
Khamis, 28/10/2010 – Organisasi Breaking the Silence, yang bertugas di dalam Israel mengeluarkan satu skandal baru tentera Israel selepas tentera itu mengeluarkan lebih gambar menunjukkan sikap memalukan, kejam dan sadisme terhadap penduduk Palestin.
Tiga minggu lepas, sebuah klip video yang bertarikh Disember 2007 yang memaparkan tentera Israel menari mengelilingi wanita Palestin yang diikat, menyebabkan kecaman besar-besaran terhadap tindakan itu. Dua bulan lepas, tentera yang lain memaparkan ulasan yang kontroversi dan rasis berhubung imejnya sendiri yang duduk dan ketawa di sebelah tahanan Palestin yang diikat.
Imej yang baru sahaja dikeluarkan menunjukkan ia telah dirakam semasa perang Israel di Gaza baru-baru ini, kata Yehuda Shaul, seorang daripada pengasas organisasi Breaking the Silence. Foto itu menunjukkan tentera Israel di rumah Palestin yang telah diceroboh oleh Israel. “Dalam sebuah gambar, dua tentera Israel memegang tahanan lelaki, semasa dia diikat dan ditutup matanya, dan salah seorang daripada tentera itu memegang lehernya dan barel senapang diacukan beberapa sentimeter daripada mukanya.”
Sebuah gambar yang lain menunjukkan seorang tentera berdiri di dalam dapur sedang seorang perempuan yang berhijab memasak tanpa mempedulikannya. Tentera yang lain pula berehat sambil duduk di dalam sebuah kereta permainan. Dalam imej yang lain, seorang tentera melukis gambar bintang David (berbucu enam) dan menulis di atasnya dalam bahasa Hebrew: ‘akan kembali semula’. Yehuda Shaul berkata: “Ini ialah norma tentera Israel hari-hari dan realiti yang wujud di tempat yang mereka kawal.” “Bergembira dengan kewujudan tahanan menunjukkan satu fenomena yang kami mempunyai gambar tentangnya. Inilah realiti dan nasib penjajahan,” tambahnya lagi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz