Categories
Berita Semasa

Rabbi Yahudi membenarkan rakyat Palestin dijadikan benteng manusia

Isnin ,25/10/2010 – Seorang Rabbi Yahudi telah membenarkan penggunaan orang awam Palestin sebagai benteng manusia meski ia boleh mengakibatkan mereka terkorban.

Yitzhak Shapira, pengarah sebuah sekolah Yahudi di Tebing Barat, memberitahu akhbar harian Haaretz pada Khamis bahawa apa-apa sahaja boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa Yahudi berdasarkan ajaran Taurat. Dia berkata, nyawa seorang Yahudi adalah lebih berharga daripada orang lain tidak kira sama ada tentera atau tidak.

Tiada rakyat Israel patut membahayakan dirinya demi orang bukan Yahudi meskipun orang awam, Shapira berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

LifeLine 5 masuki Gaza

Isnin ,25/10/2010 – Rombongan para peserta konvoi “LifeLine 5” mula memasuki Gaza pada petang hari Khamis (21 Oktober) melalui gerbang Rafah.

Sumber tempatan Palestin melaporkan bahawa para peserta konvoi sampai pada pukul 3.30 p.m hari Khamis waktu tempatan Gaza, tanpa sebarang trak dan pengangkutan yang dibawa mereka. Sumber media dari biro Palestin yang berfungsi untuk memecahkan tembok gaza dan menyambut konvoi berkata bahawa kapal memerlukan 2 hari untuk memindahkan kesemua barangan daripada Pelabuhan Arish ke Gaza melalui pintu Rafah dan dijangka akan tiba pada hari Sabtu atau Ahad.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Peace Now: Pemukiman haram mula membina 600 unit rumah pada akhir pembekuan

Isnin ,25/10/2010 – Organisasi anti pemukiman haram Israel “Peace Now” mengumumkan bahawa penduduk haram Israel sudah mula membina lebih dari 600 unit perumahan di Tebing Barat sejak akhir pembekuan pemukiman 26 September lalu.

Ofran Hagit, pengarah Peace Now’s Settlement Watch, mengatakan bahawa 600 hingga 700 unit rumah sedang dibina sejak tarikh tersebut, dimana pembinaannya empat kali lebih laju dari sebelum pembekuan. Dia mengatakan bahawa pembelian 2,000 rumah adalah dari 13,000 rumah yang didakwa mendapat keizinan untuk dibina.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Romanein setelah dibebaskan : Kami tidak akan mendiamkan jenayah yang berlaku pada kami.

Jumaat ,22/10/2010 – Di dalam sidang akhbarnya yang pertama semenjak dibebaskan petang Rabu, Ahli Parlimen Ali Romanein berkata, kempen penangkapan wakil-wakil Palestin adalah bertujuan untuk mendiamkan mereka. Beliau menekankan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dengan jenayah tersebut.

“Tentangan yang dihadapi mereka tidak akan melenyapkan tujuan asal perlantikan mereka,” kata Romanein.

Mengulas perhatian umum yang diterima beliau semasa dibebaskan meski dikawal ketat, beliau berkata, “Kami gembira dengan sambutan ini. Saya meninggalkan Bandar Al-Khalil dalam keadaan terhormat dan meriah. Ini menandakan masyarakat berpegang pada kebenaran.” “Rakyat memilih untuk memihak kepada kami walaupun di dalam keadaan sulit,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penjara Zionis- Israel larang bahan bacaan untuk Syaikh Raed

Jumaat ,22/10/2010 – Pihak penjara Zionis-Israek hari telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan membawa masuk bahan bacaan kepada Syaikh Raed Salah. Syaikh Raed kini berada di penjara Ayalon, Ramleh. Pihak hak asasi manusia telah memohon ke mahkamah bagi membenarkan bahan bacaan di bawa masuk ke penjara untuk bacaan banduan.

Setakat ini, hanya mushaf Quran yang di benarkan masuk manakala kitab tafsir tidak dibenarkan sama sekali.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Bakar Lebih 2,500 Pohon Zaitun

Jumaat ,22/10/2010 – Sekumpulan penduduk daripada penempatan haram Bracha menyerang petani pada pagi Rabu di desa Burin, mencederakan seorang petani Palestin dan menghancurkan sejumlah pohon zaitun. Polis menangkap salah seorang petani setelah bertengkar dengan penduduk.

Warga Palestin melaporkan bahawa puluhan penduduk haram Israel menyerbu kebun zaitun di sekitar Burin dan menyerang petani Muneer Qadous dengan alat yang tajam dan merampas sejumlah besar zaitun di miliknya. Beliau kemudian dibawa ke Hospital Rafidia di Nablus untuk rawatan.

Penduduk mengatakan tentera Israel hanya melihat dari dekat insiden tersebut dan menangkap salah satu kerabat Qadous ketika ia berusaha untuk berdepan denga para penduduk haram itu. Namun pihak berkuasa tidak berusaha untuk menghentikan para penduduk haram, yang menceroboh di daerah hari demi hari, kata mereka.

Khalid Qadous, salah satu penduduk tempatan, mengatakan kepada wartawan PIC bahawa penduduk membakar sejak Khamis lalu 2,500 pokok zaitun di desa Burin, beberapa pohon berumur beratus-ratus tahun.

“Tentera Israel sengaja diam dan melambatkan respon dalam semua kes memadamkan api dengan bomba Palestin sehingga api akan mempengaruhi jumlah terbesar dari pohon zaitun,” dia menjelaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Perisikan Pihak Berkuasa Palestin Menuju ke al-Khalil, Berbangga Menggunakan Penderaan di Penjara Tebing Barat.

Jumaat ,22/10/2010 – Pengarah penyediaan perisikan di bandar al-Khalil, Mahmoud Hamdan berbangga mengakui bahawa pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat menggunakan penderaan kepada Tahanan Palestin, sambil menerangkan bahawa penderaan ialah satu polisi yang tidak boleh dielakkan.

Sumber memberitahu Pusat Info Palestin (PIC), bahawa Hamdan yakin banyak negara selalu menggunakan penderaan, walaupun mereka menandatangani persetujuan untuk menentang penderaan.

“Penderaan yang kami gunakan ke atas tahanan menepati undang-undang dan tidak boleh disangkal,” kata Hamdan yang direkod oleh sumber PIC.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Inilah yang Terjadi di “Tembok Penyiksaan” Tentera Abbas

Jumaat ,22/10/2010 – Pusat siasatan milik tentera Abbas di Hebron yang disebut sebagai “tembok penyiksaan” dikelilingi oleh pasukan tentera yang sangat ketat, pos-pos pemeriksaan dan pengawasan dari semua penjuru.

Anggota Hamas yang diculik oleh tentera Abbas dibawa ke tempat tersebut sebagai transit kedua dari proses penahanan dan siasatan setelah selesai tahap pertama di pos-pos penahanan milik tentera Abbas yang banyak terdapat di seluruh penjuru Hebron, Dura, Halhul, Yata, Tafuh dan yang lainnya.

Kelebihan yang dimiliki pusat penahanan di Hebron ini adalah kerana terdapat sejumlah besar sel di dalamnya. Di setiap sel ada seorang tahanan. Pihak penyiasat di dalam tahanan ini patuh kepada pegawai yang dikenali dengan nama “Adam”. Mereka adalah para penjaga tahanan yang melakukan tugas pemindahan tahanan, penutupan sel dan yang lainnya.

Pusat tahanan ini juga dikenali dengan kekerasan soal siasat dan penyiksaan di dalamnya. Para penyiasat di dalam tahanan ini yang juga anggota tentera Abbas, memperlakukan para mangsa penculikan dengan pelbagai cara penyiasatan mempraktikkan segala jenis penyiksaan di dalamnya.

Seorang mangsa penculikan yang dibawa ke “tembok penyiksaan”, terus sahaja di soal siasat, dicaci, dipukul dan diperlaku sesuka hati. Kemudian dia dimasukkan ke dalam sel yang luasnya tidak lebih dari 1×1.5 meter tanpa katil dan selimut. Sel-sel ini sangat lembab, tidak ada sinar matahari yang masuk, hampir-hampir tidak ada udara di dalamnya. Mangsa yang berada di dalam sel betul-betul terasing dari dunia luar di sekitarnya.

Di antara cara-cara penyiksaan yang juga digunakan di dalam penjara ini adalah dengan mengikat mangsa dalam tempoh yang sangat lama, iaitu dengan mengikat kedua tangan mangsa ke belakang dan memaksanya duduk di atas kerusi kecil. Ini menyebabkan mangsa merasa kesakitan yang amat sangat di bahagian punggung dan tulang belakang, mangsa ditinggalkan dalam keadaan terikat seperti itu selama berhari-hari bahkan berminggu-minggu.

Terdapat juga cara penyiksaan yang lain dengan meletakan mangsa di sebuah ruangan di penjara. Di ruangan itu ada lubang kecil dari seluruh sisinya, dikenali dengan nama “tsalajah” (kulkas). Mangsa ditinggalkan dalam ruang kecil tersebut selama berjam-jam dengan penyiksaan yang sangat dahsyat apatah lagi ruangan itu sangat sejuk sekali.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mesir masuk ke “fasa paling bahaya” pembinaan tembok besi

Jumaat ,22/10/2010 – Kereta kren besar yang bekerja dekat Gerbang Salah Ed-Din, pemisah antara Jalur Gaza dan Mesir kini sudah masuk ke fasa menanam plat besi jauh ke dalam tanah, untuk menghalang rakyat Palestin yang selama ini boleh menyeludup masuk melalui terowong bawah tanah.

Tembok hampir siap ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat, dan ditambah dengan plat bawah tanah yang berukuran 5 cm tebal dan 20 m dalam akan merangkumi jarak sejauh 10 km merentasi Rafah yang terletak bersebelahan dengan Gaza.

Datuk Bandar Rafah (di Selatan Gaza), Isa An-Nashar, menjelaskan bahawa pihak Mesir bekerja siang dan malam untuk menanam plat besi ke dalam tanah di zon Salah Ed-Din ini (yang merangkumi 2 km), dan menjelaskan lagi bahawa kerja-kerja ini sudah bermula sejak awal bulan lagi, hanya kawasan ini (Salah Ed-Din) yang berbaki untuk dilengkapkan dengan plat bawah tanah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera zionis Israel memanjangkan tempoh penahanan tahanan Palestin buat kali ketujuh

Jumaat ,22/10/2010 – Perisikan Israel memperbaharui tempoh penahanan, tanpa perbicaraan atau ikat jamin, untuk ketujuh kalinya terhadap Bakar Said Bilal. Pembaharuan itu diumumkan satu jam sebelum pembebasannya yang telah dijadualkan sebelum ini.

Fuad Al-Khafsh, pengarah pusat kajian tahanan dan hak-hak asasi manusia Ahrar, mengatakan bahawa Bilal ditahan di kawasan pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel). Dia penjara sejak 15/4/2008 hanya atas tuduhan boleh membahayakan serta mempunya fail keselamatan rahsia.

Dia masih teringat bahawa Bilal ditahan di Petah Tikwa. Berikutan penangkapan itu, dia diarah untuk tinggal di sana selama 40 hari di mana ia menjadi sasaran soal siasat yang kejam, tetapi ternyata tiada apa-apa bukti yang menunjukkan dia bersalah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  syuhada

Categories
Berita Semasa

3 Rakyat Palestin cedera dalam letupan di Selatan Gaza

Jumaat ,22/10/2010 – Satu letupan kuat meletus di salah sebuah kem latihan Brigade Qassam, sayap bersenjata Hamas, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pada Rabu lalu dan telah mencederakan 13 warga Palestin termasuk tiga kanak-kanak.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu PIC bahawa mangsa letupan “misteri” itu sedang mendapatkan rawatan. Tiada lagi laporan mengenai penyebab ledakan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mishaal akan bertemu delegasi “The Elders”

Khamis ,21/10/2010 – Khaled Mishaal, Pengerusi Biro Politik Hamas dijadualkan akan bertemu dengan sebuah delegasi daripada pertubuhan “The Elders” di pejabatnya yang terletak di Damascus pada hari Selasa, kata Ezzet al-Resheq, anggota Biro Politik Hamas pada Isnin lalu.

Tambahnya lagi, delegasi itu akan diketuai oleh bekas Presiden Ireland, Mary Robinson dan turut disertai oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Terdahulu, 2 hari lepas Robinson telah mengetuai delegasi “The Elders” melawat Gaza selama 24 jam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Anggota Parlimen Hamas: Kesediaan Abbas ketepikan hak-hak rakyat Palestin satu penghinaan

Khamis ,21/10/2010 – Para penggubal undang-undang Hamas mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tentang kesediaannya mengetepikan hak-hak sejarah rakyat Palestin serta menyifatkannya sebagai suatu yang memalukan dan tidak bertanggungjawab. Mereka turut menegaskan bahawa hak-hak negara dan kepentingannya adalah suatu yang bukannya asing serta menjadi milik semua rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Selasa, para penggubal undang-undang tersebut menyifatkan kenyataan Abbas itu adalah sebahagian daripada polisi berkomprominya dan membebankan rakyat Palestin.

Tegas mereka lagi, Abbas tidak berhak ke atas semua sejarah rakyat Palestin dan satu-satunya cara untuk mengakhiri konflik rakyat Palestin dengan rejim Zionis adalah melalui penentangan tanpa kompromi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Assad: Israel tidak mampu, tidak bersedia untuk mencapai keamanan

Khamis ,21/10/2010 – Presiden Syria Bashar Al-Assad telah menuduh bahawa Israel tidak bersedia dan tidak mampu mencapai keamanan. Dia menambah bahawa hanya keadilan dan kedamaian yang menyeluruh mampu memberi keselamatan dan kestabilan di kawasan tersebut.

Assad telah memberi amaran terhadap “kesan serius” undang-undang Israel yang berbau perkauman. Ia ditetapkan terutamanya pada sumpah kesetiaan kepada negara demokrasi Yahudi dan Israel.

Assad bercakap selepas bertemu dengan delegasi dari Global Elders, sebuah organisasi bebas yang berfungsi untuk menamatkan konflik dunia. Ia terdiri daripada bekas presiden Ireland Mary Robinson, bekas presiden Amerika, Jimmy Carter, dan tokoh-tokoh terkenal yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Inilah sebab penangguhan perbincangan.

Khamis ,21/10/2010 – Pengumuman penangguhan tarikh perbincangan antara Hamas dan Fattah yang pada asalnya dijadualkan pada hari Rabu (20 Oktober) bertempat di Damsyiq, Syria mewujudkan persoalan dari pihak media dan politik terhadap sebab-sebab penangguhan dibuat, terutamanya apabila pihak media sedia maklum akan tarikh pertemuan ini setelah disepakati kedua-dua Hamas dan Fattah dalam pertemuan pertama yang juga berjalan di Damsyiq tempoh hari.

Menteri Perhubungan Luar Hamas, Usamah Hamdan, ketika diminta media Selasa (19 Oktober) lalu untuk memberi komen terhadap sebab kegagalan Fattah turun ke Damsyiq menjawab, “tanyalah Fattah”, kerana pihak Fattah masih gagal memberi sebarang respon ke atas isu ini.

Hamas menganggap bahawa kegagalan Fattah untuk menghadiri mesyuarat, seperti yang dilaporkan oleh sumber media, mungkin disebabkan oleh ketidaksepakatan yang berlaku antara wakil Syria dan wakil Palestin daru pihak Fattah dalam Sidang Arab di Sirte, di mana Presiden Fattah, Mahmoud Abbas mendapat pesanan daripada Menteri Syira, Bashar El-Assad untuk meletakkan keutamaan kepada perbincangan pembaikan negara lebih tinggi daripada rundingan bersama penjajah Zionis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan laporan oleh Azzam El-Ahmad dalam akhabar tempatan Jordan tempoh hari.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen