Categories
Berita Semasa

Israel Memulakan Persiapan Untuk Membangun Sebuah Jambatan Terdekat Untuk Masjid Al Aqsa

Rabu ,22/09/2010 – Yayasan Wakaf dan Warisan Al Aqsa mengeluarkan kenyataan petang Khamis lalu yang mendedahkan bahawa Pihak Israel sudah mula melakukan persediaan untuk pembinaan jambatan di Gerbang Mughrabi berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Persediaan bermula selepas mahkamah Israel bersetuju dengan pembinaan jambatan yang akan menghubungkan antara Al-Buraq (Berwarna Barat) dan Al Mughrabi Gate. Jambatan itu juga akan memudahkan tentera Israel dan para penduduk menyerang Masjid Al Aqsa, menurut yayasan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tiga rakyat Palestin Tercedera Dalam Kemalangan dalam Terowong di Rafah

Rabu ,22/09/2010 – Sumber-sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa tiga warga Palestin tercedera sewaktu bekerja di sebuah terowong di Rafah di sempadan Mesir.

Adham Abu Silmiyya, penyelaras Perkhidmatan Perubatan Tentera di Gaza menyatakan bahawa pegawai perubatan dan pekerja kecemasan berjaya menemui ketiga-tiga mereka di bawah runtuhan. Dua daripada mereka dipindahkan ke Hospital Abu Yousef Al-Najjar yang mengalami kecederaan ringan sementara seorang lagi dirawat di tempat kejadian.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas menentang kempen Zionis ke atas para tahanan

Rabu ,22/09/2010 – Hamas memperbaharui tentangannya terhadap kempen kekejaman yang dijalankan oleh pihak Biro Penjara Zionis bertemakan “demi para tahanan kita di penjara Nazi”, dan pertanggungjawaban serta kesan buruk kempen ganas mereka ini.

Hamas juga mengutuk sikap bodoh dan berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap isu jenayah ke atas hak riduan tahanan Palestin, di mana pada waktu yang sama mereka menangisi nasib para banduan Zionis yang ditahan sewaktu serangan Zionis ke atas Gaza.

Hamas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Informasinya pada hari Isnin (20 September) mengutuk kempen yang dijalankan oleh Biro Penjara Zionis, “demi keberanian tahanan kita” di penjara Ofer, Hadarim, Raymond dan Shattah. Hamas menyeru organisasi antarabangsa terutamanya PBB, kesemua negara-negara berkaitan dan rakyat Palestin sendiri untuk bersatu dan membantu para tahanan di penjara Zionis, melawan pencabulan dan keganasan yang amat hodoh yang dijalankan terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel (IOF) mendirikan pos pemeriksaan baru di Nablus

Rabu ,22/09/2010 –Tentera Zionis Israel menahan puluhan kenderaan rakyat Palestin pagi ini di sebuah pos pemeriksaan di Nablus, di Tebing Barat.

Saksi tempatan berkata bahawa tentera Zionis Israel mendirikan pos pemeriksaan baru di pintu masuk ke kampung “Assira” utara Nablus dan menahan sejumlah kenderaan Palestin yang bergerak di kedua-dua arah.

Saksi menambah bahawa tentera Zionis Israel yang ditempatkan di pos pemeriksaan merumitkan lagi urusan rakyat Palestin dengan menyemak kad pengenalan mereka dan menahan mereka selama beberapa jam tanpa alasan yang jelas.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

200 Tan Besi Masuk Gaza

Selasa , 21/09/2010 – Majlis Perbandaran Pantai, Air dan Elektrik (CMWU) dapat membenarkan kemasukan 200 tan besi ke Gaza pada Isnin melalui penyeberangan Karem Abu Salem di Jalur Gaza selatan dan menunjukkan bahawa itu adalah pertama kalinya bahawa pihak Israel membenarkan besi untuk pekerjaan pembinaan di Jaluran Gaza.

Pengurus Besar CMWU, Munther Shiblak berkata: “Jumlah besi dimasukkan akan digunakan untuk projek kecemasan pembetungan di Gaza City, dengan kerjasama dengan Kota Gaza dan pembiayaan dari Bank Pembangunan Jerman KFW pada pemulihan dan pembangunan kawasan sanitasi Gaza “.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menceroboh penjara Raymond dan menyiksa tahanan

Selasa , 21/09/2010 – Satu badan bebas kajian tahanan dan hak kemanusiaan melaporkan pada hari Ahad (19 September) yang lalu bahawa, “perang yang sengit dan pertempuran yang dahsyat sedang berlaku terhadap tahanan di penjara Raymond di selatan negara Palestin yang terjajah”. Kejadian ini telah melanggar hak para tahanan, merosakkan segala isi penjara, mencetuskan pergaduhan antara para tahanan dan menyiksa mereka. (Nahshun dan Matsada).

Pengerusi badan ini, Fu’ad Al-Khuffash menyatakan bahawa maklumat yang diterima menguatkan bukti serangan pihak Zionis terhadap para tahanan ini, dan suara-suara respon terhadap kejadian ini telah sampai kepada penjara Nafkha, yang terletak hampir dengan penjara Raymond.

Al-Khuffash menambah lagi bahawa “pencerobohan Zionis terhadap para tahanan bukanlah berlaku hanya pada minggu ini, tetapi telah terjadi berkali-kali sebelum ini, antaranya seperti yang berlaku terhadap tahanan di penjara Hadarim, di mana para tahanan dipindahkan ke bahagian yang lain, tembok dan dinding penjara dirosakkan, para tahanan diseksa dan beberapa pemimpin Hamas yang ditahan diasingkan ke tempat yang berbeza.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tel Aviv antara pembayar gaji tertinggi

Selasa , 21/09/2010 – Bandar Tel Aviv yang terletak di tengah-tengah kawasan jajahan Palestin menduduki tempat ke 25 dalam senarai taraf hidup paling mahal di dunia.

Laporan dari Bank Dunia Swiss menyatakan Tel Aviv sedang pesat menuju ke arah bandar paling mahal nilai taraf hidupnya berdasarkan klasifikasi global Bank Dunia di Switzerland. Bank Dunia Swiss juga turut meletakkan Tel Aviv di kedudukan 33 dalam senarai pembayar pendapatan tertinggi dan kedudukan ke 34 untuk kuasa membeli.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Lieberman: Cari Alternatif Tanah Palestin

Selasa ,21/09/2010 –Menteri Luar Israel, Evigdor Lieberman mengatakan, satu prinsip yang harus dipertahankan Entiti Zionis dalam perundingannya dengan kumpulan Oslo adalah mencari alternatif bagi wilayah Palestin sebagai ganti daripada prinsip pertukaran tanah untuk perdamaian.

Beliau menegaskan, sesiapa yang menonjolkan kebangkitan entiti di Palestin Jajahan 48 maka mereka harus segera mencari wilayah yang boleh ditadbir Pihak Autoriti Palestin. Dalam ucapannya di radio Ibrani, Ahad (19/9) Lieberman mengatakan, penentangan Liga Arab dan pemerintah Palestin untuk mengiktiraf Entiti Zionis sebagai negara Yahudi, mewajibkan kita menganggap masalah Arab Israel sebagai salah satu perkara penting dalam setiap perundingan Israel – Palestin. Setiap warga Israel harus dapat memanfaatkan kedudukanya walaupun ia berada di Mossad.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Palestin di Eropah: bangsa kita tidak akan bertoleransi terhadap hak-hak yang tergadai

Rabu , 08/09/2010 – Puluhan organisasi dan komuniti Palestin di Eropah, meluahkan rasa kebimbangan mereka yang mendalam terhadap langkah-langkah tergesa yang diambil oleh “kerajaan Fatah” di Ramallah, dengan memulakan rundingan secara langsung dengan kerajaan penjajah zionis di Washington, tanpa persetujuan dari rakyat Palestin dan kerajaan Hamas yang mempunyai hak dalam perkara ini, serta menegaskan bahawa penyertaan dalam sesi rundingan damai ini, adalah dalam bentuk dan kandungan yang baru dan tidak pernah dilakukan dalam melaksanakan politik yang tidak bertanggung jawab ini. Perkara ini datang selepas kepatuhan penuh terhadap syarat yang dikemukakan oleh Netanyahu serta pemerintahannya yang melampau.

