Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Tahan Tujuh Orang Awam Di Tebing Barat dan Serang Gaza

Ahad, 05/09/2010 – Tentera Zionis menahan tujuh warga awam Palestin selepas menceroboh selatan Tebing Barat Khamis pagi lepas.  Sumber-sumber Palestin mengatakan pasukan mencari dan mengeledah rumah di Hebron dan kampung tetangga, semua tujuh orang tersebut dibawa ke pusat tahanan tentera, sumber tentera melaporkan.

Juga pada hari sama kereta kebal Israel dan jentolak menyerang daerah dekat kota Rafah, di Gaza selatan. Saksi mengatakan bahawa kereta kebal Israel dan jentolak menyerbu wilayah berhampiran sempadan Gaza Mesir. Sebelumnya pesawat pejuang Israel mengebom kawasan sasaran di Rafah menyebabkan kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel Bina Penempatan Baru di Hebron

Ahad, 05/09/2010 – Ratusan pendatang Israel mula membina penempatan baru pada malam semalam di perkampungan pertanian Baq’a, sebelah timur Hebron, Tebing Barat.

Seorang penduduk kampung bernama Mar’i Jaber (saksi tempatan), mengatakan terdapat sejumlah besar pendatang Israel mencerobohi kampung pada waktu petang dengan membawa simen, pasir, papan dan tangki air. Mereka membuat persediaan untuk memulakan pembinaan penempatan haram di kawasan pergunungan sebelah timur kampung tersebut.

Mar’i Jaber menerangkan bahawa kawasan tersebut yang meliputi keluasan beratus-ratus ekar merupakan hak milik seorang warga tempatan, Abdel Jawad Jaber. Penduduk-penduduk kampung tersebut kini hidup di dalam ketakutan. Mereka ingin tinggal di pergunungan pada waktu malam kerana bimbangkan serangan daripada pendatang Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sayap-sayap Ketenteraan menjanjikan Zionis operasi yang lebih aktif dan berpengaruh di Barat.

Ahad, 05/09/2010 – Sayap-sayap ketenteraan dari parti-parti pertahanan Palestin memberi sokongan penuh kepada operasi Hebron dan operasi Ramallah, yang telah dijalankan oleh Briged As-Syahid Ezzuddin Al-Qassam (sayap ketenteraan Hamas) dan menyifatkan operasi itu sebagai, “tindak balas semula jadi yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Zionis”, dan pada masa yang sama, “operasi ini bukanlah yang terakhir, tetapi ianya adalah sedikit percikan permulaan kepada kemaraan operasi yang akan datang”.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah mengumumkan pada sidang media yang dihadiri 13 sayap-sayap ketenteraan dari parti-parti pertahanan Palestin, hari Khamis (2 September) yang lalu di Gaza, bahawa gabungan gerakan pertahanan Palestin telah masuk ke dalam peringkat yang lebih tinggi dan maju dalam perjuangan Jihad dan lapangan gerak kerja mereka menjadi lebih selaras dalam peringkat yang lebih tinggi, mendakan bahawa gerakan ini akan menjadi lebih aktif dan berkesan terhadap pihak musuh, Zionis.

Barisan sayap-sayap ketenteraan ini menolak tindakan salah PA Fattah di Ramallah yang menyertai rundingan sia-sia dan tidak bermanfaat kerana rundingan ini dijalankan hanya untuk menutup segala jenayah pencabulan pihak Zionis terhadap hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Al Qassam Mengaku Bertanggungjawab Terhadap Serangan Di Auvar

Ahad, 05/09/2010 –Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menyatakan bertanggungjawab kepada serangan terhadap warga Yahudi di penempatan Auvar di Tebing Barat. Ia merupakan serangan ketiga dalam tempoh tiga hari terakhir dimana aksi pertama menyebabkan kecederaan dan kematian empat orang penduduk Israel di Hebron.

Jurucakap Batalion Al-Qassam, Abu Ubaidah menjelaskan dalam sidang akhbar semalam (Khamis) bahawa Al-Qassam bertanggungjawab atas serangan tersebut. Abu Ubaidah menegaskan bahawa serangan tersebut bukan yang terakhir namun hanya percikan api dari kobaran api besar yang akan datang dengan izin Allah.

Sebelumnya, radio Israel memberitakan berlaku serangan di penempatan Yahudi di Auvar dan pasukan Israel sudah datang ke tempat kejadian untuk menyiasat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel (IOF) Menangkap Dua Aktivis Keamanan Ketika Tunjuk Perasaan.

Ahad, 05/09/2010 – Polis Israel menangkap dua aktivis keamanan dari luar dan juga dari Israel ketika berdemonstrasi di bandar Silwan, Selatan Masjid Al Aqsa. Demonstrasi ini turut disertai lebih dari dua ratus aktivis lain bersama-sama dengan penduduk Bandar. Ia bertujuan untuk mengutuk serangan rutin penjajah Israel terhadap mereka.

Saksi tempatan mengatakan bahawa terdapat beberapa pendatang Israel memandu kereta mereka ke arah penunjuk perasaan dan cuba melanggar mereka. Walaubagaimanapun, polis sempat campur tangan pada saat-saat akhir, tetapi tidak menahan sesiapapun di kalangan pendatang Israel itu.

Di sisi lain, tentera zionis Israel menyerang bandar Silwan pada waktu ‘sahur’ (subuh) hari ini dan menyerang rumah Abdul Karim Abu Sneineh, ahli jawatankuasa kampong. Serangan iu dibuat sebagai usaha untuk menangkapnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Warga Gaza Meninggal Akibat Terowong Runtuh

Ahad, 05/09/2010 – Seorang pemuda Palestin terbunuh akibat keruntuhan terowong menghubungkan jajahan Mesir dan selatan Semenanjung Gaza di kota Rafah.

Menurut Dr. Muawiya Hassanein, Pengarah Bahagian Ambulans dan Kecemasan Gaza, jenazah pemuda tersebut, Abdul Latif Abu Toyoor (16 tahun) dihantar ke hospital Abu Yousef Al Najjar. Terowong yang digunakan untuk penyeludupan barang-barang keperluan di antara Gaza dan Mesir sememangnya telah mengorbankan banyak mangsa. Namun begitu, penyeludupan memang sukar dielakkan kerana sekatan Israel di Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pilihan Warga Al Quds: Hancurkan Rumah Sendiri Atau Bayar Kos Tinggi Meroboh

Ahad, 05/09/2010 – Sumber tempatan di al Quds menegaskan bahawa pemerintah Zionis Israel di al Quds memberikan pilihan kepada warga Palestin, Nashri Abu Rajab (60) di Baldah Qadimah, al Quds, sama ada merobohkan rumahnya sendiri atau membayar kos yang sangat tinggi terhadap biaya merobohkan rumahnya jika dilakukan oleh pihak berkuasa kota al Quds.

Sumber tersebut menambah bahawa pihak mahkamah Zionis Israel di al Quds telah mengeluarkan keputusan merobohkan rumah keluarga Abu Rajab dengan alasan dibangunkan tanpa izin Israel dan harus membayar denda sangat tinggi.

Sumber tersebut menambah, keluarga Abu Rajab telah mendapat surat notis merobohkan rumahnya beberapa tahun lalu setelah mengubahsuai rumahnya yang diduduki sejak lebih dari 30 tahun yang lalu kerana sudah hampir roboh.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

4 rakyat Israel terbunuh dalam satu tembakan di selatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat

Khamis, 02/09/2010 – 4 orang warga Israel dalam satu tembakan di Jalan Nombor 60 kepunyaan pendatang haram Yahudi berdekatan penempatan haram mereka di Kiryat Arba, selatan Tebing Barat. Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Sumber rejim Zionis melaporkan bahawa dua lelaki dan dua wanita, seorang daripadanya sedang mengandung terbunuh apabila pihak Palestin melepaskan tembakan kepada mereka. Tentera rejim Zionis (IOF) berkata dalam laporannya bahawa serangan itu berlaku berhampiran pintu masuk ke penempatan haram Yahudi dan berdekatan dengan Kampung Bani Noa’am yang dihuni rakyat Palestin. Sehubungan itu, IOF menggeledah kampung itu untuk mencari suspek.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Arab Israel: Israel Memberi ‘Kebenaran Untuk Membunuh’ Di Kapal Gaza

Khamis, 02/09/2010 – Haneen Zuabi, Ahli Parlimen Arab Israel yang terkenal dengan kelantangannya bersuara memberitahu jawatankuasa siasatan PBB terhadap tragedi armada flotilla bahawa komando-komando Israel telah diberi kebenaran untuk membunuh.

“Saya beritahu penyiasat PBB di Amman bahawa serangan Israel sememangnya ganas sejak mula dan mereka memang berniat untuk membunuh tanpa mencuba untuk mengelakkan pertumpahan darah,” Zuabi memberitahu AFP. Zuabi merupakan salah seorang penumpang Kapal Mavi Marmara yang cuba menembusi sekatan di Semenanjung Gaza apabila 9 aktivis warga Turki terbunuh dalam serbuan komando Israel.

“Saya dapat merasakan para penyiasat adalah serius dengan misi mereka. Mereka menanyakan soalan yang jelas dan saya juga memberi jawapan yang jelas. Saya menekankan bahawa komando-komando Israel itu memang berniat membunuh para aktivis yang tidak bersenjata.”

Israel pula mengatakan, komando tentera lautnya hanya bertindak ganas apabila mereka diserang sewaktu tiba di kapal. Namun, para aktivis bertegas bahawa tentera-tentera itu yang memulakan tembakan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Haram Israel Buka Tembakan Terhadap Penduduk Palestin

Khamis, 02/09/2010 – Sekumpulan penduduk Israel melepaskan tembakan pada pagi Selasa ke arah sekumpulan petani Palestin semasa bekerja di tanah mereka berhampiran bandar Salfit, utara Tebing Barat .  Para penduduk haram datang dan menyerang mereka semasa mereka sedang membaja tanaman zaitun mereka.

Para penduduk haram datang dari Amanouel berhampiran Salfit. Pendudukan tanah haram ini dianggap sebagai salah satu haram mengikut undang-undang antarabangsa dan dibina di atas tanah yang diambil dari petani tempatan pada tahun 90-an.

Para petani Palestin menyeru PBB dan NGO antarabangsa untuk membantu mereka dan memberikan perlindungan kepada mereka daripada serangan para penduduk haram Israel yang semakin meningkat terutamanya semasa musim tuai zaitun, petani melaporkan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam : Operasi Hebron rentetan siri tindak balas atas kekejaman Zionis.

Khamis, 02/09/2010 – Briged As-Syahid Ezzudeen Al-Qasam, sayap ketenteraan Hamas telah menggelarkan operasi Hebron ini sebagai “sailun naar (banjir api)” yang pada hari Selasa (31 Ogos) lalu telah menumbangkan sejumlah 4 tentera Zionis, menguatkan lagi bahawa operasi ini adalah siri tindak balas terhadap kekejaman Zionis.

“Briged Al-Qassam” berkata dalam sebuah kenyataan pada petang Selasa (31 Ogos) yang diterima dalam bentuk salinan oleh “Pusat Informasi Palestin”, bahawa operasi Hebron ini adalah satu perjuangan mulia para Mujahideen, “Operasi ini adalah rentetan operasi yang lepas, dan pada masa hadapan (dengan izin Allah), pelancaran serangan akan diteruskan sebagai respon terhadap kekejaman musuh yang tidak henti-henti tetapi sebaliknya terus meningkat terhadap hak bangsa (Palestin). Operasi ini juga akan terus membalas pelancaran keganasan bertubi-tubi pihak kejam Zionis”. Al-Qassam menegaskan lagi bahawa operasi ini adalah pelengkap projek Jihad dan perjuangan melawan musuh Zionis, dan akan terus berjalan sehingga tanah Palestin bebas dan Al-Quds disucikan semula.

Al-Qassam menambah, “ini (operasi Hebron) adalah sebagai pengajaran untuk pihak Zionis dan sekutunya, dan selagi keganasan, Yahudisasi Al-Quds, pencerobohan bangunan-bangunan terus berlaku, tindak balas penentangan tidak akan berhenti dan akan terus bertambah kuat. Operasi ini adalah respon semula jadi terhadap kezaliman pihak Zionis di Jerusalem, Tebing Barat dan Jalur Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penjara Israel ibarat kubur dan tempat hukuman mati

Khamis, 02/09/2010 – Sumber dan bukti yang kukuh mendapati suasana dan keadaan penjara Zionis Israel melanggari undang-undang antarabangsa. Dalam pemantauan pihak Palestin, mendapati tahanan rakyat Palestin menjalani hukuman dan di isolas. Keadaan yang gelap dan pengudaraan yang lemah, menyebabkan keadaan semakin buruk.

Tahanan yang mengalamai isolasi mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk gangguan mental. Keadaan ini memang sengaja dicipta oleh Zionis Israel bagi menekan tahanan Palestin. Kebanyakan tahanan merupakan pejuang Islam. Di samping itu, tahanan ditahan dalam satu tempoh yang lama. Keadaan semakin meruncing apabila tibanya musim panas atau sejuk yang mana suhu penjara amat ekstrim. Keadaan yang tidak bersih dan menjadi tempat tinggal bagi tikus, lipas dan lain-lain.

Berikut adalah antara mereka yang pernah di tahan, Ahmed Saadat dan Abdullah Barghouti dari Ramallah (diisolasi di penjara Raymond sejak 2002), Hassan Salameh dari Gaza (diisolasi di penjara Beer Sheba) sejak tahun 2002, Mahmoud Issa dari al Quds pada (diisolasi di penjara Ramle sejak 7 tahun), Jamal Abu Hija (dari Jenin) diisolasi dalam penjara Raymond sejak tahun 2005, Moataz Hijazi (dari al Quds) diisolasi dalam penjara Raymond sejak tahun 2004, Hisyam Sharabati (dari Hebron) di penjara Beer Sheba sejak tahun 2007, Ibrahim Hamed (dari Ramallah) di penjara “Hasharon” sejak 2007, Atwa Amour (dari Gaza) di penjara “Hasharon” sejak 2007, dan Mowhoush Naimat (dari Gaza) diisolasi di penjara Hasharon sejak tahun 2007.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Hamas Berkata Mereka Berjaya Menewaskan Israel Dalam Serangan di Tebing Barat

Khamis, 02/09/2010 – Muslim Hamas di Semenanjung Gaza mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa, mendakwa bertanggung jawab atas serangan tembakan yang mengorbankan empat warga Israel di Tebing Barat ketika menjelang perundingan damai di Washington.

Pernyataan dari sayap bersenjata Hamas, kelompok yang menentang setiap dialog dengan negara-negara Yahudi, mengatakan, “Briged Qassam mengumumkan bertanggung jawab penuh terhadap serangan sengit di Hebron.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Fatah Israel Menyambut Keputusan Seniman Israel Untuk Boikot Teater di Penempatan Haram.

Khamis, 02/09/2010 – Pergerakan Fatah Selasa lalu menyambut baik keputusan sekumpulan artis Israel untuk ‘memboikot’ sebuah teater di penempatan haram Ariel, utara Tebing Barat.

Sekitar 60 profesional teater Israel minggu lalu mengumumkan mereka akan menolak untuk tampil berteater di pusat kebudayaan baru yang dibina di penempatan Ariel, Tebing Barat. Minggu ini lebih daripada 150 ahli akademik, penulis dan seniman menyokong keputusan memboikot dan mengutus surat bagi menyokong pelakon teater profesional terbabit.

Ahmad Assaf, seorang agen rahsia Fatah memuji keputusan para artis tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan untuk sidang akhbar hari ini.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu : Hanya Likud boleh cipta keamanan berpanjangan dengan Palestin

Khamis, 02/09/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu berkata pada Isnin lalu bahawa hanya Parti Likud pimpinannya boleh membawa keamanan yang sebenarnya dan berpanjangan dengan rakyat Palestin.

Netanyahu berkata sebarang perjanjian damai pada masa depan antara Israel (rejim Zionis) dan Palestin akan berdasarkan dua perkara iaitu menerima hak-hak kaum Yahudi terhadap “tanahair mereka” dan keberkesanan aturan keselamatan di darat.

“Kita tidak akan berpuas hati dengan kertas-kertas dan janji-janji,” kata Netanyahu kepada anggota parti Likud dalam satu majlis keraian Tahun Baru Yahudi. “Kita tidak akan benarkan beratus-ratus roket dan peluru berpandu dilancarkan dari Palestin ke Israel seperti kes di mana kita berundur dari Lebanon dan Gaza. Itu bukan keamanan… Kita mahukan perjanjian yang sebenarnya untuk memastikan keselamatan Negara Israel dan penduduknya.”

sumber : Haaretz
penterjemah : salwa