Rabu , 17/12/2008 –Tiga Warga Palestin termasuk dua wanita dan seorang anggota Briged Quds, sayap bersenjata Gerakan Jihad Islam telah cedera pada petang Selasa lalu apabila sebuah helikopter tentera Israel melepaskan dua roket di utara Gaza.
Rabu , 17/12/2008 –Tiga Warga Palestin termasuk dua wanita dan seorang anggota Briged Quds, sayap bersenjata Gerakan Jihad Islam telah cedera pada petang Selasa lalu apabila sebuah helikopter tentera Israel melepaskan dua roket di utara Gaza.
Selasa , 16/12/2008 –Sekumpulan pejuang Briged Al Qassam, sayap bersenjata Hamas, terselamat dalam satu serangan udara tentera Israel yang mencabuli perjanjian damai di timur Gaza, lewat hari Ahad.
Isnin , 15/12/2008 –Menteri Tahanan dalam kerajaan sementara Mohammed Al-Ghoul pada Ahad lalu berkata keputusan mahkamah Israel bagi memperbaharui penahanan MP Dr Omar Abdul Razak selepas membebaskannya adalah keutamaan serius dan merupakan keputusan politik.
Isnin , 15/12/2008 –Hamas memperbaharui kenyataan mereka pada ahad lepas bahawa Dr Azis Dwaik, speaker majlis Perundangan Palestin akan di umumkan menjadi Presiden Pemerintahan Palestin (PA) pada 9 Januari.
Isnin , 15/12/2008 –Hamas Ahad lalu berkata bahawa perarakan besar-besaran pada hari perayaan ulangtahun ke 21 pergerakan itu menunjukkan kegagalan sekatan ekonomi dan politik untuk melemahkan Hamas.
Jumaat , 05/12/2008 –Pelampau Yahudi bertindak melancarkan beberapa siri keganasan terhadap penduduk Palestin di Hebron Tebing Barat dengan menyerang dan membakar rumah orang Palestin dan merosakkan tanaman zaitun selepas tentera Israel mengarah penduduk haram yahudi di situ mengosongkan rumah AlRajabi milik rakyat Palestin .
Khamis, 04/12/2008 –Gerakan Pejuang Islam, Hamas meminta akhbar Mesir, al Ahram meminta maaf terhadap pencemaran nama baik yang disengajakan. Perkara ini berkenaan dengan artikel akhbar harian ini yang diterbitkan Rabu (03/12) dengan tajuk “Wajah Sebenar Hamas”
Khamis, 04/12/2008 –MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa terkemuka anti pengepungan Rabu lalu menegaskan pelayaran akan diteruskan hingga ke Gaza demi memecahkan pengepungan yang semakin mengganas.
Rabu, 03/12/2008 –Ahli Parlimen Jamal Al-Khudari, selaku ketua jawatankuasa anti pengepungan berkata kapal dari Libya yang membawa tiga ribu tan makanan alat perubatan pada Selasa lalu cuba memasuki perairan Gaza tetapi ditahan oleh bot-bot tentera laut Israel.
Rabu, 03/12/2008 –Dua orang remaja Palestin menjadi syahid selepas terkena bedilan udara tentera Israel berdekatan lapangan terbang Gaza timur bandar Rafah selatan Gaza.
Rabu, 03/12/2008 – Beratus pelampau Yahudi menyerang rumah penduduk Palestin di selatan Tebing Barat bandar al-Khalil menyebabkan kecederaan kepada lebih 35 orang yang kebanyakkannya adalah kanak-kanak termasuk 3 wartawan.
Rabu, 03/12/2008 –Lembaga Kemanusiaan Palestin hari ini mengecam penipuan yang dilakukan dalam perbicaraan ahli parlimen Palestin yang mana mereka telah diculik oleh Zionis-Israel.
Selasa, 02/12/2008 –MP Jamal Al-Khudari pengerusi jawatankuasa anti-sekatan Gaza, telah menelefon kapal Libya Marwa pada hari Ahad dan berkata kapal itu dalam perjalanan dan dijangka berlabuh di Gaza pagi Isnin walaupun diugut oleh Israel untuk menghalangnya.
Selasa, 02/12/2008 –Akaun bantuan makanan untuk lebih dua pertiga dari USD462 juta telah dipohon oleh agensi PBB dan NGO bagi membiayai program di kawasan Palestin yang di takluk. Akaun makanan berjumlah USD 209.4 juta diikuti oleh bantuan tunai (USD 133.3 juta) dan perlindungan serta kerja kecemasan, air dan saliran.
Jumaat, 28/11/2008 –Jawatankuasa Kerajaan Anti-Sekatan meminta para Menteri Luar Arab untuk mempercepatkan proses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah.