Categories
Berita Semasa

Bekas pegawai Zionis batalkan lawatan ke Sepanyol, takut ditangkap

Khamis, 28/10/2010 – Bekas Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri rejim Zionis, Shabak Avi Dichter telah membatalkan lawatannya ke Sepanyol kerana bimbang akan ditangkap berdasarkan kes dakwaan ke atas dirinya
dan beberapa pegawai rejim Zionis yang lain atas tuduhan melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza.

Akhbar Yediot Ahronot melaporkan semalam (Selasa) bahawa Dichter, seorang anggota berpengaruh dalam Parti Kadima telah dipaksa membatalkan lawatannya ke Madrid selepas Menteri Luar Sepanyol memaklumkan kepadanya bahawa pihak Sepanyol tidak mampu melindungi Dichter daripada ditangkap.

Akhbar itu melaporkan bahawa Dichter telah dijemput untuk menghadiri sebuah persidangan bersama organisasi-organisasi keamanan bagi memberi pandangan tentang insiatif ke arah keamanan rantau Arab. Menurut akhbar itu lagi, Dichter sebelum itu telah meminta jaminan pihak berkuasa Sepanyol supaya dia tidak ditangkap tetapi Madrid menolaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa