Categories
Berita Semasa

13 Yahudi Serang Nelayan Palestin Sejak Dua Bulan Lalu

Khamis , 06-09-2012 – Pusat Hak-hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) merekodkan tiga belas keganasan terhadap nelayan Palestin di Tebing Gaza yang didalangi oleh tentera laut Israel sejak dua bulan yang lalu.

PCHR merekodkan bahawa keganasan Yahudi terhadap nelayan Palestin bermula pada tempoh aduan bermula 26 Julai hingga 1 Ogos termasuk sepuluh insiden dimana tentera Israel menembak nelayan. Organisasi tersebut juga mengesahkan penahanan dua nelayan oleh tentera Israel semasa menangkap ikan pada jarak 300 meter dari jeti Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menubuhkan pusat pemeriksaan di al-Khalil dan memanggil bekas banduan

Selasa , 04-09-2012 – Regim zionis Israel (IOF) menubuhkan pusat pemeriksaan ketenteraan pada petang Sabtu di utara al-Khalil di Tebing Barat dan mula memeriksa identiti orang yang lalu-lalang.

Saksi memberitahu PIC bahawa askar-askar mempergiatkan lagi kehadiran mereka di jalan-jalan utama di al-Khalil dan mereka secara tiba-tiba menubuhkan dua pusat pemeriksaan ketenteraan berhampiran jambatan Halhoul, utara al-Khalil, dan sebuah lagi jambatan berhampiran pintu masuk ke bandar Sa ‘ir yang terletak beberapa meter dari menara pemerhatian tentera. Saksi-saksi menambah bahawa tentera telah mencari kenderaan dan memeriksa identiti rakyat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan yang mogok lapar

Selasa , 04-09-2012 – Gerakan Hamas mendakwa rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan Palestin yang mogok lapar di penjaranya dan menggesa agar mereka dibebaskan segera. Dalam satu kenyataan akhbar, Hamas berkata para pemogok lapar tersebut diabaikan penjagaannya dan dikenakan hukuman pengasingan di penjara Israel manakala pihak berkuasa penjara Israel terus mengabaikan tuntutan mereka.

Hamas memaklumkan bahawa Samer Al-Barq telah menjalani mogok lapar selama 103 hari, Hasan Assafdi 73 hari, Ayman Al-Sharawna 63 hari dan Samer Al-Isawi selama sebulan, dan member amaran yang mereka semua berhadapan dengan risiko kematian. Hamas merayu kepada liga Arab dan organisasi-organisasi antarabangsa untuk menghentikan penderaan Israel terhadap tahanan Palestin dan membebaskan para pemogok sebelum terlambat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Polis milik Abbas terus menangkap ahli-ahli HAMAS

Isnin , 03-09-2012 – Pasukan keselamatan naungan Mahmoud Abbas terus melakukan tangkapan terhadap ahli HAMAS. Mereka ditangkap di beberapa daerah termasuk di Hebron, Bethlehem dan Qalqiliah. Beberapa pelajar dari Universiti Hebron turut ditahan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Israel musnahkan kediaman rakyat Palestin di Negev dan Baitulmuqaddis

Isnin , 03-09-2012 – Jentolak Israel memusnahkan tiga kediaman rakyat Palestin pada Rabu di Negev, selatan tanah jajahan-1948 Palestin dan menghantar pemberitahuan untuk pemusnahan di Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan memberitahu PIC bahawa jentolak-jentolak yang diiringi oleh tentera menyerbu Rukhmh dan Bir Hadaj di Negev dan memusnahkan 3 kediaman atas alasan tiada permit pembinaan.

Salah satu kediaman itu dimiliki Juma Abu Hderh, 110 tahun salah seorang warga paling tua di kampung itu dan kini telah kehilangan tempat tinggal. Manakala, tentera rejim Israel turut mengeluarkan pemberitahuan pemusnahan ke atas sejumlah penduduk di bandar Silwan dan kejiranan Bustan di Baitulmuqaddis juga atas alasan kononnya pembinaan tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abbas Dituntut Minta Maaf kepada Rakyat Palestin

Isnin , 03-09-2012 – Pemerintah Palestin di Gaza meminta ketua pihak otoriti Palestin, Mahmud Abbas untuk meminta maaf kepada rakyat Palestin setelah beliau menyatakan bahawa Israel memiliki hak di tanah Palestin dan tidak boleh diusir.

Sebelumnya, dalam pertemuan beliau dengan para rabi Yahudi di pejabat presiden di Ramallah, Isnin lalu, Abbas menyebutkan bahawa Israel ada hak untuk tinggal tetap di Palestin.

PM Ismail Haniyah, pemerintah Palestin mengecam kenyataan Abbas dan meminta agar beliau meminta maaf kepada rakyat Palestin kerana menyakiti perasaan mereka. Pemerintah Palestin menegaskan bahawa mereka merasa pelik dengan kenyataan tersebut boleh keluar dari warga Palestin apatah lagi dari pemimpin Fatah dan PLO. Ini menggambarkan hancurnya politik elit PLO.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Banduan Palestin mengancam untuk meningkatkan protes

Khamis , 30-08-2012 – Banduan yang telah dibebaskan, Hatem Qafisha, berkata bahawa Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) melanggar perjanjian yang telah mengakhiri “maruah” banduan yang melakukan mogok yang berlangsung selama 28 hari. Ia menunjukkan bahawa semua tahanan mengancam untuk meningkatkan langkah-langkah bantahan mereka.

Qafisha memberitahu Pusat Tahanan Palestin (CPP) pada hari Isnin bahawa banduan telah tertakluk kepada serangan sistematik yang mensasarkan pencapaian mogok lapar, mencatatkan bahawa banyak penjara Israel dan pegawai-pegawai perisikan telah berkata bahawa mereka akan membayar harga yang tinggi jika banduan mencapai kemenangan.

Dia menunjuk ke arah isu penculikan ahli PLC dalam penjara Israel, mengutuk kecuaian PA dalam menangani isu mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menahan pelajar wanita yang telah dibebaskan

Khamis , 30-08-2012 – IOF menahan Asma Al-Batran di kediamannya di Edhna di barat Al-Khalil pada petang Isnin, sumber tempatan memaklumkan.

Ahli parlimen Abu Juhaisha memberitahu PIC bahawa tentera IOF melarikan Asma, yang merupakan tahanan yang telah bebas dari kediamannya setelah menyerbu.

Ahli Parlimen itu berkata, Asma, 23 tahun telah ditahan selama 20 bulan di dalam penjara IOF setelah penangkapannya pada 2008 serta menambah bahawa Asma masih belajar di Universiti Al-Khalil.
Sementara itu, tentera IOF menahan Anas Abu Markhiya dari bandar Al-Khalil pada subuh Isnin, warga tempatan melaporkan. Abu Markhiya telah ditahan selama 5 setengah tahun di penjara Israel dan telah dibebaskan oleh perisikan pihak berkuasa Palestin dua hari sebelum Ramadhan setelah menjalani mogok lapar selama sebulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Halang Ibu Uzur Lawat Anak yang Ditahan

Khamis , 30-08-2012 – Tentera Zionis telah menghalang tahanan Palestin dari Nablus untuk bertemu ibunya yang uzur serta bapanya yang telah telah mendapat kebenaran khas daripada Pasukan Palang Merah untuk melawatnya.

Raed Amer, Pengarah Persatuan Tahanan Palestin di Nablus menyatakan, tentera Zionis dan unit khas Israel telah menghalang bapa tahanan tersebut, Mohammed al-Chachtari, yang ditahan di penjara Gilboa dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, daripada melawat anaknya walaupun telah mendapat kebenaran daripada Pasukan Palang Merah.

Ameer menambah, bahagian pengurusan juga tidak membenarkan ibu Mohammed untuk bertemu dengan anaknya walaupun beliau uzur dan dibawa ke penjara untuk bertemu anaknya dengan menaiki ambulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Dibebaskan selepas 10 tahun

Khamis , 30-08-2012 – Tokoh Hamas, Syeikh Abdul Khaliq Natasha dibebaskan selepas 10 tahun di penjara Israel. Beliau telah disambut oleh ahli keluarga dan juga beberapa ahli parlimen termasuk Ketua Parlimen Palestin, Dr. Aziz Duwaik. Syeikh Natasha merupaka tokoh HAMAS yang begitu penting dan berperanan besar ketika merangka dokumen kesepakatan nasional Palestin tahun 2006. Beliau telah mengalamai pelbagai bentuk siksaan oleh Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Ucapan Salam Lebaran ‘Idul Fitri Dari Warga Kerja Palestinkini

 

 

“Eid mubarak! selamat kembali kepada fitrah, semoga semangat ramadhan diteruskan hingga ke akhir hayat insya Allah. sama-sama kita berdoa agar seluruh umat Islam bersatu di atas jalan yang diredhaiNya seterusnya kembali bangkit menjadi umat gemilang, wassalam”

Idawati

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan Salam Eid Mubarak kepada semua pelawat laman Palestinkini.
Diharapkan semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu erti kepada semua muslimin dan muslimat.
Teruskan doa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Husna,
Durham, UK

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Keluarga, sahabat yang mengenali diri yang tak terkenal ini, dan juga sidang kerja Palestinkini yang bertungkus lumus dalam menyampaikan berita tentang Palestin tanpa mengira penat dan lelah. Selamat hari raya, jangan makan banyak-banyak 🙂

Huda Sulaiman,

Selamat Hari Raya… Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur atas segala kurniaanNya diterima amalan kita dan dapat kembali kepada fitrah yang suci…. Ameennn…. Mohon Maaf Zahir dan Batin

Norshuhada Samudin

Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita beroleh darjat taqwa dari madrasah Ramadhan. Dalam bergembira di hari raya jangan lupa saudara seakidah kita yang sedang diuji khususnya di Palestin, Syria dan Rohingya. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd.

Osman Rasip

Categories
Berita Semasa

Ansar 3 Mengetuai Konvoi Bantuan ke Gaza September

Khamis , 16-08-2012 – Jawatankuasa Jordan Lifeline mengesahkan bahawa bantuan Ansar 3 akan menuju ke Gaza pada akhir bulan September yang disertakan dengan bekalan perubatan yang diperlukan untuk penduduk Gaza.

Penyelaras konvoi, Kifah Amayreh, berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa konvoi mengutip derma untuk menyediakan bekalan perubatan yang diperlukan mengikut senarai yang dibekalkan oleh pihak berkuasa kesihatan di Semenanjung Gaza. Amayreh menekankan kepentingan menyokong konvoi yang bertujuan untuk meringankan kepungan Israel yang dikenakan ke atas rakyat Gaza.

Beliau menjelaskan bahawa derma konvoi akan digunakan untuk membiayai projek-projek kecil untuk mengurangkan kadar pengangguran di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Sekatan Israel menghalang rakyat Palestin daripada bersolat di Al-Aqsa

Rabu , 16-08-2012 – Rejim Israel (IOA) menghalang warga lelaki Palestin dari Tebing Barat berusia bawah 40 tahun daripada memasuki bandar Baitulmuqaddis untuk menghidupkan Lailatul Qadr di Masjid Aqsa pada Selasa.

Jurucakap polis Israel berkata bahawa pihak polis akan meningkatkan kawalan di bandar suci itu dan hanya akan membenarkan lelaki berusia 40 tahun ke atas memasuki masjid dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun serta wanita daripada semua lingkungan umur.

Dia menambah, “ribuan polis akan berada di serata timur Baitulmuqaddis, termasuk lorong-lorong, persimpangan dan jalan-jalan menuju ke bandar dan kota lama.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Hamas Mengalu-alukan Tindakan Mesir Buka Pintu Rafah

Rabu , 16-08-2012 – Hamas menyambut baik tindakan Mesir membuka pintu masuk Rafah dan sangat mengalu-alukan langkah ini.
Dalam keterangan yang diterima Pusat Informasi Palestina, Selasa (14/8) Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menegaskan bahwa hak Mesir mengambil tanggungjawab penuh di wilayah sempadannya, Abu Zuhri meminta agar semua prosedur keamanan yang ditetapkan tidak menyukarkan warga Palestin.

Hamas menyeru agar pintu Rafah dibuka terus dan diberikan kemudahan yang pernah dijanjikan Presiden Mesir, Mohammad Morsi ketika bertemu dengan PM Palestin, Ismail Haniyah di Kaherah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Erdogan Pertahan Polisi Asing

Khamis , 16-08-2012 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan tidak diduga menyerang pengkritik yang telah mengkritik polisi asing negaranya terhadap negara-negara Islam yang hidup dalam krisis terutamanya Palestin, Syria dan Myanmar.

Erdogan berkata, pembangkang dan nasionalis berhaluan kiri tidak tahu makna “satu bangsa” dan peranan pentingnya terhadap negara-negara komponen tersebut. Beliau menambah, keselamatan dan kesejahteraan Turki adalah berkaitan dengan negara-negara tersebut.

” Sesetengah mereka meminta kami hanya menguruskan masalah dalaman negara kami dan tidak masuk campur urusan negara lain dan menyerah masalah mereka pada takdir”, kata Erdogan semasa majlis Iftar yang dianjurkan oleh Persatuan Sahabat (Friendship Association) di Istanbul pada Ahad lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda