Categories
Berita Semasa

Britain/ EU korbankan rakyat sendiri untuk pertahan Israel.

Khamis , 25/02/2010 – Amira Hass baru-baru ini memberi komen dalam akbar Haaretz bahawa “Israel…terus meludah ke wajah-wajah negara-negara yang ‘baik’ dan membisu (tidak bersekutu).”

Kenyataannya itu ditulis selepas beberapa siri tindakan tanpa sekutu oleh Israel terhadap wakil-wakil negara dari US, Republik Chech dan Belgium. Pangsapuri mereka diserbu tanpa amaran, rakyat Negara-negara itu dihalau manakala menteri mereka dihalang daripada memasuki Gaza bagi misi kemanusiaan.

Categories
Berita Semasa

Video pembunuh Mahmoud al Mabhouh, anggota senior Hamas di Dubai.

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyeru Intifada ketiga terhadap Israel.

Khamis , 25/02/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya pada hari Selasa menggesa Intifada baru di Tebing Barat dan Jerusalam dalam menentang keputusan Israel untuk mengambil Masjid Ibrahimi dan Bilal untuk dijadikan kawasan bersejarah Yahudi.

Gesaan ini dibuat sewaktu demonstrasi yang dilakukan di Gaza yang dihadiri wakil-wakil kumpulan pejunag, ahli parlimen serta tetamu kehormat.

Haneyya turut mengutuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mengumumkan untuk kembali ke meja rundingan dengan Israel yang dalam masa yang meningkatkan serangan ke atas tempat-tempat suci Islam di Tebing Barat dan Jerusalam.

Beliau menyeru agar PA membebaskan segera tahanan politik, tidak meneruskan rundingan dengan Israel sebagai tanda penentangan terhadap usaha Israel ini. Penjajahan Israel adalah haram dan segala yang datang daripada Israel adalah haram dan setiap keputusan tidak akan diiktiraf serta Jerusalam, tanah sekelilingnya, masjid Ibrahim dan Bilal adalah kesemuanya hak Palestin.

Pemimpin Jihad Islam Khaled Al-Batesh berkata tindakan Israel adalah tindakan yang sama yang digunapakai untuk menjajah Palestin sejak dulu lagi dan kini sengaja mereka cerita untuk mencuri tempat suci Islam.

Manakala Speaker Palestin Dr. Aziz Dweik pula berkata Israel melanggar semua norma dan undang-undang antarabangsa dan menegaskan masjid adalah milik umat Islam yang mutlak.

Jurucakap Hamas di utara Gaza, Sam’an Attallah berkata tuntutan Israel yang mengatakan masjid Ibrahim dan Bilal adalah tapak sejarah mereka adalah tidak berasas dan masjid adalah milik Islam.

Timbalan Speaker Dr. Bahar pula menyeru semua pemimpin Arab akan meletak agenda Israel ini sebagai agenda pertama dalam sidang Arab dan menyeru mereka mengambil tindakan yang serius di mana ini akan dijadikan sebagai batu loncatan bagi Israel untuk menakluk kesemua tempat suci Islam dan Kristian.

Dalam insiden yang sama, militia Abbas berjaga disekitar kawasan Masjid Ibrahim dan Bilal untuk meredakan para pendemonstrasi yang bertindak membaling batu ke atas askar Israel yang berkawal disitu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Categories
Berita Semasa

4 suspek dikenalpasti dalam kes pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh.

Khamis , 25/02/2010 – Polis Dubai menyatakan empat suspek lain dalam kes pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmoud al-Mabhouh didapati menggunakan pasport Britain dan Ireland, menurut sumber yang dipercayai kepada Reuters.

Sumber menyatakan polis Dubai memaklumkan dua pasport Britain dan dua pasport Ireland yang dipalsukan disyaki terlibat dalam pembunuhan terbabit.

Polis Dubai sebelum ini mengumumkan nama 11 individu yang membawa pasport palsu Inggeris, Ireland, Perancis dan Jerman dipercayai membunuh Mabhouh di sebuah hotel di Dubai bulan lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

penterjemah : hijjaz_79
Categories
Berita Semasa

Haniya seru Intifadhah menentang penaklukan di Tebing Barat.

Khamis , 25/02/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismael Haneya menganggap kenyataan Zionis-Israel untuk menyatukan masjid Ibrahimi dan masjid Bilal bin Rabah sebagai salah satu langkah zalim menakluk dan merampas tanah, rumah dan hak rakyat Palestin. Haneya menyeru agar meneruskan intifadhah sekiranya Zionis-Israel terus dengan rancangan mereka. Haneya juga menegaskan perlunya tegas dalam respon kepada rancangan jahat itu.

Antara perkara yang perlu di dahulukan ialah pembebasan tahanan politik dengan segera, menghentikan sebarang perundingan dengan Zionis-Israel dan menghentikan sebarang hubungan dengan Zionis-Israel.

Dalam proses penaklukan dan Yahudisasi, Zionis-Israel telah menghancurkan kubur, merubah masjid menjadi bar dan disko serta merampas seluruh hak rakyat Palestin. Perancangan ini meliputi seluruh bandar-bandar di Palestin.

Haneya turut menggesa bangsa Arab agar memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani masalah yang berlaku.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
Categories
Berita Semasa

Bardawil: Media cuba mengaitkan Hamas, membebaskan Israel.

Khamis , 25/02/2010 – Selasa lalu, MP Dr Salah al-Bardawil, jurucakap di parlimen Hamas, mengatakan bahawa penyebaran berita oleh Ibrani, Fatah dan beberapa media Arab tentang penglibatan kader Hamas dalam pembunuhan Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai ditujukan untuk mengolesi gerakan.

Bardawil melahirkan rasa terkejut di dalam sidang akhbar tentang usaha untuk membebaskan Mossad Israel daripada pembunuhan Mabhouh, seorang komander kanan Brigade Qassam sayap bersenjata Hamas.

Beliau mengatakan bahawa usaha untuk membebaskan Israel adalah kaedah terkenal Israel, tetapi, beliau menambah, yang anehnya adalah apabila sejumlah Fatah dan media Arab juga cuba mengikuti cara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez
Categories
Berita Semasa

Israel benar aktivis jadi saksi kes kematian Rachel Corrie.

Khamis , 25/02/2010 – Di bawah tekanan AS, Israel membenarkan visa kemasukan 4 aktivis International Solidarity Movement untuk menjadi saksi mahkamah dalam kes yang difailkan oleh keluarga Rachel Corrie ke atas kerajaan Israel. Rachel mati dihimpit sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza, Mac 2003.

Corrie, warganegara AS, berumur 24 tahun ketika itu, mati dihimpit jentolak ketika beliau dan beberapa orang lain membuat perisai manusia bagi menghalang jentolak Israel merobohkan rumah-rumah di Gaza.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan peguam pendakwaraya, Hussein Abu Hussein, saksi warganegara AS dan Britain itu, termasuk aktivis keamanan yang dihalau dari negara itu, akan dibenarkan masuk negara untuk menjadi saksi kes tersebut ke atas Kementerian Pertahanan.

Kes akan dibacakan di Mahkamah Daerah Haifa sekitar 2 minggu lagi. Namun, Israel melarang Dr Ahmed Abu Nakira, dari hospital Al-Najar, Rafah, yang merawat dan mengesahkan kematian Rachel, daripada memasuki Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  asyraf
Categories
Berita Semasa

Puisi “Kita Bangsa Yang Selesa” oleh Nisah Haron.

Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara
sesekali tersentak
– kita menukar jenama
sedangkan dalam ruang selesa
kita berganjak tiada
– bimbang tertumpah air muka.

Categories
Berita Semasa

Levinson : Mesir perketat benteng Gaza.

Rabu , 24/02/2010 – Mesir terus memberi tekanan dengan membina benteng bawah tanah yang menghubungkannya dengan Semenanjung Gaza, di wilayah Palestin. Usaha itu adalah untuk menutup lebih daripada 1,000 terowong penyeludupan yang merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan Gaza kepada dunia luar. Mesir dan Israel memperhebat pengepungan ke atas Gaza sejak Hamas menang besar dalam pilihanraya Palestin 2006.

Terowong-terowong tersebut membolehkan Hamas mengelakkan impak terburuk akibat pengepungan itu. Sekiranya Mesir berjaya membina semua bentengnya, ia bermakna talian hayat Gaza ke dunia luar akan tertutup sepenuhnya dan dikhuatiri memberi ancaman kepada sedikit ketenangan yang dialami sejak berakhirnya Perang Gaza pada Januari 2009. Peperangan tersebut berlaku selepas Hamas dan Israel berbalas tembakan selama 6 bulan disebabkan Israel meneruskan agenda pengepungannya ke atas penduduk Gaza. Hamas tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meneruskan penentangan.

Pertumbuhan aktiviti di dalam terowong itu selepas perang walaupun menyebabkan Hamas perlu mengangkat senjata, tetapi telah membolehkan kedua-dua pihak mengelakkan membuat perjanjian yang sukar tanpa perlu mengalami krisis kemanusiaan atau keganasan yang lebih teruk. Tahun lepas merupakan antara tahun yang paling kurang berlakunya keganasan di sepanjang sempadan itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa
Categories
Berita Semasa

Gaza : 5 penduduk Palestin cedera dalam pengeboman oleh Israel.

Rabu , 24/02/2010 – 5 orang penduduk Palestin dilaporkan cedera dalam satu pengeboman oleh Israel ke atas rumah-rumah yang berhampiran Bandar Beit Lahya di utara Semenanjung Gaza pada pagi Ahad lepas.

Dr. Mouawiya Hassanain, Ketua Bahagian Ambulans dan Kecemasan berkata bahawa mereka yang cedera adalah anggota keluarga yang sama dan dikejarkan ke Hospital Kamal Adwan. Beliau berkata lagi bahawa tahap kecederaan yang dialami mereka adalah kecil sehingga sederhana.

Tegas beliau lagi, mereka yang cedera hanyalah petani. Mereka menjadi sasaran kereta kebal Israel ketika mereka berada di ladang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa
Categories
Berita Semasa

Hamas minta Eropah senaraihitam Israel sebagai Pengganas.

Rabu , 24/02/2010 – Hamas pada hari Isnin menggesa Kesatuan Eropah menyenaraihitam Israel sebagai negara pengganas disebabkan mereka mengugat keamanan dunia.

Hamas juga mengalu-alukan kenyataan Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah yang mengutuk Israel atas isu pemalsuan paspot negara mereka oleh pihak Mossad Israel dalam operasi membunuh Mahmoud Al-Mabhouh.

Hamas juga memanggil agar satu sidang mahkamah antarabangsa diadakan untuk mendakwa jenayah yang dilakukan Israel. Mereka juga menyeru agar semua kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan antarabangsa agar meningkatkan tekanan ke atas Israel serta pemimpinnya untuk didakwa sebagai penjenayah. Hamas menambah kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keadaan kucar kacir di seluruh dunia dimana semua negara beranggapan boleh melakukan demikian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Categories
Berita Semasa

Satu cedera, ramai sesak nafas dalam pertembungan Al-Khalil.

Rabu , 24/02/2010 – Seorang rakyat Palestin tercedera dan ramai lagi mengalami sesak nafas angkara gas pemedih mata ketika berlaku pergaduhan di bandar Al-Khalil disebabkan oleh tindakan Israel untuk menjadikan Masjid Ibrahimi sebagai satu warisan kaum Yahudi.

Sumber kesihatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa seorang belia Palestin telah mengalami kecederaan ringan berpunca dari tembakan peluru besi yang disalut getah dalam pertempuran yang tercetus di wilayah-wilayah berasingan di Al-Khalil.

Mereka menambah terdapat ramai lagi penduduk yang mengalami kesengsaraan dari kesesakan nafas dan telah diberi rawatan perubatan luar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil
Categories
Berita Semasa

Pasukan keselamatan Abbas Culik Pendokong HAMAS.

Rabu , 24/02/2010 – Pihak keselamatan tajaan Abbas terus melakukan kezaliman dengan menangkap 10 orang pendokong HAMAS. Beberapa bandar telah menjadi fokus pihak keselamatan Abbas. di Nablus, seorang mahasiswa telah dipanggil utk di soal siasat. Terdapat juga yang ditangkap dan dipenjarakan. Tidak cukup dengan itu, para pendokong HAMAS turuy diseksa ketika berada dalam tahanan.

Antara bandar yang menjadi fokus ialah Nablusm Ramallah, Tulkarem, Hebron dan Qalqilya. Antara kegiatan lain yang dijalankan oleh pihak keselamatan tajaan Abbas adalah melakukan soal siasat, menyerbu rumah yang disyaki dan lain-lain tindakan zalim.

sumber : COMES

penterjemah : Abu Awatif
Categories
Berita Semasa

HAMAS seru Eropah anggap Zionis pengganas.

Selasa , 23/02/2010 – HAMAS menyeru negara Kesatuan Eropah agar meletakkan regim Zionis dalam senarai negara pengganas tersusun, kerana ia mengancam keamanan dunia. Ia juga turut memberikan amaran terhadap sikap tidak peduli dan tidak mengambil berat terhadap pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh seorang pimpinan HAMAS.

Pada hari Isnin (22/2), HAMAS dalam kenyataannya mengalu-alukan resolusi yang dikeluarkan oleh para menteri luar negara Kesatuan Eropah yang mengutuk penggunaan paspot negara mereka dalam pembunuhan tersebut. HAMAS menganggap itu adalah tindakan yang betul terhadap kekejaman Zionis, namun ia menyeru agar pendirian dan langkah yang lebih adil diambil bagi meletakkan negara Zionis sebagai sebuah negara penjenayah yang mesti dibicarakan di hadapan mahkamah-mahkamah antarabangsa.

Kenyataan itu juga menyeru semua pertubuhan masyarakat madani dan pertubuhan hak asasi manusia serta pertubuhan-pertubuhan undang-undang antarabangsa agar menghadapkan regim Zionis dan pimpinannya dari sudut undang-undang ke mahkamah dan dihukum sebagai penjenayah perang dan pengganas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

HAMAS gesa negara Eropah bertindak menentang Netanyahu kerana Jenayah Dubai.

Selasa , 23/02/2010 – Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri menyeru negara yang passport digunakan oleh agen Mossad pada operasi Dubai untuk di adili pelaku dan siapa yang memberi arahan terutama pemimpin Israeli Benjamin Netanyahu.

Pada sidang media, jurucakap Abu Zuhri mengatakan bahawa maklumat yang di dedahkan oleh Akhbar British Sunday Times berkenaan kelulusan oleh Netanyahu untuk membunuh Mahmoud Al-Mabhouh adalah konsisten dengan apa yang Pergerakannya katakan tentang kebertanggungjawaban Mossad’ pada jenayah itu.

Dia menyatakan bahawa Mossad tidak boleh melaksanakan arahan tanpa mendapat OK daripada pemimpin Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hasbullah