21 institusi Palestin di Eropah menjelaskan dalam petisyen secara berkelompok mereka hari ini, Isnin (6 / 9), dan “Pusat Maklumat Palestin,” menerima satu salinan daripadanya, bahawa langkah rundingan di Washington adalah merupakan sebahagian perjalanan yang bermatlamatkan untuk menutup segala kesalahan-kesalahan zionis dari pembunuhan, kepungan, perpindahan, meyahudinisasikan Baitulmuqaddis dan tindakan mengosongkan penduduk asalnya, membina lebih banyak penempatan Yahudi, pembangunan tembok, pemusnahan rumah, pengusiran rakyat Palestin dari rumah mereka serta rampasan terhadap tanah-tanah rakyat Palestin.

Petisyen itu menambah lagi: ” tidak dapat dibayangkan di cakerawala hari ini, melalui kandungan perundingan yang baru serta syarat-syaratnya, segala usaha untuk membolehkan rakyat Palestin mendapatkan hak-hak mereka tidak dapat direalisasikan lagi dan juga untuk melayani tuntutan mereka (rakyat Palestin) yang sah.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus menerus menceroboh rumah di Hebron.

Rabu , 08/09/2010 – Tentera Zionis Israel telah menceroboh rumah kedua milik penduduk Palestin bernama Salem Salaima berhampiran penempatan Israel, Kiryat Arba di sebelah timur Hebron, Tebing Barat. Tentera Israel telah mengambil alih rumah lain berdekatan penempatan tersebut atas milik penduduk bernama Numan Shabana di kawasan berhampiran dengan jalan Bani Naim.

Saksi tempatan mengesahkan sekitar 15 tentera Zionis Israel menyerang rumah pada waktu subuh dan menghalau pemilik keluar dari rumah mereka dan memaksa mereka untuk duduk di bilik bawah rumah terbabit.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Munib Al-Misri mengkritik Abbas yang menyebelahi rundingan

Rabu , 08/09/2010 – Munib Al-Misri, Presiden Pertubuhan Persepakatan Nasional Palestin menegaskan bahawa sidang rundingan dua hala baru-baru ini tidak mencetuskan bibit positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda “kejayaan” kerana ia melibatkan Zionis yang sememangnya sentiasa keras kepala untuk terus menjalankan proses Yahudinisasi dan membina petempatan haram, pada masa yang sama beliau juga mengkritik sikap terburu-buru Presiden Mahmoud Abbas yang memilih jalan rundingan, dan tidak memberi peluang kepada pencapaian persepakatan negara.

Misri berkata dalam satu kenyataan akhbar “Islam Times” terbitan hari Isnin (6 September), bahawa masaalah persepakatan Palestin berjalan lembab dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan meskipun terdapat parti yang mengambil serius dengan persepakatan ini.

Kenyataan ini dikeluarkan beliau sewaktu diminta memberi pendapat tentang rundingan dua hala dan kesannya terhadap persepakatan dalam negara Palestin. Beliau menambah lagi bahawa adalah “sepatutnya lebih baik” untuk presiden Abbas memberi tumpuan kepada proses persepakatan yang buat masa ini lebih penting daripada sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

400 bungkus makanan diagihkan kepada keluarga-keluarga miskin di Gaza

Rabu , 08/09/2010 – Pertubuhan Islam di Semenanjung Gaza mengagihkan lebih 400 bungkus makanan kepada fakir miskin di Gaza. Setiausaha Agung pertubuhan itu, Nasim Yasin mengatakan pertubuhan tersebut akan meneruskan usaha membantu fakir miskin di Gaza menerusi perlaksanaan projek kebajikan ini.

Nasim turut menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada institusi-institusi dan para personaliti yang menyumbang bantuan kepada warga Palestin pada bulan yang mulia ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Gaza : Gadis 16 tahun redah laut dan sekatan bagi sesuap makanan keluarganya

Selasa , 07/09/2010 – Setiap kali Subuh, seorang gadis berusia 16 tahun, Madeline Kalab akan meninggalkan rumahnya dan belayar ke laut Mediterranean dengan menggunakan sebuah bot kecil milik keluarganya.

Madeline mempunyai 2 orang adik lelaki dan keluarganya tinggal di Bandar Al-Sudanyiah, utara Genting Gaza. Gadis remaja itu mewarisi pekerjaan bapanya, Abu Kayed yang telah didiagnos mempunyai penyakit yang memaksanya berhenti kerja. Madeline terpaksa bekerja menggantikan bapanya bagi menyara keluarganya.

Ibu Madeline, Um Kayed turut bekerja sebagai tukang jahit untuk membantu anak gadisnya. Madeline bukan sahaja mecahkan tradisi penduduk Gaza, malah turut melanggar kebiasaan semulajadi serta sekatan rejim Zionis yang dikenakan sejak 4 tahun lalu.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Menteri Zionis tuntut lebih senjata untuk pendatang haram Yahudi

Selasa , 07/09/2010 – Menteri Dalam Negeri kerajaan rejim Zionis, Eli Yishai hari ini mengarahkan kerajaannya untuk memudahkan pemberian lesen memiliki senjata dan anggota keselamatan kepada pendatang haram Yahudi di Tebing Barat berikutan pembunuhan 4 orang pendatang haram Yahudi dalam “siri tembakan senjata api” yang dilakukan oleh puak penentang, briged Izz el-Deen al-Qassam yang merupakan sayap tentera Hamas pada Selasa lepas.

Menurut laporan di laman web sebuah akhbar rejim Zionis, “Yediot Ahronot”, resolusi ini dibuat berikutan pendedahan bahawa salah seorang yang terbunuh dalam kejadian itu telah ditarik balik lesen pemilikan senjatanya.

Yishai mengeluarkan arahan itu kepada pihak berkuasa rejim Zionis yang terbabit menjaga keselamatan pendatang haram Yahudi dan pembangunan alat penglihatan waktu malam dalam usaha untuk melengkapkan pendatang haram Yahudi dengan senjata api dan teropong malam, berikutan sasaran mereka untuk memelihara keselamatan dan penyelenggaraan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Apakah Yang Dikata Dan Apa Tidak Dikata

Ahad, 05/09/2010 – Perdana Menteri Negara Haram Israel, Benjamin Netanyahu berkata kepada kerajaan campuran bahawa dia tidak menjanjikan untuk memanjangkan penggantungan separa dalam pembangunan tempat yang dijajah yang dijadualkan berakhir pada bulan September. (Walaubagaimanapun, penggantungan itu tidak meliputi sebahagian besar daerah penjajahan sekitar Baitulmuqaddis dan juga pembangunan yang ada di daerah lain seperti infrastruktur, sekolah, pembinaan rumah ibadat dan lain–lain. Dengan kata lain, tidak ada penggantungan di sana). Berdiri di sebelah Presiden Obama, dia menekankan bahawa topik yang akan dibahas dengan rakyat Palestin adalah bagaimana boleh mencegah serangan terhadap pendatang Israel di Tebing Barat.

Enam bulan lalu, Abbas, mendapat sokongan Obama, untuk bersetuju dalam perundingan dengan Netanyahu hanya jika penjajah Israel memenuhi kewajibannya pada pelan perancangan seluruh pembekuan penjajahan termasuk di Timur Baitulmuqaddis.

Abbas menyatakan bahawa keputusannya untuk mengemaskini perundingan secara langsung tanpa sebarang perjanjian separa pengantungan-penyelesaian menjelaskan: “Palestin tidak berkuasa menetapkan sebarang prasyarat perundingan” yang kemudiannya menambah di dalam ucapan utamanya kepada orang ramai “ kami tidak mahu perbezaan antara kami dan orang Israil menyebabkan wujudnya perbezaan dalam pelaksanaan perundingan tersebut.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada