
Jumaat, 04/09/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah memutuskan untuk membatalkan rancangan lawatan beliau ke Amerika Syarikat selepas diberitahu yang Presiden AS, Barack Obama, tidak akan bertemu dengannya.

Jumaat, 04/09/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah memutuskan untuk membatalkan rancangan lawatan beliau ke Amerika Syarikat selepas diberitahu yang Presiden AS, Barack Obama, tidak akan bertemu dengannya.
Walaupun Ramadhan sudah masuk ke pertengahan, namun kami tetap meletakkan ucapan salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini yang telah bersama sama berkhidmat secara sukarela demi menyediakan berita terkini dari bumi suci lagi di berkati, Palestin. Moga Ramadhan tahun ini benar2 memberikan impaks baru kepada umat Islam dalam berjuang membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.
-gunx
(klik Read More utk ucapan eksklusif dari warga kerja Pkini)

Jumaat, 04/09/2009 – Menteri Israel, Yossi Peled (gambar), dari Parti Likud pimpinan PM Israel,Benjamin Natanyahu, mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa bahawa kerajaan Israel tidak pernah membekukan usaha membangunkan dan meluaskan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis, dan tambanhnya, orang Yahudi bakal meneruskan kehidupan dan pembinaan di seluruh kota suci Islam itu. Peled berucap dalam satu persidangan “Selamatkan Baitul Maqdis dan Bukit Golan”, lapor sumber berita Israel, Ynet News.

Rabu, 02/09/2009 – Kementerian Pertanian Palestin telah meletakkan Tentera Laut Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ancaman nyawa kepada para nelayan Palestin di Gaza. Timbalan setiausaha Pertanian, Dr. Ibrahim Al-Qudra berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa organisasi antarabangsa harus campur tangan dan melindungi hak nelayan Palestin dalam mencari rezeki di laut.

Selasa, 01/09/2009 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada Isnin, bahawa 3 orang rakyatnya cedera selepas tentera Zionis melepaskan tembakan pada malam itu, seorang daripadanya serius, berhampiran antara Kem Pelarian Al-Jalazoun dan kawasan penempatan haram Yahudi di Beit El, timur Ramallah, Tebing Barat. Salah seorang rakyat Palestin yang tercedera itu merupakan paramedik. Sumber itu juga melaporkan, seorang remaja Palestin berumur 17 tahun, Mohammad Nayef, telah mengalami cedera parah, dan dikejarkan ke Hospital Israel Hadassah di Baitul Maqdis.

Selasa, 01/09/2009 – Seorang pegawai tentera Israel mengesahkan berita daripada keluarga Yasser Tmeizy di Hebron, selatan Tebing Barat yang memberitahu askar-askar Israel telah membunuh kejam anak lelaki mereka namun tiada tuduhan difailkan oleh Israel terhadap mereka.

Khamis, 27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Khamis, 27/08/2009 – Pihak Keselamatan Israel telah mengumumkan bahawa mereka bakal membina sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak Palestin yang ditahan tentera Israel di wilayah Palestin yang mereka jajah. Ini merupakan keputusan yang pertama kali didengari sejak menjajah Palestin selama 42 tahun. Sumber Israel melaporkan, Jeneral Brigade Gadi Shamni, GOC Central Command bagi tentera Israel, telah mengesahkan penubuhan mahkamah tersebut yang bakal menghukum segala kes melibatkan tahanan-tahanan bawah umur.

Khamis, 27/08/2009 – Ketua Pihak Berkuasa Sempadan di Gaza, Dr. Ghazi Hamad berkata mereka telah menghubungi pihak berkuasa sempadan di Mesir bagi membolehkan sempadan Rafah di buka bagi membenarkan laluan bagi penumpang yang terkandas dan mereka yang hendak mengerjakan umrah.

Khamis, 27/08/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza menyuarakan rayuan kepada kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan kesihatan antarabangsa membantah pengepungan Israel dengan tujuan membenarkan kemasukan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza terutama kepada 400 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

Selasa, 25/08/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin telah memohon kepada para pemimpin Arab dan Islam untuk bertindak dalam membatalkan sekatan ekonomi ke atas Gaza dan menyelesaikan segala sengsara penduduk Palestin terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Selasa, 25/08/2009 – Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Negara Arab mengutuk keras tindakan beberapa kumpulan ekstremis Yahudi yang menceroboh Masjid al-Aqsa dan mendirikan upacara keagamaan mereka yang dianggap sebagai tindakan pertama seumpamanya yang dilakukan oleh perampas pada bulan Ramadan, semenjak bandar al-Quds dijajah pada tahun 1967.

Isnin, 24/08/2009 – MP Jamal Al-Khudari, selaku ketua popular jawatankuasa anti pengepungan telah meminta semua aktivis asing agar dapat menghantar bantuan baru bagi memecahkan pengepungan di Semenanjung Gaza.

Isnin, 24/08/2009 – Penduduk haram Yahudi pada hari Ahad telah menceroboh masuk ke dalam Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, dan menjalankan upacara keagamaan, lapor Yayasan Aqsa. Yayasan tersebut melaporkan dalam satu kenyataan, pihak Polis Israel telah melindungi dan pengawal penduduk haram tersebut yang sedang mengadakan upacara keagamaan berdasarkan kitab Talmud.

Jumaat, 21/08/2009 – HAMAS mengumumkan penolakannya terhadap hasil laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan al-Haqq mengenai situasi yang menyelubungi kematian Hamadnah, salah seorang pejuangnya di dalam penjara militia Mahmoud Abbas di Tebing Barat pada minggu lepas. Ia menegaskan bahawa laporan tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan dipenuhi dengan pelbagai kecacatan.