Categories
Berita Semasa

Perbicaraan Mahkamah Israel terhadap Ibu 3 Anak

Isnin , 12/03/2012 – Seorang wanita Palestin, Mufika Al-Qawasmi yang telah diculik baru-baru ini dari rumahnya di Al-Khalil, akan dibicarakan pada hari Isnin di Mahkamah Tentera Penjara Ofer, lapor keluarganya.

Keluarga beliau menyatakan bahawa pasukan Israel menculik Mufika dari rumahnya di kejiranan Al-Jura Ras di bandar Al-Khalil dua minggu lalu. Penculikan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada suaminya, Ihab Al-Qawasmi yang telah dipenjarakan beberapa hari sebelum itu supaya mengaku terhadap tuduhan ke atasnya.

Mufika merupakan seorang ibu kepada tiga anak itu, serta suaminya adalah saudara kepada dua pejuang Palestin yang menjalankan operasi komando di bandar Al-Khalil tujuh tahun lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Peranti Kuasa Menangkap 5 Penyokong ‘Hamas” di Barat.

Isnin , 12/03/2012 – Perkhidmatan keselamatan terus menangkap ahli kempen di barat dan mensasarkan kepada penyokong gerakan penentangan islam ” Hamas” di tebing barat,menahan 5 daripada mereka di daerah Qalqilya,Hebron,Ramallah dan Betlehem termasuk wartawan tv Aqsa.

Di Ramallah ditangkap perisikan Ahmad Khateb,jurukamera tv Aqsa,selepas dipanggil untuk satu temubual.Jurukamera juga ditangkap selepas ruang yang terakhir adalah pertanyaan tentang kelebiahan Aqsa. Dalam daerah Qalqilya juga telah menahan seorang pencegah,dan semua editor Qassan Daud,dan menangkap 2 Mahdi Jaydi.Kedua-duanya merupakan peranti kuasa suatu masa dahulu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Israel melanjutkan tahanan pentadbiran terhadap Abu Tir

Isnin , 12/03/2012 – Sebuah mahkamah tentera Israel telah memperbaharui penahanan pentadbiran terhadap ahli parlimen Palestin, Mohamed Abu Tir, yang telah dibuang negeri secara paksa dari kampung halamannya, Baitulmaqdis ke bandar Ramallah pada Isnin lepas.

Kesatuan Perubahan dan Reformasi Parlimen Hamas berkata ini merupakan kali kedua Mahkamah Tentera Oenjara Ofer telah melanjutkan penahanan Abu Tir selama enam bulan. Rejim Pendudukan Israel membuang Abu Tir, 60, ke Ramallah pada bulan Disember 2010 selepas merampas kad pengenalan Baitulmaqdisnya hanya kerana beliau mewakili Hamas di Majlis Perundangan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Program AS untuk membersihkan imej negara haram Israel bertukar menjadi protes

Isnin , 12/03/2012 – Satu symposium pelajar Yahudi, yang diadakan di salah sebuah universiti di AS baru-baru ini yang bertujuan membaiki imej negara haram Israel yang tercalar, tiba-tiba bertukar menjadi demonstrasi yang menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin dan ‘penjara terbuka’ Gaza.

Menurut akhbar Jerusalem Post keluaran Isnin lalu, sebuah kumpulan pelajar Yahudi yang menggelar diri mereka “berdiri bersama kami” dari Universiti Davis, California, telah menjemput 2 orang tokoh Zionis, salah-seorangnya merupakan seorang tentera rejim Zionis manakala seorang lagi adalah wanita Druze. Kedua-duanya dijadualkan memberi ucapan menyokong negara haram Israel dan polisi-polisinya. Tetapi kedua-duanya telah diganggu oleh para hadirin dan lebih daripada 40 orang hadirin mula meninggalkan dewan.

Lebih dari separuh hadirin melaungkan slogan menentang rejim Zionis manakala sebahagian daripada mereka melayangkan bendera Palestin. Para hadirin melaungkan soalan seperti “Berapa ramai wanita telah kamu rogol?” dan “Berapa ramai kanak-kanak telah kamu bunuh?” dengan jeritan yang kuat, merujuk kepada kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Para peserta turut menuntut sekatan ke atas Gaza ditamatkan dan menghukum penjenayah Perang Israel. Slogan-slogan itu dilaungkan selama kira-kira 15 minit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Minggu aparteid Israel bermula di Afrika Selatan

Isnin , 12/03/2012 – Minggu rejim apartheid Israel di Palestin telah dilancarkan di lebih daripada 13 bandar raya Afrika Selatan dalam konteks aktiviti-aktiviti global dan peristiwa yang berlaku telah diadakan 90 bandar di seluruh dunia.

Acara-acara ini termasuk seminar universiti, kuliah, filem dokumentari, galeri foto dan banyak aktiviti lain mengenai sistem aparteid yang diamalkan oleh Israel. Banyak tokoh-tokoh terkemuka antarabangsa dan tempatan serta Palestin mengambil bahagian dalam acara-acara anti-apartheid ini di seluruh Afrika Selatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Ancam 2 Bekas Tawanan Ditangkap Semula

Isnin , 12/03/2012 – Tentera Israel menyerbu dua rumah bekas tawanan Palestin yang baru dibebaskan dalam transaksi pertukaran tawanan antara Hamas dan Zionis.

Sumber tempatan menyebut bahawa, tentera Zionis menyerbu dua rumah milik Ahmad Walid Surur (23 tahun) dan Muhammad Faiz Namer (24 tahun) di wilayah Sibat, Jenin. Seorang komandan militan memanggil dua bekas tawanan tersebut dan mengancam akan menangkapnya semula, jika didapati mereka aktif dalam kegiatan politik.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mahasiswa al Azhar untuk solidariti al-Aqsa

Isnin , 12/03/2012 – Seramai lebih kurang 5000 mahasiswa Ikhwanul Muslimin di Universiti al Azhar telah mengadakan demo bagi mengecam sikap Zionis yang sedaya upaya menghancurkan masjid al Aqsa dan mengusir rakyat Palestin. Demo yang diadakan selepas Zohor itu menyeru seluruh masyarakat dunia membebaskan masjid al-Aqsa. Mereka turut mengecam pemimpin Arab khususnya yang berdiam diri.

Mereka turut menggesa agar kedutaan Zionis ditutup, memboikot barangan Zionis dan sekutunya dan menyeru agar mengambil serius dengan penuh keimanan isu Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pasukan Zionis Melancarkan Serangan Ke Utara Gaza.

Isnin , 12/03/2012 – Tentera pasukan Zionis menembusi utara Gaza,telah diratakan .dan ditutup Beit Hanoun ‘Erez” untuk tempoh tertentu.

Melalui pusat maklumat Palestin,pasukan Zionis keluar pada pagi Rabu di Beit Hanoun “Erez’ dan menembusi kira-kira 200 meter dalam wilayah rakyat Palestin dan pergi ke kawasan perindustrian,berhampiran persimpangan. Beliau menambah bahawa tentera menutup semasa pencerobohan Beit Hanoun dan menghalang penumpang dari perjalanan melaluinya,dan kemudian membuka semula selepas penccerobohan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Hamas Ahli Parlimen meminta campur tangan antarabangsa memihak kepada tahanan Palestin

Khamis, 08-03-2012 – Ahli Parlimen Hamas di Tebing Barat telah mengambil bahagian dalam satu perhimpunan di hadapan pejabat Palang Merah di El-Bireh bandar menuntut perpaduan dengan tahanan Palestin di penjara Israel terutamanya pemogok lapar Hana’a Shalabi.

Mereka menuntut lebih banyak tindakan politik pada peringkat antarabangsa untuk menuntut tekanan yang besar kepada Israel untuk membebaskan semua tahanan Palestin terutamanya wanita dan tahanan pentadbiran, yang ditahan tanpa perbicaraan atau caj.

Penggubal undang-undang menggariskan bahawa dasar tahanan pentadbiran Israel adalah salah di sisi undang-undang kerana ia adalah berdasarkan fail rahsia yang dibentangkan di dalam ringkasan daripada ujian biasa, menuntut bahawa semua mahkamah Israel adalah salah di sisi undang-undang kerana mereka mengikut peraturan-peraturan penjajahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

2 kanak-kanak meninggal dalam letupan

Khamis, 08-03-2012 – Dua kanak-kanak Palestin terbunuh dan tiga lagi cedera dalam letupan senjata yang ditinggalkan oleh tentera Israel dekat kampung Sa’eer di Al-Khalil.

Nasser Qabaja, ketua bahagian kecemasan dan ambulans di wilayah itu memberitahu Akhbar Quds bahawa dua kanak-kanak berusia 12 tahun terbunuh di dalam kejadian itu. Beliau berkata, Persatuan Bulan Sabit Palestin membawa mangsa ke hospital kerajaan Al-Khalil, dan memaklumkan bahawa keadaan mereka yang cedera adalah stabil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Int’l menyalahkan dunia yang berdiam diri atas tindakan IOA yang berterusan terhadap Ahli Parlimen

Rabu, 07-03-2012 – Kempen antarabangsa untuk pembebasan Ahli Parlimen Palestin yang ditahan di penjara Israel telah menyalahkan dunia kerana berdiam diri atas kedegilan pihak berkuasa pendudukan Israel dalam penggubalan undang-undang tahanan Palestin.

Kempen itu dalam satu kenyataan pada hari Isnin mengulas mengenai pembaharuan tahanan pentadbiran MP Mahmoud Al-Ramahi selama empat bulan untuk kali keempat berturut-turut. Tindakan IOA yang berterusan begitu seolah-olah berterima kasih keatas dunia yang berdiam diri.

Ia turut membidas dasar Israel, sambil menambah bahawa ia adalah terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa dan imuniti Ahli Parlimen.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq: Kerajaan peralihan kebangsaan

Rabu, 07-03-2012 – Ahli biro politik Hamas Ezzet Al-Resheq telah mengesahkan bahawa isu berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan kebangsaan yang baru akan diteruskan pada hari-hari akan datang.

Beliau berkata di dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin bahawa tiada siapa harus bertanggungjawab di atas kelewatan membentuk kerajaan itu. Kelewatan itu adalah perkara biasa rentetan dari rundingan antara pemimpin Hamas, Khaled Mishaal dan pemimpin Fatah serta ketua PA Mahmoud Abbas.

Resheq berkata, kerajaan yang akan dibentuk terdiri daripada tokoh-tokoh bebas dan akan diteruskan tanpa program politik. Beliau berkata ia akan mempunyai 3 misi utama untuk dicapai: bersedia untuk pilihanraya, pembinaan semula Gaza dan baikpulih bahagian dalaman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Thair ditahan semula oleh Zionis-Israel

Rabu, 07-03-2012 – Mahkamah Zionis hari ini telah mengarahkan penangkapan semuala ahli parlimen Palestin Abu Thair. Sumber dari pejabat HAMAS menyatakan Abu Thair telah ditahan di penjara Over selama 6 bulan. Setakat ini, masih belum terdapat sebab yang kukuh mengapa beliau ditahan semula.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

200 Orang Ditangkap Sejak Awal Tahun Di Hebron

Rabu, 07-03-2012 – Israel meningkatkan usaha menangkap penduduk Hebron, selatan Tebing Barat. Menurut catatan, sejak awal tahun hingga akhir Februari lepas, tidak kurang dari 200 warga Hebron ditangkap tentera Zionis.

Amjad Najar, pengarah persatuan tawanan Palestin di Hebron menjelaskan kepada Pusat Informasi Palestina, tentera Israel telah menangkap lebih dari 100 orang bulan Februari lepas. Tiga diantaranya wanita. Sementara itu pada Januari lepas seramai 98 orang ditangkap dalam tindakan penangkapan yang semakin galak.

Najar menambah, gelombang penangkapan yang dilakukan Israel mencakupi seluruh pelusuk Hebron. Tentera Zionis sentiasa melakukan serangan dan penganiayaan terhadap hak-hak penduduk. Bahkan mereka menghalau seluruh penghuni rumah, walau dalam keadaan sangat sejuk musim dingin atau waktu hujan lebat sekalipun.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Baraka minta duta Iraq baiki situasi pelarian Palestin

Rabu, 07-03-2012 – Wakil Hamas di Lubnan, Ali Baraka telah bertemu duta Iraq ke Lubnan, Omar Barazanji pada Isnin lalu bagi membincangkan tentang keseluruhan keadaan di rantau ini.

Satu kenyataan Hamas berkata, Baraka yang diiringi tiga pegawai Hamas telah berbincang dengan Barazanji tentang situasi pelarian Palestin di Iraq.

Baraka meminta menambah baik situasi hidup pelarian dan memberi mereka pasport khas untuk memudahkan pergerakan dan perjalanan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz