
Selasa , 15/12/2009 – Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PLFP), Sabtu lalu menyeru untuk ditubuhkan serta merta satu barisan penentangan bersepadu bagi membalas jenayah yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin

Selasa , 15/12/2009 – Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PLFP), Sabtu lalu menyeru untuk ditubuhkan serta merta satu barisan penentangan bersepadu bagi membalas jenayah yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin

Khamis , 10/12/2009 – Seorang doktor Palestin pada hari Sabtu lalu mati kerana dipercayai dijangkiti dengan jangkitan selsema babi di Jalur Gaza membuatnya korban keempat selepas sebelumnya tiga orang yang lainnya meninggal kerana penyakit yang sama.

Khamis , 10/12/2009 –Ibu bapa Wafa Al-Bes memaklumkan bahawa anak gadis mereka dikurung sendirian di Penjara Ramle milik Israel selama lebih daripada 100 hari berturut-turut.

Rabu , 09/12/2009 – Jurucakap Hamas di Khan Younis, Hamad al-Ruqub menegaskan pada hari Isnin lalu bahawa pergerakan itu tidak akan serahkan walaupun secebis tanah milik Palestin dan akan terus memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Rabu , 09/12/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah berbual dengan Muammar al-Gaddafi melalui telefon dan menceritakan keadaan di Gaza di bawah sekatan ketat Israel.

Rabu , 09/12/2009 – Sepuluh orang pendatang Yahudi mencetuskan kebakaran di sebuah kampung penduduk Palestin di Einabus, selatan Nablus pada waktu Subuh sehingga menyebabkan huru-hara di perkampungan yang aman itu.

Selasa , 08/12/2009 – Kementerian kesihatan Palestin pada Selasa mengumumkan kematian dua pesakit wanita yang dijangkiti virus selesema babi ( H1N1 ) manakala 3 lagi menunjukkan cirri-ciri semakin pulih. Timbalan Menteri, Khalaf Hassan memberitahu media bahawa Suha Ayyad dan Ibtisam Shuhaiber dikatakan meninggal dunia disebabkan virus H1N1 disebabkan mereka tiba di hospital dalam keadaan kritikal dan menderita kegagalan ginjal berfungsi serta pneumonia bersama dengan kesukaran untuk bernafas.

Selasa , 08/12/2009 – Speaker Badan Legislatif Palestin, Dr Aziz Dweik telah menyangkal tegas laporan-laporan berita yang menyatakan bahawa para pemimpin Hamas di West Bank telah mengadakan saluran hubungan dengan pejabat perdana Benjamin Netanyahu.

Selasa , 08/12/2009 – Akhbar Quds telah melaporkan bahawa jawatankuasa penduduk Israel yang bertindak untuk perancangan dan pembangunan di Baitulmuqaddis telah meluluskan satu pelan untuk membina bangunan-bangunan tambahan dalam plaza Al-Buraq pada minggu lepas.

Selasa , 08/12/2009 – Jurucakap UNRWA, Meshasha Sami (gambar) Ahad lalu mengatakan agensi itu dan pelarian-pelarian Palestin semakin bosan berdiri di depan pintu pagar komuniti antarabangsa untuk meminta bantuan, sambil menerangkan kedudukan kewangan agensi itu sangat teruk dan khidmatnya semakin menurun.

Isnin , 07/12/2009 – Konvoi ke-3 ‘Viva Palestin’ berlepas ke Semenanjung Gaza diketuai Ahli Parlimen Britain, George Galloway pada Ahad dari London, yang Berjaya mengumpulkan lebih ramai penyertaan di kalangan pejuang hak asasi manusia di seluruh eropah. Konvoi ini merupakan yang terbesar di kalangan kumpulan antarabangsa, terdiri daripadan pelbagai Negara termasuk Eropah, Amerika, Malaysia dan pelbagai lagi negara, serta bakal menjejakkan kaki di Gaza menjelang Ulang Tahun Pertama Perang Ganas Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Isnin , 07/12/2009 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri Rabu lalu menyatakan bahawa gerakan Hamas komited terhadap rekonsiliasi kebangsaan.

Jumaat,04/12/2009 – Jonathan Pollard, yang menjalani hukuman seumur hidup di penjara Amerika Syarikat kerana menjadi perisik Israel, telah menyeru Israel supaya menghukum tawanan Palestin setiap hari satu orang sehingga Shalit dibebaskan, menurut laporan yang diterbitkan melalui di akhbar Jerusalem Post pada hari Selasa.

Jumaat,04/12/2009 – Fadi Madi, Ketua Pergerakan Anti Globalisasi dan Dominasi US dan Israel berkata bahawa persiapan terakhir untuk minggu keharmonian Gaza peringkat antarabangsa sedang dijalankan. Minggu tersebut akan berlangsung daripada 27 Disember 2009 – 3 Januari 2010 dan perarakan raksasa yang dikenali “Kebebasan Besar” bakal disertai oleh 2,600 orang-orang ternama dunia.

Khamis,03/12/2009 – Semalam sekumpulan penduduk Yahudi yang dilindungi oleh Polis Israel telah merampas kediaman keluarga Palestin di pinggir Bandar Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis.