbu rumah syahid Palestin Ayman Muheisen dan dengan ganas mengeluarkan gambarnya di kem pelarian Duheisha di tenggara bandar Bethlehem Tebing Barat.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel ratakan tanah di utara Semenanjung Gaza

Jumaat, 10-06-2022 – Pasukan penceroboh Israel (IOF) menyerbu dan memusnahkan tanah milik warga Palestin di utara Semenanjung Gaza pada hari Selasa.

Menurut Quds Press, enam buah jentolak IOF diiringi oleh kenderaan tentera Israel menyerbu tanah Palestin di Beit Hanoun ke pinggir timur laut Semenanjung Gaza.

“Jentolak IOF memusnahkan tanah pertanian milik rakyat Palestin di Beit Hanoun,” lapor Quds Press.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan